Buli Bukan Benda Remeh Ia Hal Serius


Bila kita sebut pasal buli, ada orang masih anggap ia cuma 'gurauan.' Ada yang kata “alah biasalah budak-budak, nakal sikit tu tanda rapat”. 
Tapi sebenarnya, apa yang kita panggil gurauan itu boleh jadi luka yang sangat dalam terutama kepada mereka yang dibuli. Luka yang tak nampak pada kulit, tapi parutnya melekat dalam hati dan terbawa-bawa sampai dewasa

Buli bukan sekadar tumbuk, sepak atau tolak. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang hanya dengan kata-kata, ejekan dan sindiran yang berulang-ulang. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk 'pulau'. Tak nak kawan, tak nak duduk sebilik, tak nak sama kumpulan. 
Zaman sekarang, buli jadi lebih “advance” sebab ia boleh berlaku di hujung jari melalui media sosial. Hanya dengan satu posting, satu komen atau satu gambar yang disebarkan, hidup seseorang boleh berubah sekelip mata

Kenapa sebenarnya orang membuli? 
Ada yang membuli sebab nak rasa berkuasa, ada yang buat sebab ikut-ikutan kawan dan ada juga yang sebenarnya menyimpan luka sendiri lalu lepaskan pada orang lain. Tak kiralah apa puncanya, buli tetap satu perbuatan yang salah. Ia bukan cara untuk tunjuk kuat, malah sebenarnya tanda kelemahan dalam diri

Yang paling menyedihkan, kesan buli tak berhenti pada masa kejadian saja. Mangsa buli biasanya akan hilang keyakinan diri, takut nak bersuara, dan rasa rendah diri yang melampau. Ada yang jadi murung, ada yang sampai trauma nak pergi sekolah atau tempat kerja


Bila orang kata “alah, dah lama berlalu, lupakan sajalah”, hakikatnya bukan semudah itu. Ingatan tentang kata-kata hinaan atau pukulan itu boleh berulang-ulang dalam kepala. Lebih perit lagi bila ada mangsa yang akhirnya pilih jalan paling tragis, mencederakan diri sendiri kerana dah tak tahan. Nauzubillah

Kalau kita fikir balik, buli sebenarnya bukan masalah individu. Ia masalah masyarakat. Selagi ada orang yang diam dan tengok saja tanpa menegur, selagi ada orang yang ketawa bila orang lain dihina, selagi itulah budaya buli akan hidup. Kita semua ada peranan masing-masing untuk hentikan perkara ini. 
Sebagai ibu bapa, kita perlu lebih dekat dengan anak-anak, dengar cerita mereka dan perhatikan perubahan tingkah laku. 
Sebagai guru atau pendidik, kita perlu peka dengan suasana di sekolah, jangan biarkan buli jadi perkara “biasa” di kalangan murid. 
Dan sebagai rakan, kita jangan sesekali jadi penonton. Tegur bila nampak salah atau paling kurang laporkan pada orang yang boleh ambil tindakan

Bagi yang pernah jadi mangsa, percayalah bahawa luka itu tak menjadikan korang lemah. Korang tetap berharga, korang tetap bernilai. 
Berceritalah dengan seseorang yang korang percaya. Jangan simpan seorang diri, sebab kesunyian itu kadang-kadang lebih menyakitkan daripada apa yang berlaku

Buli mungkin nampak kecil di mata pelaku, tapi kesannya boleh jadi sangat besar kepada mangsa. 
Moga Allah permudahkan urusan kita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/08/buli-bukan-benda-remeh-ia-hal-serius.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biarlah Budak Budak Ayat Ini Mungkin Punca Anak Jadi Kaki Buli

Biarlah Budak Budak Ayat Ini Mungkin Punca Anak Jadi Kaki Buli

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 98 hits
Biarlah budak budak je pun Ayat ini kedengaran biasa malah sering keluar daripada mulut ibu bapa yang menyaksikan gelagat anak mereka menolak merampas mainan atau menjerit tanpa kawalan Tapi tanpa sedar inilah bibit awal yang membentuk sifa...
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 105 hits
Farahdhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Memandangkan kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kisah buli termasuklah kisah Allahyarhamah Zara Qairina ramai orang mula membuka mulut menceritakan kisah mereka dibuli ketika waktu persekolahan ...
Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 122 hits
Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon Dalam kehidupan seharian menjaga kebersihan rumah amat penting untuk memastikan keselesaan dan kesihatan ahli keluarga Kebiasaannya kita banyak bergantung kepada produk pembersih berasaskan...
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 195 hits
Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli KEMAMAN Enam pelajar sebuah sekolah menengah agama bantuan kerajaan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes pukul dan buli terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan tiga...
Hiburan Tekanan Emosi Akibat Buli Siber Gangguan Seksual Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

Hiburan Tekanan Emosi Akibat Buli Siber Gangguan Seksual Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 112 hits
Pelakon Sophia Albarakbah tampil membuat laporan polis selepas menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual sejak memenangi kategori Anugerah Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Terhangat Melodi baru baru ini Laporan itu dibuat ke ata...
Protes Ajar Orang Kibar Bendera Tindakan Buli Dap Bidas Pemuda Umno

Protes Ajar Orang Kibar Bendera Tindakan Buli Dap Bidas Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 108 hits
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengingatkan semua pihak tidak menangguk di air keruh susulan isu kibar Jalur Gemilang terbalik Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata tindakan seperti mengugut mengadakan protes di depan premis pern...
Buli Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang Mrsm Mahu Saman

Buli Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang Mrsm Mahu Saman

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 116 hits
Buli Asyraf Wajdi Dedah Ada Ibu Bapa Pelajar Dibuang MRSM Mahu Saman KUALA LUMPUR Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ada ibu bapa yang anak anak mereka dibuang Maktab Rendah Sains MARA kerana kes buli in...
8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 88 hits
8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air Air sering dianggap sebagai agen pembersih paling selamat murah dan mudah didapati Namun tidak semua permukaan atau barangan sesuai dibersihkan dengan air Dalam beberapa keadaan air sebenarnya ...
Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia

Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 118 hits
nbsp Benda Kecil Yang Buat Hidup Saya Lebih Bahagia nbsp Kadang kadang kita terlalu fokus mencari kebahagiaan dalam perkara perkara besar kejayaan kerjaya pencapaian hidup atau impian yang tercapai Tapi semakin nieyl belajar mengenali diri ...
Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Lirik Lagu Kita Iman Troye Harry Azrul

Virgoun Orang Yang Sama Chord

Rezeki Yang Tidak Disangkakan

Rasmi Skuter Ev Gaya Retro Yadea Rs20 Mendarat Rm4 998

Little Pepe Menjadi Pilihan Kegemaran Bull Run Baru Pada 2025 Ketika Ripple Kes Bull Cardano Melemah Bitcoin Com News

Siapa Calon Pm Pembangkang

Quick Eating Well Healthy Banana Bread Recipe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Tracie Sinidol Pelakon Cantik Mirip Mira Filzah

Kelantanese Breakfast Delicious Affordable

Betul Ke Insulin Boleh Rosakkan Buah Pinggang

Printing Kotak Packaging Kek Pastry Custom Tarik Perhatian Pelanggan Dengan Design Eksklusif

Navigating Legal And Regulatory Challenges

Kelas Berenang Dewasa