Bercuti Di Melaka Yang Panas



disebabkan aku sangat sibuk, aku memang tak berkesempatan nak kemaskini blog. walaupun hari - hari aku buka je blog nak tengok dashboard. hehehe. 
entri yang bakal aku tuliskan disini ialah berkisarkan kisah bercuti di melaka yang sangat panas. ia berlaku pada musim cuti sekolah. untuk percutian kali ini aku bawa adik aku yang bernama afiyah. memandangkan percutian di cameron highlands tempoh hari, aku dah bawa adik aku yang bernama aisyah. hehehe. adil kan? sebab kebetulan waktu nak bawa adik - adik pergi cameron, afiyah tak ada dirumah. padan muka. 
tarikhnya ialah; 31 may, 1 jun dan 2 jun 2025.


3 Hari 2 Malam di Melakaaku di melaka selama 3 hari 2 malam. namun 3 hari itu tak teraasa lama. mana tidaknya, hari pertama sahaja sudah membuang masa. hahaha. pagi aku bangun dan bersarapan di mamak seperti biasa. kemudian, pergi basuh baju di dobi. jam 12 tengahari macam tu baru aku buat keputusan untuk pergi ke mana. 
waktu itu mula lah kelam kabut mencari baju, tempat tidur, dan lokasi menarik yang boleh dikunjungi. disebabkan itu lah, aku sampai di melaka agak lewat dan malam pun hampir saja pergi. cuba teka jam berapa? hahaha


Hari Pertama Di Melaka8malam weyh. ambil adik aku dirumah mak, jam 2petang. kematu bontot. taktahu apa yang lama sangat. melaka je pun. tempat pertama yang kami kunjungi semestinya Eco Shop. 
banyak barangan yang perlu di beli memandangkan, hotel kali ini agak 'teruk' dan tak selesa. selepas membeli belah di eco shop, terus check in sebab nak letak barang. nama hotel tu time hotel melaka. hehehe. korang google jela. hotel okay je. cuma tu lah, tak berapa selesa. lagipun dah tak ada pilihan pun. terpaksa jela tidur situ. 
fyi, hari pertama memang tak ada gambar langsung. selepas check in, kononnya nak naik taming sari. berjalanlah kita semua ke bandar. parking agak jauh. rupanya kecundang! memang tak larat (aku macam baru teringat. sepatutnya ada gambar dekat depan a famosa >.< nanti aku try cari semula). lepastu cuci mata sekejap dekat jonker street night market. 
dan makan di kedai asam pedas yang pedas nak mampos. aku tak makan pun asam pedas tu. aku makan nasi dengan ikan stim kot. adik aku pula ikan 3 rasa. sumpah tak sedap! lepastu manis. dah lah mahal. 


Hari Kedua Di Melakahari kedua di melaka, barulah ada aktiviti sikit. mula - mula pergi ke dataran pahlawan melaka megamall. tujuannya untuk habiskan duit! hahahha. masa ni pun matahari dah terpacak atas kepala. lambat juga keluar dari hotel. maklumlah semalam punya penat, belum habis. melaka je pun


Dataran Pahlawan Melaka Megamallbergambar dengan kereta cantik
tengok apa budak ni pau aku. hahahaha beli topi baru, kasut baru. topi sampai 2. hahaha. keyam aku. nasib comel! bonda sayang baby. memang bonda kerja untuk bonda habiskan duit pun. tiba ~ 

alang - alang memang dah tengahari, kitorang makan tengahari terus dekat sini. sambil - sambil fikir nak kemana selepas ini. lokasi seterusnya ialah taman rama - rama dan buaya. 
tapi. manusia mampu merancang. tuhan yang menentukan. kitorang tak pergi pun taman tu. disebabkan dalam perjalanan tu, kitorang nampak yang lebih baik; yakni zoo melaka. kitorang pun ke situ dengan yakin. 

Zoo Melakasebelum nak melepas ke kaunter tiket, aku memang dah berangin dengan adik aku. umur dah 12 tahun, tapi tak ada gambar ic. mak ayah aku pula tak ada dekat rumah. jadi ambil sedikit masa nak dapatkan salinan ic. 
untuk pengetahuan korang, nak dapatkan tiket dibawah warganegara memang kena tunjuk ic. tak kisahlah secara fizikal atau dalam gambar. yela, kawasan pelancongan kata ko. dengan panas nya, dengan mak ayah aku pun dua - dua tak ada salinan. letih aku. T_T


rupanya, indah khabar dari rupa. memang tak berbaloi langsung untuk harga tiket yang dibayar. aku rasa semua haiwan dekat sini macam dah terlalu tua untuk 'beraksi' di zoo. semuanya macam letih. macam kena tanam dalam tanah liat. kelakar tau. dalam masa sama, kesian juga. 
disebabkan ada larangan 'merakam', aku pun memang tak rakam apa - apa. padahal 'dilarang merakam' tu dekat sesetengah kawasan. contoh kawasan itu ialah di dalam gua. ada macam mini gua. ada haiwan seperti ular lagi apa entah. geli / takut aku nak masuk. lagipun kena bayar rm10 tak silap. memang tidak lah ek~
bila dah nak habis pusingan melawat zoo, kaki memang dah tak rasa kaki. panas gila. air tak cukup. kesian dekat baby. percayalah, aku memang takkan bawa baby datang mana - mana zoo lagi. banyak haiwan tua dan menunggu mati. kurus kering! 

Hari Ketiga Di Melakaselama suami aku menjadi orang melaka dan selama aku mundar mandir di melaka, tak pernah sekali pun aku naik taming sari. kenapa? sebab taming sari tu tinggi. aku adalah orang yang sangat takutkan ketinggian. 
kali ni macam terpaksa naik sebab adik aku dah bertasbih nak naik. 
Menara Taming Sarisebelum naik taming sari (muka berseri)
ini kali pertama aku naik taming sari. korang tengok lah gambar dibawah. bukan aku yang tangkap, tu semua adik aku yang tangkap gambar. 
masa mula - mula kena tunggu giliran, aku rilek je. bila dah kena naik, tiba - tiba jadi takut yakmat. hahaha. memang sampai atas, aku tutup mata jela. ada lah sesekali aku buka mata dan tengok keadaan sekeliling dengan ekor mata. 
sakit bahu aku kerana menempel dnegan bergaya di sisi suami. betul - betul aktiviti buang duit (untuk orang yang takut ketinggian). 


selepas naik taming sari; dekat atas (muka macam ayam berak kapur)


Rumah Terbalikdekat atas memang aku jadi kucing. sampai bawah, jadi superwoman. gitu ~ aku ajak suamiku pergi rumah terbalik. sebab aku terkenangkan wonder food museum di penang. berbaloi. tapi dekat melaka, macam ... weyh. semua tempat aku pergi macam tak berbaloi. hahahah lepas ni macam kena tukar lokasi lah kan? hahaha









memang ramai sangat dekat rumah terbalik ni. jadi macam kena tunggu giliran kalau nak nampak gambar lawa. paling penting angle gambar tu kena betul. kalau tak, gambar tak cantik dan tak nampak real tau. 
tu jela aku nak kongsi. sebab dah lama sangat cerita ni. aku pun macam lupa. yang aku ingat, selepas balik dari melaka, anak aku demam. lama juga ~ agaknya sebab melaka terlalu panas. serious! 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/06/bercuti-di-melaka-yang-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Panas Melampau Boleh Membunuh Ambil Tahu Sebelum Terlambat

Awas Panas Melampau Boleh Membunuh Ambil Tahu Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 89 hits
Cuaca panas melampau bukan lagi sesuatu yang luar biasa di Malaysia ia kini menjadi ancaman sebenar kepada kesihatan dan keselamatan harian kita Dengan suhu yang mencecah sehingga 37 C atau lebih ditambah pula dengan kelembapan tinggi risik...
Motif Suka Suka 8 Pelajar Ditekap Seterika Panas Masa Tidur

Motif Suka Suka 8 Pelajar Ditekap Seterika Panas Masa Tidur

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 76 hits
Malaysiakini nbsp Mahkamah Majistret di Kuching hari ini memerintahkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua yang menekap lapan rakan asrama yang sedang nyenyak tidur dengan seterika panas hanya untuk suka suka ditempatkan di Sekolah Henry G...
Don T Miss Out Ini 5 Festival Musim Panas Eropa Paling Hits Siapin Juga Esim Europe Travelkon Mu

Don T Miss Out Ini 5 Festival Musim Panas Eropa Paling Hits Siapin Juga Esim Europe Travelkon Mu

papar berkaitan - pada 6/6/2025 - jumlah : 127 hits
Festival musim panas Eropa selalu jadi magnet buat para traveler dari seluruh dunia Mulai dari festival musik EDM di tengah ribuan orang sampai perang tomat paling ikonik di Spanyol semuanya siap bikin liburanmu pecah banget
Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

Cuaca Panas Nyamuk Ganas Apa Kaitan Perubahan Iklim Global Dengan Denggi

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 205 hits
Penulis Asst Prof Dr Noor Artika Hassan1 Isnizam Sapuan2 1Jabatan Kesihatan Masyarakat Kulliyyah Perubatan International Islamic University Malaysia 2 Unit Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Demam denggi ialah sejenis penyakit yang dise...
Gelombang Haba Panas Di Kedah Dah Tahap Berjaga Jaga

Gelombang Haba Panas Di Kedah Dah Tahap Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 4/6/2025 - jumlah : 131 hits
GELOMBANG HABA PANAS DI KEDAH DAH TAHAP BERJAGA JAGA Gelombang haba datang lagi Menurut Jabatan meteorologi Malaysia akan berlarutan hingga september Berkipas la memasing sekarang ni Bersedialah menghadapi kenaikan bil elektrik terutama yan...
Cara Merawat Kulit Berminyak Di Iklim Panas Seperti Indonesia

Cara Merawat Kulit Berminyak Di Iklim Panas Seperti Indonesia

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 126 hits
Punya memang sering bikin risih apalagi kalau tinggal di negara tropis seperti Indonesia Cuaca panas kelembapan tinggi dan paparan sinar matahari setiap hari bisa bikin produksi minyak di wajah makin aktif Tapi tenang ada kok cara merawat k...
Panas N Dasyat Malaysia Kini Boleh Pulak Mcm Tu Ah Apa Sudah Jadi

Panas N Dasyat Malaysia Kini Boleh Pulak Mcm Tu Ah Apa Sudah Jadi

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 83 hits
Persatuan Pencinta Alam Sekitar Tahniah Yusoff Rawtherr Mahkamah buktikan beliau dizalimi dengan perangkap yang dipasang awal Saya syorkan beliau saman pihak polis dan KDN sekaligus supaya dapat dibongkarkan siapa yang keluarkan arahan untu...
Saya Cengkam Han Jieun Ulas Babak Ciuman Panas Bersama Lee Dongwook

Saya Cengkam Han Jieun Ulas Babak Ciuman Panas Bersama Lee Dongwook

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 59 hits
Mesti ramai kan yang pernah layan Lee Dong wook dan Han Ji eun dalam drama Bad and Crazy Artikel Berkaitan Baru baru ini Han Ji eun telah tampil dalam program MBC Radio Star di mana dia membuka cerita tentang rakaman panas babak ciumannya b...
Makan Di Big Food Kitchen Melaka

Makan Di Big Food Kitchen Melaka

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 95 hits
Assalamualaikum WBT AYAM pun belum bangun agaknya pagi ni sebelum pukul 4 pagi Sk dah terjaga Tu takpa sampai office pun awal rupanya katak pun baru bangun terus ikut sama lompat masuk pejabat berebut rebut dengan Sk yang tengah angkut beka...
Stop Politicising Race Just Because Car Driver Is China National

Petua Berkesan Pulihkan Tenaga Dalaman Anda

Eu S Hypocrisy Fuelling Suffering In Gaza

Nutox Moisturizer Harga Murah Guardian Member Price

Panduan Ringkas Untuk Wanita Kekal Konsisten Demi Mencapai Matlamat Kesihatan

I Need Coffee

Khas Untuk Korang Buat Isteri Tersenyum Cewek Tersengih Anak Melompat Gembira Goojodoq Desktop Fan

Can A Single Light Upgrade Make You Fall In Love With Your Bike Again


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Good Morning

Bebola Coklat Maltesers Yang Sedap

Homemade Tapi Rasa Mewah 3 Resipi Sandwic Viral Yang Wajib Cuba

Melly Goeslaw Ku Bahagia Chord

Vany Thursdila Terbuai Luka Asmara Chord

Dolar Mendapat Peluang Kedua