Tanpa menamakan siapa, Anwar berkata pengkhianat itu banyak membuat tuduhan yang seolah-olah menunjukkan beliau tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.Sementara itu, mengulas tuntutannya berhubung mesyuarat rekonsiliasi, Zuraida yang juga Naib Presiden PKR berkata beliau masih menunggu.“Saya masih menunggu. Saya menunggu,” katanya ringkas.Anwar pada 17 September menegaskan tidak bersedia dengan tuntutan anggota Parlimen Ampang itu agar mesyuarat rekonsiliasi diadakan antara Presiden PKR itu dan pihak dalam parti itu yang tidak berpuas hati dengannya.Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang mereka pulaukan.Tegas beliau, mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu, manakala mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu pula diadakan pada setiap bulan dan mereka ada banyak ruang terbuka untuk berjumpa dengannya.Tidaklah sukar memahami bahawa kata-kata Zuraidah berkenaan “move on” itu sebenarnya lebih ditujukan kepada Anwar berbanding sesiapa yang lain.Selain beliau secara khusus mengulas ucapan Anwar di Konvensyen UMNO Sabah berkenaan isu peralihan kuasa, kebelakangan ini memang terlihat Presiden PKR itu sendiri yang banyak mengulas mengenainya.Tetapi, ulasan Anwar adalah berdasarkan pertanyaan wartawan atau Ahli-Ahli Parlimen yang ingin tahu dengan lebih jelas berhubung peralihan kuasa yang masih lagi kabur sehingga ini.Seolah-olah dengan kata-kata Zuraidah itu, Anwar sekarang tidak “move on” dan hanya menumpu kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri semata-mata.Soalnya, sementara Zuraidah menegur Anwar seperti tidak “move on”, apakah beliau sendiri sudah “move on”?Kenapa beliau tak habis-habis menunggu mesyuarat rekonsilasisi dengan Anwar, tetapi masih enggan hadir mesyuarat PKR?Bukankah jika beliau sendiri “move on”, beliau sepatutnya terlebih dahulu menunjukkan teladan dengan hdir mesyuarat PKR, baik mesyuarat mingguan biro politik atau mesyuarat bulanan MPP?Kenapa masih tak “move on” lagi, tapi pandai pula mahu Anwar “move on”?Cehhh….cakap tak serupa bikin betul perempuan ni!!! (ShahbudinHusin 29/10/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |