10 Khasiat Air Kelapa Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu


Apakah khasiat dan kebaikan air kelapa pada kesihatan? Artikel ini akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai khasiat air kelapa terhadap kesihatan kita.
Kredit Foto : Google
Air kelapa merupakan sejenis minuman yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ianya digemari oleh setiap peringkat umur dan minuman ini sering dijadikan sebagai pembasah tekak dikala cuaca panas. Air kelapa terhasil dari tisu endosperm buah kelapa atau nama saintifiknya cocos nucifera L.

Buah ini bukan sahaja dijadikan minuman penghilang dahaga, malah turut digunakan secara tradisional untuk merawat beberapa penyakit seperti cirit-birit dan demam.


Kandungan makronutrisi yang terdapat pada setiap 100 ml air kelapa. Setiap 100 ml air kelapa dapat membekalkan sebanyak 22 kcal tenaga dan 5.6 g karbohidrat. Di dalam air kelapa tidak mengandungi serat, protein dan lemak.

Kandungan mikronutrisi yang terdapat dalam setiap 100 ml air kelapa. Terdapat sebanyak 14 mg kalsium, 0.1 mg zat besi, 1 mg sodium, 198 mg kalium, 12 mg fosforus dan 15 mg vitamin C.

Terdapat beberapa komponen berkhasiat yang terdapat pada air kelapa. Antaranya adalah seperti vitamin B. Antara vitamin B yang terkandung dalamnya ialah asid nikotinik, asid pantotenik, riboflavin dan tiamin. Ianya juga mengandungi vitamin C, asid folik dan asid amino.

Di samping itu, air kelapa juga mengandungi ion tidak organik. Antara kepentingan ion tidak organik ini adalah untuk pembentukan tulang yang sihat, penghasilan enzim, penting di dalam penghasilan hemoglobin, dan juga terlibat di dalam metabolisma asid amino, lemak dan karbohidrat.

Komponen mikronutrisi yang berkhasiat di dalam air kelapa sudah semestinya kandungan kalium yang terbukti berkesan untuk mengurangkan paras tekanan darah dan penting di dalam pengecutan otot.

Kali ini kami akan kongsikan khasiat dan manfaat air kelapa kepada kesihatan serta kelebihannya berbanding air penghidrat tenaga di luar sana.

1. Sebagai minuman elekrolit

Tahukah anda selain minuman isotonik seperti 100 plus, air kelapa juga sesuai dijadikan sebagai minuman elektrolit. Hal ini kerana air kelapa mengandungi pelbagai mineral, ion dan elektrolit yang mampu menghasilkan tekanan osmotik yang sama seperti darah.

2. Mengawal tekanan darah

Air kelapa mengandungi kandungan kalium yang agak tinggi di mana setiap 100 ml air kelapa mampu membekalkan sebanyak 198 mg kalium. Antara salah satu sifat kalium adalah menyebabkan salur darah menjadi lebih luas. Tekanan darah akan menurun apabila salur darah menjadi kurang sempit.

Selain itu, kalium juga penting di dalam pengawalan pengecutan otot seperti otot jantung. Pengecutan otot jantung yang normal juga mampu mengekalkan tekanan darah pada paras normal.

3. Mengelakkan tekanan oksidatif (oxidative stress)

Di dalam satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pemberiaan air kelapa sebagai terapi kepada haiwan yang diberi diet fruktosa dapat menurunkan bilangan kejadiaan tekanan oksidatif pada haiwan tersebut dan membaiki paras anti oksida di dalam haiwan terbabit.

Hal ini kerana terdapat kandungan vitamin C dan L ariginine di dalam air kelapa yang membantu melawan tekanan oksidatif.

4. Memperbaiki paras lipid di dalam darah

Kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati bahawa pemberiaan air kelapa dapat memperbaiki paras lipid dan kolesterol haiwan tersebut. Air kelapa didapati dapat menurunkan paras kolesterol, trigliserida, LDL yang lebih dikenali sebagai kolesterol jahat dan meningkatkan paras HDL ataupun kolesterol baik.

5. Melindungi jantung

Oleh kerana pengambilan air kelapa terbukti untuk meningkatkan paras HDL, ianya mampu untuk mencegah sebarang masalah jantung seperti seperti serangan jantung. Kajian yang dijalankan terhadap haiwan yang mempunyai masalah jantung mendapati bahawa air kelapa bersifat melindungi jantung haiwan tersebut.

6. Bersifat anti radang

Air kelapa juga mempunyai sifat anti radang dek kerana kandungan vitamin, mineral dan asid cytokinin yang terdapat padanya. Hal ini telah terbukti berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas haiwan. Air kelapa mampu untuk menyekat penghasilan prostaglandin yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.

7. Merawat cirit birit

Air kelapa telah digunakan secara tradisional untuk merawat kejadian cirit-birit yang terjadi di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Selain itu ianya juga digunakan untuk mencegah jangkitan salur pencernaan.

8. Bersifat anti diabetik

Satu kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan mendapati bahawa air kelapa dapat menurunkan paras glukosa darah apabila haiwan tersebut diberi rawatan air kelapa berbanding dengan haiwan yang tidak menerima rawatan. Selain itu, air kelapa juga meningkatkan paras insulin dan paras glikogen hati. Ianya juga menurunkan paras glycated hemoglobin di dalam haiwan tersebut.

9. Melindungi ginjal

Satu kajian telah dijalankan ke atas haiwan untuk mengkaji kesan pemberian air kelapa terhadap pembetukkan kristal. Setelah 7 minggu kajian dijalankan, didapati bahawa pemberian air kelapa mencegah pembentukkan kristal pada tisu renal dan juga mengurangkan jumlah kristal di dalam urin haiwan tersebut. Air kelapa didapati mampu melindungi kejadian tekanan oksidatif pada ginjal.

10. Mempunyai kandungan vitamin B9

Air kelapa mempunyai kandungan folate ataupun vitamin B9. Vitamin ini sangat penting untuk mencegah kejadian anemia semasa hamil. Ianya juga mencegah toksisiti mitokondria yang disebabkan oleh metanol.

11. Mengurangkan rasa mual bagi wanita hamil

Wanita yang hamil seringkali menghadapi masalah morning sickness pada peringkat awal kehamilan mereka. Jika sudah cuba pelbagai cara tetapi masih tidak berjaya, anda disarankan untuk minum air kelapa bagi mengurangkan rasa mual. Malah, ia dapat meningkatkan metabolisme anda.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi dari segelas air kelapa. Namun haruslah diingat bahawa pengambilannya haruslah secara bersederhana dan perlu mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengelakkan komplikasi kesihatan yang lain terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Diharapkan artikel khasiat air kelapa ini dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada para pembaca berkenaan kebaikan air kelapa ini.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sekejung.com/2022/03/10-khasiat-air-kelapa-untuk-kesihatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jeli Air Kelapa

Jeli Air Kelapa

papar berkaitan - pada 22/3/2022 - jumlah : 191 hits
Dah banyak kali Kjee buat especially di musim panas lit lit Sudah banyak hari kawasan kami tak hujan So pagi tadi lepas Solat Subuh Kjee titipkan doa agar Allah swt turunkan hujan Kesian kami pokok2 rumput dan bumi yang gersang Tup tup tak ...
Lebih 700 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Di Sini Hari Ini

Lebih 700 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas Di Sini Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 184 hits
Lebih 700 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Jalan Apas di sini hari ini Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Julius John Stephen berkata kejadian dipercayai bermula kira kira 4 40 petang dan pihaknya mene...
Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022

Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 292 hits
Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022Resepi Air Viral Sedap Minum Waktu Berbuka Puasa Tahun 2022 Air Detox Ais Lemon Pudina yang dibuat masa buka puasa Minum sejuk sejuk lalu kat anak tekak Tapi bagi yang nak kurangkan...
Air Ketuban Banyak

Air Ketuban Banyak

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 175 hits
AIR KETUBAN BANYAK Assalamualaikum Dr Saya sedang hamil 30 minggu Baru baru ini doktor memberitahu yang air ketuban saya banyak Saya sangat terkejut Apakah kesan sampingan kepada bayi dan ibu sekiranya air ketuban banyak dan adakah cara lai...
Anggunnya Putri Tanjung Di Acara Pengajian Sang Ayah Tak Kuasa Tahan Air Mata

Anggunnya Putri Tanjung Di Acara Pengajian Sang Ayah Tak Kuasa Tahan Air Mata

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 158 hits
Putri Tanjung anak dari pengusaha Chairul Tanjung tak lama lagi akan menikah dengan Guinandra Jatikusumo Putri Tanjung menggelar acara pengajian ditemani kedua orang tuanya Chairul Tanjung dan Anita Ratnasari Acara pengajian berlangsung khi...
Kereta Terjunam Tali Air Budak Lima Tahun Ditemukan Lemas

Kereta Terjunam Tali Air Budak Lima Tahun Ditemukan Lemas

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 297 hits
PASIR SALAK Seorang kanak kanak lelaki yang dilaporkan terperangkap dalam kereta yang terjunam di tali air di Kilometer 32 Jalan Bota Kiri Ulu Dedap berhampiran Kampung Bukit Chawi Kampung Gajah di sini pada Khamis ditemukan meninggal dunia...
Ikon Lancar Teaser Program Realiti Ikon On Air Sempena Comeback Akan Datang

Ikon Lancar Teaser Program Realiti Ikon On Air Sempena Comeback Akan Datang

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 185 hits
Get ready it s showtime Mesti ramai peminat yang merindui iKON kan Siap sedia tahun 2022 akan menjadi tahun yang meriah buah iKON Pada 15 Mac iKON telah melancarkan teaser bagi program realiti mereka iKON ON AIR akan datang yang akan penuh ...
16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur

16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 178 hits
16 Resipi Kek Coklat Yang Buat Kecur Air Liur l Assalamualaikum Kek coklat antara kek yang paling disukai oleh semua orang Baik orang dewasa atau budak budak Senang kata kek coklat ni antara kek yang tak lapuk dek zaman Datang lah pelbagai ...
Pengiraan Air Tuban Ketika Hamil

Pengiraan Air Tuban Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 134 hits
PENGIRAAN AIR TUBAN KETIKA HAMIL Assalamualaikum doktor semalam pagi saya ada buat pemeriksaan perut di klinik kerajaan Dan bacaan air ketuban saya adalah 7 Adakah itu normal Sebab klinik masih belum berikan apa apa keputusan untuk saya ref...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran