10 Idea Masakan Ketam Yang Boleh Dicuba


Kata orang-orang tua dan mereka yang selalu turun ke laut, kalau nak beli ketam, beli waktu bulan penuh sebab katanya ketam yang dibeli isinya padat. Jadinya waktu ke pasar tempohari, nampak pulak ketak yang saiznya sedang-sedang tak terlalu besar dengan harga RM42 sekilo. Jadinya habibi belilah dalam 8 ekor, dipotong 2 kemudiannya. 


10 Resipi Masakan Ketam 


Ketam Goreng Sos Pedas


Bahan-bahan
Ketam, dibersihkan dan potong 4
5 tangkai cili kering, dikerat pendek
2 tangkai daun kari
1 biji bawang holland, dimayang
5 ulas bawang putih, diketuk


Bahan lain (satukan dalam mangkuk)
3 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram sedap ➡️ https://s.shopee.com.my/1B8GLCM3Qy@
3 sudu gula
1 sudu pes asam jawa
3 sudu kicap pekat
1/2 mangkuk air
garam secukup rasa


Cara Penyediaan:
1. Gaulkan garam dan kunyit pada ketam dan goreng separuh masak.
2. Goreng cili kering sampai garing, dan letak tepi.
3. Dengan minyak yang sama, tumis bawang putih hingga naik kekuningan, kemudian masukkan bawang holland dan daun kari, masak hingga layu.
4. Masukan bancuhan cili kisar dengan bahan lain, masak hingga mendidih.
5. Bila kuah dah mendidih, masukkan ketam yang digoreng dan cili kering, gaul biar sebati. Masak hingga kuah agak kering dan tutup api. Siap.


Nota :
Kalau suka berkuah, tak perlu masak hingga kuah kering.


Masak Lemak Ketam Dengan Nenas

1.5 kg ketam merah saiz sederhana (lebih kurang 10 ekor)
1 biji nanas madu – dihiris nipis (guna nanas biasa pun boleh, tapi pilih yang masak)
5 batang serai (dititik)
½ biji cili epal hijau (cili benggala) – dipotong memanjang
2 helai daun kunyit – disiat dan disimpul
1 kg pati santan (ambil 1 cawan pati santan dan campur 1 cawan air untuk dijadikan santan cair)
1 keping asam gelugor
Garam, gula, dan serbuk perasa


BAHAN-BAHAN (DIKISAR HALUS)
40 gram kunyit hidup
1 biji bawang besar India
1 biji bawang besar Holland
3 ulas bawang putih
20 gram halia
5 biji cili padi merah
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN


Ketam disiang dan dibasuh bersih. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan yang telah dikisar, serai, dan asam gelugor. Masukkan air sehingga paras ketam tenggelam. Masak sehingga mendidih dan ketam bertukar warna.
 Tuangkan santan cair, kacau dan biar mendidih sekali lagi.
Masukkan nanas. Selepas nanas lembut, tuangkan pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa jika suka. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih dengan api yang sederhana. Akhir sekali masukkan cili epal hijau dan tutup api.
Kredit resipi & foto: Kak Noor


Resipi Sup Ketam

Bahan-bahan:
4 ekor ketam, dibelah 2 atau 4
2 biji tomato, dipotong baji
1 liter air
daun bawang, dihiris
daun sup, dihiris


Bahan untuk dihiris 
3 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci halia, diketuk

Cara membuatnya :
Ketam yang sudah dibersihkan, sepit ketak tu diketuk supaya senang nak makan nanti
Masukkan bawang merah dan halia ke dalam periuk berisi air dan renehkan sehingga mendidihBila dah mendidih, masukkan ketam  dan dimasak hingga mendidih dan masukkan tomato
Bila tomato dah nampak masak, taburkan daun sup & daun bawang dan garam. Bila dah siap dan nak hidang boleh tabur bawang goreng

Nota :
Jangan masukkan telalu banyak garam sebab ketam kalau tidak hilang manis ketam tu. Kacau hingga mendidih dengan api perlahan


Chilli Crab Kak Chah

Bahan-bahan
2 ekor ketam saiz besar (anggaran 1kg)
*2 labu bawang besar – saiz sederhana
*3 ulas bawang putih
*3 batang serai
*1 inci halia
5-6 sudu besar cili kisar
2 sudu kecil rempah kari ikan
2 sudu kecil sos ikan
2 susu kecil seasoning sauce jenama Maggi
2-3 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
1 biji telur
Minyak


Cara Penyediaan

Bersihkan ketam dan kukus hingga masak. Pastikan jangan terlebih masak kerana isinya akan menjadi keras.Kisar bahan bertanda *. Tumiskan bersama cili kisar hingga garing.Masukkan rempah kari.Masukkan semua sos dan seimbangkan rasanya.Perasakan dengan garam dan gula.Masukkan sedikit air jika sos terlalu pekat.Kacau telur dan masukkan ke dalam sos. Kacau cepat-cepat.Masukkan ketam dan kacau sebati.
INFO: Terdapat juga versi ketam digoreng terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sos, tetapi hasilnya isi agak kering berbanding dikukus. 


Kredit resipi & foto: Chah


Sambal Ketam Bertelur


BAHAN-BAHAN


2 ekor ketam – cuci bersih dan kerat dua
7 tangkai cili kering – (dikisar berasingan)
4 biji bwg merah (dikisar)*
2 ulas bawang putih (dikisar)*
1 inci halia (dikisar)*
1 biji telur
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Sedikit air
Garam dan gula
Minyak utk menumis
Hiasan – daun ketumbar


CARA PENYEDIAAN
Kisar semua bahan yang bertanda *
Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
Selepas itu masukkan ketam dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam masak. dan terbalikkan ketam sekali-sekala.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas ketam. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Norizam Kadir


Ketam Goreng Masam Manis 

BAHAN-BAHAN


2 ekor ketam (dibersihkan dan dibelah 2)
3 sudu besar cili sos
1/4 cawan cili kering (dikisar)
2 sudu besar sos tiram
2 biji bawang besar (dihiris)
Sedikit air
5 helai daun limau purut
Sedikit minyak
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
Sedikit gula
Perasa (optional)
BAHAN HIRIS


1 inci halia
3 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN


Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak. Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.
Dengan minyak yang berbaki tambah bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.
Tambahkan cili kering. Biarkan cili masak. Kemudian tambahkan sos tiram, daun limau purut serta sos cili. Gaul rata. Tamabahkan juga sedikit air,garam gula serta sedikit perasa. Letakkan ketam yang telah digoreng tadi. Kemudian gaul rata.
Biar sos mereneh dan memekat dan meyelaputi ketam tadi. Letakkan bawang besar dan biarkan bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.
Kredit resipi & foto: Umie Jazz


Ketam Kari Goreng Tepung

BAHAN-BAHAN (UNTUK PERAPAN KETAM)
1 kilo ketam bunga *cuci bersih dan toskan
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN


Gaulkan kesemua bahan di atas dan perapkan.
BAHAN (UNTUK BATTER@SALUT)
2 cawan tepung beras
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk bawang putih *ada di pasaran *garlic powder
Sedikit garam
Air secukupnya
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN


Campurkan kesemua bahan di atas dan jadikan batter yang separa pekat *tidak cair.
Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng, minyak haruslah betul-betul panas.
Celupkan ketam di dalam batter dan gorengkan sehingga keperangan dan bukan terlalu garing!
INFO: Untuk dapatkan daun kari yang garing dan cantik, pastikan minyak betul-betul panas. Lurutkan daun kari *kering dan tidak basah. Masukkan ke dalam minyak panas dan angkat setelah daun kari tidak lagi berbuih di atas minyak (daun kari dah tak meletop)


Taburkan diatas ketam.


Kredit resipi & foto: Shahriah Abdullah


Ketam Masak Lemak Putih

BAHAN-BAHAN
3 ekor ketam di belah dua dan siang
3 biji bawang merah kecil – di mayang halus
3 -4 ulas bawang putih – di mayang halus
1/2 inci halia- mayang halus
5 biji cili bangla merah – potong dua serong
1 helai daun kunyit – potong besar
1 kotak santan
3 cawan air
CARA PENYEDIAAN


Masukkan semua bahan dalam periuk dan masukkan air 1 cawan.
Apabila mendidih sedikit, masukkan ketam dan sedikit santan, tambahkan 2 cawan air dan biarkan dalam 10 minit.
Perasakan dengan garam dan boleh matikan api.
Siap dihidangkan, paling sesuai ada hidangan sambal sebab masak lemak ni memang tidak pedas.


Kredit resipi & foto: Norhidana Miswan






Ketam Papdrik Thai

BAHAN-BAHAN
Ketam (sekilo)
Serai -2 batang ( dihiris halus)
Daun kari – lebih kurang 20 helai ( terpulang pada anda)
Daun limau purut – 8 helai
Bawang putih – 4 ulas
Garam
Kunyit hidup
Limau nipis
Gula
Cili
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
CARA PENYEDIAAN


Tumbuk garam + kunyit sehingga lumat dan sapu pada ketam dan perap dahulu lebih kurang 30 minit. – goreng menggunakan minyak panas.
Tumbuk bawang putih, cili dan sedikit serai yang dihiris tadi sehingga lumat.( Bahan A).
Panaskan minyak dan masukkan bahan A tadi sehingga naik bau dan masukkan serai yang dihiris, daun kari, daun limau purut, perahkan asam limau nipis tadi. Kemudian masak sehingga naik bau, setelah itu masukkan air (terpulang pada anda) samada nak banyak kuah atau tidak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, garam, gula, serbuk perasa. Teruskan menggoreng sehingga menggelegak.
Setelah menggelegak, masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan masak di dalam sos yang dibuat ini. Masak bersama ketam sehingga menggelegak.
Ambil tepung jagung sedikit+air sedikit, kacau dan masukkan dalam kuah ketam ini. Gaul (bertujuan untuk memekatkan kuah). Siap dimasak dan boleh dihidangkan (boleh dihias dengan daun ketumbar)
Kredit resipi & foto: Cik aszpalela



Resepi Ketam Bercili
Bahan-bahan :Ketam digaul dengan garam, kunyit dan goreng sekejap,
*Bawang merah,
*Bawang putih,
*Halia,
Cili kisar,
Sos tomato,
Telur,
Daun bawang dan daun sup.
Cara-cara :
Tumis bahan * sampai naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.
Tambah sos tomato, garam dan gula.
Masukkan air untuk kuah, masukkan ketam.
Masukkan telur dan kacau laju-laju.
Tabur daun bawang dan daun sup.
Siap.


Resepi Menarik Resepi Masak Lemak Cili Padi 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/03/10-idea-masakan-ketam-yang-boleh-dicuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Mustahil Syahredzan Boleh Tarik Melayu Sokong Dap Kata Penganalisis

Tak Mustahil Syahredzan Boleh Tarik Melayu Sokong Dap Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 133 hits
Penganalisis politik Bilcher Bala berkata Syahredzan Johan yang baru dilantik naib pengerusi DAP sedar cabaran dihadapi parti itu dalam menarik sokongan Melayu dan mempunyai keyakinan terhadap potensi perubahan PETALING JAYA Penganalisis po...
Nak Arah Arahkan Anak Kena Ikut Umur Tak Boleh Pukul Rata

Nak Arah Arahkan Anak Kena Ikut Umur Tak Boleh Pukul Rata

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 143 hits
Mendidik anak sememangnya perlukan kesabaran Namun mendidik anak juga perlukan ilmu yang tepat dalam mendidik Menegur anak misalnya perlukan cara yang bersesuaian dengan umur anak supaya arahan lebih senang diterima anak anak Ini yang dikon...
Apa Yang Boleh Ditiru Daripada Dap

Apa Yang Boleh Ditiru Daripada Dap

papar berkaitan - pada 18/3/2025 - jumlah : 188 hits
ULASAN Ng Kor Ming Gobind Signh Lim Guan Engdan Teressa Kok PARTI PARTI Melayu baik Umno Pas Keadilan dan Amanah wajar mengikut jejak langkah parti DAP dalam melakukan perubahan menyuntik semangat ke dalam parti mereka agar kelihatan subur ...
Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

Ada Yang Sokong Pas Pindah Pengundi Ke Selangor Baru Boleh Lawan Dap

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 144 hits
Adrian Lim Pindah Pengundi PAS Ke Selangor Saya SETUJU dengan cadangan PASAdrian LimOleh kerana DAP dikatakan musuh yg perlu ditumbangkan maka dicadangkan supaya PAS menghantar pengundi ke kawasan kawasan DAP Ini 10 kawasan DUN DAP yg harus...
Dapat Ke Pas Kantung Simpanan Boleh Kering

Dapat Ke Pas Kantung Simpanan Boleh Kering

papar berkaitan - pada 21/3/2025 - jumlah : 105 hits
Tahun ni penjawat awam negeri Selangor bukan main mewah Kalau biarkan PAS memerintah lepas ni nak pun bonus kena la Rakyat Selangor nak ke Tanya je ni Guane boh Raja Gelap II
Semakan Keputusan Upkk 2024 Dibuka Hari Ini Mak Ayah Boleh Semak Segera

Semakan Keputusan Upkk 2024 Dibuka Hari Ini Mak Ayah Boleh Semak Segera

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 172 hits
Hari ini tepat jam 10 30 pagi tadi ibu dan ayah yang mempunyai anak anak yang sudah pun menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2024 boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al Quran dan...
Berapa Banyak Air Tebu Yang Boleh Diambil Ketika Berbuka Puasa

Berapa Banyak Air Tebu Yang Boleh Diambil Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 20/3/2025 - jumlah : 136 hits
Air tebu adalah sumber gula semula jadi yang cepat diserap oleh badan kerana ia mengandungi sukrosa fruktosa dan glukosa tanpa serat yang memperlahankan penyerapannya Oleh itu jumlah pengambilan air tebu semasa berbuka perlu dikawal bergant...
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami