Sbdj Siri 227 Di Pintu Kematian


Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati Ali Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan. Keresahan segera menggoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri.


Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh.

"Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya.

"Yahooooo..."

Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan itu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah.

"Hisss..."

Ali Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup.

Bila kelopak matanyanya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah-olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu

"Hati-hati Ali," saya mengingatkannya.

"Itu urusan dia, bukan urusan kamu."

Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk.

Puncak dari kemarahan itu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung kearah wanita berwanita hodoh yang tidak disenangi.

Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya.

Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula di alami.

Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan kearah lain.

Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata.

Keselesaan yang baru dinikmati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati.

LEMAH

Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya.

Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip.

Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalami proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya yang menggerutu, macam kulit katak puru itu relai berkeping-keping jatuh atas kepala bayi yang di dukungnya.

Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang putih dan licin.

Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yang kemerah-merahan.

Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam.

"Cantik," bisik batin saya.

Mata masih terpaku kearah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu matanya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik.

Rasa takut dan benci segera hilang,, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluap-luap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah.

Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahan-lahan. Saya jadi kelam kabut.

"Dia telanjang bulat."

Itu reaksi saya apabila semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya.

"Huuuhhhh..." saya mengeluh geram.

Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan.

Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan menggeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali.

"Rapatlah."

Saya seakan-akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya.

"Rapatlah. Cuma kita saja disini," ulangnya dengan suara yang serak-serak basah.

Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi.

Dengan hati-hati langkah pertama diatur kearah wanita yang sedang mendepakan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak.

Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal.

Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan.

Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama rengekan berahi.

Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi. Begitu juga dengan datuk.

Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah.

GELORA

Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin, saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel di depan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah makin rancak, makin bersemangat.

"Tamar," terpinga-pinga suara datuk.

"Kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat."

Saat memikirkan kata-kata itu, terdengar bunyi berdesing yang amat kuat. Tidak tahu dari arah mana bunyi itu datang. Kerana bunyinya amat kuat dan panjang membuatkan gegendang telinga seperti mahu pecah. Rambut di kepala macam mahu tercabut.

Pandangan saya mula berpinar-pinar. Wanita cantik tanpa kain yang wujud di depan mata, tidak kelihatan lagi. Tidak tahu, entah mana ghaibnya.

Batang leher terasa sakit bila digerakkan ke kiri dan ke kanan. Bunyi berdesing tidak juga berhenti.

"Datuk, tolong saya."

Suara saya tidak keluar, tersangkut dan tenggelam di tekak. Saya semakin lemas, tidak tentu arah. Tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Kepala semakin terasa berat.

Usaha terakhir yang dilakukan ialah membongkokkan separuh badan. Kemudian duduk bersila di lantai sambil melunjurkan kedua belah kaki.

Pada masa itu, entah macam mana saya terfikir membaca "surah An-Nas" hingga tamat. Bunyi berdesing yang memekakkan itu beransur perlahan dan terus hilang.

"Haaaa sudah berhenti!"

Saya seperti tersentak dari sebuah lamunan yang cukup panjang. Seluruh badan berpeluh, nafas tercungap-cungap. Saya lihat sekitar dan pasti segala-galanya kembali pada keadaan asal.

Wanita yang menghairankan itu kembali berada di tempat asalnya dengan wajah hodoh yang menakutkan mendukung bayi berkepala licin. Kecantikannya yang hampir berjaya memperdayakan saya, terus hilang.

Kerana keadaan sudah agak normal, tanpa membuang masa saya terus menoleh ke arah Ali Usman. Dia masih macam tadi, berdiri kaku macam patung menggenggam penumbuk, matanya masih terpaku kepada wanita hodoh yang mendukung anak kecil.

"Rapatlah," wanita hodoh bersuara parau semacam.

Anak matanya tetap menyorot tajam ke muka Ali Usman yang kelihatan seperti orang bodoh. Dan saya yang sudah pulih dari kuasa semangat wanita hodoh itu resah melihat keadaan Ali Usman yang tidak stabil itu.

"Rapatlah," kata wanita itu lagi.

"Aku tidak boleh melepasi garis di lantai ini."

Saya segera mencari garis di lantai yang dimaksudkan oleh wanita tersebut. Nyata, dia tidak berbohong. Memang ada garisan berwarna putih melingkari tempatnya sendiri.

"Rapatlah," ulangnya untuk sekian kali.

Ali Usman masih ragu-ragu sama ada mahu melangkah memenuhi permintaan wanita tersebut atau sebaliknya.

"Bila aku melangkah atau melanggar garisan ini, bererti apa yang mahu disampaikan atau mahu diturunkan oleh bapa saudara kamu kepada kamu habis hancur, semuanya menjadi sia-sia. Aku tak boleh melangkah garisan putih, ini sumpah kami berdua antara bapa saudara kamu dengan aku," nada suara wanita hodoh lembut merayu minta simpati.

TERMAKAN

Ali Usman termakan dengan rayuan itu. Dia pun melangkah setapak ke depan. Wanita berwajah hodoh ketawa mengilai. Bayi dalam dukungan merengek manja, macam diacah seseorang.

Saya jadi resah kerana datuk masih berdiam diri, tidak mahu melakukan sesuatu bagi menghalang niat jahat wanita hodoh tersebut.

"Aku datang sekadar mahu menyampaikan amanat orang yang sudah tiada, kau berhak menerima peninggalannya," dalam ketawa yang mengada-ngada wanita itu bersuara manja.

Ali Usman melangkah setapak lagi. Perasaan saya bertambah tidak tenteram.

Pada hemat saya sesuatu harus dilakukan, kalau dibiarkan pasti menimbulkan masalah yang rumit, mungkin Ali Usman bakal menjadi mangsa wanita berwajah hodoh.

"Terimalah warisan peninggalannya," rayu si wanita hodoh.

Ali Usman terus melangkah, ketawa wanita dan renggekan si bayi dalam dukungan kian menjadi-jadi, menguasai seluruh bilik khas itu.

"Jangan pergi Ali, bahaya tu," jerit saya separuh keras.

Sebaik saja jeritan berakhir saya menerpa ke arah Ali Usman dan menarik tangan kirinya seraya menyuruh dia berhenti dari melangkah ke depan.

Saya kira usaha itu berhasil kerana Ali Usman berhenti melangkah. Dia pun memusingkan tubuhnya ke belakang lalu merenung tepat ke arah batang hidung saya. Wajahnya nampak bengis. Marah benar dia kerana saya mengganggu urusannya.

"Aduh," jerit saya.

Satu hentakan siku yang kencang singgah dibahu membuat bahu kanan terasa sengal.

Tidak memadai dengan itu, sebiji lagi penumbuk Ali Usman singgah di pangkal dagu. Saya jatuh tersandar di dinding, tidak bermaya rasanya mahu bangun. Ketawa wanita berwajah hodoh makin galak, makin mengada-ngada.

Dalam renungan yang berpinar-pinar itu, saya lihat dia bertepuk tangan gembira. Bayi dalam pangkuannya melonjak-lonjak.

"Dia penghalang," kata wanita itu.

BENGIS

Ali Usman merenung bengis ke arah saya yang terkapai-kapai berusaha untuk bangun. Kerana menyedari tidak mampu melawan Ali Usman, saya hanya bersikap pasrah saja. Rela menerima tumbukan atau tendangan darinya.

"Huuhhhhh..."

Ali Usman melempiaskan kemarahannya tanpa menumbuk atau menyepak saya. Dia memusingkan badannya lalu menentang kerelaan.

"Masuklah ke sini, langkahlah garisan putih itu," Wanita berwajah hodoh menghulurkan sepasang tangannya ke arah Ali Usman.

Jari-jemarinya yang lentik berkuku panjang bergerak-gerak, macam ekor cicak putus dari badan. Ali Usman terus menghulurkan tangan untuk menyambut hujung jari-jemari wanita tersebut.

"Sambutlah, pegang kuku di jari hantu," wanita mengeluarkan arahan. Ali Usman anggukkan kepala, tanda setuju.

"Bercantum."

Itulah yang keluar dari mulut saya yang secara kebetulan terlihat anak dalam dukungan wanita itu seperti bercantum dengan dada wanita berwajah hodoh.

Bila hujung jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita itu, terdengar suara hilai ketawa yang nyaring bersama paluan gendang kemenangan.

Pada fikiran ketika itu, segala-galanya akan berakhir dengan kepunahan. Saya dan datuk bakal jadi korban penunggu rumah RAJA SUSUK, mungkin nasib saya dan datuk termasuk dalam istilah MATI KATAK.

"Sikit lagi, langkah setapak lagi," rayu wanita itu.

Dan Ali Usman akur pada rayuan itu. Dia menjengkitkan kakinya sambil rnencondongkan tubuh. Saat jari Ali Usman hampir menyentuh hujung kuku jari hantu wanita hodoh, suara ketawa dan gendang makin bertambah gamat. Suasana kettka itu seperti dalam keadaan kacau bilau.

Pada saat itu, apa yang terbayang dalam kepala ialah pintu kematian untuk saya dan datuk. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan. Saya menarik nafas hampa dan kecewa.

Entah macamana timbul keinginan untuk melihat datuk, saya segera menoleh ke arahnya yang sudah bersila atas lantai.

Sepasang bibir datuk bergerak-gerak, saya pasti dia sedang membaca sesuatu. Sudah pasti ayat Qura'an yang dibacanya.

Saya cuba menenangkan perasan dengan membaca surah "ALAM NASRAH" beberapa kali. Dengan izin Allah, ketenangan dan keyakinan segera datang dalam dada.

Saat Ali Usman mengangkat kaki untuk melangkah garisan putih, datuk seperti hilang sabar. Dia terus bangun dan menerpa ke arah Ali Usman.

MENJERIT

Dengan kekuatan tangan kiri tubuh Ali Usman ditolak kebelakang hingga jatuh terkapar di lantai, tidak bergerak, kecuali sepasang kakinya yang tersentap-sentap.

Tindakan datuk menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari wanita berwajah hodoh.

Wanita itu menjerit-jerit dan melompat dalam kawasan bergaris putih sambil menghamburkan kata-kata yang sukar difahami. Datuk buat tidak kisah dengan tindak tanduk wanita berwajah hodoh.

Perhatian lebih ditumpukan pada Ali Usman yang terkapar di lantai. Semasa datuk bertinggung mahu melakukan sesuatu, seluruh tubuh Ali Usman bergerak, satu sepakan kaki kiri dilepaskan oleh Ali Usman.

Kerana serangan itu cara mengejut dan tidak diduga, datuk tidak dapat mengelak dan satu sepakan tepat mengenai pangkal belikat kanan. Datuk terduduk.

Ali Usman yang memperolehi kekuatan luar biasa segera bangun dan melakukan serangan bertubi-tubi. Datuk terus mengelak dan berusaha dengan sedaya tidak mahu membalas serangan tersebut.

Bila dapat berdiri dalam keadaan yang cukup selesa, datuk berusaha menentang anak mata Ali usman sambil melafazkan kata "BISMILLAH" yang kemudian diikuti dengan bacaan petikan surah tertentu dan Al-Quran.

Hasilnya, kekuatan luar biasa Ali Usman menjadi lemah, terutama setelah lima jari kiri datuk ditayangkan ke muka All Usman.

Dan anak saudara Raja Susuk itu pun jatuh terkulai di lantai untuk kali kedua. Bezanya, jatuh kali pertama terus pengsan dan kemudian memperolehi kekuatan luar biasa.

Jatuh kali kedua, dia seakan-akan terkejut dan tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya.

"Apa yang terjadi?" tanyanya kehairanan.

MEMBISU

SAYA dan datuk terus membisu. Kami menanti reaksi selanjutnya dari wanita berwajah hodoh yang sedang memangku anak.

Ali Usman mengulangi pertanyaan yang sama. Saya dan datuk tetap bersikap macam tadi. Wanita berwajah hodoh pura-pura batuk.

"Kamu harus bertanya pada aku, bukan pada mereka yang tiada urusan dalam hal ini. Kenapa kamu bawa dua manusia ini," suara wanita menguasai ruang khas.

Semasa suara itu bergema, saya lihat kelopak bibir wanita tersebut tidak bergerak langsung. Dalam erti kata lain, suara itu tidak datang dari mulut wanita itu.

Dalam keadaan saya terpingga-pingga itu, saya lihat datuk mendekati Ali Usman. Ada sesuatu yang datuk bisikkan padanya. Ali Usman anggukkan kepala lalu melangkah mendekati garisan putih.

"Hai perempuan, apa yang harus aku tanyakan kepada kamu," keras sungguh nada suara Ali Usman.

Wanita itu tersengih sambil menghayunkan bayi yang didukungnya ke kiri dan ke kanan.

"Aku sebenarnya memang mahu mencari kamu, bila kamu sudah datang memudahkan kerja aku."

"Maksud kamu?" Sergah Ali Usman.

"Guru kepada bapa saudara kamu, mengambil aku bersama anak dari kubur untuk dipelihara sebagai kunci atau ibu pada segala ilmu yang dituntut. Bila guru itu mati, aku dan anak diserahkan untuk peliharaan bapa saudara kamu," wanita berwajah hodoh berhenti bercakap.

"Apa hubungan aku dengan kamu?"

"Bapa saudara kamu berjanji untuk melihara aku dan anak ini sampai hari kiamat. Bila dia mati, pewarisnya adalah kamu, segala ilmu yang dituntutnya dulu dengan sendiri akan turun kepada kamu. Tidak susah membela kami, makanan kami tulang, minuman kami darah binatang."

"Oh, itu bukan urusan aku membela syaitan. Bukan kerja aku, bukan kerja orang beriman."

Kata-kata itu membuat wanita berwajah hodoh jadi marah. Dia mendengus macam kerbau. Anak dalam pangkuannya bertukar jadi merah macam kayu arang dibakar.

Mata wanita itu juga berubah dan wajahnya bertambah garang dan seram yang dalam sekelip mata seluruh badannya bertukar mejadi rangka.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 227/284

BACA: SBDJ Siri 226: Wanita Dalam Bilik Pawang
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2025/06/di-pintu-kematian-sbdj-siri-227.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 182 hits
PERIHAL SOLAT DAN KEMATIAN Sekarang kita mungkin buat tak kisah dengan segala nasihat agama Kita sekadar dengar Kita baca sekadar lalu Kita tahu hukum agama tapi sekadar ambil tahu tapi tak amalkan dan tak peduli Kita tahu SOLAT itu wajib t...
Kemalangan Bas Upsi Kronologi Kes Kematian Mangsa Terlibat

Kemalangan Bas Upsi Kronologi Kes Kematian Mangsa Terlibat

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 137 hits
Kemalangan bas UPSI yang berlaku awal pagi ini di Jalan Jeli Gerik berhampiran Tasik Banding Perak mengorbankan 15 nyawa dan mencederakan ramai yang lain kebanyakannya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris Insiden tragis ini mengejutka...
Kematian 15 Pelajar Tindakan Rakyat Saman Menteri Pengangkutan Dan Jkr Sidang Media Ppim 19 06 2025

Kematian 15 Pelajar Tindakan Rakyat Saman Menteri Pengangkutan Dan Jkr Sidang Media Ppim 19 06 2025

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 88 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia memandang serius kekerapan kemalangan membabitkan pengangkutan awam sehingga menyebabkan kehilangan nyawa Apa yang lebih menyayat hati melihat keadaan pengangkutan awam khususnya bas awam yang menjadi penga...
Hiburan Malaysia Rekod Satu Kematian Libatkan Covid 19 Sejak Mei 2024

Hiburan Malaysia Rekod Satu Kematian Libatkan Covid 19 Sejak Mei 2024

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 101 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kematian pertama akibat Covid 19 pada tahun 2025 direkodkan dalam Minggu Epidemiologikal ke 24 Ini merupakan kematian pertama sejak 26 Mei 2024 Mangsa merupakan individu yang mempunyai masalah kesi...
Komputer Riba Permainan Tuf Dengan Siri Rtx 50 Dilancarkan Harga Dari Rm5 999

Komputer Riba Permainan Tuf Dengan Siri Rtx 50 Dilancarkan Harga Dari Rm5 999

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 71 hits
ASUS Malaysia hari ini melancarkan barisan komputer riba permainan TUF baharu yang kini grafik dipacu siri RTX 50 Komputer riba permainan TUF baharu ini hadir dalam model TUF Gaming A14 A16 dan F16 Untuk model TUF Gaming F16 dan TUF Gaming ...
Pengundian Pkr Kekalahan Rafizi Tanda Berakhirnya Reformasi Siri 3

Pengundian Pkr Kekalahan Rafizi Tanda Berakhirnya Reformasi Siri 3

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 84 hits
Kita mesti melipat gandakan usaha parti untuk memulihkan idealisme Politik Baru bagi meningkatkan penglibatan demokratik kerjasama pelbagai etnik serta pembaharuan sistem pendidikan dan kesihatan kitaBy 10 Jun 2025Politik P Besar dan politi...
Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 136 hits
Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi sesi 2025 belum diputuskan tapi jangkaannya pada penghujung November 2025 atau awal Disember 2025 Kalau ada yang tengah merancang persediaan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA untuk anak Boleh...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Editing Tools For Drawing

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

The Real Roots Of Judicial Power In Malaysia

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Kelapa Tepi Rumah

Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead

Tapau Beriani King Muar

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda