Pengundian Pkr Kekalahan Rafizi Tanda Berakhirnya Reformasi Siri 3


 


Kita mesti melipat gandakan usaha parti untuk memulihkan idealisme Politik Baru bagi meningkatkan penglibatan demokratik, kerjasama pelbagai etnik, serta pembaharuan sistem pendidikan dan kesihatan kita
By Francis Loh -10 Jun 2025


Politik P Besar dan politik p kecil

“Politik P Besar” merujuk kepada ruang pilihan raya, Perlembagaan dan penggubalan undang-undang, cukai pendapatan dan belanjawan, alam Kekuasaan dan parti politik, termasuk pemilihan parti dalaman seperti PKR, yang diadakan baru-baru ini.

Politik P Besar ini dikuasai oleh Umno-BN selama lebih 60 tahun. Pemenang dalam Politik P Besar berakhir dengan banyak Kuasa dan berpeluang untuk mengumpul banyak kekayaan dengan cepat.

Tetapi hati-hati! Politik P Besar juga disertai dengan adegan tikam belakang, lompat parti serta membuat perjanjian tanpa mengambil kira prinsip. Semua ini untuk berkuasa, seperti perampasan kuasa lewat pintu belakang Sheraton.

Peristiwa yang lebih baru melibatkan ahli politik ialah antara PM dan pemimpin Umno sekarang, Zahid Hamidi. Percaturan ini membolehkan beliau dilantik sebagai timbalan PM, walaupun berhadapan 27 tuduhan rasuahnya. (Beliau kemudiannya telah diberikan DNAA (pelepasan tanpa pembebasan).

Kerajaan perpaduan “Madani” yang diketuai oleh Anwar, dengan Zahid sebagai timbalannya, dan PKR sebagai teras, kini terletak di tengah-tengah Politik P Besar.

Sebaliknya, “politik penyertaan dengan p kecil” merujuk kepada politik yang dijalankan dan berkembang di luar parti politik serta di luar pilihan raya umum yang diadakan setiap empat hingga lima tahun. Ia menelesuri kemunculan bentuk politik ‘setiap hari’ yang berbentuk tidak formal atau ‘budaya’ yang berlaku di antara pilihan raya.

Di Malaysia, sekelompok warga awam mula membentuk NGO – ada yang berdaftar, ramai yang tidak – sejak 1970-an dan seterusnya, selepas rusuhan kaum 13 Mei pada 1969.

Salah satunya ialah pertubuhan kami sendiri, Aliran. Kami tidak menunggu pilihan raya untuk datang. Kami terlibat dengan isu dan masalah apabila ia timbul, di antara sela pilihan raya. Tumpuan diberikan kepada punca khusus seperti pencabulan hak asasi manusia, termasuk penahanan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).






Five years into Mahathir’s 22-year hold on power, the rot was already evident – ALIRAN.



Dalam artikel diterbitkan, kami menentang keganasan terhadap wanita dan mempertahankan kesaksamaan jantina. Kami membantah penubuhan taman tema di atas Penang Hill. Kami mencabar skandal kewangan yang melibatkan pemimpin politik. Kami mempertahankan hak Orang Asli, hak pengguna, dan hak peneroka bandar dan petani yang menghadapi pengusiran paksa.



READ MORE:  Rafizi Ramli - political marvel or tragedy in the making?

 

Malangnya, pertumbuhan politik p kecil telah dibungkam semasa Operasi Lalang, melalui undang-undang kejam ISA pada 27 Oktober 1987. Sebahagian daripada mereka yang ditahan ketika itu adalah pemimpin terkenal DAP seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh, P Patto dan Lim Guan Eng. Tahanan lain termasuklah pemimpin Pas seperti Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar.







Never again! It is time for closure

Walau bagaimanapun, majoriti tahanan Operasi Lalang telah aktif dalam politik p kecil. Sebagai contoh, Nasir Hashim yang memperjuangkan hak ‘setinggan’ atau peneroka bandar. Brother Anthony Rogers dan Lim Chin Chin adalah pekerja gereja Katolik yang rapat dengan gerak kerja keadilan sosialnya, National Office of Human Development. Yang lain seperti Cecilia Ng dan Chee Heng Leng aktif dalam perjuangan untuk kesaksamaan gender. Tahanan lain termasuk pendidik beraliran Cina seperti Kua Kia Soong, pencinta alam sekitar serta kesatuan sekerja.

Politik p kecil telah menerima rangsangan apabila Reformasi tercetus sejurus pemecatan Anwar daripada Umno pada tahun 1998. Dalam tempoh dua tahun, ramai daripada mereka yang terlibat dalam politik kecil dan dalam Reformasi, terutamanya penyokong setia Anwar yang telah muncul dari rahim Umno, membantu membentuk Parti Keadilan Nasional. Parti ini kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, parti sosialis lama, untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Syed Husin Ali, seorang sarjana aktivis terkenal, sebagai timbalan kepada presiden parti Wan Azizah.




Dengan kata lain, aktivis politik p kecil juga beralih ke alam Politik P Besar. Atau, untuk meminjam istilah aktivis veteran Hishamuddin Rais, kita melihat “politik jalanraya” yang membentuk kumpulan politik p kecil turut diinstitusikan untuk memerangi Politik P Besar berbentuk “Politik Pilihanraya”.

Seterusnya, PKR juga membentuk gabungan dengan DAP, juga kemudian dengan Pas (sehingga pilihan raya umum 2013) dan akhirnya dengan autokrat, Mahathir, yang pernah menjadi musuh dan penindas mereka. Kerjasama dan kesepakatan mereka membawa kepada kemenangan yang menakjubkan dalam pilihan raya umum 2018. Bersama-sama, mereka menewaskan daulah Umno-Barisan Nasional buat kali pertama sejak merdeka.

Namun, ramai di Malaysia, termasuk kami di Aliran, terus menumpukan kepada politik p kecil. Kami mengambil bahagian dalam pembentukan jaringan NGO seperti Bersih, yang pada dasarnya menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Mungkin jaringan ini mencapai kemuncaknya apabila ia diketuai oleh bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan dan Pak Samad Said, sasterawan negara. Bersih juga tidaklah mahu menjadi parti politik untuk bertanding dalam pilihan raya. Namun, ia bekerjasama dengan PKR dan parti pembangkang lainnya.


The Bersih 5 crowd outside KLCC on 19 November 2016





Turut muncul sekitar waktu ini ialah Hindraf, yang memperjuangkan hak orang Hindu, dan gerakan alam sekitar di Malaysia, yang menganjurkan Himpunan Hijau.

Dengan kata lain, alam politik p kecil ini memuncak pada tahun-tahun berikutnya. Melalui Bersih, tuntutannya untuk pilihan raya yang bebas dan adil menjadi popular serta berkembang di kalangan rakyat. Seruannya yang berkaitan bagi memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan dan membina semula Malaysia yang lebih baik juga disambut masyarakat.

Ramai masih ingat waktunya di mana kami turut membantu untuk menganjurkan demonstrasi atau mengambil bahagian dalam mesyuarat bagi membincangkannya. Ia adalah tempoh di mana orang ramai cukup bersedia turun ke jalanan bagi membantah penyalahgunaan kuasa dan rasuah Umno-BN.

NGO ketika itu turut menuntut tadbir urus yang baik, akauntabiliti dan ketelusan. Mereka menentang rasuah dan kronisme. Mereka menyokong kesaksamaan jantina dan perlindungan wanita. Mereka menggesa keadilan sosial untuk Orang Asli dan peneroka bandar, untuk pembangunan mampan, untuk perundangan gaji minimum, untuk penambahbaikan dan perlindungan sistem kesihatan awam. Mereka menuntut pembaharuan di sekolah kita dan juga untuk memelihara warisan budaya, seni dan muzik kita. Saya juga masih ingat inisiatif untuk mendekati orang dari latar belakang agama lain dan mempromosikan dialog antara agama.

Media sosial turut digunakan secara meluas untuk menguatkan politik p kecil kita. Ia merupakan satu pembugaran bentuk masyarakat sivil yang belum pernah berlaku sebelum ini di Malaysia. Momentumnya telah bermula sejak Reformasi.

Politik p kecil sebegini adalah perkara biasa di Filipina pasca-Marcos, di Indonesia pasca-Reformasi, dan di Thailand, di mana rampasan kuasa tentera berlaku dari semasa ke semasa. Dihadapkan dengan pemerintahan tentera dan autoritarian, Politik P Besar berbentuk pilihan raya sering berdepan masalah di negeri jiran. Akibatnya, NGO dan pertubuhan masyarakat sivil di sana telah bergerak menentang pemerintahan tentera dan autokratik BUKAN melalui Politik Kuasa P Besar tetapi melalui politik penyertaan p kecil. Beribu-ribu pertubuhan masyarakat sivil atau NGO wujud di negara jiran ini dan telah aktif sejak 1970-an.

Di Malaysia, secara perbandingannya, proses pilihan raya formal telah berjalan tanpa gangguan. Namun, proses itu telah dikuasai oleh parti politik berasaskan etnik Umno-BN selama enam dekad. Keseluruhan sistem itu bergelumang politik wang.

Tidak banyak bukti bahawa kerajaan perpaduan Madani yang dipimpin oleh Anwar dengan PKR sebagai parti teras kerajaan telah beralih daripada proses yang ditentukan oleh etnik dan politik naungan yang dikaitkan dengan gabungan Umno-BN.

Kita mesti melipatgandakan usaha PKR dan Anwar untuk memulihkan idealisme Politik Baru yang berteraskan untuk meningkatkan penyertaan demokratik, kerjasama pelbagai etnik, dan pembaharuan sistem pendidikan serta kesihatan kita.

Dari sudut pandang sebegini, keputusan pemilihan PKR baru-baru ini hanya memberi sedikit perbezaan kepada kita yang menuntut pembaharuan. Ya, kita pastinya cenderung untuk mengutamakan kerajaan perpaduan pimpinan PKR ini daripada kemungkinan alternatif sedia ada yang wujud. Namun, adakah sudah tiba masa untuk berfikir dengan jelas tentang alternatif lainnya?

Untuk itu, kita perlu melancarkan semula usaha politik p kecil kita. Kita hanya boleh berjaya dalam arena Politik P Besar, jika politik p kecil kita melibatkan tuntutan seputar soal reformasi sosial, keterangkuman dan demokrasi partisipatif kekal aktif, cergas dan kukuh.

Politik p kecil perlu menyuntik semula dirinya masuk ke dalam politik P Besar seperti mana pada kemuncak gerakan Reformasi.

Francis Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
4 Jun 2025

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

1.      Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

2.    Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

3.    Raikan kerencaman dan keterangkuman

4.    Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

5.     Lawan rasuah dan kronisme

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/pengundian-pkr-kekalahan-rafizi-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reformasi 2 0 Rafizi Ramli Mencantas Kartel Pkr 2

Reformasi 2 0 Rafizi Ramli Mencantas Kartel Pkr 2

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 78 hits
Zuwairi Md YusofRafizi Ramli mendedahkan Datuk Abu Juling dari Barisan Nasional memperoleh habuan dari penjualan konsesi MEX Highway RM1 7 Billion Ini video dia berceramah di ceramah hi tea di Tanjung Labuh Batu Pahat Johor dengan di hadiri...
Urgent Pkr Leadership Council Meeting Called To Discuss Rafizi Nik Nazmi S Resignations Says Party Insider

Urgent Pkr Leadership Council Meeting Called To Discuss Rafizi Nik Nazmi S Resignations Says Party Insider

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 116 hits
KLANG An urgent PKR central leadership council meeting has been called to discuss the resignation of Economy Minister Datuk Rafizi Ramli and Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad We are waiting for ...
Pkr Grassroots Cast Doubt Pmx Fahmi Reza Are Unaware Of Intimidation On Pro Rafizi Digital Creators

Pkr Grassroots Cast Doubt Pmx Fahmi Reza Are Unaware Of Intimidation On Pro Rafizi Digital Creators

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 87 hits
MANY PKR grassroots are doubtful that Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil are oblivious to the so called abuses by Madani government leaders who mix their political views with official gove...
Bukankah Beberapa Hari Sebelum Pemilihan Pkr Tawaran Yang Sama Telah Dibuat Dan Rafizi Menolak

Bukankah Beberapa Hari Sebelum Pemilihan Pkr Tawaran Yang Sama Telah Dibuat Dan Rafizi Menolak

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 95 hits
Rafizi tolak Izzah tawar jawatan timb presiden PKR lantikanMalaysiakini nbsp Menteri ekonomi yang akan tamat perkhidmatannya Rafizi Ramli berpegang pada keputusannya untuk tidak menerima sebarang jawatan lantikan dalam PKR Dia turut mendeda...
Mp Pkr Tak Cukup Kualiti Ganti Rafizi Nik Nazmi Jadi Menteri

Mp Pkr Tak Cukup Kualiti Ganti Rafizi Nik Nazmi Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 121 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA PKR tidak mempunyai Ahli Parlimen berkebolehan yang cukup untuk mengisi jawatan menteri ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad menurut seorang peng...
Rafizi Henti Intimidasi Pasal Bagi Pendapat Pemilihan Pkr

Rafizi Henti Intimidasi Pasal Bagi Pendapat Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 75 hits
Malaysiakini nbsp Bekas Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa agar segala bentuk intimidasi oleh pihak berkuasa terhadap penjawat awam dan orang awam berhubung perbezaan pandangan mengenai pemilihan parti baru baru ini dihentikan sert...
Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas

Anggota Polis Disiasat Ajak Wanita Check In Hotel

Check In 4 Hari 3 Malam Di Hotel Hilton Garden Inn Kuala Lumpur North

Samsung Galaxy Z Series Gets Lighter Stronger And Smarter

Speed Read A Custom Bmw R Ninet 100 Years Edition And More

Upkk Siri 1 Pelancaran Rasmi Juara Ummah Bengkel Bersemuka

Ezzanie Jasny Biodata Pelakon Drama Dia Bukan Syurga

Razarudin Sah Tamat Kontrak Ketua Polis Negara 22 Jun Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Bintang Membentuk Boy Group Baharu Dalam Final Big Stage Alpha 2025

Lg Oled Tv Now Certified For Perfect Indoor Viewing

Kl Convention Centre Turns 20 Here S How It S Shaping The Future

Kerajaan Rangka Strategi Bangunkan Industri Jagung Bijian Tempatan

When The Heat Rises So Do The Mosquitoes And Dengue

Vladimir Putin Offers Asylum To Ayatollah Ali Khamenei