Zizie Dituduh Terima Suapan Bagi Pihak Bung Moktar
Zizie Izette mengaku tidak bersalah bersubahat menerima rasuah bersama suaminya Bung Moktar Radin. – Foto Shafwan Zaidon
Isteri Datuk Seri Bung Moktar, Datin Seri Zizie Izette A Samad hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Datin Seri Zizie Izette A. Samad, 41, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azura Alwi.
“Saya minta bicara,” kata pelakon itu yang pernah membintangi drama bersiri ‘Hero Seorang Cinderella’ dalam nada yang tenang sambil menggelengkan kepala.
Bagi pertuduhan pertama, Zizie Izette didakwa bersubahat dengan Moktar Radin, 60, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, dengan memperoleh suapan wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid, 38 tahun.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi suaminya mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad, di mana kesalahan itu dilakukan hasil daripada persubahatan tertuduh.
Bagi pertuduhan kedua, wanita itu didakwa bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan serupa.
Zizie Izette juga dituduh bersubahat dengan Bung Moktar dengan memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama tertuduh bagi tujuan yang sama.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Umar Saifuddin Jaafar menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. — Bernama | Majalah Review Malaysia
DIKEMASKINI: Bung Moktar didakwa rasuah RM2.8 juta Felcra, Zizie bersubahat, bebas ikat jamin 100 ribu
KLIK SINI BACA: Pendedahan IGP Hamid Bador yang menggemparkan tentang skandal 1MDB
KLIK BACA: Penasihat Najib terima RM2.5 juta beri duit pada isteri dan anak
KLIK BACA: Shafee dituduh terima wang dari Najib, elak cukai LHDN, gubah wang haram
KLIK BACA: Siapa Roslan Sohari dikait bank Rosmah?
KLIK BACA: Anak saudara Hishammuddin dapat cek RM240,000 dari Najib
The post Zizie dituduh terima suapan bagi pihak Bung Moktar appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/191849/zizie-dituduh-terima-suapan-bagi-pihak-bung-moktar/