1 Malam Diperintah Tentera Di Seoul Korea


 
Baru-baru ini, saya telah ke Seoul, Korea Selatan atas tugas rasmi. Saya telah diundang untuk memberi kuliah di Universiti Kyunghee yang rupa-rupanya agak terkenal dalam bidang pengajian antarabangsa.
Pembentangan saya itu adalah mengenai hubungan Malaysia dan Palestin yang telah menarik minta ramai siswa, termasuklah sejumlah pelajar berkewarganegaraan Israel.
Sebagai orang yang hadir bekerja rasmi tidak banyak yang dapat saya lakukan. Saya hanya merayau sekejap selepas waktu kuliah di sekitar penginapan, dan beroleh dua hari untuk masa terluang ini, iaitu pada hari tiba, dan hari pulang.
Oleh sebab itu apa yang saya tulis ini tentulah bukan satu analisis tetapi hanya berupa pengamatan singkat yang tentu saja boleh dipertengkarkan.
Kebetulan ketika saya berada di Seoul, Yoon Suk Yeol, Presiden Republik tersebut telah membuat drama politik yang memalukan iaitu dengan berusaha merampas kuasa melalui pengisytiharan darurat.
Undang-undang tentera itu bagaimanapun hanya bertahan buat satu malam selepas ia dibantah hebat, dan ahli-ahli Parlimen yang dihalang dari memasuki Dewan Perhimpunan negara tersebut tetap berkeras, rebah rempah bertempur dengan tentera untuk akhirnya menerobos masuk lantas menjalankan undi menolak pengisytiharan kartun tersebut. Ia umpama Langkah Sheraton tidak jadi.
Ketika mengumumkan undang-undang darurat tersebut, Presiden Yoon memberikan alasan terdapatnya peningkatan unsur komunis dalam negara, yang merupakan satu cubaan untuk memadankan kelompok pembangkang yang kuat dengan paksi Korea Utara.
Saya difahamkan oleh pelajar, dan kawan-kawan baharu saya di Korea, pemomokan atas nama Korea Utara ini sering dilakukan, dan merupakan naratif paling berkesan dikitar ulang oleh kelompok konservatif kanan.
Sebaik sahaja Korea Utara disebut; ramai pihak akan berpeluh ketiak, menggelupur mengerekot ketakutan, dan bersilekas bangun demi pertiwi.
Ia seibarat di Malaysia, puak Melayu dan Islam memainkan propaganda kononnya Islam dan bangsa Melayu tergugat. Momok yang selalu diketengahkan adalah Cina, Kristian, Bangla, Rohingya, Hindu, Liberal dan Syiah.
Saya sering membaca perihal segelintir bangsa Korea yang dikatakan rasis terhadap orang berkulit gelap dan sawo matang seperti kita.
Selalu saya membaca di platform media sosial, tentang aduan dan rungutan berupa layanan buruk yang diterima oleh pelancong, pekerja dan juga pelajar kita. Rupanya persoalan ini terjawab dengan satu soalan saya yang lebih mengkhusus.
Soalan saya kepada mereka, siapakah atau bagaimanakah mendefinisikan ‘konservatif kanan’ atau ‘far right’ di Korea. Jawapan yang diberikan kepada saya amat menarik.
Kelompok konservatif kanan yang dimaksudkan adalah mereka yang selalunya beragama Kristian (Evangelis); Pro Amerika Syarikat membuta tuli; pengkagum sejarah lampau juteru Pro Imperial Jepun; dan well well well juga pro Zionis Israel. Mereka terdiri daripada orang yang kurang berpelajaran, dan ‘alim’ jenis meluncai dan melebaimalang.
Seorang rakan Korea saya yang lebih berani menghujahkan bahawa Korea Selatan bukanlah sebuah negara merdeka, malah sebenarnya adalah sebuah koloni Amerika. Hujahnya, terdapat sejumlah 15 sehingga 20 pos, instalasi, atau pangkalan tentera Amerika di Korea. Kem tentera Amerika terbesar di Korea adalah di Kem Humphreys, merangkumi 3000 ekar, 40 kilometer dari Seoul.
Kewujudan kem tentera ini diwajarkan dengan memomok-momokkan bahawa Korea Utara sedang mengintai Korea Selatan dan akan mengancam rakyat yang mencintai kehidupan demokratik. Pengalaman masa lalu, Perang Korea membolehkan terdapatnya lebih 25 ribu tentera Amerika di Republik ini.
Mereka, tentera Amerika ini pula tidak tertakluk di bawah undang-undang Korea. Jika ada di antara mereka melakukan jenayah, seperti merogol gadis bawah umur di negara itu, tentera ini tidak boleh didakwa dan dihukum menurut undang-undang Korea.
Bahkan negara itu tidak mempunyai apa-apa pun kuasa terhadap pangkalan tentera yang sedia banyak itu. Ini mengingatkan saya kepada pangkalan tentera Amerika di Okinawa, Jepun yang ditolak oleh rakyat Ryukyu.
Saya tidak menyangka argumen ini akan diberi bukti nyata oleh Yang Maha Esa. Ketika saya melilau tersesat di satu petang ketika Seoul sedang hujan, saya terserempakkan satu protes solo daripada seorang lelaki tidak jauh dari Istana Gyeongbokgung. Lelaki ini memasang kain rentang anti Israel, dan menaruh simpati kepada Palestin dan Gaza. Teruja, saya berfoto di sini.
Kira-kira satu kilometer jauhnya, terdapat satu tunjuk perasaan pro Israel yang bukan sahaja berapi-api menyokong genosid di Gaza, mereka malah mengibarkan bendera Amerika dan Israel beria-ia. Saiz penyokong demonstrasi ini ternyata lebih besar, dan jauh lebih meriah.
Korea Selatan mempunyai hubungan intim dengan Israel sejak 1948, dan menjalinkan hubungan rasmi sejak tahun 1962. Korea Selatan malah membekalkan senjata kepada Israel.
Kita di luar Korea Selatan umumnya mengkagumi cara Korea ini ‘menjual budaya’ mereka. Industri hiburan dijenamakan sebagai K-Pop yang memperagakan muzik, artis, filem, makanan, dan apa sahaja mengenai Korea. Yang mana ia membantu pula industri beratnya, iaitu pembuatan motokar, teknologi komunikasi, dan kecerdasan buatan.
Artis jenama Korea dipuja dan membuat wang besar di mana-mana, filemnya dianggap bijak dan memenangi Oscar; soap opera Korea membuatkan anak bini kita digam di kaca televisyen atau telefon tangan sehingga membantutkan daya kognitif mereka.
Akan tetapi soalan jujur saya kepada para pelajar (ya mungkin sekadar dua tiga orang di keliling saya) berakhir dengan jawapan, “Argh itu semua adalah produk jualan kami. Ia adalah materi, produk benda dan hasil kapitalisme. Jangan salahkan kami.”
Apabila saya bertanyakan mengenai pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2024 dari Korea Selatan iaitu Han Kang, jawapan yang diberikan oleh para pelajar dan rakan-rakan adalah; “Arghh dia adalah seorang minoriti. Dalam erti kata lain, dia bukan dari kelompok far right. Malah sikapnya itu jelas. Tidak ada sasterawan tulen yang sikapnya menuhankan Ketuanan bangsa.”
Saya belum pernah membaca karya Han Kang, dan dapatan di atas membuatkan saya tertarik untuk mengulitnya kelak.
Pengamatan sekejap saya juga menunjukkan bangsa Korea tidak seperti bangsa Jepun yang lebih tekun, berdisiplin, berintegriti dan pembersih. Satu kriteria penanda aras yang barangkali membolehkan mereka ikut menyaingi Jepun, hanyalah keinginan atau kekuatan melakukan inovasi.
Budaya inovasi memang sebati dengan mereka. Hatta kacang almond yang disalut caramel atau wasabi pun boleh dipakejkan menjadi sesuatu yang menarik. Malah ramen dengan rempah sos pedas menyakitkan tekak dan hati boleh menjadi kegilaan dan mengecur liur anak-anak Gen Z dan Alfa kita. Pelancong sanggup melagak dalam kostum tradisional dan berjalan ke sana ke mari tanpa segan untuk bergambar di hadapan tarikan atau monumen.
Justeru, kita masih terlongo cuba memahami Presiden Yoon yang korup memimpin sebuah negara pengeluar industri berat dan teknologi yang hebat di dunia. Dalam erti kata lain rasuah pun rasuah juga, main momok pun main momok juga tetapi Korea mesti kekal berinovasi.
Meminjam kata salah seorang pelajar saya, “Prof, jadi Malaysia pun boleh jadi seperti kami.”
Catatan: terma profesor di Korea Selatan boleh sahaja bermaksud pensyarah biasa. Jadi merasalah saya berlagak Profesor sehari dua di Seoul. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/1-malam-diperintah-tentera-di-seoul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Antara Seoul Malaysia Konsert Taeyang Di Malaysia Jadi Malam Yang Tak Dapat Dilupakan

Antara Seoul Malaysia Konsert Taeyang Di Malaysia Jadi Malam Yang Tak Dapat Dilupakan

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 194 hits
Tujuh tahun selepas lawatan terakhirnya TAEYANG kembali ke Malaysia dengan penuh gaya menerusi jelajah solonya yang terbaru TAEYANG 2024 TOUR THE LIGHT YEAR Malam tersebut dipenuhi dengan muzik emosi dan kejutan ketika ikon K pop ini melimp...
Bikin Rakyat Mengamuk Presiden Korea Tiba Tiba Isytihar Pelaksanaan Undang Undang Tentera

Bikin Rakyat Mengamuk Presiden Korea Tiba Tiba Isytihar Pelaksanaan Undang Undang Tentera

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 128 hits
Bagi yang tidak mengetahui Korea Selatan melalui kekalutan semalam apabila Presiden Yoon Seok yeol secara tiba tiba mengisytiharkan Pelaksanaan Undang Undang Tentera Artikel Berkaitan Hal ini nyata mengejutkan kerana Undang Undang Tentera i...
Tentera Iran Lari Meninggalkan Bashar Assad Syria Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat

Tentera Iran Lari Meninggalkan Bashar Assad Syria Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 171 hits
3 Pegawai Kanan Tentera Iran memberitahu New York Times bahawa mereka memulakan pemindahan keluar Pegawai Kanan dan anggota Tentera Iran dan Kor Pengawal Revolusi Iran IRGC dari SyriaIni susulan Rejim Bashar Assad akan tumbang dalam masa te...
Agensi Sahkan Na Inwoo Secara Rasmi Dikecualikan Dari Perkhidmatan Tentera

Agensi Sahkan Na Inwoo Secara Rasmi Dikecualikan Dari Perkhidmatan Tentera

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 138 hits
Terbaru menurut laporan Na In woo dikatakan telah menerima pengecualian dari perkhidmatan tentera selepas menghabiskan masa selama tiga tahun menunggu panggilan sebagai pekerja perkhidmatan awam Artikel Berkaitan Berikutan klasifikasi Gred ...
Pergi Merokok Lagi 6 Hari Selesai Berkhidmat Mino Winner Didakwa Sering Curi Tulang Di Tentera

Pergi Merokok Lagi 6 Hari Selesai Berkhidmat Mino Winner Didakwa Sering Curi Tulang Di Tentera

papar berkaitan - pada 17/12/2024 - jumlah : 132 hits
Lagi 6 hari je nak keluar tentera Mino WINNER dikatakan sering curi tulang ketika sedang berkhidmat Artikel Berkaitan Awal pagi ini Dispatch melaporkan bahawa Song Mino yang sepatutnya berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan di Kemudahan Kh...
Lebih 50 000 Mangsa Banjir Kelantan Malam Ini

Lebih 50 000 Mangsa Banjir Kelantan Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 214 hits
Situasi banjir di Kelantan Terengganu Kedah dan Perlis terus memburuk dengan pertambahan mangsa malam ini manakala banjir di Johor pulih apabila pusat pemindahan sementara terakhir negeri itu ditutup petang tadi Jumlah mangsa banjir di KELA...
Ulangtahun Perkahwinan Ke 32 Tahun Makan Malam Simple Di Restoran Cosy Place

Ulangtahun Perkahwinan Ke 32 Tahun Makan Malam Simple Di Restoran Cosy Place

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 222 hits
Alhamdulillah tahun ni kami sambut ulangtahun perkahwinan ke 32 Tahun ni agak berbeza sebab habibi hadiahkan sejambak bunga buat pertama kalinya Rasa bahagia sangat walau habibi bagi sekuntum bunga pun dah memadai tanda dia ingat ulangtahun...
Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam Aktiviti Restoran Halal Mesra Poket

Itinerary Hatyai 3 Hari 2 Malam Aktiviti Restoran Halal Mesra Poket

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 249 hits
Rakyat Malaysia tak sah kalau tak bercuti ke Hatyai I don t blame them Hatyai memang best Bajet kecil makanan sedap serta boleh shopping murah Kalau tengah plan nak ke sana ini itinerary Hatyai 3 hari 2 malam untuk rujukan anda kelak Kami y...
Susulan Pengisytiharan Undang Undang Tentera Beberapa Aktiviti Hiburan Dibatalkan Hari Ini Bagi Isu Keselamatan

Susulan Pengisytiharan Undang Undang Tentera Beberapa Aktiviti Hiburan Dibatalkan Hari Ini Bagi Isu Keselamatan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 196 hits
Korea Selatan telah dikejutkan dengan pengumuman dari Presiden Yoon Seok yeol untuk melaksanakan Undang Undang Tentera Artikel Berkaitan Disebabkan itu beberapa aktiviti hiburan harus dibatalkan bagi isu keselamatan meskipun Perlembagaan Ko...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida