1 Sekolah Di Melaka Terengganu Ditutup Sementara Akibat Covid 19


 
Bernama -January 23 , 2021 Penutupan sementara dua sekolah itu bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan pihak berkuasa. (Gambar Bernama)KOTA MELAKA: Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah di Durian Daun di sini diarah tutup selama seminggu selepas seorang guru disahkan positif Covid-19.
Exco Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal, Vokasional, Sains dan Inovasi) negeri, Noor Effandi Ahmad berkata, penutupan yang bermula hari ini hingga 28 Jan itu bagi membolehkan kerja sanitasi dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka.
“Kita difahamkan guru tersebut tidak bergejala dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan individu tersebut juga diminta membuat saringan Covid-19.
“Bagaimanapun, ini merupakan kes terpencil dan ibu bapa tidak perlu bimbang kerana tindakan segera telah dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi.
Effandi berkata, semua guru serta 499 pelajar Tingkatan enam yang merupakan kontak rapat guru itu diarah menjalani kuarantin selepas dihubungi Pusat Kesihatan Daerah Melaka Tengah.
Katanya, semua yang terlibat juga diarahkan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa penutupan sementara sekolah itu.
Sementara itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman mengesahkan perkara itu dan kes masih disiasat.
Di Terengganu, Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu ditutup 14 hari sehingga 5 Feb ini susulan lapan kes positif Covid-19 di sekolah itu.
Pengarah Kesihatan Negeri, Nor Azimi Yunus berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja membasmi kuman dilakukan dalam usaha mengekang penularan virus itu.
“Semua aktiviti dalam kawasan sekolah perlu ditangguhkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Penutupan sementara itu dijalankan di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.
Azimi mengingatkan orang ramai memberi maklumat benar berkaitan Covid-19 kepada petugas kesihatan, terutama mengenai sejarah perjalanan, kontak rapat, tanda dan gejala yang dialami.
Terengganu merekodkan kes positif Covid-19 tertinggi semalam ini sebanyak 178 kes.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/1-sekolah-di-melaka-terengganu-ditutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 10 Lagi Sekolah Rendah Di Kuala Terengganu Diarah Tutup

Covid 19 10 Lagi Sekolah Rendah Di Kuala Terengganu Diarah Tutup

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 313 hits
Astro AwaniJanuari 25 2021 Terdahulu dua buah sekolah iaitu SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh ditutup selama 14 hari bagi proses sanitasi ekoran terdapat lapan kes positif COVID 19 dikesan Gambar failKUALA TERENGGANU Sebanyak 10 buah sekola...
Covid 19 4 Pejabat Exco Terengganu Di Wisma Darul Iman Ditutup 14 Hari

Covid 19 4 Pejabat Exco Terengganu Di Wisma Darul Iman Ditutup 14 Hari

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 388 hits
KUALA TERENGGANU Empat pejabat EXCO Terengganu di Wisma Darul Iman di sini ditutup selama 14 hari bermula semalam hingga 30 Januari ini susulan terdapat lima kes positif COVID 19 di bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu Pengarah Kesihata...
Fx Rudy Pastikan Pelayanan Tak Terganggu Meski Ada Puskesmas Ditutup Akibat Covid 19

Fx Rudy Pastikan Pelayanan Tak Terganggu Meski Ada Puskesmas Ditutup Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 282 hits
Pernyataan Rudy tersebut menjawab pertanyaan wartawan terkait ditutupnya Puskesmas Kratonan Kecamatan Serangan akibat sekitar 20 tenaga kesehatan terpapar Covid 19
10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan Covid 19

10 Masjid Dan Surau Sekitar Temerloh Ditutup Sementara Berikutan Peningkatan Kes Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 477 hits
Mungkin berita ini kurang enak didengar apabila 10 masjid dan surau di sekitar Temerloh terpaksa ditutup sementara bermula 28 Januari 2021 berikutan kes jangkitan COVID 19 yang terus meningkat disekitar daerah ini Arahan ini dikeluarkan ole...
Sman 4 Payakumbuh Ditutup Sementara Karena Ada Guru Positif Covid 19

Sman 4 Payakumbuh Ditutup Sementara Karena Ada Guru Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 344 hits
Pembelajaran tatap muka di SMA Negeri 4 Payakumbuh Sumatera Barat tidak dapat dilaksanakan sementara waktu setelah hasil tes usap salah satu guru dinyatakan positif Covid 19
9 Santri Terpapar Covid 19 Pesantren Di Bengkalis Ditutup Sementara

9 Santri Terpapar Covid 19 Pesantren Di Bengkalis Ditutup Sementara

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 313 hits
Untuk aktivitas di dalam pondok pesantren tersebut masih tetap berjalan setelah 60 santri yang dilakukan tes cepat antigen ditemukan tidak reaktif Namun hingga saat ini proses penelusuran masih berjalan untuk memastikan penyebaran Covid 19 ...
Akibat Terlalu Lama Sekolah Ditutup

Akibat Terlalu Lama Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 408 hits
Assalamualaikum GURAUAN malam mingguIni bukan entry Wordless Wednesday Nampak post kawan di fbRasa terguling tergelakHahahahaha
Covid 19 Patients In Melaka To Be Sent To Maeps As Melaka Hospital Overwhelmed Says Cm

Covid 19 Patients In Melaka To Be Sent To Maeps As Melaka Hospital Overwhelmed Says Cm

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 459 hits
A general view of the low risk Covid 19 quarantine and treatment centre at the Malaysia Agro Exposition Park Serdang April 3 2020 Picture by Yusof Mat IsaALOR GAJAH Jan 10 Covid 19 patients in Melaka will be sent to the Low Risk Treatment a...
Kerajaan Pas Terengganu Patut Contohi Selangor Beli Sendiri Vaksin Covid 19

Kerajaan Pas Terengganu Patut Contohi Selangor Beli Sendiri Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 325 hits
January 28 2021 PKR Terengganu menggesa kerajaan negeri itu mencontohi usaha pentadbiran Selangor membeli vaksin Covid 19 untuk kegunaan rakyat yang berkaitan Pengerusinya Azan Ismail berkata usaha mendapatkan vaksin Covid 19 tersebut perlu...
Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu

Baki Akaun Menyusut Hutang Puluhan Ribu Masih Tertangguh

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang