10 Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia
10 Channel Youtube Memasak Paling Famous Di Malaysia | Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti ramai yang duduk rumah main masak-masak kan. Sama la dengan Fadzi pun.
Yang baru-baru nak belajar masak pun ada but no worries. Banyak je channel Youtube memasak dalam Malaysia yang bagus-bagus korang boleh follow.
10 Channel Youtube Memasak Paling Famous Di MalaysiaDekat bawah ni Fadzi senaraikan 10 channel Youtube memasak di Malaysia yang pada pandangan Fadzi anta yang famous. Dalam masa yang sama nilai estetik video diaorang pun cantik dan menarik.
1. Che NomKalau masuk Youtube, memang tak sah kalau Fadzi tak masuk channel Che Nom ni. Fadzi terus suka tengok video-video Che Nom ni sebab kualiti video dia memang on the top. Clear 4k
Penggunaan lighting artificial yang cerah pun membantu sangat video Che Nom ni nampak menarik. Setiap video diaorang ambil angle yang berbeza jadi nampak fresh lah sikit kan setiap video tu
Resepi step by step yang Che Nom buat pun senang nak follow. Plus dia akan bagi tips untuk teknik-teknik atau bahan yang tertentu. Suara voice over Che Nom pun sedap je dengar. Kualiti audio diaorang pun bagus. Bila dengar rasa tenang
Yang paling Fadzi seronok bila tengok channel Che Nom ni, bila dia bercakap kan, kadang-kadang dia buat lawak spontan. Fadzi yang susah nak terhibur dengan lawak-lawak ni pun boleh terpecah gelak tau
2. Buat Orang LapoChannel Buat Orang Lapo ini pun antara channel yang Fadzi tengok jugak. Kualiti video diaorang pun cantik-cantik dan clear. Bila tengok memang sedap mata memandang.
Diaorang pun guna artificial lighting yang membuatkan video diaorang nampak clear sangat. Plus penggunaan angle yang berbeza untuk shoot scene yang berbeza dalam video tu buat video nampak berbeza dari orang lain.
Cumanya channel ni tak ada buat voice over step-step resepi. Cuma ditulis dalam video saja. Ada lah voice over pengenalan diri masa awal video dan hujung video. Selebihnya diaorang cuma letak muzik sepanjang video.
So far memang senang je nak follow step by step yang ditulis dalam video tu. Cumanya Fadzi lebih prefer ada voice over. Lagi senang hehe.
3. Khairul AmingKalau ikutkan video-video Khairul Aming ni semua dia ambil yang dalam Instagram untuk letak dalam channel Youtube dia. Jadi video akan jadi sangat pendek lebih kurang dalam seminit atau dua minit setiap video.
Tapi bila pendek macam tu, video-video dia jaid padat dan laju tak ada melewah. Kiranya kalau yang jenis tak suka tengok video, tapi nak belajar memasak, korang bolehlah tengok channel ni.
Yang Fadzi suka pasal video-video Khairul Aming sebab voice over dia yang selamba, sound effect yang sempoi dan ayat-ayat yang tak boleh blah. Terhiburlah kiranya kalau korang tengok video dia.
Kualiti video dia tak ada menarik sangat sebab dia ambil dari Instagram. Tapi kalau nak follow resepi untuk memasak ni memang ok sangat. Senang nak follow, laju dan praktikal.
4. Seminit ResepiSeminit Resepi ni rasanya popular juga dekat Facebook kan. Sebab Fadzi selalu nampak diaorang buat Live dekat Facebook. Panjang video diaorang berbeza-beza. Ada yang sependek 2 minit dan ada yang sepanjang setengah jam macam tu.
Angle video diaorang biasanya guna bird eye view. Maksudnya dari pandangan atas macam video-video Tasty. Tapi kadang-kadang ada juga diaorang buat macam story telling pergi pasar, balik dari pasar gitu.
Untuk video masak, diaorang tak ada voice over. Cuma ada tulisan untuk step by step resepi dalam video. Penggunaan muzik yang bunyi fun pun membantu menaikkan mood kita yang tengok video tu. Part vlog pergi pasar adalah suaranya.
5. iCookAsiaVideo-video daripada iCookAsia ni memang cantik. Rasa macam Full HD. Clear dan warna pun menarik. Video cerah dan jelas.
Angle yang diaorang gunakan berbagai-bagai. Dari bird's eye view, turun ke high angle, turun juga ke eye level dan yang paling seronok bila dieorang buat close up punya shoot.
Diaorang tak ada buat voice over. Cuma ada penggunakan muzik yang menarik. Step by step resepi ada di tulis di bawah description. Tapi masa letak-letak bahan, diaorang ada tulis juga di dalam video.
6. Limau NipisVideo-video Limau Nipis semuanya jenis santai. Kiranya tak ada lah shoot power sangat. Tapi Fadzi suka betapa clear dan cerah video dia. Itu pun dah cukup cantik dengan limited source untuk buat video kan.
Video dieorang tak ada voice over. Cuma menggunakan muzik yang santai. Yang last sekali lah kot ada voice over untuk minta penonton untuk subscribe channel Limau Nipis.
So far, step by step resepi yang ditulis dalam video mudah untuk diikuti. Yang seronok tengok bila Limau Nipis ni bila masak dia pakai sarung tangan plastik. Rasa macam menjaga kebersihan betul.
Angle yang digunakan untuk shoot video pulak berbagai-bagai tapi mostly high level. Yang diubah cuma di shoot bahagian kiri, kanan atau depan. Tapi video dia masih enjoyable.
7. Seismik MakanVideo-video resepi Seismik Makan ni cerah, clear dan cantik. Nak kata Full HD pun ye jugak sebab tekstur makanan tu memang nampak sangat dalam video diaorang.
Angle yang dieorang guna pula berbagai. Ada angle bird's eye view, ada eye level, ada close. Memang puas hatilah kalau tengok video dieorang. Tapi kadang-kadang tu ada part bird's eye view dieorang yang terlampau cropped.
Diaorang tak ada voice over. Cuma ada penggunaan muzik yang berbeza daripada muzik yang selalu korang dengar dalam Youtube. Lebih terhibur jugak lah sebab lagu dia berbeza.
Untuk step by step resepi, diaorang tulis dekat bahagian description dan juga dalam video. Step by step tu pun mudah je nak difollow.
8. Azie KitchenVideo-video Azie Kitchen ni lebih berjiwa marhaein gitu. Kiranya dia tak adalah nak gunakan gadget-gadget power untuk record video-video masakan nya. Macam kita-kita masak dekat dapur dan record pakai phone.
Angle yang digunakan kebanyakannya lebih kepada eye level dan close up. Goyang-goyang tu definitely ada. Tapi feeling dia macam mak mak kita tengah masak untuk kita.
Video dia tak ada voice over. Cuma ada penggunaan muzik dan sound effect daripada movement yang dibuat masa memasak. Step by step resepi ada ditulis dalam video.
9. Mydapur PanasVideo-video Mydapur Panas ni sebenarnya cantik dan clear. Tapi terlalu banyak pergerakan kamera dia jadi Fadzi rasa macam mengganggu sikit. Lagipun vidoe diaorang agak malap.
Angle video dieorang kebanyakannya high level. Tapi kadang-kadang jauh, kadang-kadang dekat. Kalau tengok warna video diaorang terlampau saturated. Color akan nampak berbeza daripada kebiasaan.
Diaorang tak ada voice over. Cuma menggunakan muzik yang biasa kita dengar dekat Youtube. Tapi step by step resepi ada ditulis dalam video. Dan senang saja nak follow.
10. XXXSebenarnya Fadzi nak letak 10 channel Youtube memasak paling famous di Malaysia ni. Tapi lepas nomnor 9, Fadzi tak jumpa lagi channel yang menepati citarasa Fadzi. Cuba korang komen sikit channel mana lagi yang best. Fadzi nak letak dalam list ni.
Ini antara Youtuber memasak di Malaysia yang Fadzi follow. Kebanyakannya Fadzi follow sebab pertama adalah video yang berkualiti. Fadzi ni agak perfectionist sikit. Jadi nak kena tengok video cantik, clear 4k dan estetik power baru seronok nak tengok. Sebab tu sampai sekarang, Fadzi tak buat-buat lagi channel Youtube betul-betul sebab nak perfect huhu.
Yang keduanya, cara bercakap atau penggunaan muzik perlu kena untuk naikkan mood kita yang menonton. Kalau muzik bosan, kita nak tengok pun jadi bosan.
Dan yang ketiga, mesti lah resepi yang boleh difollow dan menjadi bila buat. Kadang-kadang tu orang share je resepi tapi ada part yang diaorang tak share habis. Jadi bila kita buat, tak menjadi pulak.
Antara ramai-ramai Youtuber memasak Malaysia ni, siapa yang korang follow? Dan agaknya ada tak yang tak ada dalam list dekat atas ni? Kalau tak ada, komen sikit dekat bawah ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fadzirazak.com/2020/04/10-channel-youtube-memasak-paling.html