10 Cara Lembutkan Daging Dan Tak Liat


Sehari je lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha/Hari Raya Korban/Hari Raya Haji. Terus terbayangkan rendang daging, sup daging, sup tulang bagai kan? Menu yang berasaskan daging memang sedap tapi kalau dapat makan daging yang liat tu boleh putus selera nak makan. 
Silap haribulan mengundang sakit gigi terus. Lagi kesian kalau yang kurang gigi tu nak makan nanti. Jadi, kenalah gunakan petua/tips/cara melembutkan daging dan daging tak liat. Baru lah sedap di makan seisi keluarga. 
Daging Salai Goreng Berlada, gambar sekadar hiasan

1.Cara Melembutkan Daging Guna Pressure CookerBagi yang ada pressure cooker tu memang untung sangat. Masak pelbagai menu daging jadi tak susah lah orang kata. Sup daging tu petik jari je boleh siap tau! Taklah sekali petik jari je. Kena jugalah sediakan bahan-bahan dan rencah. 
Yang jadi mudah tu hanya perlu masukkan kesemua bahan dan rencah, tekan suis  dan button, kemudian tunggu siap je. Kerja memasak pun jadi mudah dan cepat. Daging pun dijamin lembut gitu! Tapi tak semua orang ada pressure cooker kan. Boleh gunakan cara yang lain seperti di bawah ni

2. Cara Melembutkan Daging Guna Soda BikarbonatSelain digunakan untuk membuat kek, soda bikarbonat juga boleh digunakan untuk tujuan melembutkan daging. Caranya mudah je, hanya perlu perapkan daging dengan soda bikarbonat selama lebih kurang 15 minit macam tu. Kemudian bilas sampai bersih sebelum memasak tu

3. Cara Melembutkan Daging Guna CukaTak ada soda bikarbonat, boleh je gunakan cuka kalau ada. Cuka makan ye bukan cuka lain. Jangan silap pula. Sama juga kaedah dia, perap daging dengan cuka beberapa jam. Bilas bersih sebelum memasak. Asid yang ada dalam cuka dapat melembutkan daging dan membuatkan daging cepat masak

4. Cara Melembutkan Daging Guna Lemon/Limau NipisLemon dan limau nipis juga merupakan sumber asid yang boleh digunakan untuk melembutkan daging dengan cepat secara semulajadi. Kaedah dia masih sama, kena perap beberapa jam. Boleh juga kalau nak perap semalaman. Daging pun tak bau hamis

5. Cara Melembutkan Daging Guna GaramIni cara paling mudah untuk lembutkan daging. Setiap rumah pasti ada garam kan. Caranya pun mudah je perap daging dengan garam beberapa jam. Cara ni dikatakan berkesan kerana garam mampu memecahkan fiber otot yang keras. 
6. Cara Rebus DagingAntara kaedah paling basic yang biasa digunakan adalah dengan cara rebus daging terlebih dahulu. Biasanya daging akan direbus dalam potong yang sederhana besar. Bila daging dah empuk, baru lah potong dan masak. 
7. Potong Ikut Lawan UratSetiap kali nak potong daging mesti mak pesan potong daging ikut lawan urat dia. Kalau potong daging ikut lawan urat dia akan menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut dan mudah dileraikan macam tu. Tersalah potong, jadi liat sikit lah daging tu. Jadi, potong daging dengan betul tu antara basic paling penting lah. Lemak daging jangan lupa buang okay

8. Potong Daging NipisSelain potong ikut lawan urat tu, pastikan juga potong daging nipis. Nipis yang dimaksud tu takde lah senipis kulit bawang tu ye. Tak mampu rasanya nak potong senipis itu. Agak agak je nipis dia. Tapi ada orang suka potong daging tebal sikit. Macam Fiza suka potong nipis atau sederhana tebal. Tebal sangat lambat masak pulak nanti

9. Cara Masukkan Sudu BesiDulu Fiza rasa macam pelik je akak masak daging masukkan sudu besi. Lahhh rupanya untuk lembutkan daging dan cepat masak. Sebabnya sudi besi atau sudu tembaga ni fungsi dia untuk meningkatkan suhu panas tu. Lagi cepatlah daging masak dan lembut. Jangan pulak kau orang hentam masukkan sudu plastik. 
10. Ketuk Daging Satu lagi kaedah yang boleh digunakan adalah dengan cara mengetuk daging sebelum memasak. Gunakan meat mallet kalau ada. Tak ada meat mallet, gunakan penggelek (rolling pin). Ketuk potongan daging yang besar untuk memudahkan memotong daging nanti. Nak masak pun jadi mudah. Daging pun jadi lembut dan sedap di makan. Tapi jangan lah pulak diketuk sampai hancur. 
Dalam 10 cara lembutkan daging dan tak liat ni, Fiza biasa guna cara potong nipis, potong lawan urat dan letak sudu besi dalam masakan. Masak apa pun jadi sedap bila daging tu lembut. Baru lah terasa nikmat segala menu daging tu. 
Selain daging, sup tulang pun jadi hidangan popular bila musim raya ni. Bukan tulang je jadi rebutan, ekor, lidah, usus, perut dan bahagian-bahagian lain pun boleh dijadikan hidangan. Fiza makan daging je lah. Hidangan eksotik dan pelik pelik ni tak boleh nak masuk

Lain orang lain citarasa kan. Bagi yang tak tahu cara nak lembutkan daging tu boleh lah pratikkan cara yang mudah pada kau orang. Yang dah lama memasak confirm dah lama tahu dah kan. Kalau ada cara lain, boleh share dalam kotak komen bawah. Terima kasih




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/07/10-cara-lembutkan-daging-dan-tak-liat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Hilangkan Bau Prengus Pada Daging Kambing Gampang Tak Butuh Biaya

Cara Hilangkan Bau Prengus Pada Daging Kambing Gampang Tak Butuh Biaya

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 385 hits
Sebentar lagi insya Allah kita akan merayakan Hari Raya Idul Adha Pada hari tersebut pastilah banyak daging kurban dibagikan Karena pada lebaran kurban itu umat Islam di seluruh dunia akan menyembelih hewan kurban Ada yang menyembelih kambi...
Begini Cara Membuat Rendang Daging Sapi Yang Enak Hingga Resep Rendang Sapi Khas Padang

Begini Cara Membuat Rendang Daging Sapi Yang Enak Hingga Resep Rendang Sapi Khas Padang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 397 hits
Bagi orang di luar Sumatera Barat rendang identik sebagai makanan khas Padang Walaupun Padang adalah ibukota provinsi Sumatera Barat namun bagi orang luar Sumbar sebuatn Padang lebih melekat Tak heran jika sebutan rendang Padang lebih jamak...
Cara Untuk Melembutkan Daging Yang Perlu Anda Tahu

Cara Untuk Melembutkan Daging Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 247 hits
Raya Aidiladha semakin tiba Ibadah korban yang sinonim dengan perayaan Aidiladha juga bakal dijalankan Tahukah anda terdapat perkaitan diantara adab penyembelihan haiwan dan sains disebaliknya Artikel ini akan mengupas serba sedikit mengena...
Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban

Hari Raya Aidil Adha Cara Pembahagian Daging Korban

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 1044 hits
Assalamualaikum Selamat hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam Ada yang melaksanakan ibadah korban pada tahun ini Di sini ingin Cik Rose kongsikan perihal ibadah korban Cara pembahagian daging korban Mungkin ada yang kurang jelas maksud...
Ngirit Gas Begini 6 Cara Alami Agar Daging Cepat Empuk Sebelum Dimasak

Ngirit Gas Begini 6 Cara Alami Agar Daging Cepat Empuk Sebelum Dimasak

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 305 hits
Sebentar lagi kita akan merayakan hari raya Idul Adha Tentunya sajian daging sudah mulai dipersiapkan untuk hidangan hari raya ya Daging sapi atau kambing memang sering dimasak untuk berbagai jenis sajian Daging tersebut paling nikmat dimak...
Cara Masak Daging Goreng Cendawan Campak Campak Sedap Nih

Cara Masak Daging Goreng Cendawan Campak Campak Sedap Nih

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 377 hits
Makan nanti apa kata korang cuba menu Daging Goreng Cendawan super simple ni Korang hanya perlu ada daging dan cendawan bahan lain semua ada dalam dapur korang Mudahnya menu ni Cuma siapkan bahan ikut resipi atau ikut kreativiti korang asal...
Waktu Anak Lelapkan Mata Cakap Doalah Sungguh Sungguh Inilah Cara Lembutkan Hati

Waktu Anak Lelapkan Mata Cakap Doalah Sungguh Sungguh Inilah Cara Lembutkan Hati

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 352 hits
Lembutkan hati anak sangat mudah jika ibu bapa tahu cara nak tackle mereka Kena ingat apa yang anda lakukan itulah salah satu senjata untuk anak lebih memahami dan mendengar kata Jika dari kecil anak dibiasakan dengan kelantangan suara ibu ...
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap Empuk Boleh Ikut Petua Ni

7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap Empuk Boleh Ikut Petua Ni

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 400 hits
Kalau anda suka masakan Minang dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas sekali cuba gerenti ketagih Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini O...
Cara Buat Peria Goreng Crispy Tahan Berbulan Tak Lemau Tak Tengik Amp Tak Pahit Barulah Sedap

Cara Buat Peria Goreng Crispy Tahan Berbulan Tak Lemau Tak Tengik Amp Tak Pahit Barulah Sedap

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 542 hits
Mungkin tak ramai antara kita yang suka makan peria Tapi tahu tak sebenarnya peria ni sedap sangat kalau digoreng garing Dah jadi macam kerepek boleh ketagih dan makan tak berhenti tau Kalau yang tak biasa masak peria tentu akan teragak aga...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi