Zulkafperi Buta Fakta Desak Mohamad Sabu Letak Jawatan






1. Desakan Ahli Parlimen BERSATU Zulkafperi Hanapi untuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu meletakkan jawatan adalah tidak berasas. Di bawah pimpinan Mohamad Sabu, isu-isu makanan asas seperti telur, sayuran, beras dan ayam telah berjaya distabilkan hanya dalam beberapa minggu atau bulan. Mohamad Sabu juga semakin berjaya membetulkan segala kegagalan yang ditinggalkan oleh Menteri Pertanian terdahulu, Datuk Seri Ronald Kiandee daripada parti Zulkafperi sendiri.


2. Buktinya, inflasi kategori daging telah jatuh ke 5.8% pada Ogos 2023, berbanding 12% pada Julai 2022 bawah Ronald. Inflasi kategori ikan dan makanan laut jatuh ke 1.5% pada Ogos 2023 berbanding 4.2% (Julai 2022). Manakala, inflasi kategori telur, susu dan keju jatuh ke 4% berbanding 9.1% (Julai 2022). Tekanan harga makanan akan terus berkurang jika usaha-usaha Mohamad Sabu dan kementeriannya diteruskan.


3. Kita semua tahu bahawa Malaysia telah jatuh ke dalam krisis bekalan makanan sejurus ekonomi dibuka semula selepas COVID-19. Ronald dan Muhyiddin Yassin daripada BERSATU ketika itu gagal merancang strategi bekalan makanan jangka sederhana, dan ini menyebabkan kekurangan makanan dan harga makanan meningkat. Bukan itu sahaja, kelemahan Malaysia mengukuhkan pengeluaran makanan asas tempatan dalam tempoh 6 dekad lepas juga salah satu punca utama masalah yang kita hadapi ketika ini.


4. Mohamad Sabu dan pasukannya memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan keterjaminan makanan. Mana mungkin masalah 6 dekad diselesaikan dalam tempoh 10 bulan sahaja? Oleh itu, adalah tidak berasas untuk menghukum Mohamad Sabu dipandu pegawai KPKM sedangkan pegawai KPKM hanya memberi maklumat dan fakta yang membolehkan beliau membuat beberapa keputusan yang berjaya menyelesaikan isu makanan yang berbangkit. Dakwaan Zulkafperi ini seolah-olah mempertikaikan kewibawaan penjawat awam. Sikap pembangkang seperti ini merencatkan pembangunan negara. 


5. Hanya dalam 10 bulan lepas, banyak kejayaan dicapai oleh Datuk Seri Mohamad Sabu. Misalnya, apabila isu telur timbul hujung tahun lepas hasil tinggalan Perikatan Nasional, masalah itu diselesaikan dalam hanya 2 bulan di mana bekalan melebihi permintaan. LPP telah dimobilisasi sesegera mungkin untuk mengatasi isu ini termasuk di negeri-negeri pembangkang.


6. Apabila isu beras timbul sebulan lepas, beberapa langkah juga telah diambil. Bermula 5 Oktober 2023, kerajaan memutuskan agar harga beras putih import (BPI) diserap oleh kerajaan bagi membolehkan BPI diperolehi dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram (kg). Pengusaha restoran diberikan lesen borong supaya dapat membeli BPI bersubsidi. FAMA dan LPP juga telah diarahkan menghantar beras putih tempatan ke kawasan luar bandar dan kedai runcit buat sementara waktu dan kerajaan menanggung kos pengangkutan. Harga beras tempatan kekal murah, yang meningkat adalah beras import kerana India menghentikan jualan eksportnya. 


7. Dalam menjaga pengguna, Kerajaan MADANI juga menjaga kebajikan pesawah dan petani. Misalnya, pada bulan Ogos, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikkan kadar subsidi harga padi ke RM500 setiap tan berbanding RM360 sebelumnya. PM10 juga mengumumkan peruntukan RM3 bilion bagi menaiktaraf infrastruktur di kawasan MADA sebagai langkah panjang meningkatkan hasil padi. Idea penanaman padi ala-Sekinchan yang menghasilkan padi yang lebih banyak menunjukkan kehendak politik (political will) yang ada pada Mohamad Sabu dalam merubah daya saing dan SSL makanan negara terutama beras. 


8. Jelas sekali Zulkafperi buta fakta dalam membuat serangan terhadap Mohamad Sabu. Momentum Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sektor pertanian perlu diteruskan dan Mohamad Sabu adalah tokoh politik yang kompeten untuk memacu momentum ini.


FAIZ FADZIL
12 Oktober 2023


#MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #deminegara #demianakkita #PakatanHarapan #DemiPertiwi #AmanahProgresifPeduli






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/10/zulkafperi-buta-fakta-desak-mohamad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Didesak Letak Jawatan Menteri

Mat Sabu Didesak Letak Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Datuk Zulkafperi Hanapi mendesak Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri Beliau mendakwa Ahli Parlimen Kota Raja itu tidak kompeten terutamanya dalam menyelesa...
Saya Setuju Saranan Supaya Mohamad Sabu Diganti

Saya Setuju Saranan Supaya Mohamad Sabu Diganti

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 267 hits
Rombakan Kabinet Mat Sabu perlu diganti PM diberitahuPenganalisis Lee Kuok Tiung dan Jeniri Amir berkata menteri pertanian dan keselamatan makanan Mohamad Sabu kurang menyerlah Amirul AimanPETALING JAYA Dua penganalisis menggesa supaya Ment...
Mat Sabu Gagal Pegang Jawatan

Mat Sabu Gagal Pegang Jawatan

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 224 hits
MAT SABU SILA LETAK JAWATANIsu telur dan beras MP PN gesa Mat Sabu letak jawatanTU LA HANG BERASPUN TAK LEH JAGATELOQPUN HANG TAK TAHU NAK JAGA MENTEGHI APA HANG NIH HANG DENGAQ APA KATA MB KEDAH
Ahli Parlimen Gerik Perjelas Letak Jawatan Parti Sangkal Khabar Angin Tanpa Asas

Ahli Parlimen Gerik Perjelas Letak Jawatan Parti Sangkal Khabar Angin Tanpa Asas

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 182 hits
FMT ReportersFathul Huzir Ayob mengesahkan akan kekal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen PN walaupun setelah meletak jawatan dalam Bersatu PETALING JAYA Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob menyangkal khabar angin tanpa asas sekitar tindakan...
Pas Katanya Nak Letak Calon Yang Ranapkan Parti Sendiri Kalah Dan Hilang Deposit Di Negeri Sendiri Dan Seluruh Negara

Pas Katanya Nak Letak Calon Yang Ranapkan Parti Sendiri Kalah Dan Hilang Deposit Di Negeri Sendiri Dan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 165 hits
PAS berkemungkinan meletakkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calonnya pada PRK Kemaman kata sumber rapat bekas perdana menteri itu Mahathir baru baru ini dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri pimpinan PAS dan sumb...
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 Lelaki Dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023

Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred Ya1 Lelaki Dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 184 hits
Permohonan Jawatan Konstabel Polis Gred YA1 Lelaki dan Wanita Awam Dibuka 16 Oktober 2023 21 Permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 telah dibuka kepada umum untuk dibuat permohonan Perkara ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak ...
Cara Apply Kerja Secret Recipe Yang Menawarkan 8 Jawatan Tetap

Cara Apply Kerja Secret Recipe Yang Menawarkan 8 Jawatan Tetap

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 209 hits
Cara Apply Kerja Secret Recipe yang Menawarkan 8 Jawatan Tetap 7 Bidang f b adalah merupakan bidang pekerjaan yang meluas di dunia Di Malaysia terdapat Secret Recipe yang merupakan restoran makan yang menyajikan makanan manisan sebagai hida...
Hiburan Kita Kena Letak 10 Ragu Ragu Pada Pasangan Kongsi Kisah Perit Shuhada Akui Trauma Jika Lelaki Dekati

Hiburan Kita Kena Letak 10 Ragu Ragu Pada Pasangan Kongsi Kisah Perit Shuhada Akui Trauma Jika Lelaki Dekati

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 240 hits
Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada baru baru ini telah ditemubual oleh sebuah portal mengenai pengalaman serta kisah kontroversi mengenai rumah tangganya Menurut Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu sewaktu dirinya h...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok