1 95 Juta Graduan Berpendidikan Tinggi Ramai Kerja Tak Setara Kelayakan


1.95 juta graduan berpendidikan tinggi, ramai kerja tak setara kelayakan. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran meningkat 1.4 peratus kepada 1.95 juta orang pada suku ketiga 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
1.95 Juta Graduan Berpendidikan Tinggi Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata perangkaan itu menggambarkan bahawa lebih satu pertiga penduduk bekerja berpendidikan tertiari tetapi bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir atau berkemahiran rendah.
Walau bagaimanapun, beliau berkata momentum pasaran buruh Malaysia secara keseluruhan bertambah baik pada suku ketiga berikutan peningkatan berterusan permintaan dan penawaran.
Katanya, keadaan ini selari dengan jangkaan perkembangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan 4.8 peratus hingga 5.3 peratus pada 2024.
“Prestasi ini disokong oleh aktiviti pelaburan yang teguh, permintaan domestik yang berdaya tahan dan pemulihan dalam eksport barangan dan perkhidmatan.

“Pelaksanaan inisiatif seperti sistem imbuhan perkhidmatan awam baharu dan model gaji progresif juga dijangka menyokong pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ramai Kerja Tak Setara Kelayakan Kadar penyertaan tenaga buruh mencapai 70.5 peratus pada suku ketiga 2024, berbanding 70.1 peratus pada suku sama 2023.
Bilangan tenaga buruh meningkat sebanyak 2.6 peratus kepada 17.26 juta orang, dengan peningkatan 2.9 peratus penduduk bekerja kepada 16.72 juta orang.
Sementara itu, kadar pengangguran yang lebih rendah dicatatkan iaitu 3.2 peratus, turun daripada 3.3 peratus yang direkodkan dalam tiga suku berturut-turut sebelumnya.
Mohd Uzir berkata, permintaan buruh di Malaysia mencecah paras tertinggi sejak 2018, dengan mencatatkan 9.01 juta jawatan dalam sektor swasta dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 1.2 peratus.
Daripada jumlah ini, katanya 97.9 peratus (8.82 juta jawatan) adalah jawatan disi, manakala 2.1 peratus (191,800) adalah kekosongan jawatan, terutamanya dalam sektor pembuatan yang menyumbang 56.9 peratus (109,100) daripada jumlah kekosongan.
Walau bagaimanapun, katanya bilangan jawatan yang diwujudkan menurun sedikit sebanyak 0.6 peratus tahun ke tahun, merekodkan 31,800 jawatan pada suku ketiga 2024.
“Pasaran buruh Malaysia terus berkembang pada suku ketiga 2024 apabila kedua-dua penawaran buruh dan permintaan buruh bertambah baik, mencerminkan prestasi ekonomi negara yang kukuh disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan pengembangan berterusan dalam eksport negara.
“Penambahbaikan dalam aktiviti perniagaan ini dijangka menarik lebih banyak pelaburan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, sekali gus meningkatkan peluang pendapatan.
“Seterusnya, pasaran buruh dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan yang stabil pada suku akan datang,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Baca artikel lain juga: Anugerah Diraja PTSS, Hadiah Istimewa Lok Mee Wan, Anak Pengawal Keselamatan Buat Keluarga
POV Terima Scroll Graduasi Sentuh Hati Penonton
 
 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
 
 
 
 
 
 
 
 
The post 1.95 Juta Graduan Berpendidikan Tinggi, Ramai Kerja Tak Setara Kelayakan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/1-95-juta-graduan-berpendidikan-tinggi-ramai-kerja-tak-setara-kelayakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Enjoy Duit Tapi Kerja Tak Siap Siap Vida Tampil Perjelas Isu Hutang Lebih Rm1 Juta Minta Semua Pihak Bertenang

Dah Enjoy Duit Tapi Kerja Tak Siap Siap Vida Tampil Perjelas Isu Hutang Lebih Rm1 Juta Minta Semua Pihak Bertenang

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 97 hits
Dato Seri Vida memberi penjelasan tentang hutang lebih RM1 juta yang didakwa tidak dibayarnya kepada syarikat pembinaan Ah Design Communication sejak 2018 Menurut laporan usahawan itu berkata kontraktor terbabit sudah pun mendapat sebahagia...
11 Biskut Baby Terbaik Bernutrisi Tinggi

11 Biskut Baby Terbaik Bernutrisi Tinggi

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 207 hits
Apakah biskut baby terbaik yang sesuai untuk anda beli pada tahun 2024 ini Dalam artikel ini kami akan kongsikan 11 biskut baby terbaik untuk memudahkan anda membuat perbandingan Baca juga Heinz Farley s Rusks Biskut baby terbaik ini terken...
Rahasia Dapat Ip Tinggi Tanpa Harus Belajar Strategi Cerdas Dan Efektif Buat Kamu Yang Anti Ribet

Rahasia Dapat Ip Tinggi Tanpa Harus Belajar Strategi Cerdas Dan Efektif Buat Kamu Yang Anti Ribet

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 149 hits
BloggerBorneo com Siapa sih yang nggak pengen punya IP tinggi Bagi sebagian mahasiswa nilai indeks prestasi adalah salah satu tolak ukur penting yang menunjukkan prestasi akademis mereka Tapi nggak semua orang suka belajar mati matian demi ...
Ipd Petaling Jaya Terima Dron Berteknologi Tinggi Berharga Rm60 000

Ipd Petaling Jaya Terima Dron Berteknologi Tinggi Berharga Rm60 000

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 136 hits
Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menerima seunit Dron berteknologi tinggi hasil sumbangan daripada syarikat QI Tower Group Malaysia Majlis penyerahan dron itu telah pun berlangsung di Menara QI Tower Petaling Jaya pada petang se...
Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

Pas Pahang Terus Tunjuk Komitmen Tinggi Membantu Rakyat Tanpa Peruntukan Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 149 hits
ROMPIN PAS Pahang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu rakyat menerusi pembinaan Rumah Budi 3 0 walaupun tanpa sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS negeri Rohaya Razali ke...
Perlu Ke Ambil Tahu Mengenai Kementerian Jabatan Syarikat Amp Organisasi Sebelum Mohon Kerja Mengapa Sila Alert

Perlu Ke Ambil Tahu Mengenai Kementerian Jabatan Syarikat Amp Organisasi Sebelum Mohon Kerja Mengapa Sila Alert

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 112 hits
Pernahkah anda menghadiri temuduga dan ditanya soalan Apa yang anda tahu tentang organisasi ini Jika anda tergagap atau tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan peluang anda untuk diterima mungkin berkurang Inilah sebab utama mengapa a...
Hantar Anak Ke Balai Polis Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

Hantar Anak Ke Balai Polis Kerana Tak Siapkan Kerja Sekolah

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 196 hits
Redzuan Muharamredzuan muharam hmetro com myMUHAMMAD Syauqi Hazim Suhami dibawa ke balai polis oleh ibunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah FOTO Ihsan Nor Syuhada Mohd ZahriMelaka Demi memberi pengajaran Nor Syuhada Mohd Zahri sanggup ...
Dapat Sample Free Pampers Dewasa

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Cuti Raya China 2025

Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Jom Ubah Diri Dalam 30 Hari

Achieve Scalable Growth With Sap Saas Malaysia By Abeam Academy

Dji Osmo Pocket Bike Setting

Tahun Baru Cerita Baru

Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

Allah Sudah Aturkan Rezeki Setiap Hambanya