Zizi Kirana Dihina Sebab Kulit Saya Gelap






BULI bukan satu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia mampu mengganggu emosi dan mental seseorang yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral itu.

Bagi penyanyi, Zizi Kirana, dia bangkit dan berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli ketika zaman remaja.

Menurut penyanyi lagu Eh itu, dia sering diejek dari segi bentuk fizikal dan warna kulitnya ketika berada di alam persekolahan.

"Ketika zaman remaja, saya sendiri berdepan situasi di mana menjadi mangsa buli di sekolah.

"Pelbagai kata-kata kurang baik dilemparkan kerana fizikal saya antaranya dihina berikutan warna kulit saya yang gelap dan digelar jongang serta gigi arnab," katanya.

Itu semua pada awalnya membuatkannya rasa tertekan. Namun, Zizi bangkit dan terus menguatkan semangatnya untuk berdepan pembuli berkenaan.

"Bila dah meningkat dewasa, saya dah tak terlalu menghiraukan kata-kata dan sikap pembuli ini kepada saya.

"Tambahan pula, saya lebih selesa berkawan dengan lelaki dan mereka yang selalu membela saya," katanya.

Melonjak dewasa, dia kini berdepan pula dengan pembuli dalam kalangan warganet.

"Bila dah dewasa, buli itu datang dalam bentuk lain pula iaitu buli siber dan pelakunya adalah dalam kalangan warganet.

"Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada saya antaranya, mereka menuduh saya perempuan murahan. Paling parah adalah wujud antara warganet yang menganggap saya tiada pegangan agama.

"Tapi, tak jadi masalah sebab saya sendiri pun dah kebal dan imun dengan kata-kata daripada orang ramai," katanya.

Zizi bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang sentiasa menyokong kerjayanya.

"Dalam 100 warganet, bukan semua bersikap pembuli kerana hanya 30 peratus sahaja. Selebihnya masih menyokong setiap aktiviti dan kerjaya saya

"Lebih penting, adalah keluarga serta rakan-rakan sentiasa ada di belakang saya dan menjadi sumber kekuatan. Nak layankan mulut warganet yang suka membuli, sampai bila pun tak habis," katanya.

Berkongsi mengenai isu buli, Zizi juga menerima banyak komen serta mesej daripada mereka yang pernah menjadi mangsa buli, selepas dia berkongsi keratan mengenai isu itu di Instagram.

"Rata-rata, ramai yang berkongsi pengalaman mereka dibuli ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Ada yang sampai tahap trauma dan tak mahu berkawan dengan orang kerana terlalu takut.

"Apa yang boleh saya katakan adalah jangan hiraukan pembuli terbabit kerana mereka mempunya masalah hati dan jiwa. Justeru, menjadikan orang lain sebagai tempat melepas geram.

"Orang begini juga sebenarnya tidak gembira dan tidak bahagia dengan kehidupan mereka. Jadi, mereka tak suka melihat orang lain bahagia," katanya.

Zizi juga menyeru supaya mereka yang pernah menjadi mangsa buli tidak mudah putus asa untuk meneruskan kehidupan.

"Jangan putus asa dan berputus harapan dengan kehidupan. Sentiasa jadikan kehidupan kita lebih positif dan jangan biarkan orang luar yang kita tak kenal, mengawal kehidupan kita," katanya.

Teruja buat persembahan dengan M Nasir

Terbaru, Zizi bakal berkongsi pentas dengan penyanyi legenda, Datuk M Nasir dalam satu acara konsert yang akan berlangsung di Istana Budaya.

"Insya-Allah, pada 17 dan 18 Julai ini berlangsung Konsert New Normal di Istana Budaya dan saya dijemput untuk membuat persembahan.

"Yang membuatkan saya rasa gemuruh adalah apabila diminta berduet dengan penyanyi ternama seperti (Datuk) M Nasir dan tentunya saya perlu melakukan persiapan terbaik," katanya.

Selain itu, Zizi juga bakal muncul dengan lagu baharu sebagai penampilan khas untuk salah satu lagu dimuatkan dalam album Edy Gerhana Ska Cinta.

"Judul lagunya masih dirahsiakan. Tapi, apa yang saya boleh kongsi, ia sebuah karya lagu bahasa Inggeris dengan rentak balada," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/07/zizi-kirana-dihina-sebab-kulit-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pend3k Hitam Jong4ng Zizi Kirana Buka Cerita Kena Ej3k Zaman Sekolah

Pend3k Hitam Jong4ng Zizi Kirana Buka Cerita Kena Ej3k Zaman Sekolah

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 630 hits
Penyanyi Zizi Kirana mended4hkan dia sering menjadi m4ngsa ej3kan sewaktu zaman persekolahan terutamanya ketika berada di tingkatan satu dan dua Menurutnya pelbagai gelaran dan panggilan yang diberi untuk Zizi namun dia memilih untuk tidak ...
Zizi Kirana Kurang Berkawan Dengan Perempuan Gara Gara Pernah Dibvli Mereka Ej3k Saya Pend3k Hit4m Gigi Jong4ng

Zizi Kirana Kurang Berkawan Dengan Perempuan Gara Gara Pernah Dibvli Mereka Ej3k Saya Pend3k Hit4m Gigi Jong4ng

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 282 hits
SELEPAS penyanyi rap Yonnyboii mended hkan pengalaman dibuli kini Zizi Kirana tampil berkongsi kisah yang hampir sama apabila diej3k dengan pelbagai gelaran Zizi atau nama sebenarnya Nurfazelah Mad Tahil 35 berkata dia dipanggil dengan gela...
Kulit Tortilla Homemade Untuk Snek Atau Sarapan Sihat Anak Perlu 3 Bahan Je Mudah Jimat

Kulit Tortilla Homemade Untuk Snek Atau Sarapan Sihat Anak Perlu 3 Bahan Je Mudah Jimat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 571 hits
Anak anak di tadika kini sudah mula bersekolah dan selepas ini anak anak di sekolah rendah dan menengah pula bakal memulakan sesi persekolahan setelah dicutikan kerana pandemik Covid 19 Kebanyakkan tadika dan sekolah menggalakkan ibu bapa m...
Lindungi Kulit Dari Sinaran Uv Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Sunblox Keluaran Nuvit

Lindungi Kulit Dari Sinaran Uv Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Sunblox Keluaran Nuvit

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 418 hits
Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Minuman Sunblox Keluaran Nuvit Walaupun kini kita masih berada dalam fasa PKPB ada juga diantara kita yang telah mula bekerja seperti biasa dan ada juga yang masih bekerja d...
Tamar Milk Shake Badan Bertenaga Kulit Cerah Berseri

Tamar Milk Shake Badan Bertenaga Kulit Cerah Berseri

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 594 hits
Nama item Tamar Milk ShakeIsian kandungan 15 sachetHarga Normal RM59Harga Promosi Whatsapp ke 014 8228905 untuk harga Promosi Terkini Info Produk Tak sempat bersarapan Jom minum Tamar Milk Shake by Farra Beauty untuk tenaga segera Bagus unt...
5 Ciri Ciri Ayam Yang Sudah Disuntik Termasuk Kulit Kelihatan Licin Tak Kesat

5 Ciri Ciri Ayam Yang Sudah Disuntik Termasuk Kulit Kelihatan Licin Tak Kesat

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 379 hits
Tak dapat dinafikan orang Malaysia tidak mengira bangsa dan agama sangat gemar memakan ayam Tambahan pula ada sesetengah masyarakat yang mengambil ayam sebagai sebahagian daripada diet harian mereka Tetapi apa yang anda perlu tahu sebelum m...
10 Kandungan Produk Masker Untuk Memutihkan Wajah Yang Aman Untuk Kulit

10 Kandungan Produk Masker Untuk Memutihkan Wajah Yang Aman Untuk Kulit

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 297 hits
Rangkaian produk pencerah wajah biasanya terdiri dari facial wash toner krim pagi krim malam dan serum Namun kini masker juga dimasukkan ke dalam rangkaian produk untuk mencerahkan dan memutihkan wajah Selain karena masker memang cukup efek...
Tips Rawat Kulit Sensitif Dan Masalah Kulit

Tips Rawat Kulit Sensitif Dan Masalah Kulit

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 372 hits
Assalamualaikum Hari ni Abe nak kongsikan dengan korang Tips Mudah untuk rawat menyelesaikan masalah kulit sensitif Tips Rawat Kulit Sensitif Dengan KOOLIT Abe rekemenkan produk ni sebab ianya amat sesuai untuk korang yang mudah naik ruam d...
Nuvit Sunscreen Dan Sunblox Lindungi Kulit Luar Dan Dalam Dari Sinaran Uv

Nuvit Sunscreen Dan Sunblox Lindungi Kulit Luar Dan Dalam Dari Sinaran Uv

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 384 hits
Siapa kat sini memang wajib guna krim pelindung matahari atau nama glamor dia sunscreen sunblock Eh ada 2 apa beza kedua dua sunscreen sunblock ni Ada beza dia Nanti k fiezz huraikan sikit info dia TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARISebenarnya ...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Rose B Buai Aku Jaga Ia Sulu Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Everyman Tracker Build Pt 8 Pre Wiring Wrap Up