Thailand Mahu Kemboja Sertai Operasi Pembersihan Periuk Api Di Sempadan




SISAKET – Thailand menggesa Kemboja agar menyertai operasi pembersihan periuk api di sepanjang sempadan bersama bagi menjamin keselamatan jangka panjang dan memperkukuh keamanan.
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa berkata, Kemboja perlu menunjukkan keikhlasan dengan bekerjasama dalam usaha pembersihan bersama, satu cadangan yang dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Thai-Kemboja di Malaysia baru-baru ini.
Beliau menekankan bahawa operasi bersama akan menjadi bukti nyata semangat muhibah untuk meredakan ketegangan dan menjamin keamanan berkekalan di sempadan.
“Periuk api ialah senjata tanpa diskriminasi yang menyebabkan penderitaan tidak berperikemanusiaan terhadap anggota tentera dan orang awam.
“Lima anggota Tentera Darat Diraja Thailand telah kehilangan kaki manakala 11 yang lain cedera parah akibat periuk api. Ini adalah isu kemanusiaan yang mesti diselesaikan bagi memastikan keselamatan jangka panjang,” katanya pada sidang media di sini.
Pada Sabtu, Maris mengetuai delegasi diplomat dari 33 negara ke wilayah Sisaket di timur laut untuk meninjau kawasan yang rosak akibat pertembungan sempadan baru-baru ini.
Maris berkata, Thailand dan Kemboja berkongsi sempadan yang panjang, dan rakyat kedua-dua negara perlu terus saling bergantung.
“Kewujudan periuk api antipersonel bukan sahaja mengancam nyawa dan keselamatan tentera serta orang awam, malah meninggalkan kesan mendalam yang menimbulkan rasa tidak percaya dan kebencian antara rakyat kita.
“Periuk api antipersonel adalah senjata tanpa diskriminasi yang mengorbankan pejuang dan orang awam,” katanya.
Sementara itu, Maris menegaskan komitmen penuh Thailand terhadap obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Ottawa, yang diterima pakai masyarakat antarabangsa pada 1997 untuk mengharamkan penggunaan senjata tersebut.
Beliau berkata, usaha berterusan Thailand membantu mangsa periuk api agar dapat hidup bermaruah dan kembali menyertai masyarakat adalah sebahagian daripada kemajuan global dalam menangani kesan kemanusiaan periuk api. – Bernama
 
 


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/16/thailand-mahu-kemboja-sertai-operasi-pembersihan-periuk-api-di-sempadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 136 hits
Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menyokong proses damai antara Thailand dan Kemboja secara neutral selaras dengan nilai dan semangat ASEAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam...
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 111 hits
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar KOTA KINABALU 3 Ogos Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonom...
Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar

Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 79 hits
Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja PM Anwar LARUT 16 Ogos Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan di sempadan kedua dua negara diiktiraf d...
Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 107 hits
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing masing di Perdana Putra Pe...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 110 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Pendidikan Awal Usia 5 Tahun Kpm Teliti Aspek Teknikal Operasi

Pendidikan Awal Usia 5 Tahun Kpm Teliti Aspek Teknikal Operasi

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 124 hits
Penelitian meliputi sumber tenaga pengajar prasarana serta kesediaan semua pihak terlibat Kerajaan akan mewajibkan pendidikan prasekolah bermula usia lima tahun bagi memperkukuh pendidikan awal kanak kanak KOTA BHARU Kementerian Pendidikan ...
Ijtimak Madani Jom Sertai

Ijtimak Madani Jom Sertai

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 132 hits
Che Ibrahim Bila ambo tengok ramai guru guru pondok dari lebih 60 buah pondok yang ada di Kelantan dijemput hadir pahtu pula sahabat lama ambo Syeikh Wazir dijemput sebagai pengulas kertaskerja mari naik semangat sero nak gi etek Semoga All...
Al Hilal Digantung Sertai Piala Super Saudi

Al Hilal Digantung Sertai Piala Super Saudi

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 107 hits
Al Hilal digantung sertai Piala Super Saudi PEMAIN Al Hilal dilapor masih belum hilang penat selepas menyertai Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat baru baru ini FOTO Reuters Riyadh Juara bertahan Al Hilal akan digantung daripada menyertai...
Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Awie Alif Ba Ta Chord

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Royal99 13 October Royal99 Top 36 By Edgar

Kingromans 13 Kingromans Top 21 By Christa

Ayat Ayat Penyubur Tanaman

Cara Hilangkan Iklan Di Semua Hp Redmi

Biodata Imran Vokey

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara