10 Idola K Pop Duta Bagi Jenama Mewah


Muzik K-Pop kini benar-benar menguasai media arus perdana di seluruh dunia dengan pengiktirafan global yang dicapai oleh kumpulan idola seperti BTS, BLACKPINK, EXO, IU dan ramai lagi.
Disebabkan itu, sektor jenama mewah juga menyambut mereka dengan tangan terbuka dek kerana rekod yang telah membuktikan bahawa bintang K-Pop ini mempunyai pengaruh yang luar biasa buat khayalak ramai.
Dari jenama mewah popular seperti LOUIS VUITTON, GUCCI, DIOR dan banyak lagi, merupakan antara jenama mewah yang tidak melepaskan peluang untuk memilih artis K-Pop sebagai duta global bagi jenama mereka. Antara idola K-Pop yang merupakan duta bagi jenama mewah ialah:
BTS – LOUIS VUITTON  Kumpulan K-Pop lelaki yang pastinya diketahui umum iaitu BTS telah menggembirakan ramai peminat apabila mereka dilantik sebagai duta bagi jenama LOUIS VUITTON.
Di pertunjukan Spin-off baru-baru ini di Seoul, BTS telah debut di pameran Koleksi Lelaki Musim Bunga/Musim Panas 2021, di mana ketujuh-tujuh anggota kumpulan itu dilihat menggayakan busana jenama LOUIS VUITTON yang unit dan tidak pernah dilihat sebelum ini.
KAI EXO – GUCCI
Kim Jong-in ataupun Kai dari kumpulan EXO telah bekerja dengan jenama GUCCI dalam pelbagai projek.
Kai pada awalnya pernah membuat penampilan di pertunjukkan GUCCI sebegai tetamu. Dia telah menjadi seorang yang rapat kepada jenama tersebut dan kini merupakan duta global bagi GUCCI, disahkan oleh SM Entertainment.
Beberapa kolaborasinya yang paling diingati bersama dengan GUCCI termasuklah koleksi ‘Kai x Gucci Capsule’ dan pameran seni Gucci ‘No Space, Just A Place. Eterotopia’ di Seoul, di mana Kai membuat lawatan peribadi secara maya di ruang tersebut.
IU – GUCCI
Selain Kai, artis solo yang amat disayangi iaitu IU, juga merupakan duta bagi jenama GUCCI.
Antara kolaborasi IU bersama GUCCI yang paling diingati adalah lawatan berpandu maya yang dilakukannya bersama dengan Kai EXO untuk pameran seni GUCCI ‘No Space, Just A Place. Eterotopia’ dan juga kempennya GUCCI ‘BELOVED’ baru-baru ini.
JISOO BLACKPINK – DIOR
Jisoo BLACKPINK telah memainkan peranan penting sebagai duta global bagi jenama DIOR bagi kategori fesyen, kecantikan dan gaya hidup. Digelar sebagai ‘HUMAN DIOR’, Jisoo adalah lambang DIOR dan juga telah memberi inspirasi kepada koleksi baru yang direka oleh Maria Grazia Chiuri, yang merupakan salah seorang pereka fesyen jenama tersebut.
Baru-baru ini, Jisoo telah berjaya  menjadi artis yang mempunyai nilai sosial media yang tertinggi setelah penampilannya di Minggu Fesyen Paris bagi jenama DIOR. Jisoo juga merupakan selebriti pertama di akaun Instagram DIOR yang telah berjaya mencapai lebih 1 juta sukaan daripada ramai orang bagi gambarnya yang dimuat naik di akaun tersebut.
JENNIE BLACKPINK – CHANEL, HERA & CALVIN KLEIN
Jennie telah bekerjasama dengan jenama CHANEL sejak sebelum hari debutnya lagi.
Bermula dari CHANEL Beauty, Jennie telah bergerak untuk mewakili jenama tersebut dalam pelbagai fesyen kempen termasuklah pertunjunkan digital Fall/Winter 2021 baru-baru ini, di mana dia merupakan sebahagian daripada kempen pertunjunkan tersebut.
Selain daripada itu, Jennie juta telah membintangi di dalam kempen CALVIN KLEIN sebagai duta barunya untuk koleksi ‘Heron Preston’.
Tambahan lagi, Jennie juga merupakan wajah bagi HERA COSMETICS, iaitu label kecantikan mewah di Korea Selatan.
ROSÉ BLACKPINK – SAINT LAURENT & TIFFANY &CO.
Kolaborasi antara Rosé dan SAINT LAURENT telah bermula pada 2019 yang lalu, yang telah menampilkan artis tersebut di dalam pelbagai kempen dan pengambaran termasuklah ‘Saint Laurent Rive Droite’ yang dimasukkan di dalam majalah ‘L’OFFICIEL’. Rosé juga telah menghadiri Minggu Fesyen Paris baru-baru ini sebagai duta global SAINT LAURENT.
Beberapa tahun kerjasamanya bersama dengan SAINT LAURENT, Rosé telah dipilih sebagai duta global baru bagi jenama aksesori mewah iaitu TIFFANY & CO., sekaligus bersama dengan bintang antarabangsa popular seperti Tracee Ellis Ross dan Anya Taylor-Joy.
LISA BLACKPINK – CELINE & BVLGARI
Bagi Lisa pula, iaitu penari dan rapper BLACKPINK yang terkenal, dia mempunyai dua perana sebagai duta global iaitu bagi jenama CELINE & BULGARI.
Lisa bermula dengan CELINE pada tahun 2019, dia mana dia muncul sebagai salah seorang tetamu VIP di pertunjukan jenama tersebut dan menjadi antara yang pertama ditampilkan dengan beg hasil reka bentuk Hedi Slimane untuk jenama itu. Kini, dia merupakan duta global pertama bagi CELINE.
Kemudiannya, Lisa telah dilantik sebagai duta global bagi jenama aksesori mewah iaitu, BVLGARI dan telah muncul dalam pelbagai kempen bersama dengan jenama tersebut.
JACKSON WANG – FENDI, CARTIER & ARMANI BEAUTY
Salah satu idola K-Pop yang hangat hari ini, Jakson Wang adalah duta besar bagi pelbagai jenama mewah termasuklah FENDI, CARTIER dan ARMANI BEAUTY.
Kerjasamanya yang paling ikonik adalah projek ‘FENDI x JACKSON WANG’, di mana dia merancang koleksi kapsul untuk jenama tersebut.
Selain daripada itu, Jakson juga turut terlibat untuk kempen ‘Pasha de Cartier’ bagi jenama CARTIER, bersama dengan bintang dunia yang lain seperti, Willow Smith, Rami Malek dan Timothy Chalamet.
SEULGI RED VELVET – SALVATORE FERRAGAMO
Vokalis dan penari utama kumpulan K-Pop popular iaitu Seulgi RED VELVET telah dinobatkan sebagai duta global bagi jenama mewah SALVATORE FERRAGAMO.
Dia dipilih untuk menunjukkan keremajaan muda, gaya yang unik dan semangat serta kerajinnya untuk berfikiran kreatif. Seulgi telah membuat kempen debutnya bersama jenama tersebut bagi koleksi kapsul ‘Let’s Dance’.
SEHUN EXO – DIOR MEN
Sehun yang sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai jenama mewah lain seperti PRADA, LOUIS VUITTON dan ERMENEGILDO ZEGNA, telah dilantik sebagai duta global bagi koleksi lelaksi DIOR pada akhir Disember tahun lalu.
Sehun telah membintangi penggambaran untuk koleksi lelaki Fall 2021 DIOR yang mana telah menampilkan gaya pakaian dan visualnya yang baik dalam mewakili DIOR.
Jenama mana yang korang paling suka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/10-idola-k-pop-duta-bagi-jenama-mewah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aiskrim Ovaltine Crunchy Pop Jenama Wall S

Aiskrim Ovaltine Crunchy Pop Jenama Wall S

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 434 hits
Assalamualaikum Ovaltine Crunchy Pop merupakan aiskrim terbaru keluaran wall s Sekarang ni ianya menjadi trending di media sosial mahu pun di stesen televisyen Biasalah untuk melariskan jualan sesuatu produk Kenalah ada pengiklanan Kalau ta...
Pernah Suarakan Hasrat Nak Beli Kereta Mewah Hairul Azreen Dipanggil G1la Masa Jadi Tukang Cat

Pernah Suarakan Hasrat Nak Beli Kereta Mewah Hairul Azreen Dipanggil G1la Masa Jadi Tukang Cat

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 224 hits
Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak datang dengan sendiri Bak kata pepatah Melayu yang bulat tidak datang bergolek yang pipih tidak datang melayang Perjalanan hidup pelakon dan pengarah filem Hairul Azreen boleh dijadikan inspirasi keran...
Hiburan Geng Kayangan Betul Ni Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Mewah Pula

Hiburan Geng Kayangan Betul Ni Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Mewah Pula

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 229 hits
Pelakon Hairul Azreen serta isteri Hanis Zalikha bersama anak anak mereka baru baru ini ada menjadi bahan bualan netizen apabila keluarga itu dilaporkan telah bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Rezeki Anak Anak Lepas Helikopter Family Hairul Azreen Naik Kapal Mewah Pula

Rezeki Anak Anak Lepas Helikopter Family Hairul Azreen Naik Kapal Mewah Pula

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 297 hits
Pernah viral beberapa hari lepas percutian yang penuh mewah Hairul Azreen bersama keluarga tercinta dengan menaiki helicoptor ke sebuah pulau percutian yang terkenal membuatkan ramai cemburu dengan percutian mereka Kini Keluarga Hairul dan ...
Netizen D4kwa Rizalman Anak Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi Tinggal Di Villa Mewah Harga Satu Malam Rm50 000

Netizen D4kwa Rizalman Anak Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi Tinggal Di Villa Mewah Harga Satu Malam Rm50 000

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 420 hits
Sebelum ini pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencvri tumpuan wargamaya selepas pergi bercuti dengan menaiki helikopter Kali ini giliran pereka fesyen tersohor negara Datuk Rizalman Ibrahim bersama dua anak lelakinya yang b...
Hiburan Dah Merasa Beg Mewah Ada Driver Di Umur 20 An Tak Halang Ika Nabella Ceburi Bisnes

Hiburan Dah Merasa Beg Mewah Ada Driver Di Umur 20 An Tak Halang Ika Nabella Ceburi Bisnes

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 167 hits
Pelakon drama Ika Nabella memaklumkan bahawa dia kini menceburi bidang bisnes kerana enggan berasa terlalu selesa dengan kehidupannya kini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMengecap pelbagai kejayaan di usia yang muda Ika berkata dia tidak mah...
Down To Earth Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga Rm27 00 Undang Pujian Warganet

Down To Earth Permaisuri Selangor Pakai Tudung Jenama Fazura Berharga Rm27 00 Undang Pujian Warganet

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 320 hits
Assalamualaikum semuaBaru baru ini menjadi bualan warganet tentang sifat rendah diri Permaisuri Selangor Tuanku Permaisuri Norasyikin yang bersahaja mengenalan tudung keluaran Fazura yang hanya berharga RM27 00 itu Ramai yang tahu bahawa hu...
5 Desain Rumah Baru Jessica Iskandar Dan Vincent Mewah Dilengkapi Kolam Renang

5 Desain Rumah Baru Jessica Iskandar Dan Vincent Mewah Dilengkapi Kolam Renang

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 431 hits
Jessica Iskandar dan Vincent Verhaag tengah membangun rumah masa depan nan mewah Rumahnya luas dan dilengkapi dengan kolam renang Berikut beberapa fotonya
Selepas Helikopter Hairul Hanis Naik Kapal Layar Mewah Milik Tan Sri Vincent Tan Pula

Selepas Helikopter Hairul Hanis Naik Kapal Layar Mewah Milik Tan Sri Vincent Tan Pula

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 701 hits
Jika sudah dinamakan rezeki pasti tidak salah alamat Begitulah halnya yang berlaku kepada pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha Selepas memilih menaiki helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang mereka me...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nostalgia Bedak Sejuk

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Hiburan Saya Rasa Mereka Ada Masa Depan Yang Baik Abby Abadi Dedah Aslam Kini Bawa Grab Dan Berniaga



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Ara Johari Delulu Chord

Apakah Pekerjaan Yang Paling Baik

Orang Yang Solatnya Tidak Diterima Allah Baca Supaya Ibadah Solat Kita Tidak Sia Sia

Deep Dive 5 Historic Lots From Gooding S Geared Online Sale

Tiba Tiba Datang Rasa Nak Bersalin Doktor Kongsi Apa Patut Ibu Ayah Buat Jangan Panik

Ini Kata Kata Terakhir Korban Penganiayaan Senior Stip Sebelum Dipukuli Hingga Tewas