Al Quran Penyeri Kehidupan Penghuni Penjara Menjelang Hari Raya Aidilfitri



KUALA LUMPUR, Tidak langsung terkesan dengan kisah lampau, satu persatu ayat al-Quran dibaca lancar dengan sesekali ditegur oleh pegawai agama dan suasana itu bukan asing bagi penghuni penjara yang cuba mencari semula jati diri yang hilang.
Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar dalam temu bual khas bersama media mengenai program #World Quran Hour di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang, baru-baru ini, berkata pendekatan al-Quran ternyata banyak memberi impak positif dalam mengembalikan semula sisi gelap banduan kepada fitrah walaupun ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan.
“Memang banyak cabaran dan itu kita terpaksa akui memandangkan banduan ini datangnya dari pelbagai latar belakang. Namun dengan modul pembangunan insan, ia mula menunjukkan impak positif terutama dalam memastikan mereka bukan sahaja insaf dan berubah tetapi kembali hidup berpandukan agama,” katanya.
Lebih menarik, modul itu turut menyaksikan penurunan ketara banduan yang kembali ke penjara kerana mengulangi kesalahan jenayah daripada 30 peratus kepada 10 peratus dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
“Antara faktornya ialah, kita ‘bina’ semula penghuni penjara terutama yang beragama Islam dengan penerapan al-Quran sebagai cara dan panduan hidup kerana walaupun mereka banduan, ia tetap tidak melepaskan mereka daripada tanggungjawab menjalankan kewajipan dan perintah agama,” katanya.
Menurut Zulkifli, walaupun berdepan kesukaran mendidik semula penghuni penjara, ia dipermudahkan melalui program pembangunan insan dengan matlamat apabila mereka keluar nanti sekurang-kurangnya mereka boleh membaca al-Quran, solat dengan baik dan memimpin keluarga.
“Penekanan diberikan melibatkan empat elemen utama – orientasi, pengukuhan sahsiah, spiritual (kerohanian) dan integrasi atau kembali kepada masyarakat. Bagi merealisasikan empat elemen utama ini, kami terapkan pengajaran al-Quran menerusi konsep 3T iaitu talaqi, tadarus dan tahfiz,” katanya.
Tidak keterlaluan juga, Zulkifli menjelaskan modul tersebut sangat berjaya kerana dapat membantu banduan yang dahulunya buta huruf tetapi kini mampu khatam al-Quran dalam tempoh empat tahun sahaja dengan dipantau pegawai agama yang mengajar dan menyelia mereka.
“Sepanjang tempoh pembelajaran tersebut, banduan juga mampu memahami maksud ayat dibaca dan secara perlahan-lahan, mereka mengamalkan apa dibaca sekali gus mengubah cara pemikiran dan cara hidup mereka,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata penyertaan banduan dalam sesi pembelajaran agama itu bukan sekadar memenuhi keperluan modul tetapi menjadi ‘peluang’ bagi mereka mendapatkan keistimewaan tertentu memandangkan prestasi mereka dinilai dari semasa ke semasa.
“Ini peluang bagi setiap banduan ‘berlumba-lumba’ untuk naik peringkat dalam penjara yang sekiranya mereka memperoleh markah 70 ke atas, mereka akan mendapat beberapa keistimewaan seperti pergerakan lebih bebas dalam kawasan penjara.
“Paling utama, pendekatan al-Quran ini juga banyak mengubah persepsi keluarga ke atas banduan selepas melihat perubahan positif, malah penerimaan masyarakat juga dilihat bertambah baik apabila banduan ini mula ke masjid atau surau selepas dibebaskan kerana mahu meneruskan pembelajaran al-Quran,” katanya.
Melalui modul pembangunan insan berteraskan al-Quran itu juga, 10 Rumah Ngaji menggunakan teknik Al-Badar ditubuhkan sejak 2014, ia adalah nilai tambah kepada slot al-Quran dalam program Halaqah sedia ada di penjara.
Mengenai kempen #World Quran Hour bertemakan “Solusi Cabaran Sejagat” pada 30 Mei ini, Zulkifli menjelaskan semua penghuni dan kakitangan di 38 penjara yang menempatkan hampir 85 peratus banduan beragama Islam di seluruh tanah air akan mengadakan sesi tadarus al-Quran di lokasi masing-masing.
“Program Quran Hour itu yang disertai pihak penjara sejak beberapa tahun lalu sebenarnya banyak memberi semangat kepada banduan untuk lebih fokus dalam pengajian al-Quran, bahkan merupakan kemuncak kepada proses pembelajaran al-Quran mereka,” katanya.
#World Quran Hour tahun ini mengambil keberkatan 10 hari terakhir Ramadan dan ia akan diadakan di lokasi utama, di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAK), Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Abdullah Hashim berkata Jabatan Penjara turut memperkenalkan Sijil Pengurusan Masjid melalui Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) tahap tiga yang melayakkan banduan terpilih mengikuti pengajian tahfiz di dalam penjara.
Ia dibangunkan BAK dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Banduan, Seksyen Vokasional Industrial (VI) dan peserta yang terpilih akan menerima latihan dan sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
“Setakat ini, empat institusi penjara di Penjara Kajang, Selangor; Kluang, Johor; Pokok Sena, Kedah; dan Marang, Terengganu sudah memulakan program pengajian tahfiz ini untuk kumpulan pertama membabitkan 20 banduan.
“Sepuluh daripada peserta skim ini berjaya mencapai sasaran menghafal 10 juzuk al- Quran dan majlis konvokesyen pertama akan berlangsung tahun ini. Menariknya, mereka ini tidak ada latar belakang dalam agama yang mantap atau pernah mengikuti pengajian tahfiz, namun masih mampu menguasai hafalan dengan baik,” katanya.
Abdullah berkata skim berkenaan turut melayakkan banduan terpilih itu menggunakan sijil yang diperoleh tersebut untuk mencorakkan semula kehidupan mereka selepas bebas daripada penjara kelak.
“Kami berharap banduan dibebaskan kelak bersama sijil ini mendapat tempat dalam masyarakat dan boleh menggunakan kelayakan yang ada untuk berkhidmat sebagai imam atau bilal di masjid dan surau. Setakat ini, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berjanji untuk menyediakan pekerjaan sebagai imam bagi banduan yang berjaya melepasi hafazan 30 juzuk al-Quran,” katanya.
— BERNAMA
The post Al-Quran ‘Penyeri’ Kehidupan Penghuni Penjara Menjelang Hari Raya AidilFitri appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/al-quran-penyeri-kehidupan-penghuni-penjara-menjelang-hari-raya-aidilfitri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluk Islam Selepas Rakam Lagu Menjelang Hari Raya

Peluk Islam Selepas Rakam Lagu Menjelang Hari Raya

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 425 hits
Penyanyi Datuk DJ Dave mengakui lagu Menjelang Hari Raya yang mendapat sentuhan komposer S Atan menyimpan nostalgia yang tersendiri Beberapa bulan selepas merakamkan lagu itu 41 tahun lalu dia tertarik untuk memeluk Islam kerana terpesona d...
Syukur Alhamdulillah Dapat Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

Syukur Alhamdulillah Dapat Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 974 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Berita yang dinanti nantikan oleh seluruh penjawat Awam akhirnya muncul juga pada hari ke sebelas Ramadhan bersamaan 16 Mei 2019 Bantuan Khas Kewangan Bersempena Hari Raya Aidilfitri 2019Kebetulan ketika ...
40 Pickupline Hari Raya Aidilfitri Bakal Buat Dia Cair Sempena Lebaran

40 Pickupline Hari Raya Aidilfitri Bakal Buat Dia Cair Sempena Lebaran

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 1196 hits
Pikapline sempena hari raya pun dah ada ni Serius on point kan netizen diluar sana Musim cuti Raya yang panjang dihabiskan bersama sanak saudara dan kaum keluarga di kampung Pasti bermacam macam memori indah untuk dikenangkan Selain visit m...
Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama Spongebob Squarepants Di Wct Malls

Raikan Ramadan Dan Hari Raya Aidilfitri Ceria Bersama Spongebob Squarepants Di Wct Malls

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 809 hits
Petalirg Java 23 May 2019 Dua rakan baik yang disayangi SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick tar akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfltri di daratan buat kali pertama di W...
10 Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Pada Setiap Kali Menjelang 1 Syawal

10 Juadah Hari Raya Yang Wajib Ada Pada Setiap Kali Menjelang 1 Syawal

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 2213 hits
1 Syawal menjelang tiba Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan berpuasa sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri Persiapan raya sudah siapkah Minggu terakhir berpuasa pasti anda sibuk mempersiapkan pakaian kuih muih dan duit r...
Masih Keliru Ini Penjelasan Cuti Sekolah Cuti Hari Raya Aidilfitri 2019

Masih Keliru Ini Penjelasan Cuti Sekolah Cuti Hari Raya Aidilfitri 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1698 hits
KUALA LUMPUR Masih terdapat kekeliruan berhubung tarikh cuti persekolahan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini Bagi negeri Johor Kedah Kelantan dan Terengganu cuti sekolah pertengahan tahun jatuh pada 24 Mei 2019 hingga 8 Jun 2019 Manakala ba...
Koleksi Ucapan Sms Pantun Hari Raya Aidilfitri Full

Koleksi Ucapan Sms Pantun Hari Raya Aidilfitri Full

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 1267 hits
Koleksi Ucapan SMS PantunHari Raya Aidilfitri FullDalam kerendahan hati ada ketinggian budi Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kataDalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa MOHON AMP...
Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

Farid Kamil Berhari Raya Dalam Penjara Hukuman Penjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 429 hits
Siapa yang ikuti cerita Farid Kamil yang lalok sehingga bertindak luar batasan menampar anggota polis Januari tahun lalu pasti mahukan kesudahannya bukan BACA Hari ini Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah ...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kata Kata Nasihat Dalam Perjalanan

Abu Hurairah Sahabat Periwayat 5 374 Hadits

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Tahukah Anda Fasal Nama Tempat Terpanjang Dan Terpendek Di Malaysia