10 Lagu Tradisional Dato Sri Siti Nurhaliza Terbaik Sepanjang Zaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Adakah anda penggemar lagu nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza? Jika ya, pastinya anda tidak akan lari daripada mendengar lagu tradisional yang dinyanyikan beliau. Beliau mempunyai 4 album solo tradisional dan sebuah album duet tradisional. Hingga kini, lebih daripada 40 buah lagu tradisional telah beliau rakamkan.
DAH BACA? 40 Lagu Terbaik Dato Siti Nurhaliza
ALBUM SOLO TRADISIONAL
Cindai (1997) > 10Sahmura (2000) > 10Sanggar Mustika (2002) > 10Lentera Timur (2008) > 11
Jadi, tanpa sebarang sebab aku nak senaraikan 10 buah lagu tradisional nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza terbaik sepanjang zaman. In shaa Allah sekiranya beliau menghasilkan album tradisional lagi, mungkin senarai ini akan berubah.
10 LAGU TRADISIONAL DATO SRI SITI NURHALIZA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
10. MASRI MANIS (SAHMURA)
"Ayam menegur itik, orang kampung mengejek
Ayam berlari itik jalan kedek-kedek
Hati-hati cik adik nantikan abang balik
Orang kampung berbisik, detik tak detik".
>Penulis Lirik : Khir Rahman
> Komposer : Khir Rahman
Salah sebuah lagu yang membuatkan aku lebih mengagumi Siti Nurhaliza dan juga pencipta lagunya iaitu pelakon hebat, Khir Rahman. Sebenarnya aku sendiri tak sangka bahawa lagu ini dicipta oleh beliau. Rasanya kali terakhir dinyanyikan adalah pada Konsert Lentera Timur (2013)
9. SULAM SEMBILAN (SANGGAR MUSTIKA)
Persembahan beliau ketika di Konsert Lentera Timur 2013.
"Pergiku bak guruh hilang suara
Pergimu bak air mengalir sepi
Janji, kata indah yang membara
Semarak kasih suci, bukannya mimpi".
> Penulis Lirik : Lokgha
> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Satu lagi lagu yang aku suka kerana penceritaan di dalam lagu ini sungguh puitis. Anda boleh lihat liriknya yang begitu bijak. Nyanyian Siti Nurhaliza semestinya tidak dapat disangkal lagi, sangat hebat ya! Kali terakhir nyanyian lagu ini adalah pada Konsert Lentera Timur 2013.
8. YA MAULAI (SAHMURA)
"Pintaku padamu bintangKirimkan aku sinarmuMoga jadi kencanaHiasan kasih dijiwa ku".
> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Salah satu lagu malar segar ciptaan komposer tersohor, Allahyarham Pak Ngah Suhaimi. Persembahan lagu ini ketika di Anugerah Juara Lagu 2001 semestinya masih diingati sebagai antara persembahan Siti Nurhaliza terbaik. Antara penambah penyedap lagu ini adalah part "ghasidah" yang sangat merdu. Lagu ini turut tersenarai dan dinyanyikan ketika Konsert Siti Nurhaliza Live at Royal Albert Hall London (2005) .
7. CINTA INI (LENTERA TIMUR)
"Marilah bersama jalani cinta kita apa adanyaSaling mengerti dan sudi menerimaKita manusia biasa,Marilah menjaga kesucian cinta rahmat yang KuasaSaling berpadu hati untuk berduaDalam dakapan mesra".
> Penulis Lirik : Katon Bagaskara> Komposer : Katon Bagaskara
Cinta Ini merupakan salah satu lagi daripada album Lentera Timur (2008) yang aku suka. Persembahan vokal yang sangat "best" daripada penyanyi No 1 ini sendiri. Rasanya sudah lama tak dengar beliau nyanyi lagu ini kan? Mungkin di konsert seterusnya?
6. BINTANG MALAM (LENTERA TIMUR)
Persembahan lagu Bintang Malam di Konsert Sanggar Lebaran (2013)Sumber : Youtube Atoszone
"Sungguh kasih sungguh sayangSunguh sungguh hamba mengharapkanSungguh kasih sungguh sayangSungguh sungguh rindukanmu tuan".
> Penulis Lirik : Amran Omar> Komposer : Allahyarham Johan Nawawi
Salah satu lagu yang paling "underrated" dalam senarai lagu tradisional nyanyian beliau. Bagi aku sendiri, lagu ini sangat menarik dengan susunan muzik dan juga liriknya. Rasanya hanya beberapa kali sahaja lagu ini dinyanyikan secara langsung.
5. KURIK KUNDI (SANGGAR MUSTIKA)
"Nak berkhabar tingginya budi kita ya tuanNak berkisah kaya tutur bicaraKalau tinggi untung jadi bintangKalau rendah masih jadi intan,
Yang kurik itu kundiYang merah sagaBaik budi indahlah bahasaPantun lama tinggi kiasannya."
> Penulis Lirik : Asyiqin> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Dalam banyak-banyak lagu, rasanya inilah yang paling unik dari segi senikatanya kerana mengandungi pelbagai dialek daripada pelbagai suku kaum dan tempat di Malaysia. Antara lagu terawal yang aku kenal nyanyian Siti Nurhaliza ketika kecil. Kali terakhir lagu ini dinyanyikan adalah ketika Konsert Orkestra Tradisional Malaysia di Balik Pulau, tahun 2019.
4. BALQIS (SAHMURA)
"Bertemu di alam pesonaBersatu di dalam cahayaSemilah... bermadah... kasihnya...Di puncak singgahsana (Syahadah)".
> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Lagu Balqis sememangnya wajib berada dalam senarai! Lagu ini sangat hebat ya kerana diangkat sebagai Juara Lagu bagi tahun 2000! Lagu ini juga menjadi antara lagu sering dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, termasuklah ketika konsertnya baru-baru ini. Lagu ini pernah dipersembahkan di negara Jepun ya.
3. CINDAI (CINDAI)
"Laman memutih pawana menerpaLangit membiru awan bertaliBukan dirintih pada siapaMenunggu sinarkan kembali."
> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Lagu paling epik sepanjang karier beliau! Lagu tradisional pertama beliau yang berjaya menjadi hits dan dipersembahkan di pelbagai konsert dan persembahan termasuklah di Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Lagu kedua nyanyian Siti Nurhaliza yang berjaya menjadi Juara Lagu. Sememangnya lagu ini berhantu kerana hanya Siti Nurhaliza sahaja yang mampu menyanyikan lagu ini dengan baik.
2. BADARSILA (SANGGAR MUSTIKA)
"Suara kau bisikkanlahDi langit tujuh ku berdiriRindumu menggamit juaMerentang bagaikan pelangi,
Suara kau dengarkanlahKesumaku merintih dukaWasilah mu menyentuh jiwaRestu mu bagaiku bermimpi."
> Penulis Lirik : Lokgha> Komposer : Suflan Faidzal
Sampai sekarang aku masih terkilan bila mana lagu Badarsila ini tidak lepas Separuh Akhir Juara Lagu 2003. Antara lagu tradisional yang jarang dinyanyikan, aku ternanti-nantikan juga bila akan dinyanyikan balik, dan tak sangka, lagu ini diangkat sebagai lagu pertama dalam konsert siri jelajah beliau, Konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019. Goosebumps!! Anda boleh lihat bagaimana sokongan peminat di dalam stadium ketika itu. Aku lebih memilih lagu ini berbanding lagu Cindai ya.
1. NIRMALA (SANGGAR MUSTIKA)
"Sesungguhnya berkasihlahDi antara manusiaPerindah segala kata-kataBahagia itu janjinya,
Mengapa kita sengketaRentaslah jalan terbukaTanpa dusta".
> Penulis Lirik : Che' Kem> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Nirmala, sebuah naskhah terbaik yang pernah dihasilkan oleh Allahyarham Pak Ngah Suhaimi untuk Siti Nurhaliza. Lupakanlah kisah lagu ini tidak berjaya di Anugerah Juara Lagu, yang pasti sehingga kini lagu ini berkumandang dan menjadi siulan orang ramai. Sebut sahaja Nirmala, pasti orang akan kenal. Lagu ini cukup rasa segalanya, dari segi susunan muzik, seni katanya semuanya indah. Ditambah dengan kualiti vokal, itulah menjadikan lagu ini yang terbaik antara terbaik
DAH BACA? 10 Pakaian Dato Siti Nurhaliza Tercantik
HONOURABLE MENTION
Ada dua lagu masuk di bawah senarai 'honourable mention' kerana lagu ini bukanlah daripada mana-mana album solo tradisional Siti Nurhaliza. Walau bagaimanapun lagu-lagu ini masih mendapat tempat di hati peminat dan masyarakat
1. HATI KAMA (SERI BALAS)
> Duet bersama Noraniza Idris> Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun> Komposer : Allahyarham Pak Ngah Suhaimi
Seperti biasa, lagu ciptaan Allahyarham Pak Ngah Suhaimi sekali lagi memberi impak buat industri apabila lagu ini diterima ramai. Duet antara dua figura ini menjadi dan diangkat sebagai Juaara bagi kategori Irama Malaysia di Anugerah Juara Lagu 1999. Lagu ini sekali lagi menjadi siulan peminat apabila dinyanyikan pada Konsert Siti Nurhaliza On Tour.
2. PANDANG-PANDANG JELING JELING
> Duet bersama Allahyarham Tan Sri SM Salim> Penulis Lirik : Allahyarham Tan Sri SM Salim> Komposer : S. Atan
Walaupun lagu ini bukanlah nyanyian asal Siti Nurhaliza, tetapi impaknya pada ketika itu sangatlah kuat sehinggakan aku di sekolah rendah pun tau akan wujudnya lagu ini hasil gandingan Siti Nurhaliza bersama Allahyarham Tan Sri SM Salim.
Alhamdulillah, jadi setakat itu sahaja senarai 10 Lagu Tradisional Dato Sri Siti Nurhaliza Terbaik Sepanjang Zaman. Aku nak ingatkan bahawa senarai ini adalah pilihan penulis sendiri. Jika anda ada senarai anda, boleh kemukakan di ruangan komen ya. Terima kasih semua kerana membaca sehingga ke akhir. Jumpa lagi dalam edisi berikutnya
DAH BACA? 10 Konsert Terbaik Dato' Sri Siti Nurhaliza
Sumber : Youtube | Google Image | Google Search
Credit : Youtube : SitiOfficialVideo | Atoszone | Suria Records | Budiey Channel | TV3 Malaysia dan lain-lain.
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aerillhassan.blogspot.com/2019/08/10-lagu-tradisional-dato-sri-siti-nurhaliza-terbaik-sepanjang-zaman.html