10 Contoh Makanan Diet Untuk Cepat Kurus Saranan Kkm


MAKANAN DIET APA YANG BOLEH BUAT KITA CEPAT KURUS, KEKAL CANTIK DAN SIHAT?
Pemakanan yang baik merupakan komponen utama yang menyumbang kepada kesejahteraan tubuh dan kesihatan keseluruhan bagi wanita. Melalui pemakanan yang baik, kita berupaya untuk mencegah atau mengurangkan risiko kepada masalah-masalah kesihatan serta mengekalkan kesihatan kulit.
Berikut dikongsikan tips dan jenis makanan diet yang bukan saja membantu untuk kurus, tetapi juga sihat dan boleh anda amalkan.
Contoh Makanan Diet Untuk Kurus Malaysia memang kaya dengan pelbagai makanan – daripada sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam, pencuci mulut, supper, kudapan, snek dan sebagainya. Semuanya sangat mudah didapati dan dijual secara meluas.
Sebagai langkah pertama, anda perlu mengenalpasti jenis makanan yang perlu anda elakkan dan apakah alternatif yang lebih sihat untuk makanan tersebut.
Perubahan kecil yang anda lakukan dalam pemilihan makanan hari ini mungkin memberi hasil yang lebih besar.
Contoh makanan diet antaranya :
Air kosong – Lebih baik berbanding air manis Nasi putih berlauk – Kurang kalori berbanding nasi goreng / nasi briyani Capati – kurang kalori dan kurang minyak berbanding roti canai Lauk singgang – Kurang berminyak / kalori berbanding lauk sambal / kari Ayam bakar – Kurang kalori berbanding ayam goreng Makanan semulajadi (real food) seperti pisang, ayam, jagung, dan kentang – Kurang kalori berbanding makanan berproses seperti snek dalam bungkusan, nugget, popcorn atau fries Buah-buahan – Lebih baik berbanding snek dan manisan seperti donat, roti manis dan kek Buah segar – Lebih baik berbanding buah-buahan kering seperti kismis / dried fruits Sandwich – Lebih sihat berbanding burger restoran segera Bijirin tinggi serat – Beras perang / roti wholemeal lebih padat nutrisi dan kenyang berbanding nasi putih dan roti putih Tukar makanan berminyak dan berlemak anda dengan pilihan yang lebih sihat.
Ubahsuai cara masakan harian anda untuk menghasilkan hidangan yang sihat untuk anda dan keluarga. Pilihan Bijak, Rendah Kalori, Lebih Sihat!
Jom tengok contoh makanan diet yang boleh membantu anda lebih sihat :
Tips 1 : Amalkan Suku Suku Separuh
Anda boleh amalkan konsep makanan diet dengan Pinggan Sihat Malaysia yang menekankan konsep Suku Suku Separuh.
Pinggan Sihat Malaysia menyarankan peningkatan pengambilan sayur dan buah; memastikan pengambilan nasi, mi, roti dan bijirin lain serta ikan, ayam, daging mahupun kekacang adalah mengikut saranan oleh KKM.
Pinggan Sihat Malaysia berdasarkan pinggan berukuran 10 inci (25 cm) yang biasa diguna oleh penduduk Malaysia.
Seterusnya, apa itu konsep suku suku separuh?
Konsep Suku Suku Separuh merupakan panduan hidangan seharian yang mengandungi;
Suku pertama pinggan diisi dengan nasi, mi, roti, bijirin, hasil bijirin atau ubi-ubian, disarankan bijirin penuh seperti rotil mil penuh, nasi perang Suku kedua pinggan dilengkapi dengan ikan, ayam, daging atau kekacang Separuh daripada pinggan diisi dengan sayur sayuran dan tambahan 1 biji buah Lengkapkan hidangan dengan satu gelas air kosong atau minuman tanpa gula, susu atau produk susu. Tips 2 : Elakkan ‘Kuah Banjir’
Orang Malaysia memang suka makan nasi dengan ‘kuah banjir’ kan? Kalau makan mee kari contohnya, memang akan dihirup kuahnya sampai licin!
Tapi tahukah anda makanan yang banyak kuah mempunyai kalori yang tinggi.
Bayangkan, 1 sudu makanan (15ml) yang berkuah (berminyak & berlemak) = >50kcal.
Jadi apa kata selepas ini KURANGKAN pengambilan kuah dalam makanan harian kita.
Lepas ni cuba elakkan daripada mengamalkan kuah banjir dalam pengambilan makanan, khasnya pada makanan utama ok?
Hindari juga daripada memilih makanan yang tinggi lemak, sebaliknya amalkan pengambilan makanan yang rebus atau kurang minyak.

Tips 3 : Letakkan Lebih Banyak Sayur Dalam Pinggan
Betul ke makan sayur boleh kurus?
Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain.
Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.
Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi.
Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.
Jadi, makan lebih sayur kalau nak kurus!
Tips 4 : Guna Pinggan Kecil
Mengawal saiz hidangan dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil dapat membantu anda menurunkan berat badan. Macam mana tu?
Ramai di antara kita yang biasanya akan mengisi makanan sehingga penuh ke dalam pinggan mereka.
Apabila menggunakan pinggan yang lebih kecil, pinggan akan lebih cepat kelihatan ‘penuh’ walaupun sebenarnya, saiz hidangan adalah lebih kecil berbanding menggunakan pinggan bersaiz besar.
Saiz hidangan yang kecil ini lah yang membantu anda mengawal pengambilan kalori serta mengelakkan anda makan secara berlebihan. Barulah berat badan dapat diturunkan kerana kalori yang diambil adalah kurang daripada yang diperlukan.
Lama kelamaan, anda juga akan berasa cepat kenyang kerana perut anda telah terbiasa dengan pengambilan saiz hidangan yang kecil.
Tips 5 : Makan Ikut Waktu
Selalu rasa nak makan atau mengunyah?
Jangan biarkan ia berlarutan kerana anda akan MENYESAL dengan kesannya nanti.
Kawal rasa lapar ini dengan alihkan perhatian dengan sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti lain.
Sekiranya rasa lapar cuba ikuti tips ini:
minum AIR KOSONG dahulu jika lapar lagi ambil snek ringan seperti segelas susu, buah-buahan, kekacang, roti, biskut bijirin penuh atau yogurt. KAWAL KUANTITI setiap makanan yang diambil sekiranya anda masih tidak dapat kawal makan dengan kerap. Kalau tak berjaya juga, anda juga boleh cuba berpuasa sunat bagi yang beragama Islam atau amalkan Intermittent Fasting (IF) kerana ini dapat membantu mengawal makan tidak tidak tentu masa Tahukah? Jika anda tidak mengawal rasa lapar ini, secara tidak dirancang, anda mungkin akan makan makanan yang tidak sepatutnya dan secara berlebihan. Malah, makanan tersebut mungkin akan menyumbang kepada pengambilan nilai kalori yang jauh lebih tinggi.
TETAPKAN WAKTU MAKAN untuk ahli keluarga anda dan pastikan juga mereka tidak melangkau waktu makan yang sepatutnya.
Tips 6 : Elak Tidur Lewat
Perlu diingat, bagi yang suka makan malam, pastikan ambil hidangan yang berkhasiat dan tinggi serat untuk memberi rasa kenyang yang mencukupi.
Elak tidur lewat agar anda tidak mula mecari sesuatu untuk dikudap dan menyebabkan kuota kalori harian anda terlebih.
Tips 7 : Pelbagaikan Sumber Makanan
Makanan yang kaya dengan BETA KAROTENE (lobak merah, mangga, daun salad), ANTIOKSIDAN(teh hijau, ulam, anggur ), KAROTENOID (tomato, oren, betik), VITAMIN A (lada benggala, telur, bayam), VITAMIN E (ikan kembung, labu, mentega kacang) dan VITAMIN C (brokoli, jambu batu, nanas) dapat membantu melindungi kerosakan kulit daripada pancaran matahari, mengekalkan kelembapan kulit, menghaluskan kulit serta mengekalkan keanjalan kulit.
Nak kekal cantik dan sihat? Ayuhlah kita amalkan pemakanan sihat yang SEIMBANG & PELBAGAI bagi kesihatan kulit & awet muda.
Sumber Nutritionistkkm
Baca juga:
Bawang Putih : Kandungan Nutrisi, Khasiat & Kegunaan Tembikai (Watermelon) : Khasiat Buah & Simbol Solidariti Palestin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/makanan-diet/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=makanan-diet

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Cepat Sembuh

12 Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Cepat Sembuh

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 236 hits
12 Makanan Untuk Orang Berpantang Pembedahan Cepat Sembuh Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan makanan untuk orang berpantang pembedahan agar cepat proses penyembuhan Baca juga Makanan untuk orang berpantan...
Gerak Cepat Mentan Amran Antisipasi Dampak Elnino Dan Menekan Impor

Gerak Cepat Mentan Amran Antisipasi Dampak Elnino Dan Menekan Impor

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 213 hits
Upaya tancap gas ala Mentan ini dilakukan sebagai bukti kongkrit dalam menekan kebijakan impor
Pakar China Harap Ecrl Siap Lebih Cepat

Pakar China Harap Ecrl Siap Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 161 hits
Pemandangan dari udara kerja pembinaan di tapak ECRL sekitar Tendong di Pasir Mas Kelantan pada Ogos lalu KUALA LUMPUR Pakar dari China berharap Malaysia dapat menyiapkan projek Laluan Rel Pantai Timur lebih cepat sekali gus menjadi negara ...
Resepi Choco Jar Mudah Cepat Nak Buat Hanya Guna Tiga Bahan

Resepi Choco Jar Mudah Cepat Nak Buat Hanya Guna Tiga Bahan

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 206 hits
Choco jar antara manisan enak dinikmati sama ada kanak kanak mahupun dewasa Boleh dijadikan stok untuk dimakan bila bila masa Tak perlu beli sebab bila buat sendiri anak anak boleh makan berulang ulang Memang puas hati Hendak buat choco jar...
Cepat Marah Memberontak Jangan Beri Tekanan Pada Anak Sulung

Cepat Marah Memberontak Jangan Beri Tekanan Pada Anak Sulung

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 114 hits
Lumrah dalam kehidupan anak sulung terpaksa beralah dalam segala hal malah lebih mudah berasa tersisih dan cemburu apabila menerima kehadiran adik beradik yang lain Hal ini kerana ibu bapa akan memberi perhatian yang lebih kepada anak anak ...
6 Cara Hilangkan Love Bite Dengan Mudah Dan Cepat

6 Cara Hilangkan Love Bite Dengan Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 14/11/2023 - jumlah : 252 hits
Love Bite adalah merupakan ciuman lebam Ramai yang mencari cara hilangkan love bite kerana ia meninggalkan kesan tanda yang tidak sesuai untuk dinampakkan pada umum Jika kesan Love Bite ini dinampakkan di khalayak ramai ia akan memberi kesa...
Menu Diet Sarapan Pagi

Menu Diet Sarapan Pagi

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 489 hits
Menu Diet Sarapan Pagi Korang ada tak mengimpikan penampilan yang lebih ramping dan kesihatan yang lebih baik Kalau ya bermakna korang bukan seorang diri dalam perjalanan menuju kehidupan yang lebih sihat dan aktif Satu langkah kecil yang b...
Tips Diet Dengan Telur Rebus

Tips Diet Dengan Telur Rebus

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 279 hits
Tips Diet Dengan Telur Rebus Korang susah nak diet sebab semua benda tak jalan Dah lah begitu kos nak beli makanan untuk diet pun bukannya murah Nak sediakan lagi Nak diet ni memerlukan semangat juang yang tinggi Displin yang tip top Diet y...
Saya Diet Hari Hari Song Jihyo Ulas Bagaimana Miliki Badan Seksi

Saya Diet Hari Hari Song Jihyo Ulas Bagaimana Miliki Badan Seksi

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 171 hits
Rasanya ramai yang sentiasa mencemburui kecantikan Song Ji hyo meskipun sudah menginjak usia 40 an kini ARTIKEL BERKAITAN Dalam sebuah klip istimewa dimuat naik oleh syarikat Glutanex iaitu Nexus Pharma ahli Running Man tersebut telah menja...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord