10 Ayat Surah Al Kahfi Kelebihan Menghafal Membacanya


Surah Al-Kahfi adalah salah satu surah di dalam Al Quran yang mempunyai banyak fadhilat. Terdapat banyak kelebihan mengamalkan surah ini khususnya pada hari Jumaat. 
Dalam kalangan umat Islam, surah ini sangat dikenali kerana kisah-kisahnya yang penuh pengajaran. 
Surah Al-Kahfi merupakan surah ke-18 di dalam Al Quran. Surah ini mengandungi 110 ayat dan diklasifikasikan sebagai Surah Makkiyah, bermaksud ia diwahyukan pada awal pengisytiharan kenabian Nabi Muhammad di Mekah.
Berdasarkan sebuah hadis riwayat Muslim, umat Islam digalakkan untuk menghafal 10 ayat pertama Surah Al Kahfi. 
Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. – Hadis Riwayat Muslim (1342)
BACA JUGA: Surah Al Kahfi (Teks Rumi, Audio & Terjemahan)
10 Ayat Surah Al Kahfi & Terjemahan Bahasa Melayu Sumber: JAKIM AYAT 1:
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَـٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ١
Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
AYAT 2:
قَيِّمًۭا لِّيُنذِرَ بَأْسًۭا شَدِيدًۭا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًۭا 
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
AYAT 3:
مَّـٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدًۭا 
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
AYAT 4:
وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُوا۟ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدًۭا 
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
AYAT 5:
مَّا لَهُم بِهِۦ مِنْ عِلْمٍۢ وَلَا لِـَٔابَآئِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةًۭ تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَٰهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًۭا 
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
AYAT 6
فَلَعَلَّكَ بَـٰخِعٌۭ نَّفْسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهَـٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَسَفًا 
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
AYAT 7
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى ٱلْأَرْضِ زِينَةًۭ لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا 
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
AYAT 8
وَإِنَّا لَجَـٰعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًۭا جُرُزًا 
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
AYAT 9
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَـٰبَ ٱلْكَهْفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُوا۟ مِنْ ءَايَـٰتِنَا عَجَبًا 
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
AYAT 10
إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا 
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami”.
Sumber: JAKIM Bila Perlu Baca Surah Al Kahf? Membaca surah al-Kahfi pada hari dan juga malam jumaat adalah sunat sebagaimana yang disebutkan oleh imam al-Munawi dalam menukilkan pandangan imam al-Syafi’e.
 Imam al-Munawi menyebutkan,”Hal ini menunjukkan bahawa sunat untuk membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, begitu juga pada malamnya, sebagaimana telah ditunjukkan oleh al-Imam al-Syafi’e.” (Lihat al-Faidh al-Qadir, 6/198)
Kelebihan Hafal 10 Ayat Surah Al Kahfi
Dilindungi daripada fitnah dajjal
Menghafal 10 ayat Surah Al Kahfi memiliki keutamaan yang sangat besar dalam Islam, terutama sebagai perlindungan daripada fitnah Dajjal.
Daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. – Hadis Riwayat Muslim (1342)
Imam Nawawi juga ada menjelaskan, keistimewaan ayat-ayat ini kerana di dalamnya terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah yang menakjubkan. 
Sesiapa yang merenungi dan menghafalnya dengan ikhlas, tidak akan mudah terpengaruh dengan fitnah dan ujian besar, termasuk fitnah Dajjal. 
Apa itu Fitnah Dajjal?
Fitnah Dajjal merujuk kepada ujian dan penyesatan terbesar yang akan berlaku kepada umat manusia menjelang Hari Kiamat. 
Dajjal atau Al-Masih ad-Dajjal ialah seorang manusia yang akan muncul sebagai pendusta dan nabi palsu. Ia mengaku dirinya sebagai al-Masih dan akhirnya sebagai tuhan dengan tujuan untuk menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran.
Menurut hadis sahih, fitnah Dajjal adalah fitnah terbesar sejak penciptaan Nabi Adam AS hingga hari kiamat dan tiada makhluk lain yang fitnahnya lebih dahsyat daripada Dajjal. 
Dajjal akan menampilkan pelbagai keajaiban seperti menurunkan hujan, menghidupkan orang mati dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Ini semua semata-mata untuk memperdaya manusia sehingga ramai yang terpedaya dengan kepalsuannya. 
Untuk mendapatkan perlindungan daripada fitnah dajjal ini, kita bukan sekadar perlu menghafal surah al Kahfi tetapi juga benar-benar menghayati maknanya sebagaimana ditekankan dalam beberapa riwayat. 
Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi pada Hari Jumaat Selain menghafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, amalan membaca keseluruhan Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat juga sangat-sangat dianjurkan dalam Islam. 
Amalan ini boleh dijadikan rutin mingguan tetapi yang penuh keberkatan dan limpahan ganjaran daripada Allah SWT.
1. Dipancarkan Cahaya Antara Dua Jumaat
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الكَهْفِ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ مَا بَيْنَ الجُمُعَتَيْنِ
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” –  (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
2. Cahaya Malam Jumaat Hingga Ke Baitul ‘Atiq
Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa Nabi SAW bersabda:
 مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Maksudnya “Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” – Riwayat al-Darimi (3273). Hadith ini dinilai sahih dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib (736)
3. Dilindungi Daripada Fitnah Dajjal
Seperti yang sudah dinyatakan di atas, kelebihan lain bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi adalah dilindungi daripada fitnah Dajjal. 
Ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Darda’, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-kahfi, dia akan dipelihara daripada Dajjal.”
Riwayat Muslim (809), Abu Dawud (4323), dan Ahmad (27540)
Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam syarahnya, “Dikhususkan awal surah ini kerana terdapat keajaiban dan tanda-tanda, maka sesiapa yang mentadabbur ayatnya maka dia tidak akan terkena fitnah dajjal”. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 6/93)
4. Cahaya Hari Kiamat Bagi Yang Membaca Keseluruhan Surah
Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من قَرَأَ الْكَهْف كَمَا أنزلت كَانَت لَهُ نورا يَوْم الْقِيَامَة من مقَامه إِلَى مَكَّة وَمن قَرَأَ عشر آيَات من آخرهَا ثمَّ خرج الدَّجَّال لم يَضُرَّهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, maka ia akan menjadi cahaya baginya pada Hari Kiamat – dari tempat berdirinya hingga ke Makkah. Dan sesiapa yang membaca sepuluh ayat terakhirnya, lalu muncul Dajjal, maka Dajjal itu tidak akan mampu memudaratkannya.”
Disebut oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah, dan beliau berkata: Sahih mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. (Lihat La Tansa fi Yaum al-Jumu’ah, hlm. 13)
Hadis-hadis di atas ini bukan sekadar memberi galakan, tetapi menunjukkan betapa besar ganjaran yang disediakan Allah bagi orang-orang yang beramal dengan surah ini secara konsisten.
Sumber: 
Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM #8784: Membaca Surah al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/10-ayat-surah-al-kahfi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=10-ayat-surah-al-kahfi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Promis Fungsi Kelebihan Panduan Login

Promis Fungsi Kelebihan Panduan Login

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 101 hits
Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah atau Property Management Information System merupakan sistem yang menggantikan Sistem Bersepadu Bahagian Pengurusan Hartanah Untuk makluman sebelum ini SBBPH merupakan sistem tempahan rumah peranginan dan...
Kelebihan Kekurangan Starlink Di Kawasan Luar Bandar Malaysia

Kelebihan Kekurangan Starlink Di Kawasan Luar Bandar Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 132 hits
Kelebihan Kekurangan Starlink di Kawasan Luar Bandar Malaysia Masih ramai rakyat Malaysia di kawasan luar bandar mengalami masalah sambungan internet yang perlahan tidak stabil atau langsung tiada liputan fiber Munculnya Starlink satu solus...
Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

Kelebihan Bulan Muharram Amalan Yang Disyariatkan

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 223 hits
Apa Itu Bulan MuharramBulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Hijrah Islam Muharram berasal daripada kata haram yang bermaksud diharamkan atau dipantang kerana pada bulan ini dilarang berperang dan ia dianggap bulan suci Allah SWT...
Apakah Kelebihan Muazin

Apakah Kelebihan Muazin

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 145 hits
Muazin dan kelebihannya Siapakah muazin Adakah kita semua boleh jadi muazin Muazzin adalah gelaran yang diberikan kepada pelaung seruan azan menandakan masuknya waktu solat Biasanya tugas ini diberikan kepada bilal surau atau masjid tetapi ...
5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 125 hits
5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir Sudah menjadi satu kerisauan kepada para ibu bapa apabila usia anak anak anda semakin meningkat tetapi masih tidak mampu untuk menghafal sifir Ini kerana menghafal sifir adalah asas pent...
Baca Yasin Dan Surah Al Waqiah Sebagai Rutin Harian Kembar Ini Raih 4 00 Pngk Stpm

Baca Yasin Dan Surah Al Waqiah Sebagai Rutin Harian Kembar Ini Raih 4 00 Pngk Stpm

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 104 hits
Dalam dunia penuh persaingan akademik kisah pasangan kembar seiras ini bagaikan cahaya harapan buat ibu bapa dan pelajar Amira Bazilah dan Amira Basirah Mohd Arizan dua beradik berusia 20 tahun mencipta sejarah peribadi apabila kedua duanya...
Suku Kata Terbuka Nota Contoh Ayat Latihan

Suku Kata Terbuka Nota Contoh Ayat Latihan

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 162 hits
Suku kata terbuka ialah unit bunyi terkecil yang sekurang kurangnya mengandungi satu huruf vokal dan boleh diikuti atau didahului dengan huruf konsonan tetapi HARUS berakhir dengan huruf vokal Berikut kami kongsikan dengan anda nota ringkas...
Umdap Yang Menyebut Lebih Setan Dan Dajjal Dari Yang Dimaksudkan

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Yuyu Husband And Three Family Members Accused Of Distributing Pil Kuda Face The Death Penalty

Anak Mulan Jameela Murung Kerana Teruk Dibuli Netizen Sejak Wedding Al Ghazali Ahmad Dhani Berang Amp Buat Laporan

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

The Joy Of Natural Posing Creating Authentic Connections In Photos

Dr M S Nine Lives Syed Saddiq Lets The Cat Out

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Adakah Makanan Tambahan Semula Jadi Memang Baik Untuk Anda

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Ulasan Tony Hawk S Pro Skater 3 4 Sertai Aksi Skateboard