10 Kpi Tentukan Khairy Berjaya Atau Gagal



Biar pun Menteri Datuk Seri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru-baru ini dipuji oleh pesaing politiknya termasuk dari DAP, namun Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan (PH) mencadangkan beliau mesti memenuhi 10 Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi mengukur kejayaannya melawan pandemik Covid 19.
Menurut kenyataan jawatankuasa tersebut, Khairy perlu lulus KPI itu melalui strategi Cari-Uji-Jejak-Asing-Sokong (FTTIS) dan vaksinasi (V) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dalam menguruskan kes-kes kematian, kapasiti hospital dan sebagainya.
“Parameter-parameter yang dicadangakan ini adalah matriks yang boleh dikira dan digunapakai untuk menilai Prestasi Kementerian Kesihatan pada bulan-bulan yang akan datang dalam mengurus pandemik Covid-19
“Parameter bermula dengan Cari, iaitu integrasi teknologi dan penambahbaikan keberkesanan sistem pengesan automatik, seperti sistem HIDE sekarang yang digunakan untuk meramal kawasan panas, sekurang-kurangnya 14 hari ke hadapan.
“Uji, strategi Pengujian Kebangsaan dalam memastikan kadar ujian kebangsaan berada di bawah 5% melalui penambahgunaan RTK Ag dalam komuniti. Pihak Kementerian haruslah meluaskan sasaran dengan kadar 250 ribu ujian sehari sehingga kadar yang bergejala positif dapat diturunkan di seluruh negara
“Kesan, menambahbaikan kapasiti kontak kesan digital MySejahtera agar dapat mengesan sekurang-kurangnya 80% kontak rapat dalam masa 24 jam. Pencapaian ini dapat mengurangkan “kes-kes sporadik” di dalam komuniti secara ketara.
“Asing, mengurangkan masa pengasingan dan kemasukan kepada kurang dari 24 jam dari waktu dikesan. Ini termasuk menyediakan mekanisme untuk pengasingan ataupun pantas mengeluarkan “Arahan Pengawasan di Rumah” secara digital kepada profile pengguna MySejahtera dalam masa 24 jam selepas dikesan.
“Sokong, kerajaan harus membekalkan “Kit Penjagaan Kendiri” termasuk oximeter, thermometer dan kit ujian sendiri terutamanya bagi komuniti B40 dan M40. Sokongan fiskal untuk golongan B40 dan komuniti pendapatan rendah yang berada dalam kuarantin juga digalakkan. Ini termasuk juga penggabungan Gabungan Nasional Kesihatan Mental dengan komuniti yang paling rapat dengan Sokongan Sosial Psaikologi dan Kesihatan Mental (MHPSS),” kata kenyataan tersebut hari ini.
Selain itu, Jawatankuasa Kesihatan PH juga menyarankan agar kadar jangkitan yang boleh diterima ialah bawah 55 per 100 ribu dan menambah kajian genomik kepada lebih dari 2% supaya dapat mengawalselia perubahan virus kepada varian-varian baru. Dengan cara ini kerajaan dapat memahami bagaimana ianya memberi impak terhadap kesihatan dan komuniti.
“Kerajaan perlu mengurangkan Kadar Kematian (CFR) dari sekitar 0.94% kepada 0.5% dan mengurangkan jumlah Dibawa Masuk Mati (BID) dari 22% kini sehingga kurang dari 10%.
“Mencapai Penghunian Katil Hospital kepada bawah 70% dan katil ICU Covid-19 kepada bawah 50% di seluruh negara serta servis kesihatan tanpa gangguan untuk kes-kes Covid-19.
“Liputan vaksinasi lengkap sebanyak 80% di seluruh negara dan pelan dos penggalak untuk individu berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan, barisan hadapan dan pesakit berkomorbiditi.
“Ketelusan dan sumber terbuka yang lebih baik untuk data granular Covid-19 melalui GitHub bagi sesuatu daerah atau mukim. Ini termasuk juga kerjasama yang lebih baik dengan Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan dalam pengurusan Covid-19,” kata kenyataan itu lagi.
Menurut jawatankuasa berkenaan, dalam masa 100 hari akan datang, 10 asas KPI itu akan menentukan penanda aras dalam menangani Covid-19.
“Ia bukan sahaja akan memperluaskan liputan vaksin, tetapi akan mengawal virus dari merebak dan menyah keluar sebarang kluster tersembunyi di dalam sesebuah komuniti.
“Barulah strategi endemik jangka panjang boleh diwujudkan setelah asas kesihatan awam dipatuhi dan kapasiti penjagaan kesihatan diperkuatkan,” kata mereka lagi.
Jawatabkuasa kesihatan PH juga berpendapat strategi tersebut boleh dicapai secara kerjasama yang lebih kukuh dan terbuka dengan semua pihak terbabit di dalam sektor swasta, akademik, NGO dan juga pihak pembangkang.
Jawatankuasa itu berharap lantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan yang baru akan memberi pencetus yang bertindak sebagai “RESET” dalam pengurusan Covid-19 negara secara “Pendekatan Penggemblengan Nasional”, termasuk dalam menangani isu-isu yang rumit dan aspek-aspek yang pelbagai dalam sistem kesihatan Malaysia, sama ada berjangka masa pendek atau panjang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32987

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Hari Ph Cadang 10 Asas Kpi Untuk Khairy Tangani Covid 19

100 Hari Ph Cadang 10 Asas Kpi Untuk Khairy Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 218 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE September 4 2021Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan mencadangkan 10 Indeks Prestasi Utama yang ketara untuk mengukur keberkesanan strategi Cari Uji Jejak Asing Sokong dan vaksinasi yang diambil oleh Kementerian Kes...
Jika Ismail Gagal 100 Hari Apakah Dia Akan Letak Jawatan Atau Bagi 100 Alasan Untuk Kekal Kuasa

Jika Ismail Gagal 100 Hari Apakah Dia Akan Letak Jawatan Atau Bagi 100 Alasan Untuk Kekal Kuasa

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 271 hits
Jangan lepaskan jawatan PM ITU satu yang pelik Hanya orang nyanyok seperti Mahathir sahaja yang akan lepaskan jawatan PM dengan mudah sebanyak dua kali
Mahiaddin Sokong Ismail Hanya Mahu Gelapkan Fakta Pn Gagal

Mahiaddin Sokong Ismail Hanya Mahu Gelapkan Fakta Pn Gagal

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 167 hits
MALAYSIA DATELINENaib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menyokong Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri sekadar satu cubaan terdesak untuk menggelapkan fakta atau mengalihkan perhatian masyarakat ...
Kah Kah Walau Gagal Dan Sembab Tak Pernah Jumpa Wartawan Pun Masih Lagi Mengaku Tidak Gagal Sahih Fail

Kah Kah Walau Gagal Dan Sembab Tak Pernah Jumpa Wartawan Pun Masih Lagi Mengaku Tidak Gagal Sahih Fail

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 234 hits
Setelah digulingkan Muhyiddin tetap kata kerajaan PN tidak gagalSeptember 11 2021 Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak gagal dalam menguruskan pandemik Covid 19 Presiden Parti Pr...
Elak Whatsapp Kena Hack Atau Di Hijack Pegawai Polis Ni Tunjuk Cara Paling Selamat Mudah Buat

Elak Whatsapp Kena Hack Atau Di Hijack Pegawai Polis Ni Tunjuk Cara Paling Selamat Mudah Buat

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 383 hits
Mustahak Kemaskini 2 langkah pengesahan dalam aplikasi Whatsapp untuk langkah langkah pencegahan daripada Whatsapp anda dihack Boleh dikatakan semua antara kita menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan ramai orang Malah tidak di...
3 Hari Yang Sia Sia Untuk Kenal Pasti Kerajaan Pn Atau Bn

3 Hari Yang Sia Sia Untuk Kenal Pasti Kerajaan Pn Atau Bn

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 320 hits
MALAYSIA DATELINERumah sudah siap pahat masih berbunyi itulah gambaran yang diberikan kepada kerajaan baru yang telah dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Apatah lagi di dalam keadaan negara yang sedang berperang mela...
Hari Ini Pemerintah Akan Umumkan Ppkm Level 2 4 Diperpanjang Atau Tidak

Hari Ini Pemerintah Akan Umumkan Ppkm Level 2 4 Diperpanjang Atau Tidak

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 239 hits
Walaupun demikian Jodi pun enggan membeberkan siapa yang akan mengumumkan Apakah Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhu Binsar Panjaitan atau Presiden Joko Widodo
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord