Gambar Tular Lelaki Mengaku Tidur Atas Kubur Ibunya Ya Itu Memang Saya


Gambar tular, lelaki mengaku tidur atas kubur ibunya, “Ya Itu Memang Saya.” Baru-baru ini tular gambar seorang lelaki tidur di atas kubur. Berikutan itu seorang penghantar makanan, Abdul Azim Hasmandi, 28, mengaku itu dirinya.
Gambar Tular, Lelaki Mengaku Tidur Atas Kubur Ibunya,”Ya Itu Memang Saya” Sebelum ini tular sekeping gambar di TikTok memaparkan lelaki itu sedang berehat dan baring bersebelahan pusara ibu tercinta. “Tidur di kubur arwah mak, ya itu memang saya,” akui Abdul Azim.
Pemuda itu berkata, dia tidak tahu-menahu tentang hantaran yang dimuat naik pengguna TikTok melainkan kawan-kawan sekerja memberitahunya.

 
Kredit foto: Facebook Su Ahmad Menurut anak kedua dari empat adik-beradik itu, pemergian ibunda tersayang, Norlia Mahmood, 62, sekitar Jun lalu masih meninggalkan kesan mendalam sehingga hari ini, membuatkannya sentiasa ingin menziarahi kubur demi melepaskan rindu.
“Arwah meninggal dunia kerana kemalangan motosikal pada pagi Jumaat sebab nak elak seorang pejalan kaki ketika pulang membeli barang basah untuk meniaga nasi lemak di Bandar Baru Bangi.
“Sebenarnya, ia salah satu cara untuk saya merasa dekat dengan umi selain sedekah Al-Fatihah dan baca Yasin sebab saya memang rapat dengan arwah. Kadang-kadang teringatlah pada dia.
“Banyak perkara tak dapat buat semasa dia hidup, jadi ini inisiatif saya sendiri seperti luang masa di kubur, bersihkan pusara, borak dan teman arwah. Sekurang-kurangnya rasa dekat walaupun berbeza alam,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum itu, sekeping gambar dimuat naik seorang pengguna TikTok, Su Ahmad menampakkan Abdul Azim tidur bersebelahan kubur ibunya hingga mengundang reaksi sayu warga maya.
Norlia yang sudah lama meniaga nasi lemak meninggal dunia akibat kemalangan pada pagi Jumaat. FOTO/ Ihsan Abdul Azim. Hantaran tersebut turut mendapat lebih 292,200 tanda suka, 13,000 perkongsian dan lebih empat juta tontonan setakat ini.
Ditanya mengenai penerimaan dan tanggapan dilemparkan terhadapnya, Abdul Azim berpandangan, adik-beradik yang lain terkejut apabila mengetahui dia sering berehat di kubur ibunya.
Pusara Norlia di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tangkas. FOTO/ Ihsan Abdul Azim. Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah lama reda dengan ketentuan Ilahi sejak hari pertama arwah terbaring kaku di pinggir jalan sewaktu kemalangan, namun tidak dinafikan rindu yang paling berat adalah apabila kehilangan ibu.
“Adik-beradik dan ahli keluarga saya yang lain pun tak tahu saya selalu baring di kubur. Ada yang terkejut, ada juga yang marah. Tetapi, saya tak hirau kerana cara kita bersedih atau hadapi kehilangan berbeza-beza.
“Jadi, macam-macam cara untuk ‘tapis’ kesedihan itu. Kalau buat perkara lain, saya tak mampu. Nak tak nak kena reda sebab ini cara saya hilangkan kesedihan.
“Saya dah tak dapat bercakap, lihat depan mata atau dengar gelak tawa umi selepas ini,” ujarnya lagi.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Luah Syukur Boleh Melawat Kubur Al Fateh Setiap Hari
Tak Sempat Ziarah Kubur Ayah, Dua Beradik Maut
Boleh Ke Sambut Hari Lahir Di Kubur Anak? Ini Pandangan Dr Zulkifli Al Bakri!
 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
 
The post Gambar Tular, Lelaki Mengaku Tidur Atas Kubur Ibunya,”Ya Itu Memang Saya” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gambar-tular-lelaki-mengaku-tidur-atas-kubur-ibunyaya-itu-memang-saya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tular Gambar Baring Di Sisi Pusara Pemuda Akui Hidup Tanpa Ibu Terasa Berat

Tular Gambar Baring Di Sisi Pusara Pemuda Akui Hidup Tanpa Ibu Terasa Berat

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 56 hits
Sejak semalam tular gambar seorang pemuda baring di sisi pusara ibu sehingga meruntun hati ramai selepas dikongsikan satu akaun Facebook Selepas gambar berkenaan menjadi perbualan akaun TikTok pemuda terbabit telah menjadi perhatian apabila...
Apa Itu Dark Romance Dan Kenapa Ia Jadi Isu Utama Di Booktok

Apa Itu Dark Romance Dan Kenapa Ia Jadi Isu Utama Di Booktok

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 75 hits
Selama ini buku memang menjadi sumber hiburan yang hebat Menghayati sebuah buku dapat membawa kita ke dunia yang jauh penuh dengan sihir fantasi dan segala macam hal yang hanya bisa kita bayangkan Satu satunya batasan adalah kreativiti kita...
Rita Rudaini Anggap Pelakon Baru Manja Campak Skrip Tengking Ke Itu Bukan Buli

Rita Rudaini Anggap Pelakon Baru Manja Campak Skrip Tengking Ke Itu Bukan Buli

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 106 hits
Pelakon terkenal Rita Rudaini anggap pelakon baru manja susulan ada yang mengatakan pernah menjadi mangsa buli di set pengambaran susulan dibaling skrip oleh pihak pengarah Perkara tersebut diselar oleh Rita menerusi Insta Story miliknya ap...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Curang Itu Pilihan Tapiiii

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 172 hits
Curang memang pilihan tapi kenalah kita tengok juga diri kita di mana silapnya sehingga suami berubah hati Sumber Gambar Mr GoogleTerbaca petikan ayat ni Hmmm tertarik pula sis nak berkongsi pendapat Setuju dengan statement ni Kadang kita n...
Apa Itu Insomnia Punca Dan Cara Atasinya

Apa Itu Insomnia Punca Dan Cara Atasinya

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 152 hits
Insomnia adalah satu gangguan tidur yang membuatkan seseorang itu susah nak tidur atau tak boleh tidur lena walaupun ada peluang dan masa untuk berehat Tidur ni bukan sekadar kita tutup mata tapi ia adalah masa badan kita baiki sel sel memp...
Rindu Itu Menyakitkan

Rindu Itu Menyakitkan

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 78 hits
Rindu Tipu kalau kita tak rindu Tapi rindu paling sakit rindu pada orang yang kita sayang Harini pakngah bebudak ni selamat sampai Bumi Malaysia Syukur Alhamdulillah Allah lindungi semuanya Selamat pergi bertugas selamat kembali ke pangkuan...
Ac Mizal Jawab Isu Tiga Bulan Tak Bayar Gaji Pekerja Semua Itu Tidak Benar Dan Fitnah Semata Mata

Ac Mizal Jawab Isu Tiga Bulan Tak Bayar Gaji Pekerja Semua Itu Tidak Benar Dan Fitnah Semata Mata

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 90 hits
Sebelum ini tular di media sosial apabila terdapat seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pekerja kepada seorang pengacara terkenal telah mendedahkan bahawa selebriti itu tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk para...
Kehidupan Tak Ada Jadual Tetap Dan Itu Okey

Kehidupan Tak Ada Jadual Tetap Dan Itu Okey

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 58 hits
Pernah tak korang scroll Instagram sampai lupa diri tengok orang lain capai goal hidup mereka tapi kita kat sini tertanya tanya eh aku dah minum kopi kedua ke Saya faham perasaan tu Seorang kawan tunjuk promosi baru satu lagi pos gambar tun...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Will Artificial Intelligence Disappoint


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pin Up 306 Casino R Smi Kazino Sayt Pinup Onlay

Pokok Limau Bali Sunkist Berbuah Lebat

Kencana Lore 2

Salah Faham Mengenai Fruktosa

Managing Motivating Remote Teams

Mengada Pergi Laser