2026 Sambut Aku Dengan Lebih Tenang
Hujan masih turun lagi. Walaupun sekejap sekejap tapi lebat beserta dengan bunyi guruh yang tidaklah seberapa keras. Aku masih bertelekung menunggu waktu Asar kerana Zuhurku agak lewat sebentar tadi. Alang alang tu aku tunggulah terus selagi ada air wuduk. Aku duduk dalam gelap kerana hujan hujan begini begitu syiok aku menghabiskan hari baru 2026 dengan tidur. Aku juga sedang nak menghabiskan drama cina 40 episod yang telah aku tonton minggu sudah. Ralit pulak aku melayan. Ahhh… memanglah aku nak memulakan tahun 2026 dengan sesuatu yang baru, namun, biarlah aku menghabiskan drama yang aku tonton ni. Last, kata hatiku menipu lagi. Hahaha
Isi dan tajuk posting aku di wasap status pada hari ini, 1/1/26 adalah ‘2026, sambut aku dengan lebih tenang’ itu sahaja. Simple dengan font kecil di tengah tengah note comot berwarna putih.
Dalam hati aku merayu rayu, tolonglah. Aku nak berubah. Aku tak nak miskin lagi. Aku nak bayar hutang hutang aku dan aku nak kurus. Tiga benda tu tahun ni aku nakkan kat dunia 2026. Berbeza dengan tahun lepas. Tahun lepas aku tiada sebarang matlamat. Aku hanya melalui hari hari dengan masa dan keadaan yang membuat keputusan untuk aku. Kalau ada ada, tak ada tak adalah. Lebih pada ‘lantaklah’, ‘biarlah’ ‘aku pasrah’. Aku harap tahun ini, aku yang membuat keputusan untuk diriku sendiri.
Boleh tak ni?
Aku berharap aku bukan penghalang untuk diriku sendiri yang selama ini, akulah itu. Malu nak mengakuinya, tapi sebuah kenyataan memang tak boleh berubah dah.
So, stop menjadi malas dan bodoh. Senangkan? Apa yang kita fikirkan satu doa!
Cari redho bukan pasrah, cari pahala bukan dosa, cari jujur bukan ragu ragu, cari dirimu sendiri bukan elak dan biarkan! Kau boleh buat! Aku boleh buat.
Biarpun uban dah lebih banyak, kulit dah tak anjal, lutut dah sakit, jalan terus! Ok? Janji?
Doakan aku!
2026,
Aku cari aku
Tenang
Redho
.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://haryanies.blogspot.com/2026/01/2026-sambut-aku-dengan-lebih-tenang.html