Trak Pikap 4x4 Pembunuh Di Jalan Raya


Setiap kemalangan dan kematian di jalan raya adalah tragedi. Malangnya, kemalangan membabitkan trak pikap semakin menjadi-jadi. Puluhan nyawa terkorban dalam kemalangan membabitkan jentera 4X4 yang semakin kerap berlaku.

Kenderaan 4x4 bertembung dijalan Kimanis, Sabah.

Apabila ia membabitkan lima sekeluarga atau pemanduan yang tidak cermat, ia lebih merungsingkan terutama apabila melibatkan trak pikap ini.

Justeru, terdapat permintaan bahawa mereka yang memandu trak pikap menjalani latihan khas atau lesen baharu bagi menangani masalah kemalangan yang 'kejam' ini.

Memang kalau ada kemalangan membabitkan kereta dan trak pikap, ia seperti menghempas bongkah batu ke atas telur.

Mangsa dalam kereta kalau memakai tali pinggang sekali pun tidak akan terselamat jika dirempuh gergasi ini. Ini kerana, trak pikap bukan kenderaan persendirian biasa.

Berat setiap pikap boleh mencecah sehingga 3.6 tan berbanding purata berat kereta biasa adalah 1.5 tan. Kereta kecil lebih ringan daripada satu tan. Lori satu tan tanpa muatan hanya dianggarkan seberat 2.7 tan tanpa muatan.

Kalau yang pernah membuat perkiraan fizik mengenai daya dan momentum akan mengetahui kesan impak, jisim dan kelajuan, mereka akan tahu betapa mengerikan pelanggaran membabitkan trak pikap.

Trak pikap seberat 3.5 tan (tidak termasuk muatan) bergerak pada kelajuan 130kmj menghempas sebuah kereta kecil seperti Alza, kadar momentum menerusi rempuhan itu adalah sangat dahsyat. Tidak mungkin pemandu dan penumpang kenderaan persendirian itu akan selamat.

Ini kerana, saiz dan kelajuan trak pikap itu terlalu kuat untuk ditahan oleh mana-mana jenis kenderaan kecuali mungkin kereta kebal.

Mengikut satu kajian, seorang pemandu kereta kecil 412 kali berkemungkinan akan maut atau cedera parah jika dilanggar kenderaan 4×4 seperti trak pikap. Data kematian membabitkan pikap hanya mengesahkan kajian ini.

Trak pikap juga mempunyai dimensi sangat berbeza berbanding kereta biasa. Ia lebih panjang dan lebar. Trak pikap boleh mencapai 21 kaki panjang dan 6 kaki 10 inci lebar.

Bayangkan, momentum dijana oleh sesuatu yang mempunyai saiz sebesar itu.

Penggunaan trak juga semakin berkembang kerana ia pilihan mudah dan murah berbanding mendapatkan lesen komersial contohnya untuk lori satu tan.

Memandu lori juga memerlukan lesen berlainan iaitu kelas E dan bukan D seperti kereta persendirian. Dan kebanyakan trak pikap digunakan untuk tujuan komersial dan bukan seperti kereta persendirian.

Laporan terbaru daripada lebih 50 negara menunjukkan jalan raya Malaysia negara kelapan paling tidak selamat.

Ia adalah masalah yang perlu diselesaikan kerana gergasi ini di jalan raya tanpa latihan pemanduan yang betul, seperti memberi kanak-kanak sepucuk pistol penuh dengan peluru hidup.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Sebab Kenapa Pacuan Empat Roda Sangat Popular di Sabah dan SarawakKereta Ditarik Bank: Ketahui Proses Di Bawah Akta Sewa Beli 1967
sumber: (1)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/08/trak-pikap-4x4-pembunuh-di-jalan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Kerajaan Adakan Lesen Khas Untuk Memandu Kenderaan 4x4 Atas Jalan Raya

Perlukah Kerajaan Adakan Lesen Khas Untuk Memandu Kenderaan 4x4 Atas Jalan Raya

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 395 hits
Saya ada terbaca satu artikel di Berita harian hari ni berkenaan saranan untuk adakan lesen khas bagi mereka yang nak memandu kenderaan 4x4 atas jalan raya negara kita Lesen khas bermaksud satu lesen yang asing selain dari lesen kelas D yan...
Biar Pakar Bebas Nilai Lebuh Raya Baharu Kl Kata Pemimpin Komuniti

Biar Pakar Bebas Nilai Lebuh Raya Baharu Kl Kata Pemimpin Komuniti

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 195 hits
Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway ialah bahagian akhir bagi projek Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur PETALING JAYA Seorang pemimpin komuniti menggesa supaya penilaian dan analisis yang telus dan bebas dilakukan bagi cadangan pembin...
Rakyat Tertekan Ketua Puteri Umno Jangan Sibuk Mahu Pilihan Raya Dibuat Sebelum Ph Kuat

Rakyat Tertekan Ketua Puteri Umno Jangan Sibuk Mahu Pilihan Raya Dibuat Sebelum Ph Kuat

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 272 hits
Kenyataan Ketua Puteri Umno Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan yang berharap Umno BN segera membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 sebelum Pakatan Harapan kembali kuat amat tidak bertanggungjawab Menurut Ahli Majlis Pimpi...
Bapa Bunuh Diri Lepas Campak 3 Anak Dari Atas Lebuh Raya

Bapa Bunuh Diri Lepas Campak 3 Anak Dari Atas Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 159 hits
Malaysiakini Dua kanak kanak meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah apabila mereka dicampak oleh seorang lelaki dipercayai bapa mereka dari atas Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 di Kepong awal pagi tadi Ketua Polis Sentul Beh Eng La...
Pesakit Psikiatri Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat Di Pasar Raya Alor Setar

Pesakit Psikiatri Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat Di Pasar Raya Alor Setar

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 174 hits
The ReporterSeorang lelaki warga emas berusia 65 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di Alor Setar Kedah Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Sukri berkata mangsa maut akibat keceder...
Domestic Travel In Malaysia Soars As Bus Ticket Sales Jump 37 During Raya Haji

Domestic Travel In Malaysia Soars As Bus Ticket Sales Jump 37 During Raya Haji

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 292 hits
Bus travel sees a rise in demand across Malaysia during Raya Haji according to Malaysia s No 1 bus booking app redBusMalaysians have now begun to travel freely with demand for public transport like inter city buses increasing according to r...
Pesawat Terbang Bikin Macet Jalan Raya Kemang Bogor

Pesawat Terbang Bikin Macet Jalan Raya Kemang Bogor

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 170 hits
Kapolsek Kemang Kompol Ari Trisnawati membenarkan peristiwa yang terjadi sekitar pukul 06 45 WIB tadi Menurutnya kepolisian hanya mengimbau kepada pengemudi truk kontainer pengangkut pesawat
Suami Men1ngg4l Dvnia Seminggu Sebelum Raya Wanita Minta Edit Gambar Bersama Hasilnya Undang Seb4k

Suami Men1ngg4l Dvnia Seminggu Sebelum Raya Wanita Minta Edit Gambar Bersama Hasilnya Undang Seb4k

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 351 hits
Demi menunaikan hasrat arw4h suami untuk memakai baju raya sedondon warna pada tahun ini seorang wanita meminta pertolongan ahli group Edit Apa Hari Ni untuk mengedit foto keluarganya Menurut wanita tersebut arw4h suaminya men1ngg4l dvnia s...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools