10 Kesalahan Yahoo Yang Menjadi Punca Kejatuhan Peneraju Internet Terawal Ini


Yahoo selaku ikon internet terawal mengumumkan penjualan perniagaan utamanya pada harga USD$4.8 bilion kepada Verizon pada tahun 2016 lepas dan sejak itu, portal web tersebut mempunyai pendapatan lebih tinggi dari Twitter dan LinkedIn.


Jumlah pelawatnya juga melebihi Amazon, Wikipedia dan eBay. Jadi, dimana silapnya empayar ini sehingga zaman kegemilangannya boleh berakhir begitu sahaja?

Inilah 10 kesalahan Yahoo yang menjadi punca kepada zaman kejatuhan enjin carian ini, dimana ia pernah menjadi kesayangan ramai suatu ketika dahulu.

1. Kehilangan Google

Pada tahun 2002, Yahoo berpeluang untuk memperoleh Google apabila Sergey Brin dan Larry Page mahu menjualnya dengan harga $1 bilion.

Namun, apabila ketua eksekutif Yahoo pada ketika itu, Terry Semel berfikir untuk menerima tawaran tersebut, harga jualannya telah dinaikkan kepada $3 bilion.

Menurut Paul Graham selaku pengasas Y Combinator dan bekas pekerja, Yahoo menolak 'tuah' yang boleh menjadi bahagian penting perniagaan mereka pada waktu itu.

2. Tidak mengembangkan Flickr

Sebelum adanya Facebook, Instagram dan Google Photo, Flickr sebenarnya telah wujud terlebih dahulu sebagai sebuah laman web perkongsian foto yang dibeli oleh Yahoo pada tahun 2005.

Pada masa itu, Flickr mempunyai perancangan untuk menjadikan laman web berkenaan sebagai sebuah rangkaian sosial tetapi, Yahoo melepaskan peluang keemasan ini dan menguruskan laman web mereka secara salah sehingga tidak mempunyai matlamat yang jelas.

Selain itu, Yahoo turut pernah melakukan kesilapan yang sama terhadap laman-laman web milik mereka seperti GeoCities, Delicious dan paling terbaru ialah Tumblr.

3. Tidak membeli Facebook

Pada tahun 2006, Yahoo bercadang untuk mengambil alih Facebook dengan tawaran harga $1 bliion. Mark Zuckerberg bagaimanapun menolak tawaran tersebut.

Menurut laporan, Facebook mungkin akan memaksa Mark Zuckerberg untuk menjual syarikat mereka kepada Yahoo, sekiranya tawaran itu dinaikkan kepada harga $1.1 bilion. Bagaimanapun, Terry Semel enggan melakukan perkara tersebut.

4. Menolak tawaran Microsoft

Pada tahun 2008, Yahoo sekali lagi mensia-siakan tawaran untuk diambil alih oleh syarikat gergasi, Microsoft dengan nilai $44.6 bilion.

Pengarah Microsoft pada ketika itu, Steve Ballmer berusaha keras untuk meyakinkan Yahoo untuk menjualnya kepada Microsoft namun, Yahoo memberikan alasan tawaran harga yang diberikan terlalu rendah.

Setahun selepas itu, Yahoo berputus asa untuk mencipta enjin carian sendiri dan menandatangani perjanjian bagi menggunakan Bing kepunyaan Microsoft.

5. Mempunyai barisan pengarah eksekutif yang teruk

Bagi melawan kemerosotan seperti dialami oleh Yahoo, kepimpinan yang kuat telah membantu syarikat-syarikat teknologi lain yang sedang bergolak. Antaranya seperti Apple (Steve Jobs), Microsoft (Satya Nadella) dan Google (Eric Schmidt).

Akan tetapi, Yahoo gagal melantik pengarah eksekutif yang boleh mengatasi masalah tersebut dengan baik.

Ramai orang menganggap Terry Semel sebagai salah seorang pengarah eksekutif teknologi yang paling teruk, manakala Carol Bartz yang bermulut cabul 'memenangi' segelintir rakannya. Scott Thompson pula meletak jawatan tatkala didakwa berbohong dengan resumenya.

6. Pengunduran Jerry Yang

Pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang melangkah keluar dari syarikat itu pada tahun 2012 untuk mengejar minatnya yang lain. Perletakan jawatan itu merupakan suatu kehilangan besar buat Yahoo.

Ini kerana Jerry Yang merupakan penggerak hala tuju Yahoo dan mereka mempunyai kepimpinan serta wawasan yang jelas kerana merupakan pengasas awal.

7. Marissa Mayer salah buat percaturan

Ternyata jutaan dolar milik Yahoo, hasil daripada saham dalam syarikat gergasi, Alibaba belum tentu menjanjikan masa depan yang cerah.

Bekas prodigi Google, Marissa Mayer gagal mengemudi Yahoo selepas pelantikannya pada tahun 2012 maka, keuntungan Yahoo terus jatuh, biarpun setelah pelbagai usaha dilakukan seperti membeli laman web blog sosial Tumblr, mengupah wartawan yang berprofil tinggi dan mengubah budaya kerja pasukan mereka.

Marissa Mayer dipaksa untuk mengasingkan aset perniagaan utama syarikat tersebut dari sahamnya di Alibaba.

8. Membeli Tumblr

Salah satu kemuncak Marissa Mayer sebagai pengarah eksekutif Yahoo ialah semasa membeli Tumblr pada tahun 2013, dengan harga $1.1 bilion.

Pada waktu itu, Tumblr belum pun memperoleh keuntungan. Oleh itu, Marissa merancang untuk meletakkan iklan pada rangkaian sosial "microblogging" tersebut.

Malangnya, Yahoo dilaporkan melebih-lebihkan Tumblr sehingga membelanjakan ratusan juta dolar. Pertumbuhan pengguna dan pendapatan yang lebih perlahan dari jangkaan, serta masalah reka bentuk semula memburukkan lagi keadaan.

Sebagai akibatnya, Tumblr diserap ke dalam Yahoo dan mengelirukan lagi masa depan rangkaian tersebut.

9. Tidak mempunyai misi yang jelas

Salah satu daripada kelemahan Yahoo yang paling ketara sepanjang dua dekad lalu ialah kegagalan mereka untuk mencari misi sebenar syarikat itu.

Dalam tempoh 24 tahun, Yahoo telah memaparkan sebanyak 24 penerangan yang berbeza tentang syarikat mereka. Identiti Yahoo juga berubah-ubah dan samar-samar antara syarikat teknologi dan gergasi media.

10. Berkuburnya zaman portal web

Sebaik Google dan Facebook bangkit menjadi gergasi laman web 2.0, Yahoo sedang bergolak. Ia gagal menyatukan enjin pencariannya sendiri dan bergelut untuk memanfaatkan potensi sosial Flickr dan Tumblr.

Yahoo mula ketinggalan apabila zaman mengakses internet melalui portal web seperti AOL dan MSN berakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Sejarah Kegagalan Kodak, Syarikat Gergasi Yang Tidak Berani BerubahSejarah Bagaimana Sony Playstation Menjadi Terkenal Selepas Ditipu Syarikat Nintendo
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/03/punca-kegagalan-yahoo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Henti Kaitkan Saya Sebagai Orang Ketiga Fify Azmi Nafi Punca Rashidi Dan Vanidah Cerai

Hiburan Henti Kaitkan Saya Sebagai Orang Ketiga Fify Azmi Nafi Punca Rashidi Dan Vanidah Cerai

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1687 hits
Wanita yang dikaitkan dengan Rashidi Ishak iaitu Fify Azmi tampil menjelaskan beliau tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktor tersebut Sudah menganggap Rashidi tidak lebih sebagai abangnya Fify akui beliau terkejut apabila di...
Biarlah Kami Sahaja Tahu Tidak Manis Untuk Dedah Punca Perceraian Vanidah Imran

Biarlah Kami Sahaja Tahu Tidak Manis Untuk Dedah Punca Perceraian Vanidah Imran

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 272 hits
Semalam pelakon Rashidi Ishak mengumumkan beliau sudah becerai dengan Vanidah Imran pada 9 Ogos tahun lalu selepas 17 tahun melayari bahtera perkahwinan Sebelum ini khabar angin mengenai perceraian mereka sudah lama diperkatakan tetapi kedu...
Didakwa Punca Rashidi Ishak Amp Vanida Imran Bercerai Ini Penjelasan Fify Azmi

Didakwa Punca Rashidi Ishak Amp Vanida Imran Bercerai Ini Penjelasan Fify Azmi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 2077 hits
Aktor Rashidi Ishak menjelaskan gadis bernama Fify Azmi itu bukan orang ketiga yang menjadi punca perpisahan dengan bekas isterinya Vanida Imran Tidak berdiam diri finalis Dewi Remaja 2014 2015 itu tampil memberi penjelasan bahawa dia tidak...
Rashidi Ishak Akui Sudah Bercerai Dengan Vanidah Fify Azmi Bukan Punca Perpisahan

Rashidi Ishak Akui Sudah Bercerai Dengan Vanidah Fify Azmi Bukan Punca Perpisahan

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 759 hits
PELAKON Rashidi Ishak menjelaskan wanita bernama Fify Azmi dalam video iklan produk minyak wangi keluarannya bukanlah orang ketiga atau menjadi punca perpisahan dengan aktres Vanidah Imran Rashidi berkata wanita yang juga peserta Dewi Ramaj...
Kecederaan Adib Disahkan Bukan Sebab Dipukol Ramai Tak Percaya Bila Pakar Forensik Ini Jelaskan Punca Sebenar

Kecederaan Adib Disahkan Bukan Sebab Dipukol Ramai Tak Percaya Bila Pakar Forensik Ini Jelaskan Punca Sebenar

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 324 hits
Seorang saksi pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat mengesahkan corak kecederaan pada badan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim tidak bersepadanan akibat dipuk0l ditendang atau ditumb0k Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bertugas di Ja...
Neelofa Nafi Jadi Punca Kepada Masalah Rumah Tangga Kakaknya

Neelofa Nafi Jadi Punca Kepada Masalah Rumah Tangga Kakaknya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 528 hits
Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya Tuduhan itu tidak masuk akal langsung Daripada membuat spekulasi yang tidak betul saya harap semua pihak boleh mendoakan yang terbaik buat mereka NeelofaItulah jawapan Noor Neelofa Mohd Noor yang t...
Potong Bajet Bas Um Punca Pelajar Ikat Perut

Potong Bajet Bas Um Punca Pelajar Ikat Perut

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 387 hits
By 19 Mac 2019 Timbalan Naib YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Muhammad Haziq Azfar bercakap semasa perjumpaan meja bulat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Ketua Mahasiswa dan siswi UM di Kafe Kompleks Perdana Siswa Universi...
Pemain Industri Punca Harga Buku Sukar Dikawal Kata Bekas Ceo Institut Terjemahan

Pemain Industri Punca Harga Buku Sukar Dikawal Kata Bekas Ceo Institut Terjemahan

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 363 hits
Walaupun harga buku sukar dikawal namun buku bernilai tinggi tetap mempunyai pasaran tersendiri KUALA LUMPUR Faktor pemain industri menjadi punca mengapa harga buku sukar untuk dikawal dan ditetapkan pada harga mampu milik kata bekas ketua ...
Najib Menangis Sedih Salahkan Kerajaan Ph Punca Pelajar Um Tiada Duit Untuk Makan Dikecam Netizen

Najib Menangis Sedih Salahkan Kerajaan Ph Punca Pelajar Um Tiada Duit Untuk Makan Dikecam Netizen

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 522 hits
Semalam Berita Harian menyiarkan laporan eksklusif mengenai Siswa miskin ikat perut sebilangan pelajar di Universiti Malaya di mana ada yang makan sekali sehari kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan k...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint