Mana Mana Saja Pergi Jumpa Rakyat Indonesia Hairan Dibanjiri Orang Malaysia
Mana-Mana Saja Pergi Jumpa, Rakyat Indonesia ‘Hairan’ Dibanjiri Orang Malaysia
Tidak dinafikan, bercuti atau makan angin merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan sahaja dapat melihat pelbagai kawasan menarik, malah menjadi terapi minda daripada kesibukan kerja.
Oleh itu, tak hairan mengapa ramai yang gemar bercuti di dalam negara mahupun luar negara.
Antara lokasi yang sering diterjah oleh rakyat Malaysia lazimnya negara Thailand. Namun baru-baru ini mereka dilihat gemar berkunjung ke negara jiran, Indonesia.
Kehadiran rakyat Malaysia ke negara itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang warga tempatan.
Dalam perkongsiannya di akaun Threads @hutanhantu, dia tertanya-tanya mengenai status ekonomi di Malaysia sehinggakan ke mana sahaja lokasi di bertemu rakyat Malaysia yang bercuti di sini.
“Di kereta isinya banyak pelancong Malaysia, di pusat beli-belah jumpa pelancong Malaysia. Sarapan di hotel ketemunya pelancong Malaysia.Di mana-mana sahaja jumpa pelancong Malaysia.
“Terdengar perbualan mereka: hari ini nak cuba naik kereta api laju Whoosh ke Bandung. Adakah ini disebabkan ekonomi mereka sedang dalam keadaan baik?” tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Perkongsian berkenaan secara tidak langsung mendapat perhatian netizen Malaysia yang memberikan pandangan mengenai perkara itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya menjelaskan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan stabil, dengan pertukaran matawang yang baik.
Faktor ini yang membuatkan warga Malaysia memilih untuk bercuti di Indonesia. Meskipun ada yang mempersoalkan jika ekonomi bagus, kenapa tidak ke negara-negara eropah?
Sebahagiannya menjelaskan bahawa berkunjung ke negara Eropah memerlukan tempoh waktu yang lama berbanding ke negara jiran yang boleh dinikmati pada bila-bila masa sahaja, terutamanya sewaktu hujung minggu.
Oleh itu, Indonesia menjadi destinasi yang sesuai untuk makan angin sewaktu cuti jangka masa pendek.
Sementara itu, ada juga yang memuji adab pelancong Malaysia menghormati budaya dan suasana di sana.
“Bagus, saya suka orang Malaysia, punya adab dan santun,” komen seorang pengguna.
Sumber: Threads @hutanhantu
BACA: Momen Lamaran Di Ferris Wheel Curi Tumpuan, Ramai Tertanya Siapa Wanita Bertuah
BACA JUGA: Baru Nak “Sweet” Masa Melamar, Kaki Abang Ni Tiba-tiba “Cramp” Hingga Kawan Kena Tolong Urut
The post Mana-Mana Saja Pergi Jumpa, Rakyat Indonesia ‘Hairan’ Dibanjiri Orang Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/09/13/mana-mana-saja-pergi-jumpa-rakyat-indonesia-hairan-dibanjiri-orang-malaysia/