10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Keuntungan Lumayan
10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Keuntungan Lumayan | Banyak peluang perniagaan terbentang luas diluar sana. Perniagaan modal rendah dan mempunyai pulangan keuntungan lumayan ini boleh saja dimulakan oleh.
Seorang mahasiswaPelajar sekolah (dengan bantuan mak ayah)Mereka yang dibuang kerjaLepasan SPMPenganggurSuri RumahPesara tentera / pesara kerajaanBila sebut pasal berniaga, mesti salah satu benda yang menjadi cabaran adalah MODAL. Percaya atau tidak, bukan semua perniagaan memerlukan modal yang besar, malah ada perniagaan yang langsung tidak memerlukan modal untuk dimulakan
Perniagaan yang bagus ialah bisnes yang mudah tanpa memeningkan kepala untuk memikirkan dimana nak buat pinjaman duit untuk memulakan perniagaan. Bisnes yang bermodal rendah tapi pulangan keuntungan besar inilah yang sentiasa ada peluang pasaran yang luas dan berdaya saing. Pendek kata, bisnes yang penulis ingin katakan adalah 'hari-hari orang nak'.
10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Pulangan Lumayan
Berikut adalah 10 Idea perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, atau tanpa modal untuk memulakan bisnes:
#1 Buah Potong
Perniagaan kecil-kecilan ini boleh saja dilakukan di hadapan sekolah, pasar tani, depan masjid, depan pejabat atau kilang, diluar kawasan tapak pembinaan, malah di tamu pun boleh buat, kawasan yang menjadi tumpuan ramai orang.
Sumber | TanungkiteKebiasannya kadar keuntungan 50% hingga 60% daripada modal yang digunakan, dan anda berjaya menjual 300 plastik dengan harga RM1/plastik maka keuntungan anda RM160 sehari X 30 hari, berapa? RM4800! Kalau jual lebih maka keuntungan lagi banyak.
#2 Jual Air Balang
Perniagaan menjual air balang dalam gelas/cawan memang sudah ramai yang buat. Mengapa ramai yang buat? sebab perniagaan ini mudah. Tanpa modal yang besar. Tempat berniaga sama dengan berniaga buah potong, lebih bagus jika buat perniagaan ini serentak. Jual air balang, buah potong dan BBQ.
Sumber | Asto AwaniKeuntungan biasanya dalam 80% daripada modal yang digunakan. Jika anda berjaya menjual 300 cawan sehari dengan harga RM1/cawan maka keuntungan anda RM260 sehari X 30 hari, berapa? RM7800! Baca panduan memulakan bisnes jual air balang disini - Panduan Memulakan Bisnes Jual Air Balang
#3 Jual Apam Balik
Berniaga apam balik juga margin keuntungan 80% daripada modal. Lokasi menjual di pasar malam, pasar tani, tamu, dan boleh dilakukan di tepi jalan seperti jual air balang dan buah potong diatas.
Sumber | UjangchengkauKatakanlah anda berjaya menjual 200 keping apam balik dengan harga RM1.50/keping maka keuntungan anda RM260 sehari X 30 hari, berapa? RM7800! ini belum termasuk apam balik yang special, coklat, dan berperisa lain dengan harga sekitar RM1.50 hingga RM3.50 sekeping.
#4 Jual Nasi Lemak
Berniaga nasi lemak memang sentiasa ada pembelinya, maklumlah orang Malaysia suka makan nasi lemak ni. Bagi nama nasi lemak unik sikit macam Nasi Lemak Anak Dara tu dah femes satu Malaysia kan hehe.
Sumber | BeritasiniKadar keuntungan adalah 50% hingga 60% daripada modal. Katakanlah anda berjaya menjual 200 pek nasi lemak dalam sehari dengan harga RM1.50, maka keuntungan anda RM160 X 30 hari, berapa? RM4800! kalau jual lebih untung pun lebih banyak.
#5 Jual Burger
Berniaga burger boleh dilakukan secara sepenuh masa dan separuh masa. Kerana selalunya, orang akan makan burger ni waktu malam. Jual burger boleh dilakukan di luar kedai makan, tepi jalan, pasar tani, food court area, dan kawasan laluan orang ramai.
Sumber | SinarharianKadar keuntungan adalah 60% hingga 70% daripada modal. Katakan anda berjaya menjual 150 burger dengan harga RM3 sebungkus, maka keuntungan anda adalah RM240 X 30 malam, untung? RM7200! Baca panduan memulakan bisnes menjual burger ini - Panduan Memulakan Bisnes Jual Burger
#6 Jual Aiskrim
Perniagaan mudah dan modal rendah ini memang ramai yang nak buat. Mat bangla pun suka buat bisnes aiskrim ni. Ini kerana aiskrim semua orang suka makan, tak kira dari kanak-kanak atau orang dewasa. Boleh lakukan bisnes ini dengan menggunakan motosikal atau dipasar tani, diluar kawasan sekolah, luar supermaket, pasar malam atau ditepi jalan.
Sumber | LowyatMargin keuntungan dalam 50% hingga 70% daripada modal. Katakan anda berjaya menjual 300 aiskrim kon dengan harga RM1/kon, maka keuntungan anda adalah RM160 X 30 hari, berapa? RM4800! nak beli mesin soft aiskrim harga RM5500 pun dah boleh. Nak tau panduan memulakan bisnes aiskrim ini? baca - Panduan Memulakan Bisnes Jual Aiskrim
#7 Photography atau Juru Gambar
Perniagaan secara part time pun bisnes photography ini boleh jalan. Ramai pasangan diluar sana mencari jurugambar untuk majlis pertunangan dan perkahwinan mereka nanti. Itu belum termasuk pre-wedding, majlis hari jadi, event rasmi dan konvokesyen.
Sumber | Momogun RungusApa yang anda perlukan adalah sebuah kamera dan perisian komputer yang boleh digunakan untuk mengedit gambar tersebut. Katakanlah anda telah membeli kamera DSLR dengan harga RM1800 (mulakan dengan kamera murah dulu). Anda berjaya dapat job satu majlis kahwin dengan bayaran RM2500, modal anda dah cover! masih untuk RM700. Job seterusnya?? itu milik anda..kalau dapat job satu majlis Konvokesyen, anda boleh dapat untung sehingga RM50,000!
Bisnes ini perlukan kursus dan kemahiran, kalau tak minat memang tak jadi ! daripada menghadiri kusrsus beratus-ratus atau beribu-ribu, ada panduan untuk anda yang jauh lebih murah tetapi sangat membantu - Panduan Memulakan Bisnes Photography
#8 Perkhidmatan Potong Rumput
Secara part time, bisnes ini boleh dilakukan. Rata-rata caj untuk satu laman rumah adalah RM30 hingga RM60. Katakan anda baru saja membeli mesin potong rumput dengan harga RM250, dan anda dapat 10 job potong rumput dalam bulan yang pertama. Keuntungan anda, RM600 tolak RM250 maka masih untung RM450.
Sumber | Potong RumputBila dah konsisten, anda upahlah 2 orang pekerja dengan gaji RM120 sehari. Anda carilah job 5 buah rumah untuk seorang dengan bayaran RM60/rumah. Maka, keuntungan anda RM600 - RM240 = RM360 X 30 hari, berapa? RM10800!
#9 Bisnes Bakeri Dari rumah
Perniagaan bakeri dari rumah sesuai dilakukan suri rumah. Hanya dari rumah anda mulakan perniagaan ini dengan menghasilkan kuih muih, kek, dan macam-maca lagi. Boleh dijual secara online, atau pre-order untuk majlis-majlis harijadi atau perkahwinan.
Sumber | BakeriKadar keuntungan biasanya 50% hingga 60% daripada modal. Katakan anda berjaya menjual 100 kek cheese dengan harga RM30/kek cheese, maka keuntungan anda adalah RM160 X 30 hari, berapa? RM4800! Nak belajar cara mulakan bisnes bakeri dari rumah? - Panduan Memulakan Bisnes Bakeri dari Rumah
#10 Agen Dropship
Menjadi agen dropship adalah bisnes yang biasa kita lihat dilakukan oleh pengguna facebook sekarang ini. Banyak produk yang laris dijual di facebook misalnya, barangan bayi, pakaian fesyen wanita, handbag, produk kecantikan, dan jam tangan. Pilihlah mana-mana produk yang anda rasa laris untuk dijual, pilihalah produk yang HOT difacebook atau Instagram.
Rata-rata komisen untuk agen dropship adalah RM10 hingga RM30 daripada harga produk. Katakanlah anda menjual baju baby 40 helai sehari dengan harga RM40. Keuntungan anda RM400 X 30 hari, untung? RM12000! dropship amat bergantung dengan kadar jualan yang anda dapat tetapi modal memang tak ADA! kos penghantaran ditanggung oleh pembeli, penghantaran dikendalikan oleh syarikat dropshiper.
Tambahan 1 lagi bisnes adalah dengan menjual barangan borong dari China!!!
#11 Borong Barang dari China
Berminat memulakan bisnes barangan murah dari China? rahsia memborong barang tanpa perlu pergi ke China sudah didedahkan oleh Nigel Ong penulis ebook Rahsia Borong Dari China ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempelajari ilmu yang dikongsikan oleh beliau. Ramai yang sudah berjaya! anda bila lagi..dapatkan panduan berharga ini - Rahsia Borong Barang Dari China
Peluang memang luas. Pasaran dah memang tersedia. Semua orang nak makan buah potong, nasi lemak, apam balik, burger dan nak juga minum air kelapa, air bandung. Anak-anak pula suka sangat nak makan aiskrim, mak bapa mana yang tak beli kalau anak mereka menangis nak aiskrim kan
Masalahnya, nak berniaga atau tidak saja! terpulanglah anda nak mulakan bisnes mana satu asalkan caranya betul dan ada komitmen..
Terima kasih kerana membaca 10 Idea Perniagaan Modal Rendah Dengan Keuntungan Lumayan
Semoga berjaya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.elihjapahar.net/2016/12/10-idea-perniagaan-modal-rendah-dengan.html