Cara Menggoreng Kentang Goreng Supaya Rangup Dan Tak Lembik
Nak tahu cara menggoreng kentang goreng (French fries) supaya kekal rangup dan tak lembik? Ramai yang cuba buat sendiri di rumah, tapi hasilnya kadang lembik, berminyak atau cepat lemau.
Dalam artikel ini, sis akan kongsikan cara goreng French fries yang betul, termasuk teknik goreng dua kali dan tips dapur mudah untuk dapatkan hasil kentang goreng rangup seperti restoran fast food.
Jom mula Menggoreng Kentang Goreng Yang Rangup!
Bahan-Bahan
Kentang jenis Russet / Yukon Gold
Air sejuk atau air ais
Garam
Tepung jagung atau tepung beras (optional)
Minyak masak secukupnya
Langkah Penyediaan
1. Pilih Kentang yang Betul
Gunakan kentang tua seperti Russet – kandungan patinya tinggi, hasil gorengan lebih rangup.
2. Potong Sama Saiz
Pastikan potongan kentang seragam supaya masak sekata. Boleh buat shoestring, crinkle-cut atau wedges.
3. Rendam dalam Air Sejuk
Rendam 30–60 minit untuk buang lebihan pati. Tip tambahan: tambah sedikit air lemon supaya kentang tak cepat lebam.
4. Tos dan Keringkan
Toskan dan lap kering guna tisu dapur. Kentang yang kering akan goreng dengan lebih rangup dan tak berminyak.
Baca Juga:
Tips Bajet Harian - Cara Jimat Berbelanja
Tips Memilih Bantal Tidur Yang Betul
Teknik Goreng Dua Kali (Rahsia Kentang Goreng Rangup)
Gorengan Pertama (Blanching)
Panaskan minyak pada suhu 160°C
Goreng selama 3–4 minit hingga kentang kelihatan layu
Angkat, toskan dan biarkan sejuk sepenuhnya
Gorengan Kedua
Panaskan minyak hingga 190°C
Goreng sekali lagi selama 2–3 minit atau hingga garing keemasan
Angkat dan toskan di atas tisu dapur
Tabur garam semasa masih panas
Tips Tambahan Untuk Kentang Goreng Lebih Rangup
Taburkan sedikit tepung jagung/beras sebelum goreng untuk tekstur lebih rangup
Goreng dalam kuantiti kecil agar suhu minyak kekal stabil
Pastikan minyak bersih dan bertapis – elakkan guna berulang kali
Soalan Lazim (FAQ)
Q: Kenapa kentang goreng saya jadi lembik?
A: Mungkin kentang tidak direndam lama atau masih basah. Suhu minyak juga mungkin tidak cukup panas.
Q: Boleh guna air fryer?
A: Ya! Sapu minyak sedikit dan goreng suhu 180°C selama 15–20 minit. Goncang beberapa kali untuk hasil sekata.
Q: Perlu rendam kentang beku juga?
A: Tak perlu. Goreng terus dari beku untuk hasil rangup.
Produk Disyorkan
🛢️ Minyak Masak Saji 5kg
🥔 Frozen French Fries (Shoestring Cut)
🍟 Air Fryer Khind ARF26
(link affiliate: setiap pembelian menyokong blog ini tanpa kos tambahan ya!)
Confrim Padu!
Sekarang sis dah tahu cara menggoreng kentang goreng yang betul! Guna teknik goreng dua kali ni, hasilnya memang confirm rangup padu, tak berminyak, tak lembik. Jangan lupa kongsi artikel ini dengan kawan-kawan dan cuba sendiri di rumah!
Selamat mencuba & happy cooking!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2014/04/mesti-baca-tips-menggoreng-fries-supaya.html