1 619 Individu Diambil Sampel Bagi Pengesanan Covid 19


PUTRAJAYA, 29 FEB: Seramai 1,619 individu diambil sampel bagi pengesanan jangkitan penyakit Covid-19 setakat hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kesemua mereka terdiri daripada pesakit dalam siasatan (PUI), kontak rapat kepada kes positif Covid-19, individu yang tiba melalui Misi Bantuan Kemanusiaan dan kapal persiaran.
“Daripada 1,619 individu diperiksa hanya 1.5 peratus atau 25 kes positif jangkitan dikesan setakat ini,” katanya pada sidang media Covid-19 di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
Malaysia juga sedang memantau perkembangan kes Covid-19 di dua bandar raya di Jepun iaitu Tokyo dan Sapporo, katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata tiada kes baharu dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes kekal sebanyak 25.
Daripada jumlah itu, 22 individu telah pulih sepenuhnya manakala tiga individu yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil.
Menurut beliau, wanita tempatan yang merupakan kes ke-23 dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, kes ke-24 melibatkan wanita warganegara Jepun pula sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur manakala kes ke-25 lelaki warganegara Itali kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pihaknya akan terus melakukan pengesanan kontak rapat ketiga-tiga kes berkenaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19.
“Bagi kes ke-24, lebih 60 kontak telah dikesan, bagi kes ke-23 kontak adalah keluarga setakat ini tak ada yang positif, kita kesan juga rakan-rakan…kita akan terus kesan kontak rapat mereka,” katanya.
Kata beliau, semua 22 pesakit yang telah sembuh diberikan kaunseling sebelum mereka didiscaj dari wad. Sesi itu antaranya melibatkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri supaya tidak dijangkiti semula.
Mengulas mengenai 66 warganegara Malaysia dan ahli keluarga bukan warganegara dibawa balik dari Wuhan, China pada 25 Februari lalu, beliau berkata kesemua mereka berada dalam keadaan sihat.
Beliau berkata, saringan kesihatan melalui ujian pengesanan Covid-19 semasa ketibaan mendapati semua negatif dan kesemua mereka akan terus berada di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi bagi tujuan pemantauan kesihatan selama 14 hari bermula dari 26 Februari sehingga 11 Mac ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pengamal perubatan di semua peringkat fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta agar langkah-langkah pencegahan serta kawalan infeksi sentiasa berada di tahap yang optimum setiap masa.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/1619-individu-diambil-sampel-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Current Statistics Of Covid 19 25 February 2020

Current Statistics Of Covid 19 25 February 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 582 hits
Worldwide current statistics of COVID 19 COVID 19 infection has spread to another five new countries Iraq Kuwait Bahrain Afghanistan and Oman In the meantime six provinces in China have changed their warning level from three to two or one
Elak Penularan Covid 19 Di Kem Tentera Wooyoung 2pm Diarahkan Tamat Latihan Awal Daripada Tarikh Sepatutnya

Elak Penularan Covid 19 Di Kem Tentera Wooyoung 2pm Diarahkan Tamat Latihan Awal Daripada Tarikh Sepatutnya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 181 hits
Seperti yang semua sedia maklum kes COVID 19 di Korea kini mencapai paras yang membimbangkan Saban hari semakin banyak kes yang dilaporkan sehingga kini ia sudah mencecah angka 977 dan 10 kematian Tidak mustahil akan menjangkau 1000 pesakit...
Covid 19 Semakin Teruk Di Korea Hyunbin Hwang Jungmin Dihalang Masuk Ke Jordan Untuk Penggambaran

Covid 19 Semakin Teruk Di Korea Hyunbin Hwang Jungmin Dihalang Masuk Ke Jordan Untuk Penggambaran

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 276 hits
Semakin membimbangkan kes COVID 19 di Korea kini telah menjangkau angka 893 dan nampaknya tidak akan berkurangan dalam masa terdekat ini Kod kecemasan juga telah ditukar kepada warna merah menandakan betapa seriusnya masalah ini Beberapa ne...
Covid 19 Singapura Bakal Sekat Pelancong Dari Dua Kawasan Di Korea Selatan

Covid 19 Singapura Bakal Sekat Pelancong Dari Dua Kawasan Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 315 hits
SINGAPURA 25 Feb Singapura bakal melarang kemasukan pelancong dari Daegu dan Cheongdo susulan peningkatan bilangan kes positif COVID 19 dari kedua dua bandar Korea Selatan itu kata Kementerian Kesihatan Singapura Menurut satu kenyataan di s...
Khabar Angin Dakwa Jackie Chan Mungkin Dikuarantin Bimbang Dijangkiti Covid 19

Khabar Angin Dakwa Jackie Chan Mungkin Dikuarantin Bimbang Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 414 hits
Sebelum ini tular didakwa pelakon stunt popular Jackie Chan menghadiri sebuah majlis bersama pasukan polis Hong Kong di sebuah restoran tempatan Video tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai susulan salah seorang anggota polis yang diper...
Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

Dakwaan Covid 19 Boleh Tersebar Melalui Cecair Kkm Nasihatkan Beli Ais Dari Kilang Yang Ada Lesen

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 536 hits
Jangkitan Novel Coronavirus dilaporkan boleh disebarkan melalui cecair Salah satunya adalah melalui penggunaan ais yang diambil dari sumber yang tidak disahkan Oleh itu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan rasmi di Twitter me...
Sabah Hospital Lab Worker Being Monitored For Possible Covid 19 Infection

Sabah Hospital Lab Worker Being Monitored For Possible Covid 19 Infection

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 409 hits
Sabah has not recorded any confirmed Covid 19 case KOTA KINABALU State Health and People s Wellbeing Minister Frankie Poon has confirmed that a lab technologist attached to the hospital in Sabah s Kudat northern district is being investigat...
Timbalan Menteri Kesihatan Iran Positif Covid 19

Timbalan Menteri Kesihatan Iran Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 410 hits
Tehran Timbalan Menteri Kesihatan Iran Iraj Harirchi disahkan positif Covid 19 lapor jurucakap kerajaan Harirchi dilaporkan mengalami batuk dan berpeluh ketika mengendalikan sidang media mengenai wabak berkenaan semalam Pada sidang media it...
Covid 19 Catat 52 Kematian Baharu Angka Korban Cecah 2 715

Covid 19 Catat 52 Kematian Baharu Angka Korban Cecah 2 715

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 235 hits
SHAH ALAM 26 FEB China melaporkan 52 kematian baharu susulan wabak Covid 19 menjadikan angka korban yang maut setakat ini ialah 2 715 orang Suruhanjaya Kesihatan Negara berkata kesemua kematian dilaporkan di wilayah Hubei yang menyumbang 40...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice