Mihun Oh Mihun
Kisahnya bermula begini.
Mihun atau setengah orang panggil bihun ini sebenarnya dimasak buat makan malam. Teringin katakan. Alasan lain sebab nak habiskan daging sebelum bertukar rasa. Kendian, mihun yang dimasak buat makan malam itu punyai bahagian lebihan yang masih banyak.
Jadi, disimpanlah lebihan itu ke dalam peti, kononnya untuk dijadikan bekal hari yang esok.
Esoknya pula, ada beberapa insiden yang membuatkan dia tidak jadi untuk jadikan mihun itu sebagai bekal. Maka, dipanaskannya sebagai sarapan pagi. Namun….
atas asbab lainnya mihun yang telah dipanaskan itu terpaksa ditunda makannya kerana punya makanan lain sebagai sarapan. Disimpan lagi ke dalam peti.
Kemudian, esoknya dibawalah mihun yang sama tadi sebagai bekal. Disimpan pula ke dalam peti di tempat kerja.
Tanpa diduga, ada rezeki lain pula dijamu sebagai santapan tengahari. Tunda lagilah hajatnya untuk menghabiskan mihun yang dibekal tadi…
Mihun oh mihun.
Dari satu peti ke satu peti.
Kemudian setelah dipanas, disejuk kembali.
Kemudian dari sejuk, dipanaskan pula…
Dengan tekad untuk menghabiskan mihun sebelum rasa bertukar, dia panaskan segera atas kuali. Dihidangkan terus sambil melayan Modern Family.
Sekali pinggan, dua kali pinggan.
Habis pun kau ya mihun…
Begitulah kisah si mihun yang bertukar dari peti ke peti…
Haila haila…buat aku ketawa sendiri saja dengan perkara random begini. Adoyai…
Inilah dia wajah mihun daging tu. Tanpa sayur pulak. Itupun nak dihabiskan panjang betul perjalanan dia. Sepanjang nak masukkan gambar ni. Nak masukkan pun bersusah payah ha.
Itu sajalah cerita mihun kali ni. Alhamdulillah selamat juga mihunnya dimakan habis.
Tips mihun cantik lembut dan tetap sedap adalah, gunalah sup daging sebagai pelembut mihun. Keliatan sudah banyak terputus pendek mihunnya kerana diaruk lama dalam kuali. Males sudahku. Janji masih boleh dimakan.
Itu saja ya gaes! Adios!
The post Mihun oh Mihun first appeared on Sofie Adie.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sofieadie.com/mihun-oh-mihun/