Lindungi Kulit Dari Sinaran Uv Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Sunblox Keluaran Nuvit


Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Minuman Sunblox Keluaran Nuvit | Walaupun kini kita masih berada dalam fasa PKPB, ada juga diantara kita yang telah mula bekerja seperti biasa, dan ada juga yang masih bekerja dari rumah saja. Bagi mereka yang telah mula bekerja, mereka seringkali terdedah dengan sinaran ultraviolet (uv) yang mana jika dibiarkan terdedah secara berlebihan akan merosakkan kulit. Tambahan pula keadaan cuaca sekarang ni yang tak menentu, perlindungan untuk kulit seperti sunblock atau sunscreen adalah sangat penting ye

Apa Itu Sinaran Ultraviolet (UV)Bagi memahami dengan lebih jelas lagi mengenai sinaran ultraviolet ni, kinah ada rujuk dengan wikipedia apa itu sinaran ultraviolet. Sinaran ultraviolet atau sinar ultraungu atau lebih tepat lagi ultralembayung merupakan sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang yang lebih pendek dari cahaya nampak. Panjang gelombang untuk sinar uv adalah antara 200-400 nm, dan bertenaga dari 3 ev hingga 124 ev. 
Terdapat tiga rantau spektrum pada sinaran masuk UV. Ia diklasifikasikan sebagai UVA (320 - 400 nm), UVB (290 - 320 nm) dan UVC (100 – 280 nm). Gelombang rantau spektrum yang lebih pendek, UVC, boleh diabaikan pada permukaan bumi memandangkan ia paling diserap oleh ozon di stratosfera. Justeru, kandungan utama sinaran UV yang sampai ke permukaan bumi adalah UVA dan UVB, dengan jumlah yang lebih kecil. 
Apabila cahaya matahari menembusi atmosfera bumi, kesemua UVC dan lebih kurang 90% UVB diserap oleh ozon, wap air, oksigen dan karbon dioksida. UVA amat kurang diserap oleh atmosfera. Oleh yang demikian, sinaran UV yang sampai ke permukaan Bumi kebanyakannya terdiri daripada UVA dan sejumlah kecil komponen UVB. Paras sinaran UV biasanya dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu ketinggian matahari, latitud dan juga altitud. 

Bahaya Sinaran UV Kepada KulitBunyi macam sedap je dengar sinaran uv ni, tapi korang kena tau betapa bahayanya sinaran ultraviolet jika terdedah terlalu lama tanpa sebarang perlindungan. Lagi teruk, lapisan ozon kini semakin hari semakin nipis disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. 
Antara bahaya sinaran uv kepada kulit kita ialah: 
1. Sunburn dan Penuaan KulitPenuaan kulit pra-matang, sunburn atau erythema (kemerahan kulit) merupakan kesan-kesan yang seringkali berlaku akibat terdedah kepada sinaran UV. Pendedahan yang berpanjangan akan memberi kemudaratan serta membawa kerosakan kronik yang serius. 
2. Kanser Kulit Bukan Jenis MelanomaKanser kulit bukan jenis melanoma seperti karsinoma sel basal dan karsinoma sel squamous adalah kesan kronik sinaran uv yang boleh dirawat melalui pembedahan saja. Walaupun jarang membawa maut, ianya boleh menyebabkan kesakitan dan kecacatan kerana kebiasaannya kerosakan ni berlaku di bahagian kawasan badan yang lebih terdedah seperti telinga, muka, leher dan lengan

3. Melanoma MalignanMerupakan kanser paling dasyat dan juga punca utama kepada kematian akibat kanser kulit. Individu yang berkulit cerah, rambut berwarna merah atau cerah serta ambang erythema yang rendah selepas terdedah secara berterusan dengan sinaran uv lebih cenderung kepada kanser kronik ini

4. MataMata adalah sebahagian anggota badan yang sensitif dan bahagian yang sering terdedah dalam badan kita. Pendedahan sinaran UV terlalu lama boleh menyebabkan kesan seperti photo-keratitis dan photo-konjunctivitis, radang bola mata, dan kelopak mata. Walaupun kesan kedua-dua keadaan ni boleh diubah, ianya memberi komplikasi yang begitu menyakitkan

Katarak turut terjadi akibat pendedahan cahaya matahari dan sinaran uv yang keterlaluan. Katarak juga boleh menyebabkan mata kita menjadi buta pada peringkat yang kronik

5. Sistem Imun Terdapat kajian (tidak pasti daripada mana sumber) menunjukkan bahawa pendedahan sinaran uv boleh mengurangkan sistem pertahanan badan kita terhadap tumor kulit. Sistem pertahanan yang semakin merosot boleh meningkatkan jangkitan virus, bakteria, dan sebagainya disamping mengurangkan keberkesanan vaksin

Hah rupanya banyak juga kesan sinaran uv ni kepada kita jika terdedah terlalu lama. Selama ni, kita pandang remeh je akan hal sebegini. Selepas ini, pastikan sebelum keluar rumah, pastikan diri kita telah dilindungi terlebih dahulu. 

Bagaimana Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Yang Berbahaya
Bagaimana nak lindungi kulit dari sinaran uv ni? 
1. Pakai Pakaian Yang SesuaiPemilihan pakaian yang sesuai ketika berada di luar rumah ni penting tau. Seeloknya pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik tenunan kerana ianya lebih sesuai untuk dipakai di bawah cahaya matahari. Selain tu, pakai pakaian yang berwarna gelap berbanding cerah. Jangan lupa bawa topi bersama bagi melindungi rambut daripada terik cahaya matahari

2. Guna Cermin Mata HitamJangan lupa bawa cermin mata hitam bersama ye apabila berada di luar. Pakai cermin mata hitam ni bukan saja nampak bergaya saja, malah ianya mampu melindungi mata dan kulit disekitar mata kita daripada rosak. 
3. Guna Sunscreen Pada Bahagian Badan yang TerdedahKinah yakin ramai diantara kita yang mengabaikan penggunaan sunscreen ni sebab rasa leceh nak guna tambah bila duduk di rumah je, buat apa nak pakai. Betul tak? Sebenarnya tanggapan tu salah tau sebab sinaran uv ni tetap juga boleh masuk dalam rumah melalui tingkap ataupun pintu

Lindungi Kulit Dari Sinaran UV Dengan Sunscreen Daily Defender Dan Sunblox Keluaran Nuvit Sebelum mula PKP ni selalu bawak Thahirah keluar pergi main di taman, kekadang tu teman dia main dengan kawan-kawannya di luar rumah setiap petang. Jadi, sebelum lepaskan dia keluar bermain di luar kinah akan pastikan Thahirah pakai sunscreen terlebih dahulu. Walaupun sekarang ni PKPB dan aktiviti luar masih terbatas, kami tetap menggunakan sunscreen sebagai perlindungan

Oh ye, baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan produk khusus untuk perlindungan kulit ni tau. Apa yang menariknya produk ni bukannya satu tapi dua produk khusus perlindungan kulit dari sinaran uv iaitu sunscreen Daily Defender dan Minuman Kesihatan Sunblox keluaran Nuvit

Nuvit Daily Defender SPF50+***(Lightweight Moisturising Sunscreen)Korang yang tengah survey nak cari sunscreen yang tak berminyak dan tak melekit, Nuvit Daily Defender la jawapannya. Nuvit Daily Defender ni dengan SPF50+ dapat membantu melindungi kulit kita daripada sinaran cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit kita dan kesannya kinah dah cerita panjang lebar di atas tadi. Korang tak perlu risau dengan Nuvit Daily Defender ni, ianya selamat digunakan, lembut, tidak mengandungi alkohol, tidak mengandungi paraben dan bebas wangian. Apa yang pasti, ianya sesuai untuk semua jenis kulit.

Kelebihan Menggunakan Nuvit Daily Defender SPF50+***Sebenarnya banyak kelebihan yang kita dapat bila kita konsisten menggunakan Nuvit Daily Defender SPF50+*** ni tau. Antaranya ialahDapat membantu mengurangkan kesan garis halus dan kedutan di wajahDapat membantu mencerahkan tona kulit yang tak sekataDapat membantu atau mengurangkan risiko menghidap kanser kulit
Cara Menggunakan Nuvit Daily Defender SPF50+***Cara menggunakan krim perlindungan ni mudah je. Hanya sapu di kawasan yang sering terdedah seperti di kawasan tangan, dan muka terutamanya (elakkan sapu di kawasan mata)
Minuman Kesihatan Nuvit SunbloxNuvit SunbloxSelain perlindungan luaran, dalaman pun jangan dilupakan. Selepas menggunakan Nuvit Daily Defender Sunscreen sebagai perlindungan sinaran UV dari luaran, boleh amalkan minuman kesihatan Sunblox dari Nuvit. Banyak kelebihan yang diperoleh apabila mengamalkan minuman Sunblox ini.

Nuvit Sunblox merupakan minuman kesihatan yang berperisa oren dan lemon yang mengandungi vitamin c, kolagen Tripeptide dan Nutrosun. Gabungan ketiga-tiga bahan ini dapat membantu melindungi dan memperbaiki kulit kita daripada kesan terbakar akibat panas matahari (sunburn) dan membantu mengurangkan masalah penuaan kulit.

Ramuan yang Digunakan Di Dalam Minuman Kesihatan Nuvit SunbloxKolagen ikan, Oligosakarida, Serbuk Oren, Vitamin C, NutroxSun™, Serbuk Lemon dan Ekstrak Polypodium Leucotomos.

Bahan Utama - NutroxSun™ adalah ramuan photoprotective eksklusif oral berdasarkan tumbuhan. Mengandungi dua bahan anti-oksidatif dan anti-radang, ekstrak Citrus dan ekstrak Rosemary. Dengan gabungan kedua-dua bahan ini, dapat membantu menghalang penuaan foto dengan menghalang pembentukan spesies oksigen radikal (ROS) dalam kulit. 
Kelebihan Mengamalkan Minuman Kesihatan Nuvit Sunblox1. Mengurangkan kesan selaran matahari - NutroxSun™ dan Polypodium Leucotomos dapat mengurangkan kemerahan dan kegelapan kulit setelah terdedah kepada matahari

2. Mengurangkan penuaan kulit - NutroxSun™ mengimbangi penjanaan spesies oksigen reaktif yang disebabkan oleh radiasi UV yang akan menyebabkan penuaan kulit pramatang

3. Mengekalkan keanjalan kulit - Kandungan kolagen di dalam minuman Nuvit Sunblox dapat meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan

4. Mengurangkan kerosakan kulit - Pendedahan kepada sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan apoptosis sel, kerosakan DNA dan tumor kulit. Antioksidan seperti Vitamin C, NutroxSun™ dan Polypodium Leucotomos boleh membantu mencegah kerosakan kulit yang disebabkan oleh UV

Cara Bancuh Minuman Kesihatan Nuvit SunbloxHanya campurkan 1 sachet dengan 180ml air bersuhu bilik, kemudian kacau campuran tadi sehingga larut. Korang digalakkan untuk mengambil Nuvit Sunblox hanya sekali sehari saja dan jangan lupa minum air kosong dengan mencukupi.

Gentle Reminder
Penggunaan Nuvit Sunblox dan juga pelindung matahari menawarkan perlindungan yang lengkap untuk kulit di bawah pendedahan matahari yang panjang.

Untuk dapatkan lebih maklumat mengenai kedua-dua produk perlindungan sinaran UV ni, bolehlah layari

Website : http://www.nuvit.com.my
Facebook:https://www.facebook.com/nuvitmy
Instagram: https://www.instagram.com/nuvitmy


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apekinah.com/2020/07/lindungi-kulit-dari-sinaran-uv-dengan-produk-nuvit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nuvit Sunscreen Dan Sunblox Lindungi Kulit Luar Dan Dalam Dari Sinaran Uv

Nuvit Sunscreen Dan Sunblox Lindungi Kulit Luar Dan Dalam Dari Sinaran Uv

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 356 hits
Siapa kat sini memang wajib guna krim pelindung matahari atau nama glamor dia sunscreen sunblock Eh ada 2 apa beza kedua dua sunscreen sunblock ni Ada beza dia Nanti k fiezz huraikan sikit info dia TERDEDAH KEPADA CAHAYA MATAHARISebenarnya ...
Beli Durian Dengan Kulit Vs Beli Isi Durian

Beli Durian Dengan Kulit Vs Beli Isi Durian

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 672 hits
1 Aku suka makan durian Dulu aku memang selalu beli durian timbang kulit 2 Tapi sejak gerai durian kat kawasan perumahan aku ada jual durian yang dah siap bukak isi masuk dalam tupperware aku suka beli yang tu je 3 Sebab beli buah durian ni...
Ini Bahan Alami Untuk Atasi Psoriasis Di Kulit Kepala

Ini Bahan Alami Untuk Atasi Psoriasis Di Kulit Kepala

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 423 hits
Banyak anggapan yang mengatakan jika psoriasis adalah ketombe Faktanya kedua penyakit kulit ini adalah berbeda Psoriasis kulit kepala merupakan peradangan yang terjadi pada kulit kepala yang disertai dengan ruam merah kulit kering tebal ber...
Unik Koki Yordania Ciptakan Masker Dari Kulit Terong

Unik Koki Yordania Ciptakan Masker Dari Kulit Terong

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 312 hits
Unik Koki Yordania Ciptakan Masker dari Kulit Terong Di tengah pandemi yang masih melanda dunia seorang koki asal Yordania menciptakan masker unik dari kulit terong
Cara Buat Kulit Mille Durian Crepe Guna Tepung Gandum

Cara Buat Kulit Mille Durian Crepe Guna Tepung Gandum

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 737 hits
Masa durian masih ada musim ni bolehlah pakat cuba belajar buat Durian Crepe ni Makan sejuk sejuk memang layan Guna resipi yang sama juga anda boleh hasilkan Mille Crepe Tak perlu susah susah guna 4 5 jenis tepung Hanya pakai tepung gandum ...
Produk Atasi Kulit Kering Terbaik Koolit Malaysia

Produk Atasi Kulit Kering Terbaik Koolit Malaysia

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 575 hits
Assallammualaikum Siapa disini menghadapi masalah kulit tangan kering kita geng Hihihi Tambah sekarang ini asyik pakai handrub memang bertambah keringlah kulit Banyak juga produk yang Shailla cuba untuk atasi kulit tangan yang kasar ini Mal...
Resepi Popia Basah Guna Kulit Popia Segera Mudahnya

Resepi Popia Basah Guna Kulit Popia Segera Mudahnya

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 1575 hits
Resepi Popia Basah Guna Kulit Popia Segera Mudahnya Bila sebut je popia ataupun popiah terus terbayang betapa rangupnya kulit popia di tambah dengan inti yang mabeles Bila makan terus ada bunyi krup krap krup krap ketika di kunyah Makin syi...
Koolit Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Sensitif

Koolit Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Sensitif

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 519 hits
Koolit Penyelesaian Terbaik Untuk Kulit Sensitif Baik lelaki mahupun wanita pasti inginkan kulit yang bebas daripada masalah Sekarang ni pelbagai produk penjagaan kulit muncul bagaikan cendawan selepas selepas hujan Tapi kena hati hati dala...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip