1 M4ut 165 Rumah Rosak Puting Beliung Di Indonesia
1 M4ut, 165 rumah rosak, puting beliung di Indonesia. Puting beliung melanda perkampungan Panguragan Kulon di in Panguragan, Cirebon, Jawa Barat, semalam, menyebabkan seorang terbunuh dan memusnah atau merosakkan 165 rumah di kawasan terbabit.
Menurut jurucakap agensi bencana kebangsaan Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus selain menyebabkan kerosakan teruk dua surau.
Jakarta Post melaporkan, beliau berkata, agensi itu mengendalikan bencana itu dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, ketua kampung dan pasukan sukarela.
Sebelum puting beliung itu melanda Panguragan pada petang Ahad, cuaca dilaporkan mendung.
Artikel lain
Terkenang ciuman terakhir tiga beradik
“SEBAIK tiba dari Hatyai, Thailand, Sabtu lalu, tiga cucu itu berebut memberi kekacang kepada saya dan mereka tidak putus memberi ciuman di pipi serta bersalaman.
“Ia menjadi kenangan terakhir kerana tiga beradik itu sangat rapat dan sering melawat saya dan neneknya,” kata Wahab Mat Adam, 80, datuk kepada tiga beradik yang lemas di Pantai Sura Tengah, Dungun, Terengganu, semalam.
Wahab berkata, lima beranak iaitu anaknya, Zawawi Wahab, 42, menantu, Nur Syahida Abdullah, 36, dan tiga cucu terbabit, Nur Ain Fatma, 10, Nur Ain Sofea, 9, dan Nur Ain Sasabila, 6, singgah di rumahnya di Kampung Batu Lapan, Nilam Puri, Kota Bharu untuk memberi buah tangan yang dibeli di Hatyai.
Katanya, sebelum azan Maghrib, lima beranak itu bertolak pulang ke rumah mereka di Kampung Pangkal Pisang, Peringat.
Wahab berkata, tiga cucunya itu sangat peramah dan tidak menunjukkan sikap pelik.
Katanya, dia mengetahui kejadian yang menimpa tiga cucunya itu pada 8 malam tadi selepas dimaklumkan seorang cucunya.
“Saya tidak pergi ke Dungun kerana menghidap sakit jantung dan menunggu di rumah.
“Saya reda dengan kejadian ini dan berharap anak serta menantu tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.
Terdahulu, tiga beradik berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang pada 6.55 petang hari ini.
Jenazah mereka tiba di Masjid Mukim Kampung Rahmat pada 6.15 petang diiringi ibu bapa dan ahli keluarga dari Hospital Dungun.
Ibu tiga kanak-kanak itu hampir pengsan sebaik melihat tiga jenazah anaknya dibawa masuk ke dalam liang.
Sementara itu, sepupu mangsa, Ahmad Syafiq Abdul Aziz, 23, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di inap desa di depan Pantai Sura.
“Saya mencuba sebanyak tiga kali termasuk menggunakan pelampung, namun ditolak ombak naik ke atas. Saya dapat lihat tiga sepupu itu berada di tengah-tengah laut,” katanya.
Jenazah Nurain Sofia ditemui Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada 7.48 pagi dalam jarak lima kilometer dari tempat kejadian. Manakala, jenazah kedua, Nurain Sasabila ditemui pada 9.40 pagi kira-kira satu kilometer dari darat dan Nurain Fatma, ditemui dalam jarak lima kilometer dari lokasi kejadian pada 11.03 pagi hari ini.
Sumber: Harian Metro
The post 1 M4ut, 165 Rumah Rosak, Puting Beliung Di Indonesia appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/1-m4ut-165-rumah-rosak-puting-beliung-di-indonesia/