Hadiah Terakhir Yang Abadi Dalam Ingatan



Assalamualaikum wbt...Hari-hari yang saya lalui sekarang masih terasa asing tanpa kehadiran arwah adik. Kadang-kadang saya masih terbayang apabila saya balik ke kampung tanpa ditemani suami, selalunya saya akan menaiki bas ekspress.. Dan arwahlah yang akan menunggu saya di stesen bas. Wajahnya yang nampak keletihan selepas pulang kerja tetap arwah sembunyikan dengan senyuman, semata-mata kerana mahu menjemput saya. Dari situ, hidup saya mula terasa sedikit sunyi – tiada lagi dia yang menyambut, tiada lagi suara yang menenangkan perjalanan pulang.
Bagi saya arwah bukan sekadar seorang adik. Cara dia melayan saya lebih kepada seorang abang sulung. Ada masanya arwah sanggup mengambil cuti rehat hanya semata-mata untuk membawa saya berjalan-jalan dan menemani saya seolah-olah dunia ini tak pernah sibuk untuknya. Arwah tahu bagaimana caranya untuk membuat saya rasa dijaga, meskipun pada hakikatnya dialah yang lebih muda.
Saya masih boleh dengar tawa kecilnya setiap kali dia mengusik saya. Bila saya merajuk, bukannya dipujuk dengan kata-kata, tapi dengan gelak nakalnya yang akhirnya buat saya tersenyum kembali. Dan bila kakinya sakit selepas banyak berjalan, dia tak perlu bercakap apa-apa – cukup hulurkan kakinya kepada saya kerana dia tahu, dengan urutan saya, sakitnya akan reda. Itu bahasa tanpa suara antara kami, satu keakraban yang hanya kami berdua faham.
Kenangan yang manis adalah bila tibanya musim mencandat sotong. Arwah yang sememangnya seorang yang suka memancing di tengah lautan Laut China Selatan dan bila arwah mempunyai masa yang terluang, arwah pasti akan turun ke laut untuk menangkap hasil lautan segar, jadi ummie kami yang berada di kampung takkan putus-putus untuk menerima bekalan ikan segar dari laut kerana pasti akan ada hasil tangkapan yang arwah bawa balik... Bila musim mencandat sotong tiba, boleh dikatakan hampir setiap minggu arwah turun ke laut untuk mencandat, dan sudah pastinya ada bekas sotong segar untuk dibawa balik. Jika saya mengambil cuti balik kampung, pastinya saya akan dapat makan sotong segar. Tapi kalau tiada hasil tangkapan, arwah tetap mahu gembirakan kami. Arwah selalunya akan ajak saya dan ummie pergi ke kedai untuk makan sotong celup tepung di tepi pantai. Saat-saat sederhana itu kini jadi memori paling berharga, kerana ia penuh dengan kasih sayang yang dia selalu tunjukkan tanpa bersyarat. Gambar tue adalah gambar terakhir arwah serahkan sotong segar kepada saya pada bulan Jun lalu, yang secara kebetulan arwah menghantar ummie ke sini.. Ummie saya sememangnya akan datang ke sini untuk bermalam sama ada di rumah saya atau di rumah adik-adik perempuan yang tinggal di Hulu Langat dan Setiawangsa. 
Dan paling saya takkan lupa tentang sesuatu yang berharga – smartwatch ini. Satu hari semasa arwah mengambil saya di stesen bas, saya bertanya pada arwah dekat mana saya boleh dapatkan smartwatch yang harga mampu milik. Arwah kata dia ada belinya tapi tak pernah pakai...  Bila kami sampai di rumah, arwah terus naik ke biliknya dan kembali turun untuk menyerahkan smartwatch itu kepada saya. Katanya, “Tak payah nak  membazir duit untuk beli jam. Ambik jea yang nie dan pakailah”.. Satu lagi hdiah yang arwah serahkan iaitu sebuah speaker kecil yang menurut kata arwah speaker tue adalah hadiah semasa dia mendaftar line telefon.. Itulah hadiah terakhirnya, yang bukan sekadar jam dan speaker, tapi simbol betapa dalamnya kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya.
Kini, setiap kali saya pandang jam itu, hati saya jadi sebak. Masa seolah-olah berhenti seketika, mengingatkan saya pada detik-detik yang takkan kembali. Saya masih belajar untuk menerima kenyataan, tetapi kehilangan ini terlalu besar untuk saya hadam sepenuhnya.
Ya Allah, tempatkanlah arwah adikku di kalangan hamba-Mu yang soleh. Lapangkanlah kuburnya, terangkanlah dengan cahaya kasih-Mu, ampunilah segala dosa-dosanya, dan terimalah segala amal kebaikannya. Jadikanlah setiap kebaikan yang pernah dia lakukan sebagai pahala yang terus mengalir, dan satukanlah kami semula di syurga-Mu nanti. Aamiin.LUAHAN JURNAL = CATATAN 24 JULAI 2025 - KENANGAN TERAKHIR
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/11/hadiah-terakhir-yang-abadi-dalam-ingatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 162 hits
Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja Penghujung Oktober kami kehilangan dua orang rakan sekerja yang mengambil keputusan untuk bersara awal Kedua duanya merupakan antara rakan sekerja yang boleh dikatakan terbaik dikalangan yang baik baik di...
Pm Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon

Pm Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 162 hits
PM Anwar Kongsi Dapat Hadiah Daripada G Dragon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai selepas berkongsi menerima hadiah daripada penyanyi Korea Selatan G Dragon sewaktu Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifi...
2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri Tengku Zafrul

2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 124 hits
2 Disember Tarikh Terakhir Berkhidmat Sebagai Menteri Tengku Zafrul KUALA LUMPUR Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan bahawa 2 Disember 2025 akan menjadi hari terakhir beliau berkhidmat ...
Sempat Minta Anak Anak Balik Mak Pergi Lepas Titip Pesan Terakhir

Sempat Minta Anak Anak Balik Mak Pergi Lepas Titip Pesan Terakhir

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 147 hits
Sempat Minta Anak anak Balik Mak Pergi Lepas Titip Pesan Terakhir Orang selalu kata bila insan bergelar ibu pergi buat selamanya dunia tiba tiba terasa kosong dan gelap Ibu yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang menatang kita bagai...
Penangan G Dragon Pmx Masih Belum Move On Netizen Berebut Hadiah

Penangan G Dragon Pmx Masih Belum Move On Netizen Berebut Hadiah

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 168 hits
Anwar berkongsi di media sosial menerima hadiah istimewa daripada G Dragon ketika menyaksikan persembahan pada majlis makan malam sempena APEC 2025 di Gyeongju Korea Selatan pada 31 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 4 Nov Nampaknya penangan menyaks...
Penyampaian Hadiah Sekolah Mijan 2025

Penyampaian Hadiah Sekolah Mijan 2025

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 185 hits
Semalam Mama Yan sempatlah hadir sekejap ke sekolah adik Mijan tengok dia naik pentas ambil hadiah Entah bila masa peperiksaannya Alih alih ambil hadiah je Okay pandai senyum Terbaik Matapelajaran Bahasa Inggeris dalam Kelas betul la tu dia...
Lagi Abang Kongsi Terima Hadiah Istimewa Dari Zizan Razak

Lagi Abang Kongsi Terima Hadiah Istimewa Dari Zizan Razak

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 121 hits
Lagi Abang Kongsi Terima Hadiah Istimewa Dari Zizan Razak Pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiahkan sebuah kereta idaman kepada abangnya Hafiza Razak Menerusi satu video yang dikongsikan di...
Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia Ke Malaysia

Hadiah Istimewa Pemberian Blogger Fanny Dari Indonesia Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 136 hits
Hujung bulan lepas blogger Fanny DM katanya akan ke Malaysia pada bulan November Ikutkan nak jumpa saya sebab nak bagi souvenirs dari tangan ke tangan gitu Dapatlah jumpa sekali kan Tapi sebab jauh sikit dan kebetulan juga hari tu saya masi...
Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja

Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 99 hits
Peserta Larian Dapat Hadiah Bagasi Tapi Isi Dalamnya Buat Ramai Teruja Amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan bersukan sememangnya perlu diterapkan dalam rutin harian setiap orang agar kesihatan diri sentiasa terpelihara Malah kesihat...
Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Pm Anwar Flies To Ethiopia South Africa And Kenya This Week To Boost Trade And Diplomacy

Pegang Pinggang Pelajar Dalam Surau Guru Dipenjara Tujuh Tahun Dua Sebatan

Rm5 Chicken Briyani Takes Internet By Storm A Case Of Too Cheap Or Is The Portion Small


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restoran Seafood D Bendang Sekinchan Tempat Santai Untuk Pencinta Seafood Segar

Masak Masak Rumah Baru

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pengerusi Bernama Ppim 18 11 2025

Beli Sourdough Bread Rendah Glycemic Index Di Pharmacy Alpro Sesuai Untuk Diet

Ikan Goreng Sambal Berlado Pedas Menyengat Resipi Paling Padu Menggoda Selera

Malam Terlarang Ketika Laut Dan Rahsia Bertemu