8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda


 

Bisnes homestay sedang membina reputasinya dengan pantas dalam industri pelancongan sejak beberapa tahun yang lalu. Kemungkinan besar ini adalah disebabkan oleh peningkatan dalam permintaan pelancong terhadap tempat penginapan yang lebih nyaman dan selesa atau pendek kata dalam Bahasa Inggeris, “home away from home” apabila mereka sedang melancong.
Memulakan bisnes homestay boleh dikatakan mudah sekiranya anda mempunyai rumah atau bilik yang kosong. Walau bagaimanapun, pengekalan bisnes ini boleh menjadi sebuah cabaran kerana pemilik-pemilik homestay sering berasa risau jika homestay mereka ditinggalkan kosong. Justeru, kami telah mengumpulkan beberapa tip untuk membantu pemilik homestay seperti anda untuk meningkatkan kadar booking.
1. Memperkenalkan tema atau gaya khususRamai pemilik homestay mempunyai tanggapan bahawa perkara ini adalah kurang penting tetapi hakikatnya, dengan mencurahkan sedikit usaha dalam menghiasi homestay berdasarkan tema yang tertentu, ini akan menjadikan homestay anda lebih unik daripada homestay yang lain.
Contoh-contoh homestay yang bertema:
Tema MarinTema khemahTema BaliPengubahsuaian homestay boleh menjadi sebuah proses yang menarik terutamanya apabila anda telah mempunyai tema yang sesuai untuk homestay anda. Tip ini amat berguna kepada pemilik homestay yang menjalankan bisnes homestay di luar bandar ataupun jauh dari tempat-tempat pelancongan. Tahukan apa yang sepatutnya dilakukan? Anda menjadikan homestay anda sebuah tempat penarikan pelancong.
2. Menjaga kebersihan dan penyelenggaran homestay
Ini merupakan tip yang paling asas tetapi janganlah terkejut jika mendapati bahawa terdapat pemilik homestay yang gagal memahami kepentingan ini untuk mengambil tindakan. Kami juga mempunyai pemilik homestay yang tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini dan akan mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan homestay mereka berada dalam keadaan yang baik.

Potonglah rumput, bersihkanlah permaidani, baikilah paip yang bocor dan lakukanlah apa-apa sahaja yang boleh menjadikan keadaan homestay anda seolah-olah rumah baru. Tambahan pula, para tetamu akan lebih suka kembali ke homestay yang sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
3. Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan
Hari ini, kami boleh mendapati bahawa homestay telah meningkatkan taraf ke tahap yang serupa dengan hotel dan kadang-kalanya, lebih memuaskan. Kami menyedari bahawa kebanyakan homestay telah mula menyediakan kemudahan asas seperti tuala mandi, syampu, syampu badan dan sebagainya. Penyediaan yang teliti ini sekurang-kurangnya akan menyumbang kepada peningkatan kadar booking kerana selain daripada membandingkan harga, para pelanggan akan membandingkan kemudahan yang disediakan oleh homestay sebelum membuat piliahan.
Jangan berhenti membaca kerana kami akan mendedahkan tip berkaitan dengan kemudahan-kemudahan yang paling diperlukan oleh tetamu. Mereka merupakan bonus sekiranya homestay anda memilikinya.

Pertama sekali dalam senarai kami adalah kemudahan wifi. Ini sudah pasti adalah merupakan kemudahan yang paling diperlukan oleh para tetamu dalam era media digital ini. Pilihlah pelan Internet yang sesuai dan saksikanlah peningkatan dalam booking anda. Selain daripada wifi, kemudahan yang boleh disediakan adalah seperti peralatan bbq, seterika, pengering rambut, peralatan memasak dan penghawa dingin dalam setiap bilik.
4. Menyediakan gambar yang berkualiti untuk homestay anda
Mempunyai gambar yang berkualiti untuk homestay anda merupakan asset utama untuk menjayakan bisnes homestay. Gambar yang berkualiti akan memberikan tanggapan yang positif kepada tetamu yang sedia membuat penempahan. Kalau anda masih belum mempunyai gambar homestay anda yang diambil secara profesional, anda mungkin perlu mendapatkan seorang juru gambar dengan segera. Anda hanya memerlukan satu set gambar-gambar yang berkualiti tinggi untuk kerja-kerja pemasaran yang bakal dilaksanakan. Anda juga boleh mengambil gambarnya sendiri jika anda memiliki kemahiran fotografi.

Sekiranya anda kurang pasti terhadap gambar yang perlu disediakan, sila menggunakan ini sebagai rujukan:
2 gambar luaran homestay1 gambar ruang tamu1 gambar dapur1 gambar untuk setiap bilik1 gambar untuk setiap bilik mandiBonus: 2-3 gambar untuk kawasan awam, taman, tempat letak kereta, kolam renang (jika ada)5. Mendapatkan akaun social media
Peningkatan kemudahan teknologi menjadikannya lebih senang kepada kita untuk mempromosikan bisnes secara online. Cara yang paling senang dan murah adalah untuk menangani aspek social media. Menyediakan sebuah halaman atau akaun untuk homestay anda merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan senang dan yang pentingnya, anda boleh menyediakan seberapa halaman (jika anda memiliki lebih daripada sebuah homestay) yang diperlukan secara percuma. Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan bahawa elakkan daripada mempunyai beberapa halaman atau akaun untuk homestay yang sama supaya tidak mengelirukan.
Selain dari rangkaian media sosial, anda juga boleh membina Laman Web Homestay anda sendiri.
Baca juga: Homestay Rumah Keladi 5 
Tambahan pula, media sosial membolehkan anda untuk berhubung dengan tetamu yang berminat dengan lebih senang terutamanya sekiranya platform tersebut menawarkan kemudahan mesej kerana sekali lagi, pertukaran mesej melalui social media biasanya adalah percuma. Begitu juga dengan penghantaran and perkongsian gambar homestay.
6. Menerima tempahan secara online
Sekarangnya kami telah boleh melayari Internet dan social media, kebanyakan pemilik homestay juga telah mula menerima booking online secara manual melalui social media dan aplikasi mesej. Tetapi, proses ini boleh menjadi agak tertekan terutamanya semasa dilakukan secara manual pada musim puncak dan cuti umum.
Oleh itu, agensi pelancongan online (OTA) menawarkan platform booking untuk meringankan beban pemilik homestay. OTA membantu pemilik homestay mendapatkan booking dengan menyenaraikan homestay tersebut dalam laman web mereka dan pada masa yang sama, process mana-mana booking yang melalui sistem online booking mereka. Homestay yang disenaraikan dalam laman web OTA akan mendapatkan lebih pendedahan dan lebih senang untuk ditemui oleh para pelancong tetapi pada masa yang sama, homestay anda akan lebih terdedah kepada persaingan kerana akan disenaraikan bersama homestay yang lain.

Biasanya, OTA akan mengambil sejumlah komisen daripada setiap booking yang berjaya dibuat oleh itu, pastikan anda memilih platform booking online yang sesuai untuk homestay anda. Selain itu, mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan online booking engine yang percuma.
7. Menawarkan program rujukan atau program kesetiaan
Terdapat sesetengah pelancong yang cenderung kembali ke lokasi yang sama mahupun untuk percutian ataupun untuk berurus niaga. Justeru, inilah peluang anda untuk memastikan mereka kerap kembali ke homestay anda. Salah satu caranya adalah untuk menawarkan mereka ganjaran yang boleh menyebabkan mereka tidak teragak-agak untuk kembali ke homestay anda sempena lawatan mereka yang seterusnya.
Di sinilah beberapa tip untuk program kesetiaan yang boleh ditawarkan:
Tawarkan diskaun untuk penginapan seterusnya. Semakin kerap kali penginapan, semakin banyak diskaun yang dilayaki.Percuma satu malam penginapan kepada tetamu kerap yang kembali sejumlah kali.Program rujukan juga merupakan idea yang baik kerana ia akan membantu mempromosikan homestay anda kepada lebih ramai pelanggan.Pintu hadiah atau rebate kepada tetamu kerap.Selain itu, anda juga boleh menghadiahkan kod promo dengan kriteria dan nama diskaun yang menarik.
Baca juga: Homestay Klebang Melaka Rumah Keladi Lima
Antara kriteria menarik untuk mempromosikan kod promo yang kami cadangkan untuk menarik perhatian tetamu seperti:
50% diskaun untuk malam ketigaRM100 diskaun untuk tempahan minima RM1000Diskaun untuk Facebook Fanpage “fans” anda dengan kod “FANS”Diskaun khas bersempena hari jadi andaKod promo yang unik untuk rakan kongsi anda seperti “TaxiVIP”Diskaun untuk tempahan awal “early booker”… dan banyak lagi! Anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menarik perhatian tetamu anda dengan kod promo yang bersesuaian.
8. Melaraskan kalendar dari OTA lain ke kalendar Softinn dengan menggunakan iCal
Antara perkara yang paling digeruni para pengusaha homestay adalah terjadinya kes ‘overbooking’ terutamanya jika anda mengiklankan homestay anda di platform website OTA lain seperti Airbnb, Agoda, Booking.com atau menyimpan tarikh-tarikh tempahan dalam Google Calendar anda sebagai contoh
Aplikasi iCal sangat membantu para pengusaha homestay. iCal dapat membantu untuk menyelaraskan tarikh-tarikh penting hanya dengan mengimport atau mengeksport kalendar anda masuk ke Softinn.
Baca juga: Muslim Homestay di Klebang Melaka
Bercakap mengenai ‘overbooking’, Softinn menawarkan mod khas yang dipanggil “Approved Based Booking” atau ABB untuk singkatan, khusus untuk para pengusaha homestay yang sibuk dan tiada masa untuk menguruskan kalendar homestay mereka.
ABB ini hanya ditawarkan di Softinn, di mana pengusaha homestay dapat memberi respon kepada booking request tetamu dalam masa 10 saat melalui email atau SMS.
Adakah tip-tip ini membantu? Cubalah dan beritahu kami. Kalau anda berasa tip-tip ini berguna, sila berkongsi kandungan blog ini dengan kawan-kawan anda dan jika anda mempunyai tip lain yang ingin berkongsi dengan para pemilik homestay, jangan lupa meninggalkan komen pada ruang dibawah!
**Artikel di atas ditulis oleh Softinn Solutions**


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://haniftravel.blogspot.com/2024/05/8-tip-tingkatkan-sales-homestay-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 116 hits
Imagine the ability to see your competitors each and every move What kinds of marketing campaigns will they launch What pricing strategies do they implement What new products do they create isn t quite a crystal ball but it s the next best ...
Smf Kucurkan Pembiayaan Homestay Sebesar Rp1 5 Miliar Untuk 24 Kk Di Gunung Kidul

Smf Kucurkan Pembiayaan Homestay Sebesar Rp1 5 Miliar Untuk 24 Kk Di Gunung Kidul

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 29 hits
Pembiayaan homestay SMF di Desa Nglanggerang berkontribusi dalam mendukung peningkatan taraf hidup dan perekonomian warga
Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 104 hits
Tahukah anda bahawa single bed Homestay Bonda Banda Hilir Melaka kami menggunakan Tilam Herba aatu tilam sabut untuk menjaga kesihatan anda Kepada penggemar tilam sabut boleh dapatkan sekarang Tilam untuk keselesaan belakangTilam tahan lama...
Cara Memasarkan Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 152 hits
Tahukah anda sebanyak 8100 carian bagi kata kunci homestay dibuat setiap bulan Ada ketikanya permintaan carian ini boleh mencecah 18000 carian Ini menunjukkan bahawa homestay adalah satu perniagaan yang sentiasa mendapat permintaan Untuk it...
Kedah Night Market Traders Must Pause Sales During Maghrib Prayers From May 1

Kedah Night Market Traders Must Pause Sales During Maghrib Prayers From May 1

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 100 hits
Kedah is set to follow in Kelantan s footsteps by enforcing a ruling to suspend sale transactions at night markets during Maghrib prayers effective May 1 State Housing Local Government and Health Committee chairman Major Mansor Zakaria clar...
Bri Perkuat Kolaborasi Dengan E9pay Tingkatkan Layanan Finansial Untuk Pmi Di Korea Selatan

Bri Perkuat Kolaborasi Dengan E9pay Tingkatkan Layanan Finansial Untuk Pmi Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 61 hits
BRI Perkuat Kolaborasi dengan E9pay Tingkatkan Layanan Finansial untuk PMI di Korea Selatan
Aunty Cina Kongsi Tip Parenting Didik Anak Patutlah Semua Anak Berjaya

Aunty Cina Kongsi Tip Parenting Didik Anak Patutlah Semua Anak Berjaya

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 74 hits
Nak didik anak di zaman sekarang ini bukanlah mudah Ditambah lagi dengan media sosial yang disogok dengan bermacam cerita tidak enak didengar Namun perkongsian seorang ibu yang menceritakan semua perkongsian tip keibubapaan dari seorang Aun...
Tip Beri Nasihat Pada Anak Pakar Cadangkan Waktu Paling Efektif Sesuai

Tip Beri Nasihat Pada Anak Pakar Cadangkan Waktu Paling Efektif Sesuai

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 86 hits
Tip beri pakar cadangkan waktu paling efektif dan sesuai Selalunya bila ibu bapa mendepani kerenah anak itulah juga waktunya kita hendak memberi tazkirah kepada anak Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan menjadi ugutan ...
Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan

Doktor Kongsi Tip Cepatkan Proses Bersalin Elok Buat Bila Dah Hujung Hujung Kehamilan

papar berkaitan - pada 25/4/2024 - jumlah : 122 hits
Saat hamil sememangnya bakal ibu akan merasa risau tidak kisahlah sama ada untuk kandungan pertama atau anak yang seterusnya Menanti detik untuk bersalin membuatkan bakal ibu rungsing dan susah hati kerana tertanya tanya bagaimana proses ke...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun

From The Dock To Rubbing Shoulders With Pmx Kk Mart Founder Shows Steely Resurgence With Uzbek Expansion Plan