Zine Surat Dari Budak


Zine Surat Dari Budak. Buku yang menarik di Pesta Buku Melaka ni. Buku ni merupakan surat yang ditulis oleh pelajar sekolah. Nak mendidik anak anak suka menulis dan menulis surat pada kawan antara cara paling mudah nak pupuk minat menulis. Zaman dulu tulis surat ,pos surat ni biasa kan. Sekarang whatsapp je. Bila baca hasil coretan anak anak kecil ni memang mencuit hati. Kisah p rumah hantu la, mandi sungai, p pantai. Paling menarik perhatian adalah surat adik ni. Menarik betul surat .Apapun tahniah. Teruskan menulis. Bila menulis dari hati yang ikhlas pembaca pun rasa aura tu.
Zine itu apa? Bukan buku.
Bukan majalah terbitan umum.
Dalam sejarah, zine dipecahkan kepada dua keadaan.
Pertama, majalah edaran terhad yang diterbitkan sendiri. Tulis, cetak, potong, jilid sendiri.
Kedua, fanzine, majalah terbitan sendiri oleh peminat terhadap sesuatu kumpulan, topik dan budaya.
Zaman saya berada di tingkatan tiga, zine ada dijual di kedai majalah.
Kebanyakannya diterbitkan oleh kumpulan muzik alternatif.
Mereka tulis, susun dan cetak sendiri.
Ada yang dijual di gig dan festival anak muda.
Saya pun menerbitkan zine bersama Tuan Ahmad Saifuddin Yusof, Utusan Terakhir.
Rasanya akan ulang cetak.
Kebanyakan zine tidak diulang cetak agar menjadi naskhah terhad.
Mahu belajar hasilkan zine yang ada kandungan dan persembahan yang mahal,belajar daripada pengamalnya.
Tuan Hafiz Latiff dan Puan Sayidah Mu’izzah.
Sesuai untuk belajar menerbitkan sendiri, cuba-cuba berjualan dengan zine sebelum membesar.
Cikgu-cikgu dan pensyarah pun boleh jadikan ini tugasan kelas.
Klik pada nama mereka.
ZINE ~ DEMO TAPE PENULIS BARU Cerita dalam bentuk Zine semakin mendapat tempat di kalangan khalayak buku.
Ini kerana cerita di dalam Zine tidak mengambil masa lama untuk dihabiskan. Tidak bermakna cerita di dalam Zine tidak mempunyai isi. Dengan susunan ayat yang baik mampu membuat pembaca terusik.
Zine adalah cara baik untuk penulis penulis baru bermula. Boleh dihasilkan sendiri dan dijual sendiri. Bibliophile Malaysia menyamakan kewujudan Zine sebagai DEMO TAPE untuk penulis baru.
Zine juga digunakan untuk penulis yang sudah ada nama untuk membina jenama baru dalam penulisan mereka. Contoh Maria Kajiwa yang hadir denga zine swaterbit yang bertajuk NAGALUSIA.
Novelis Ibrah Sejarah Web Sutera turut mengusahakan swaterbit zine nya sendiri berjudul ROH PUAKA KANDANG. Zine ini telah pun ‘sold out’ dan beliau sedang tempahan zine kedua berjudul JELMA PUAKA.
Ada juga syarikat penerbitan yang fokus kepada penerbitan Zine seperti Terbitan Langit & LEGASI OAKHEART. Setiap Zine dijual dalam harga RM10-20 tidak termasuk pos.
TERBITAN LANGIT dalam kempen mengalakkan remaja membaca telah menerbitkan Zine berharga RM1.00. Ini adalah antara insentif murni yang perlu perhatian ramai.
Untuk pengetahuan ZINE boleh dicetak mengikut permintaan. Tidak perlu dalam kuantiti yang tinggi. Setakat ini ZINE ada diterbitkan dalam 50-100 buah.
Namun untuk Zine yang lebih kualiti, penerbit perlu juga mencari syarikat percetakan lebih berkualiti.
Kami di BIBLIOPHILE MALAYSIA menyarankan penerbitan Zine diterapkan di peringkat sekolah dan universiti. Ini supaya kita dapat mengasah bakat baru dalam bidang penulisan dari peringkat kanak kanak lagi.
Zine juga sepeti Majalah juga sangat menarik untuk dijjadiakan koleksi kerana limitasi cetakannya.
Format & Contoh Penulisan Surat Kiriman Tidak Rasmi Selain surat rasmi, terdapat 1 lagi jenis surat yang ditulis untuk kegunaan tidak rasmi iaitu Surat Kiriman Tidak Rasmi. Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah merupakan surat yang dihantar secara peribadi dan lazimnya ditulis kepada ahli keluarga, sahabat, guru, penjaga dan sebagainya. Bagi murid yang mengambil peperiksaan pula, surat jenis ini adalah merupakan karangan berformat.
Isi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu:
Bertanya khabar
Mengucapkan tahniah
Mengucapkan takziah
Memberi jemputan undangan
Menyampaikan ucapan atau nasihat
Terdapat beberapa tips penulisan surat jenis ini yang boleh dijadikan panduan iaitu:
Penulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut dan mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima.
Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan panggilan yang kasar.
Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.
Keunikan Surat Kiriman Tidak Rasmi adalah penggunaan kata ganti nama beradat.Berikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan dalam penulisan surat ini:
Ayah- Ayahanda
Ibu- Ibunda/ bonda
Datuk/Nenek- Nenda
Anak- Anakanda
Abang/Kakak- Kakanda
Adik- Adinda
Cucu- Cucunda
Rakan Lelaki- Saudara
Rakan Perempuan- Saudari
Terdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian seperti:
Alamat Pengirim
Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.
Tarikh
Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan diletakkan tanda noktah di hujungnya.
Pembuka kata
Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis pada perenggan pertama surat.
Kata Ganti Nama Penerima
Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat.
Isi
Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat dan dibahagikan kepada beberapa perenggan.
Penutup
Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan tujuan untuk mengakhiri surat tersebut.
Tanda Tangan
Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis.
Kanak-kanak dengan tulisan tangan yang baik cenderung cemerlang di sekolah Terdapat perkaitan yang positif di antara tulisan tangan yang baik dengan peningkatan prestasi akademik dalam aspek membaca dan menulis. Banyak kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang masih bersekolah tadika dan mempunyai tulisan tangan yang baik, cenderung untuk membaca dengan lebih baik ketika di sekolah rendah kelak. Selain itu, mereka juga mempunyai daya tumpuan yang lebih tinggi. Ini merupakan hasil daripada latihan menulis menggunakan tangan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi. Selain meningkatkan daya tumpuan, latihan menulis menggunakan tangan juga dapat memberi kesan yang positif kepada koordinasi motor, daya penglihatan serta memori untuk berkerjasama dengan lebih efisien.
Apabila kanak-kanak menulis sesuatu di atas kertas, perkara itu akan lebih mudah diingati oleh otak. Ini kerana proses menulis menggunakan tangan lebih melibatkan proses intelektual berbanding proses menulis menggunakan komputer. Ini akan membantu kanak-kanak lebih memahami kandungan penulisan mereka. Selain itu, menulis menggunakan tangan juga dapat membantu mereka untuk berfikir dengan lebih cepat. Oleh itu, latih anak anda untuk menulis menggunakan tangan dengan kemas dan teratur seawal sekolah rendah lagi untuk membantu mereka untuk lebih mudah mengingati produk pembelajaran mereka.
The post Zine Surat Dari Budak appeared first on FAIZ SAAID.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://faiz.anggur.uk/zine-surat-dari-budak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 2 Tahun Maut Terjatuh Dari Baby Chair Kepala Terhentak Di Lantai

Budak 2 Tahun Maut Terjatuh Dari Baby Chair Kepala Terhentak Di Lantai

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 141 hits
Budak 2 tahun maut terjatuh dari baby chair kepala terhentak di lantaiFoto sekadar hiasan sahajaSeorang kanak kanak lelaki dilaporkan maut selepas terjatuh dari baby chair dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Taman Sutera Johor...
Kesian Budak Ini Wakil Rakyat Ka Mb Tak Rasa Nak Turun Bagi Bantuan Ka Tak Tau Awat Yang Bingai Sampai Lagu Tu

Kesian Budak Ini Wakil Rakyat Ka Mb Tak Rasa Nak Turun Bagi Bantuan Ka Tak Tau Awat Yang Bingai Sampai Lagu Tu

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 100 hits
Pelajar cemerlang tolak tawaran ke MRSM demi jaga ibu bapa sakit October 6 2022 Penaung Kedah Darul Aman FC Mohd Daud Bakar melawat Nurfatin Hanis dan keluarganya di Sik Kedah PETALING JAYA Seorang pelajar cemerlang Tingkatan Tiga menolak t...
Nia Ramadhani Dapat Surat Cinta Dari Mikhayla Usai Baca Ingin Jadi Ibu Lebih Baik

Nia Ramadhani Dapat Surat Cinta Dari Mikhayla Usai Baca Ingin Jadi Ibu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 118 hits
Nia Ramadhani mendapat surat cinta dari anak perempuannya Mikhayla Isi suratnya begitu menyentuh hati Setelah membacanya ibu tiga anak itu mengaku ingin menjadi ibu yang lebih baik lagi Simak ulasannya berikut ini
Budak 2 Tahun Maut Kereta Dipandu Bapa Terlanggar Belakang Lori 3 Tan

Budak 2 Tahun Maut Kereta Dipandu Bapa Terlanggar Belakang Lori 3 Tan

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 178 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia dua tahun maut manakala bapanya cedera parah dalam kemalangan di Jalan Besar Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini Lapor Harian Metro kejadia...
Budak 3 Tahun Maut Disyaki Didera Rakan Bapa Pembantu Rumah

Budak 3 Tahun Maut Disyaki Didera Rakan Bapa Pembantu Rumah

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 181 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun maut disyaki didera oleh rakan bapanya dan pembantu rumah warga Indonesia dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Skudai Johor Bahru Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata suspek lelaki b...
Riak Keajaiban Kehebatan Ustaz Budak Syamsul Zaman

Riak Keajaiban Kehebatan Ustaz Budak Syamsul Zaman

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 74 hits
W FAUDZINRiak dan ujub lebai sekor ni Usahkan ulamak jadi ustaz pun tak layak dia ni Dia hebat kononnya pegang je mic ilmu dah sampai Nanti tunjuklah kehebatan ko tu dlm mahkamah kes pegang mic juga tu
Resipi Mi Goreng Budak Sekolah Biar Berkilat Basah Basah Barulah Bertambah

Resipi Mi Goreng Budak Sekolah Biar Berkilat Basah Basah Barulah Bertambah

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 164 hits
Apa menu anak nak bawa bekal ke sekolah Dah bosan dengan roti dan nasi apa kata kita sediakan mi goreng budak sekolah ini pula untuk anak anak Tanpa sayuran tetapi penuhnya dengan protin untuk anak anak ke sekolah Barulah anak makin bersele...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats