Ayah Cinta Pertama Anak Perempuan Ini 5 Cara Pakar Kongsi Untuk Pengaruhi Pembetukan Diri Puteri Papa


Pengaruh ayah sangat kuat kepada pembentukan diri anak perempuan. Kalau betul caranya, anak perempuan boleh jadi orang yang hebat & kuat keyakinan diri. 5 tips yang dikongsikan ini boleh dijadikan panduan.
Ayah, figura lelaki pertama yang hadir dalam diri anak perempuan. Ayahlah lelaki pertama dalam hidup anak perempuan, yang mempunyai perkaitan yang rapat dan memberikan pengaruh besar dalam segenap segi dalam kehidupan pada masa akan datang. Jadi, ia bukanlah sekadar hubungan biasa-biasa. Kalau nak anak perempuan menjadi orang hebat, si ayah mesti mulakan dari awal lagi.

Kaunselor, Puan Farhan berkongsi tentang hal ini. Pengalamannya sendiri turut dikongsikan bagi memberikan gambaran yang jelas tentang perkaitan antara hubungan anak perempuan dan ayah serta kasih sayang yang tertanam dalam diri anak kepada ayahnya. Berikut ialah perkongsian beliau;
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]
“Ibu, kakak nak kahwin dengan abi”
“Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu”
“Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi…?”
Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini
“Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi”
“Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?”
” Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik”
“Owh, macam tu.Ok ibu” Kata Aufa sambil malu malu kucing.
Dialog di atas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Tdak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.

Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.
#1: TEMPAT BERPAUT Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan. Tahukah anda, seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.
#2: JADI HERO YANG SENTIASA MELINDUNGI Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri di atas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain (iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.
#3: MEMBERIKAN PUJIAN SUPAYA JADI YAKIN Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata-kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.
#4: MENGELAKKAN MASALAH FATHER-HUNGER Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.
Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.
Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.
#5: AYAH MENJADI KAYU UKUR Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.
Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka.
Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia juga sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.
Tak dapat banyak pun sedikit.
Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.

Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.
Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.Untuk anak perempuan yang mungkin sudah kehilangan ayah, watak lelaki lain seperti bapa saudara dan datuk masih boleh menjadi hero kepada mereka. Asalkan namanya itu lelaki.
[Lepas baca,Jangan lupa pesan pada suami masing ya]
Sumber: Puan Farhan
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina, bersiaran setiap Rabu jam 9 malam dan ulangan pada setiap Ahad jam 9.30 pagi, hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
The post Ayah Cinta Pertama Anak Perempuan! Ini 5 Cara Pakar Kongsi Untuk Pengaruhi Pembetukan Diri Puteri Papa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ayah-cinta-pertama-anak-perempuan-ini-5-cara-pakar-kongsi-untuk-pengaruhi-pembetukan-diri-puteri-papa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

Tak Hiraukan Anak Menangis Rupanya Boleh Memudaratkan Therapist Kongsi Puncanya Cara Bagaimana Mak Ayah Nak Buat

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 419 hits
Anak menangis disebabkan pelbagai punca Adakah anda pernah mengabaikan tangisan bayi anda Ikuti perkongsian juruterapi ini Sebenarnya tangisan bayi dan kanak kanak sama sekali tidak boleh diabaikan ibu ayah mesti disiasat puncanya Menurut s...
Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 406 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Lamanya Abang Kakak Tunggu Baby Girl Fasha Kongsi Momen Indah Pertama Kali Anak Anak Jumpa Adik

Lamanya Abang Kakak Tunggu Baby Girl Fasha Kongsi Momen Indah Pertama Kali Anak Anak Jumpa Adik

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 436 hits
Selain ibu dan ayah adik beradik yang lain merupakan orang yang paling gembira menerima kehadiran setiap bayi baru dalam keluarga Itulah reaksi anak anak pelakon Fasha Sandha Putra Rayfal dan Puteri Rasha Jemyma sewaktu pertama kali bertemu...
Tak Perlu Judge Rumah Orang Ada Anak Kecil Ni Sepah Pemalas Pakar Kongsi Itu Perkara Normal

Tak Perlu Judge Rumah Orang Ada Anak Kecil Ni Sepah Pemalas Pakar Kongsi Itu Perkara Normal

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 364 hits
Baru sahaja lepas kemas rumah 5 minit tiba tiba anak sepahkan balik Tarik nafas dalam dalam si mama dan papa tengok rumah bersepah Bukan tak kemas rumah bukan pemalas tapi anak anak yang sedang membesar seronok meneroka dalam rumah Mungkin ...
Anak 8 10 Bulan Dah Boleh Sahut Panggilan Tapi Kalau Buat Tahu Bila Panggil Pakar Saran Mak Ayah Kena Buat Ini

Anak 8 10 Bulan Dah Boleh Sahut Panggilan Tapi Kalau Buat Tahu Bila Panggil Pakar Saran Mak Ayah Kena Buat Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 485 hits
Pernah atau tidak anda memanggil si kecil namun tiada sahutan Padahal di usia mereka sepatutnya mereka sudah boleh menoleh dan menyahut apabila dipanggil Perkongsian oleh Puan Siti Aisyah Rozalli tentang kerisauan ibu ayah bila anak tidak m...
Kanak Kanak Perempuan Leka Hingga Hanyut Di Laut Bersama Pelampung Unicorn Seorang Diri Video

Kanak Kanak Perempuan Leka Hingga Hanyut Di Laut Bersama Pelampung Unicorn Seorang Diri Video

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 660 hits
Seorang kanak kanak perempuan di Greece dihanyutkan ke tengah laut ketika bermain pelampung unicorn sendirian selepas ibu bapanya terleka seketika kerana tidak memerhatikannya Mujur sebuah feri yang berada berdekatan selepas melihat unicorn...
Cara Mohon Mydeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Cara Mohon Mydeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 506 hits
MyDeposit 2020 Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama merupakan inisiatif Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah pertama melalui sumbangan bayaran deposit pembelian rumah bagi satu isi rumah Tujuan skim ini diperkenalkan ...
Rasa Kesal Dan Sedih Menyelibungi Diri Elly Mazlein Kongsi Cerita Yang Dia Tak Sempat Tunaikan Permintaan Yang Satu Ini

Rasa Kesal Dan Sedih Menyelibungi Diri Elly Mazlein Kongsi Cerita Yang Dia Tak Sempat Tunaikan Permintaan Yang Satu Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 363 hits
Aktres dan pengacara Elly Mazlein 40 mendedahkan dia sempat menziarahi pelakon veteran Abu Bakr Juah 72 pada awal bulan lalu Walaubagaimanapun Elly terkilan dan berasa sedih kerana tidak sempat untuk memenuhi permintaan beliau untuk makan K...
Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik Soleh Macam Arwah Atok Tahniah Nora Ariffin Selamat Timang Cucu Pertama Semalam

Nak Ayden Jadi Anak Yang Baik Soleh Macam Arwah Atok Tahniah Nora Ariffin Selamat Timang Cucu Pertama Semalam

papar berkaitan - pada 27/8/2020 - jumlah : 800 hits
Kehadiran seorang bayi dalam sebuah keluarga adalah satu kebahagiaan untuk semua Tambahan pula jika ia merupakan bayi sulung dalam keluarga yang dibina Penyanyi popular Nora Ariffin semalam berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sudah...
Crafting A Memorable Brand Name

Sagu Gula Melaka Sedap Buat Begini Barulah Warna Tak Turun Dalam Susu

Education Ministry To Consider Reducing Service Period For Teacher Transfers

Sbdj Siri 218 Menjunjung Songkok Hitam

Drama Bukan Sekadar Lafaz 2

Ringgit Rebounds To End Higher Against Us

1xbet 6 2024

Kluangman Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Aktifkan Debit Card Maybank Di Mesin Kiosk Kuantan

Abdullah Bin Zubair Hidup Mulia Atau Mati Syahid

Pas Mp Loses Defamation Case For Claiming Dap Trio Related To Chin Peng

Trump S Middle East Challenge

Who Is Bestinet Founder Aminul

Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Mid Week Update