Perlis Week Di Food Market Seri Permaisuri Cheras


Kalau korang mencari produk makanan tempatan dari serata negeri, datanglah ke Foodmarket™ Sri Permaisuri, Cheras. Seriously, first time aku masuk ke Foodmarket™, memang excited. Mana taknya, pelbagai produk makanan dari serata negeri ada. Paling best, packaging produk kat sini kemas dan cantik. Pendek kata, memang sesuai untuk bawa travel. Untuk korang yang rindukan makanan tempatan negeri masing-masing, datanglah ke Foodmarket™. Pasti jumpa produk makanan favorite korang. Macam aku, sah-sah lah rindu budu dan petai jeruk. Itu pun ada kat sini. Terbaik




Sekarang, berlangsungnya Perlis Week bermula 12 Disember sehingga 16 Disember 2018 di gedung istimewa Foodmarket™. Apa yang aku suka tentang Foodmarket™ adalah mereka sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa. Contohnya, untuk bulan Disember sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan iaitu Perlis. Negeri Perlis yang hanya mempunyai keluasan 821 km persegi ini jarang-jarang sekali dikenali melainkan ‘pelam harum manis’

Negeri yang kecil ini sebenarnya mempunya pelbagai makanan tradisi yang menarik dan unik. Sekiranya ditanya kepada orang ramai, mungkin ramai yang tidak tahu malah mungkin tidak pernah mendengar atau merasainya

Atas faktor ini Foodmarket™ dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis, mereka telah melakukan persiapan hampir sebulan lebih bagi menjayakan program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ bermula pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018. Program ini berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam






Program ‘Perlis Week’ ini telah dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama mereka iaitu Foodmarket™ Bandar Seri Permaisuri






Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi. Jadi, kalau korang teringin nak cuba makanan dari Perlis, boleh cuba dapatkan terus dari Foodmarket™. Sekarang lebih mudah, tak perlu travel ke Perlis sekiranya teringin sangat nak beli produk makanan istimewa Perlis




Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu semata-mata untuk menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh dibawa ke Kuala Lumpur. Selain itu, Perlis Week ini juga istimewa kerana telah temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri




Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Perlis Week di Foodmarket™ bertuah keranah Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu tim Foodmarket™ sepanjang berada di negeri Perlis yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah didokumentasi dan boleh dilihat di Youtube Foodmarket™. Jadi, aku sangat kagum dengan keringat dan usaha yang telah dicurahkan oleh pihak Foodmarket™ dalam mempopularkan produk makanan tempatan. Good job




Antara perkara menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing  utara termasuklah di Perlis iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Actually, aku sendiri pun  baru tahu yang laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini turut ada dan dihidangkan sempena ‘Perlis Week’ di Foodmarket™. So, kalau korang nak try pekena laksa Perlis, jangan lupa pakat mai ramai-ramai



Pekasam juga antara makanan kegemaran orang-orang Perlis. Istimewanya pekasam Perlis menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor. Orang Perlis juga terkenal dengan pekasam daging. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi. Pastinya pekasam-pekasam istimewa ini ada sepanjang ‘Perlis Week’ nanti. Video cara menyediakan masakan juga ada di Youtube dan juga di Instagram Foodmarket™.  Jujurnya, aku sangat suka pekasam ikan. Sekarang, excited nak try pekasam daging

PRODUK MAKANAN PERLIS DI FOODMARKET™
1) Pekasam Ikan


2) Pekasam Daging


3) BelacanMadu Perlis


4) Serunding Ikan, Rendang Daging dan Ketupat


5) Jeruk Buah Perlis 


Jangan lepaskan peluang untuk ke Foodmarket™ dan dapatkan produk makanan istimewa dari Perlis. Sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan eksklusif hanya ketika program ini berlangsung sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini

Semua warga Kuala Lumpur, terutamnya pencinta makanan tradisi serta ‘food connoisseur, jom sama-sama ke Foodmarket™ untuk sama-sama datang ke Foodmarket™ sempena Perlis Week. Macam-macam ada

Info mengenai Foodmarket™Foodmarket™ diasaskan pada tahun 2015 dengan permulaan sebagai kedai maya www.foodmarket.com.my dan pada Oktober 2017 atas permintaan ramai, kedai pertama Foodmarket™ dibuka di Bandar Seri Permaisuri. Foodmarket™ hanya memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic

Pelanggan Foodmarket™ rata-ratanya adalah dari warga kota, pelancong malah produk-produk dari Foodmarket™ menjadi pilihan ramai sosialit di Kuala Lumpur serta kerabat DiRaja. Produk-produk yang dibawa dititikberatkan keaslian tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih baik dalam kelas tersendiri, melangkaui apa yang ada dipasaran ketika ini

Ketika ini terdapat hampir 500 jenis produk makanan tradisi seperti sambal, budu, cincalok, pekasam, tempoyak dan pelbagai hasilan desa, industri kecil dan sederhana serta produk artisan berada dibawah bumbung Foodmarket™.

Antara produk yang menarik minat aku yang ada di Foodmarket™ adalah budu, roti tongkat, petai jeruk dan pelbagai jenis sambal.






Kalau korang berhajat nak pergi sendiri ke Foodmarket™ , boleh lah berkunjung ke outlet mereka yang terdekat. Check it out! 

Alamat: 

FOODMARKET SERI PERMAISURI, CHERASFoodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, Kuala Lumpur

No Telefon: 019-666.4889

FOODMARKET DENAI ALAM, SHAH ALAMFoodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, Denai Alam, 47000 Shah Alam, Selangor
No Telefon: 0192706003
Email: [email protected] 
Laman web: www.foodmarket.com.my
Instagram: @food.market
Facebook: www.facebook.com/foodmarket.my 


Tahukah Anda? Foodmarket™
Cawangan pertama Foodmarket™ adalah di Bandar Seri Permasuri yang dibuka selepas dua tahun laman web Foodmarket dilancarkan.Foodmarket™ telah menerima anugerah ‘Social Entrepreneur’ yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh MDEC.Kesemua produk yang ada di Foodmarket adalah Halal.Setiap usahawan yang ingin meletakkan produk makanan mereka di situ perlu mempunyai keunikan dan ciri-ciri Malaysia.Foodmarket menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan penjenamaan sesebuah produk kepada usahawan yang memerlukan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaberkala.com/2018/12/perlis-week-di-food-market-seri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eBUqd+(VISIBLE+VOICE)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember Hingga 16 Disember 2018

Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember Hingga 16 Disember 2018

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 483 hits
Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018 Perlis Week Di Foodmarket Pada 12 Disember hingga 16 Disember 2018 Assalamualaikum Salam Sejahtera gais Foodmarket sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi...
Beli Pekasam Daging Perlis Di Foodmarket Sempena Program Perlis Week

Beli Pekasam Daging Perlis Di Foodmarket Sempena Program Perlis Week

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 745 hits
Kalau cerita berkenaan makanan kegemaran sudah semestinya makanan kampung yang saya paling gemar Tak kisah lah makanan selera Kelantan ke Negeri Sembilan ke Melaka ke asalkan makanan kampung memang boleh buat meleleh air liur ni Antara maka...
Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket

Perlis Week Di Gedung Istimewa Foodmarket

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 588 hits
PERLIS WEEK DI GEDUNG ISTIMEWA FOODMARKET Assalamualaikum semua Bila sebut je Negeri Perlis mesti dah terbayang pelam harum manis kan Keenakan pelam harum manis memang tiada bandingannya dengan pelam pelam yang lain sehingga buah ini menjad...
Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 518 hits
Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Naikkan Seri Wajah Hai Assalamualaikum hari ni zaza nak share satu lagi produk terbaru Imaan Suci World iaitu Imaan Terapi Minyak Pati 7 Bunga Zaza tertarik nak cuba sebab ia boleh membantu membuka 5 aura au...
Makan Tengahari Di Restoran Bota Left Char Kuew Teow Seri Iskandar Perak

Makan Tengahari Di Restoran Bota Left Char Kuew Teow Seri Iskandar Perak

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1097 hits
Makan Tengahari Di Restoran Bota Left Char Kuew Teow Seri Iskandar Perak Assalamualaikum semua Masalah hari hari yang paling besar adalah nak makan kat mana ahahaha korang jangan tipulah selain nak masak apa itulah persoalan yang boleh buat...
Kuala Lumpur Jakarta Dan Singapura Jadi Destinasi Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour

Kuala Lumpur Jakarta Dan Singapura Jadi Destinasi Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 378 hits
Buat peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza jangan ketinggalan untuk menjelajah bersama penyanyi terkenal tersebut dalam perjalanan muzik yang bakal meraikan lebih daripada 20 tahun kariernya dalam bidang seni suara Peminat setia penyanyi tersoh...
Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 411 hits
Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu Kedua dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya ...
Tepis Rumor Asus Tetap Produksi Seri Zenfone

Tepis Rumor Asus Tetap Produksi Seri Zenfone

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 136 hits
Setelah mundurnya sang CEO Jerry Shen Asus mengumumkan bakal mengubah strategi Perubahan strategi perusahaan yakni lebih fokus ke smartphone gaming seperti lini ROG Phone Dengan perubahan strategi perusahaan ini banyak yang bertanya tanya a...
Datin Niena Baharun Mandi Susu Skrub Badan Bertangas Sebagai Penutup Pantang Patutlah Makin Langsing Berseri Seri

Datin Niena Baharun Mandi Susu Skrub Badan Bertangas Sebagai Penutup Pantang Patutlah Makin Langsing Berseri Seri

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 441 hits
Pelakon Datin Niena Baharun melakukan penutup pantang selepas habis tempoh berpantang Mandi susu skrub badan bertangas dan berurut adalah empat perawatan yang dilakukan Baru melahirkan anak sulungnya Adiel Mikael yang berusia 1 bulan 23 har...
Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


The Evolution Of Adult Entertainment

Drama Projek Exit

Surah Al Ikhlas Bacaan Rumi Terjemahan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb

Berjalanlah Di Atas Jalan Kebenaran