Zolkples Ziyad Tak Layak Di Berikan Ganjaran Memandangkan Kegagalan Adalah Kegagalan




KUALA LUMPUR - Cadangan untuk memberikan ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli selepas kemenangan dibatalkan serta pingat emasnya ditarik balik di Paralimpik Tokyo 2020 dianggap tidak wajar memandangkan 'kegagalan adalah kegagalan'.
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, insiden malang dihadapi Ziyad harus dijadikan pengajaran dan sekiranya cadangan pemberian ganjaran itu diterima, ia bakal memberi impak negatif pada masa depan sekiranya situasi sama turut berlaku kepada atlet lain.
Malah, Zolkples menegaskan ia tentunya bakal menidakkan syarat-syarat termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN).
"Asasnya, Ziyad dalam kes ini, dia dikatakan 'Did Not Start' walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya. Pada akhirnya, kejayaan dia ditarik dan dia tidak berjaya, gagal. Jadi, bagaimana kita nak menafikan kegagalan itu?
"Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang nak 'menangguk di air keruh', kononnya nak tunjuk simpati. Saya pun simpati. Kalau nak dikirakan nilai sentimental, saya adalah orangnya kerana sayalah yang mula membawa Ziyad sewaktu saya Ketua Pengarah MSN.
"Kejayaan Ziyad bermula di London 2012, pada masa itu saya ketua kontinjen dan dia memenangi pingat gangsa," kata Zolkples ketika dihubungi BH Sukan.
Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada Ziyad bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, insiden pembatalan pingat emas dan rekod dunia dilakar Ziyad tidak pernah dijangka, malah tidak pernah difikirkan ketika dasar pemberian ganjaran kepada atlet yang meraih kejayaan di temasya sukan dibuat.
Malah bekas menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara lisan turut menyokong usaha yang bakal dibentangkan Faizal itu ke Kabinet nanti.
Zolkples berkata, beliau berpendapat ganjaran yang dicadangkan itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan susulan pandemik COVID-19.
"Kecualilah kalau mereka yang cadangkan itu ingin mencari duit sendiri, bagi duit sendiri... itu lainlah. Tapi jangan guna duit SHAKAM kerana di bawah kategori SHAKAM, tak ada peruntukan yang boleh membenarkan Ziyad menerima imbuhan ini.
"Apa yang penting, jangan mulakan kerana kalau diberi nanti, apabila ada lagi kes seperti ini berlaku, maka akan jadi haru-birulah. Seperti saya katakan, peraturan dibuat untuk diikuti bukan untuk dilanggar.
"Dalam mana-mana pertandingan, ada peraturannya ada SOP (Prosedur Operasi Standard) yang perlu diikuti, kalau salah kita terima sajalah. 'Move on'.
"Lagipun, Ziyad sendiri sudah menerima banyak insentif sebelum ini. Dia sudah menerima skim persaraan, skim ini sekali seumur hidup dan dia sudah menerimanya sejak 2016 lagi," tambah Zolkples.
Pada Rio 2016, Ziyad bersama Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi emas ketika itu masing-masing menerima ganjaran RM1 juta di bawah SHAKAM, unit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan Kia Sportage baharu disumbangkan oleh Naza Corporation Holdings.
Malah, di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO), ketiga-tiga atlet itu mendapat RM5,000 setiap sebulan sepanjang hayat bermula daripada mereka memenangi emas berkenaan. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/zolkples-ziyad-tidak-layak-di-beri.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ganjaran Muhammad Ziyad Kbs Akan Kemuka Cadangan Kepada Kabinet

Ganjaran Muhammad Ziyad Kbs Akan Kemuka Cadangan Kepada Kabinet

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 170 hits
PUTRAJAYA 3 Sept Kementerian Belia dan Sukan akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru paralimpik kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 M...
Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan Pingat Emas Rekod Dunia Dicuri Kj Bersuara Isu Kemenangan Ziyad Dibatalkan

Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan Pingat Emas Rekod Dunia Dicuri Kj Bersuara Isu Kemenangan Ziyad Dibatalkan

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 317 hits
Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut m...
Diam Diam Rupanya Hunny Madu H4mil 5 Bulan Bulan Kedua Adalah Tempoh Paling Panjang Dalam Hidup Saya

Diam Diam Rupanya Hunny Madu H4mil 5 Bulan Bulan Kedua Adalah Tempoh Paling Panjang Dalam Hidup Saya

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 672 hits
Penyanyi dan pengacara televisyen Hunny Madu memaklumkan dirinya kini h4mil lima bulan Berkongsi perkara terbabit di Instagram kata Hunny dia melalui fasa al4han tervk sepanjang bulan kedua dan ketiga Masanya untuk berkongsi r4hsia Saya sed...
Pengangkutan Malaysia Di Ambang Kegagalan

Pengangkutan Malaysia Di Ambang Kegagalan

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 367 hits
Ada beberapa kawan yang bertanya kepada saya beberapa hari yang lalu apakah kemajuan Malaysia dalam bidang pengangkutan selama 17 bulan bawah pemerintahan Jemaah Menteri yang lalu Apakah sewaktu pandemik menyerang kita telah menggunakan mas...
Hina Hukum Allah Ketahuilah Duit Itu Adalah Bala Dan Allah Sedang Menghina Kamu

Hina Hukum Allah Ketahuilah Duit Itu Adalah Bala Dan Allah Sedang Menghina Kamu

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 273 hits
Lebih hina dan lebih dosa lagi ialah bukan saja tak sembahyang berjemaah bukan saja tak sembahyang bangga pula umum depan orang dia tak sembahnyang Ini hak paling terbaru sekali semalam Allah bagi nikmat harta banyak dia duk ingat dia boleh...
Polri Seorang Terduga Teroris Ji Adalah Residivis Dengan Hukuman 3 5 Tahun

Polri Seorang Terduga Teroris Ji Adalah Residivis Dengan Hukuman 3 5 Tahun

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 206 hits
Ramadhan menjelaskan penangkapan terhadap T alias AR dilakukan Densus 88 adalah perbuatan baru yang saat ini masih masih bersifat dugaan
Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional

Kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 168 hits
Kegagalan sebenar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional ialah kelemahan dalam permainan propaganda dan mereka juga gagal untuk menjawab fitnah yang dilempar oleh Pakatan Harapan dan golongan pembangkang dalam Umno
Tak Sangka Lambaian Atas Ambulans Adalah Lambaian Terakhir Abah

Tak Sangka Lambaian Atas Ambulans Adalah Lambaian Terakhir Abah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 243 hits
Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati seseorang apabila insan tersayang terutamanya ahli keluarga telah pergi buat selama lamanya Walaupun pahit untuk ditelan namun sebagai hamba Allah SWT kita perlu redha dengan ketentuan Nya Itulah y...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Drama Pabila Dia Tersenyum

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doakan Rayhana Ya

Melissa Memikat Cahaya Chord

Cerita Raya Pertama Kami Di Segamat

Quote Guru Sempena Hari Guru 2025

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r

Menginap 2h1m Di Concorde Hotel Shah Alam