Zoom Cloud Meeting Cara Meeting Secara Online Sehingga 100 Orang


Hari ini merupakan hari ke 9 berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020 sudah terasa terlalu lama. Sudah pasti ramai rakan-rakan sudah mulai runsing dan rasa bingung tidak tentu pasal sebab terlalu lama duduk di rumah.
Hari-hari sebelum ini, kita keluar rumah untuk melaksanakan kerja-kerja hakiki, hujung minggu berekreasi atau berjalan-jalan atau pulang ke kampung halaman. Selalunya, mungkin sekali sekala sahaja kita akan benar-benar tinggal di rumah untuk berehat bersama keluarga.
Akan tetapi arahan PKP ini memaksa setiap rakyat Malaysia untuk tidak keluar daripada rumah untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang sedang menjadi pendemik seluruh dunia.
Justeru, dengan teknologi masa kini sudah tentu kita masih boleh melakukan pelbagai tugasan serius mahupun bersosial secara virtual. 
Dan hari ini saya ingin berkongsi dengan saudara-saudari bagaimana kita boleh berkomunikasi secara virtual daripada rumah masing-masing melibatkan sehingga 99 orang dalam satu-satu masa.
Ketika ini, video call melalui aplikasi 'chatting apps' seperti whatsapp hanya boleh memuatkan maksimum 4 orang sahaja, atau melalui applikasi Hangout yang boleh memuatkan maksimum 10 orang (akaun percuma) atau 25 orang (akaun VIP-bayaran tambahan) dalam satu-satu masa.
Applikasi Whatsapps hanya boleh memuatkan sehingga 4 orang sahaja dalam satu-satu masa.
Applikasi Hangout hanya boleh memuatkan maksimum 10 orang untuk akaun biasa (percuma) atau maksimum 25 orang untuk akaun berbayar.
Namun, applikasi terbaru iaitu ZOOM Cloud Meeting mampu mengumpulkan 99 orang untuk bersama dalam 1 ruang maya secara 'live telecast' atau 'live meeting'.
Yang penting anda mempunyai:
1. Telefon pintar samada Iphone atau Fon Android2. Akses kepada internet (pastikan anda berada di kawasan yang mempunyai internet yang baik supaya tidak terganggu semasa perbincangan secara 'live telecast').3. Install aplikasi ZOOM Cloud Meeting daripada Apple Store untuk Iphone atau Google Play Store untuk fon Android.
Berikut saya ada menulis tutorial bergambar tentang bagaimanakah cara untuk menyertai mana-mana mesyuarat atau perbincangan secara virtual dengan menggunakan applikasi ZOOM Cloud Meeting adalah seperti langkah-langkah berikut:
1. Sila ke Google Play Store (untuk Android) atau ke Apple Store (untuk Iphone)

2. Selepas masuk ke Google Play Store atau Apple Store sila tulis Zoom Cloud Meeting
 
3. Klik butang INSTALL



4. Tunggu sehingga INSTALLATION 100%

5. Klik butang OPEN

6. Klik butang SIGN IN


7. Klik butang GOOGLE atau FACEBOOK


8. Pilih akaun Google atau akaun FACEBOOK yang pernah anda masukkan dalam fon anda sebelum ini


9. Tunggu beberapa saat untuk applikasi ZOOM mengakses sistem fon anda untuk disambungkan kepada sistem komunikasi applikasi ZOOM Cloud Meeting


10. Klik butang Join untuk menyertai mana-mana meeting yang telah disediakan host anda


11. Pastikan anda mendapatkan No ID dan juga Password daripada HOST Meeting anda (iaitu bos atau kawan anda yang menjadi host)


12. Masukkan NO ID yang diminta dan klik butang Join Meeting

13. Kemudian, masukkan pula Password yang diberikan oleh Host anda tadi


14. Klik Got It (untuk pengguna kali pertama)

15. Klik butang Join with Video

16. Klik Allow untuk take picture and record video dan Allow untuk record audio

 
17. TAHNIAH!! kerana anda telah pun menyertai mesyuarat secara virtual!

Ini adalah paparan dalam Laptop atau Ipad atau tablet. Sekiranya anda menggunakan Ipad atau Tablet Android, ia boleh menggabungkan 10 orang untuk setiap halaman atau 'page'. Jadi, anda perlu 'slide' page ke kanan atau ke kiri untuk melihat rakan-rakan anda yang lain

Manakala, sekiranya anda menggunakan laptop atau PC, anda bole melihat ke semua yang menyertai meeting anda sehingga maksimum 99 orang dalam satu-satu masa di dalam satu halaman sahaja

Contoh 50 orang peserta conference dalam satu-satu masa bole dilihat dalam 1 paparan skrin bila menggunakan komputer samada laptop, macbook atau PC.
Manakala, kalau anda menggunakan telefon pintar samada iphone atau fon android anda hanya boleh melihat hanya 4 orang untuk setiap halaman. Jadi, sekiranya ada 99 orang dalam meeting tersebut anda bolehlah slide ke kiri atau ke kanan untuk melihat rakan-rakan anda yang lain

Setiap halaman atau 'page' hanya memaparkan 4 orang peserta meeting. Anda boleh 'slide' ke kanan atau ke kiri untuk melihat rakan-rakan lain.
MASALAH YANG BAKAL DIHADAPI PENGGUNA KALI PERTAMA
1. Tiada Audio (suara anda tidak didengari peserta lain)
  
Kedua-dua tanda ini menunjukkan microfon anda dinyahkan atau 'mute'. Dalam bahasa mudahnya orang lain takkan dengar apa yang anda cakap

Jadi, cara penyelesaiannya mudah sahaja dengan klik butang microfon merah seperti gambar di bawah ini:

Selepas anda klik butang microfon ini, maknanya suara anda sudah boleh didengar oleh orang lain


2. Masalah tiada video anda. 

Selalunya gambar anda yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kerana anda mungkin tidak 'ON' kan video anda untuk ditonton oleh orang lain. Dan butang kamera pada skrin anda bewarna merah seperti gambar di atas

Selain itu, gambar di skrin anda hanya memaparkan gambar profil anda sahaja dan tiada video

Jadi, bagaimana cara untuk mengatasinya? Mudah sahaja, anda hanya perlu klik semula butang kamera merah sperti gambar di bawah ini:

Dan selepas itu anda boleh melihat video anda dan rakan-rakan lain


Kemudian, anda boleh slide ke kiri untuk melihat rakan-rakan anda yang menyertai meeting ini



KESIMPULANNYA
Kesimpulannya, sepanjang tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP ini boleh juga anda menggunakan kecanggihan teknologi yang ada untuk perkara-perkara bermanfaat seperti ini

Gunakanlah medium teknologi yang ada ini untuk sebaik mungkin

Saya percaya bahawa rakan-rakan boleh menggunakan applikasi seperti ZOOM Cloud Meeting ini untuk tujuan mesyuarat kerja hakiki anda atau untuk tujuan kerja-kerja kemasyarakatan seperti saya

Atau ia juga boleh digunakan untuk tujuan mengukuhkan perniagaan atau seumpamanya

Atau anda juga boleh menggunakan medium ini untuk merapatkan silaturahim diantara ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran mahupun kenalan-kenalan yang jauh atau yang dekat

Selain itu, ntuk memastikan video anda dapat dilihat serta audio dapat juga didengar oleh rakan-rakan anda yang turut menyertai meeting ini, pastikan paparan di fon ada adalah seperti di bawah:

Sekiranya saudara/i merasakan informasi ini baik sila sampaikan kepada saudara, rakan, taulan dan kenalan anda yang lain

Sekian, trimas

Zaihan ZainalCyberjaya, 4:41Hrs, 27/03/2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/03/zoom-cloud-meeting-cara-meeting-secara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Mohon Bpn Online Lhdn

Cara Mohon Bpn Online Lhdn

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 520 hits
Cara Mohon BPN Online LHDN Seperti yang semua rakyat Malaysia sedia maklum baru baru ini YAB Perdana Menteri Malaysia ada mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat Covid 19 Salah sa...
Cara Memohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

Cara Memohon Pengeluaran I Lestari Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 530 hits
Cara memohon pengeluaran i Lestari KWSP secara online Bagi meringankan beban kewangan rakyat berikutan wabak COVID 19 kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membuat pengeluaran simpanan menerusi Pengeluaran i Lestari d...
Cara Kesan Scammers Secara Online

Cara Kesan Scammers Secara Online

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 303 hits
Salam sejahtera semua Hari ini negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ianya berpunca daripada menularnya Virus COVID 19 yang membunuh sudah hampir 45 penduduk di Malaysia Amat menakutkan Amat menakutkan Pandemik Jadi kit...
Cara Daftar I Akaun Epf Online Untuk Dapatkan Rm500 I Lestari Kwsp

Cara Daftar I Akaun Epf Online Untuk Dapatkan Rm500 I Lestari Kwsp

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 1117 hits
CARA DAFTAR I AKAUN EPF ONLINE UNTUK DAPATKAN RM500 i LESTARI KWSP 1 April 2020 bermulalah gelombang baru iaitu gelombang pengeluaran KWSP akaun 2 Beberapa hari lepas PM kita ada mewar warkan semua orang boleh mengeluarkan duit dari KWSP ya...
Keluarkan Rm500 Bulan Dari Kwsp Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp I Akaun 2 Secara Online

Keluarkan Rm500 Bulan Dari Kwsp Cara Mohon Pengeluaran I Lestari Kwsp I Akaun 2 Secara Online

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 670 hits
Cara Mohon Pengeluaran i Lestari KWSP i Akaun 2 Secara Online Hai Bermula 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021 pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka dari Akaun 2 i Lestari KWSP Amaun pengeluaran i Lestar...
Cara Semak Status Bsh 2020 Online

Cara Semak Status Bsh 2020 Online

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 818 hits
Cara Semak Status BSH 2020 Online Jom admin kongsikan kepada anda semua bagaimanakah cara untuk menyemak secara online Bantuan Sara Hidup anda Bantuan BSH ini adalah untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM4000 00 Bermakna penda...
Cara Mudah Renew Insurans Motorsikal Secara Online

Cara Mudah Renew Insurans Motorsikal Secara Online

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 549 hits
Memandangkan Malaysia sekarang tengah dalam Perintah Kawalan Pergerakan jadi tak banyak premis seperti kedai motorsikal syarikat insurans pejabat POS mahupun kaunter JPJ dibuka untuk memperbaharui cukai jalan dan juga insurans motorsikal Ja...
Cara Semakan Permohonan Yapeim Online Terkini

Cara Semakan Permohonan Yapeim Online Terkini

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 543 hits
Cara Semakan Permohonan Yapeim Online Terkini Semakan Pemohonan Yapeim Online Dana Inspirasi Malaysia 2020 Fasa 1 Tarikh semakan status Dana Inspirasi Malaysia YAPEIM 2020
Cara Pengeluaran Akaun 2 Kwsp Secara Online

Cara Pengeluaran Akaun 2 Kwsp Secara Online

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 1406 hits
CARA PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP SECARA ONLINE Berdasarkan Inisiatif pengeluaran menerusi i Lestari ahli dibenarkan membuat pengeluaran wang sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan untuk menangani impak penularan virus Covid 19 secara online Se...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah