Minum Air Sejuk Lepas Bersalin Tak Buat Rahim Jatuh Dr Amalina Tampil Betulkan Mitos
Waktu berpantang, pelbagai nasihat dan pantang larang akan kedengaran dari apa yang boleh dimakan sehinggalah cara mandi dan jenis air yang boleh diminum.
Dalam siri “Myth Busting” terbarunya di Instagram, Dr Amalina Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini bertugas di UK, tampil menjelaskan bahawa minum air sejuk selepas bersalin TIDAK menyebabkan rahim jatuh atau dimasuki angin. Ini hanyalah kepercayaan turun-temurun dan bukanya fakta perubatan.
❄️ “MYTH BUSTED: Cold water lepas bersalin tak buat rahim jatuh atau masuk angin. Yang penting? Hidrasi. Air yang anda minum akan bertukar jadi suhu badan.” – Dr Amalina
Tak Salah Hormat Tradisi, Tapi Ilmu Perubatan Kena Diutamakan
Dr Amalina mengakui bahawa memang tidak salah untuk menghormati adat dan tradisi. Namun, katanya lagi, amalan tradisional perlu diseimbangkan dengan ilmu dan pengetahuan perubatan yang sahih.
View this post on Instagram
A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)
“It’s okay to honour tradition, but always combine it with medical knowledge. You deserve truth and healing — not fear.”
Air Sejuk Tak Bahaya, Malah Bantu Pulihkan Badan
Selepas melahirkan, tubuh ibu kehilangan banyak cecair dan tenaga. Dalam keadaan ini, air memainkan peranan besar untuk rehidrasi, mempercepatkan penyembuhan luka dan juga menyokong penghasilan susu ibu.
Jadi, sama ada air sejuk atau suam, yang penting cukup minum air!
Air yang masuk ke dalam badan akan disesuaikan dengan suhu tubuh tidak akan ‘mendinginkan’ rahim seperti yang sering dicanangkan.
Pa&Ma Saran: Bijak Pilih, Elak Takut Berlebihan
Ibu-ibu tersayang, tiada salahnya nak ikut petua nenek moyang. Tapi jangan sampai menolak kebenaran sains dan membahayakan diri sendiri. Jangan takut untuk minum air hanya kerana ‘katanya’ rahim akan jatuh.
Apa yang lebih penting, dengar nasihat doktor, cukup rehat, makan makanan berkhasiat dan kekal tenang sepanjang tempoh berpantang.
The post “Minum Air Sejuk Lepas Bersalin Tak Buat Rahim Jatuh!” – Dr Amalina Tampil Betulkan Mitos appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/minum-air-sejuk-lepas-bersalin-tak-buat-rahim-jatuh-dr-amalina-tampil-betulkan-mitos/