Juventus Juarai Serie A Kali Kelapan Berturut Turut Bazookapenaka My



MILAN: Juventus meraih gelaran kali kelapan berturut turut selepas bangkit membenam Fiorentina 2-1 dalam saingan Serie A, pagi tadi.
Tandukan Alex Sandro pada minit ke-37 dan gol sendiri pertahanan Fiorentina, German Pezzella selepas tertampan hantaran lintang Cristiano Ronaldo pada minit ke-53 cukup buat Juventus merangkul kejuaraan ke-35 Scudetto.



Pada saingan itu, pertahanan dari Serbia, Nikola Milenkovic terlebih dahulu meletakkan Fiorentina di depan seawal minit keenam. Namun, dengan kehadiran pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or, Ronaldo, Juventus jelas menguasai pentas liga musim ini apabila berada di puncak dengan 87 mata iaitu kelebihan 20 mata mengatasi pencabar terdekat, Napoli dengan berbaki lima perlawanan.
Anak buah Massimiliano Allegri merakam 28 kemenangan, tiga seri dan hanya kalah dua perlawanan iaitu di tangan Genoa dan SPAL.
Gelaran kali kelapan berturut-turut yang dimenangi Juventus turut mengatasi rekod kelab Perancis, Lyon dalam kancah bola sepak di Eropah.
Juventus turut menyamai rekod kelab Torino pada 1948, Fiorentina (1956) dan Inter Milan (2007) yang masing-masing menjuarai Serie A dengan aksi liga masih berbaki lima perlawanan.
Begitupun, malang buat anak buah Allegri apabila mereka tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara ketika hanya memerlukan hanya satu gol untuk mara ke separuh akhir apabila tewas di tangan Ajax, Selasa lalu.
Juventus dibelenggu masalah kecederaan yang menimpa pemain pertahanan veterannya, Giorgio Chiellini bersama Sami Khedira, Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Douglas Costa.
Dalam saingan pagi tadi, Ronaldo mengancam kubu lawan lebih awal namun pertahanan lawan Milenkovic memecah kebuntuan menerusi gol pertama untuk memberi harapan buat Fiorentina menang pertama kali di Stadium Allianz selepas lapan kali mencuba.
Jaringan Giovanni Simeone pada minit ke-25 dibatalkan sebelum Sandro menanduk sepakan percuma Miralem Pjanic untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat.
Sebaik babak kedua bersambung, Ronaldo kembali mengancam dengan hantaran lintang kepada Federico Bernardeschi namun Pezzella silap langkah tertampan bola ke gawang sendiri.
Allegri juga memasukkan pemain muda, Moise Kean menggantikan Bernardeschi pada minit ke-74, namun pemain berusia 19 tahun itu tidak berpeluang menambah jaringan.


Ronaldo lega dengan kemenangan pada musim pertama tiba di Itali selepas hampa untuk menambah koleksi keenam trofi Liga Juara-Juara. Kemenangan itu juga kejayaan keenam liga domestik buat pemain berusia 34 tahun iaitu tiga gelaran ketika bersama Manchester United dan dua bersama Real Madrid.
Setakat ini, penyerang sensasi Portugal itu sudah mengumpul 28 trofi keseluruhan termasuk satu gelaran Euro 2016.
Dalam pada itu, Juventus juga berpeluang menyamai rekod menamatkan musim dengan mengumpul 102 mata ketika kelab itu dikendalikan Antonio Conte pada 2014. – AFP





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/04/juventus-juarai-serie-a-kali-kelapan-berturut-turut-bazookapenaka-my/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tewas Kali Kedua Berturut Turut Tambadau Sabah

Tewas Kali Kedua Berturut Turut Tambadau Sabah

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 364 hits
Tewas kali kedua berturut turut Tambadau SabahSabah mengalami kekalahan kedua berturut turut ditangan Selangor United 1 2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2019 Seminggu selepas kekalahan di saingan ...
Sumpah Lawak Setiap Kali Dia Cakap Penumpang Terhibur Dengan Pengumuman Krew Airasia Ini

Sumpah Lawak Setiap Kali Dia Cakap Penumpang Terhibur Dengan Pengumuman Krew Airasia Ini

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 323 hits
Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terkenal bukan saja dengan harganya yang rendah tetapi penerbangan ke pelbagai kawasan yang diliputi Malah syarikat ini telah berjaya merangkul pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Anugerah HR A...
Baca Dan Amalkan Ayat Ini Tujuh Kali Sehari Untuk Melepaskan Dari Kesusahan Dan Menjemput Rezeki

Baca Dan Amalkan Ayat Ini Tujuh Kali Sehari Untuk Melepaskan Dari Kesusahan Dan Menjemput Rezeki

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 496 hits
Mungkin ada yang salah dalam hidupmu ada yang kurang yang belum kamu lakukan sudahkah selalu membacakan surah yang dapat membantumu melepaskan kesusahan dan akan melancarkan rezekimu hanya 7 kali dibaca setiap setelah sholat tapi masih kamu...
Netanyahu Klaim Menang Pemilu Israel Akan Menjabat Perdana Menteri Kelima Kali

Netanyahu Klaim Menang Pemilu Israel Akan Menjabat Perdana Menteri Kelima Kali

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 217 hits
Meski Netanyahu menyebut pemerintahannya akan beraliran kanan tapi dia akan menjadi perdana menteri bagi semua rakyat Israel baik kanan dan kiri Yahudi dan non Yahudi
Amir Hassan 13 Kali Bercinta 11 Kali Ditinggalkan

Amir Hassan 13 Kali Bercinta 11 Kali Ditinggalkan

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 215 hits
Penyanyi Amir Hassan 23 mengakui 11 kali ditinggalkan kekasih selepas 13 kali bercinta Amir menjadikan pengalamannya itu sebagai pencetus idea untuk menghasilkan lagu sekali gus menggambarkan kematangannya dalam bercinta seiring peningkatan...
Hanya Ada Sebulan Lagi Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare Jalani 44 Kali Kimoterapi

Hanya Ada Sebulan Lagi Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare Jalani 44 Kali Kimoterapi

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 545 hits
Tidak dapat digambarkan perasaan ibu dan ayah menghadapi kenyataan ini Doktor memberitahu jangka hayat ada sebulan lagi terus berusaha untuk merealisasikan pemindahan sum sum tulang buat si kecil SEBULAN SELEPAS ULANG TAHUN PERTAMA Hanya se...
Risiko Ibu Meninggal 3 Kali Ganda Jika Hamil Lewat Usia Kematian Ibu Disebabkan Komplikasi Semasa Hamil Bersalin

Risiko Ibu Meninggal 3 Kali Ganda Jika Hamil Lewat Usia Kematian Ibu Disebabkan Komplikasi Semasa Hamil Bersalin

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 329 hits
Ramai wanita yang hamil ketika berumur 35 tahun dan ke atas mungkin kehamilan pertama atau kedua atau seterusnya Jika kehamilan pertama di usia yang agak lewat sudah semestinya ingin kandungan selamat dan sihat Namun tahukah anda kehamilan ...
Pengalaman Pertama Kali Berkunjung Ke Sky Box Menara Kuala Lumpur

Pengalaman Pertama Kali Berkunjung Ke Sky Box Menara Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 600 hits
Buat pertama kali jejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur Sejak si sulong sekolah Menara Kuala Lumpur antara wishlist dia juga Selalu sangat dah Arsyad duk sebut sebut ajak pergi Menara Kuala Lumpur Mungkin kat sekolah cikgu pun dah beri pende...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms