Zikir Penenang Jiwa




oleh Prof Madya Dr Nurkhamimi Zainuddin
DI Malaysia, isu kesihatan mental agak membimbangkan.
Kajian Kementerian Kesihatan tahun 2015 mendapati secara amnya masalah mental bakal menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas masalah jantung menjelang 2020.
Kajian itu juga menunjukkan, kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas berhadapan dengan penyakit mental.
Ini bermakna, daripada tiga orang yang kita temui, seorang daripadanya berkemungkinan mempunyai masalah mental.
Menurut pakar, kesihatan mental meliputi elemen emosi, akal dan tingkah laku.
Ia merangkumi kesihatan biologi, psikologi, sosial dan spiritual.
Selain pengaruh genetik dan personaliti, kesihatan mental turut dipengaruhi faktor lain seperti pengambilan dadah, arak, tekanan hidup serta persekitaran keluarga, tempat kerja dan rakan.
Antara masalah mental kerap berlaku dalam masyarakat ialah kemurungan, keresahan dan kecelaruan.
Kemuncak kepada masalah ini ialah dorongan membunuh diri.
Masalah ini bukan saja membabitkan golongan dewasa dan juga kanak-kanak.
Menurut WHO, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakannya tidak berjaya dikesan pada peringkat awal serta tidak menerima rawatan.
Ini membawa kepada kerugian yang besar kepada individu, masyarakat dan negara.
Penulis berasakan bahawa semua masyarakat harus memainkan peranan mewujudkan kesejahteraan mental dalam diri dan keluarga masing-masing.
Islam mementingkan ketenangan jiwa. Tiada cara terbaik untuk mendapatkannya, melainkan mengajar diri sendiri dan anak sentiasa berzikir mengingati Allah SWT dengan cara yang betul.
Dirikanlah solat, berzikir selepasnya dan jangan tinggalkan bacaan al-Quran serta wirid harian.
Firman Allah SWT bermaksud: “(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah al-Ra’d (ayat 28)
Marilah kita sentiasa berpesan, sesungguhnya dunia ini bukan matlamat akhir kita.
Kejayaan dunia tidak bermakna sekiranya kita mengabaikan akhirat. Mengejar dunia akan melahirkan manusia yang mementingkan kesempurnaan tanpa nilai.
Ajarlah anak dan rakan taulan supaya sentiasa bermunajat dan mengadu kepada Allah SWT semasa senang dan susah dan sama sekali tidak alpa dan kecewa dengan rahmat-Nya yang luas.
Firman Allah SWT dalam surah al-Zumar ayat 53 bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia-lah juga Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.”
Penulis ingin mengajak pembaca mewujudkan persekitaran sejahtera, baik dalam rumah, kejiranan, sekolah, universiti dan tempat kerja.
Pelajar perlu dibimbing agar bijak mengurus tekanan dalam proses pembelajaran.
Elakkan tekanan dalam jiwa mereka seperti mengharapkan keputusan akademik yang cemerlang semata-mata, sedangkan banyak lagi potensi diri yang boleh dikembangkan.
Di pejabat, persekitaran tempat kerja perlu perhatian sewajarnya. Majikan dan pekerja perlu mengelakkan ketegangan dan kebencian.
Amalkan budaya saling menghormati, menyantuni dan memaafkan. Buanglah sifat panas baran dan suka mengarah tanpa belas ihsan.
Sekiranya kita mendapati ada rakan yang menunjukkan tanda kemurungan seperti berubah sikap, menyendiri, perubahan tabiat pemakanan dan penampilan. Santunilah mereka, ajaklah mereka mengingati Allah SWT dan sekiranya perlu, rujuklah kepada pakar kesihatan mental yang sedia membantu.
Penulis adalah Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/19/zikir-penenang-jiwa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zikir-penenang-jiwa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Joget Pahang Dayang Nurfaizah Bukan Calang Artis Rizalman Buat Kesuma Jiwa Demi Silaturrahim Dan

Joget Pahang Dayang Nurfaizah Bukan Calang Artis Rizalman Buat Kesuma Jiwa Demi Silaturrahim Dan

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 373 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Ucapan Penuh Dato Rizalman Di Konsert Kesuma Jiwa Umum Undur Diri Selepas 30 Tahun Membina Jenama

Ucapan Penuh Dato Rizalman Di Konsert Kesuma Jiwa Umum Undur Diri Selepas 30 Tahun Membina Jenama

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 429 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Pemergian Abam Rentap Separuh Jiwa Achey Fad

Pemergian Abam Rentap Separuh Jiwa Achey Fad

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 823 hits
SELAIN menjadikan kerjaya seni sebagai sumber rezeki anggota Bocey Achey mahu turut bertanggungjawab menyalurkan pendapatan buat isteri dan anak serta ibu Abam selepas ketiadaannya Achey berkata dia bersama Fad akan teruskan kerjaya mereka ...
Aku Tak Kuat Sorang2 Ni Fad Jiwa Achey Rapuh Hadapi Kehilangan Abam

Aku Tak Kuat Sorang2 Ni Fad Jiwa Achey Rapuh Hadapi Kehilangan Abam

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 575 hits
Selain daripada keluarga semua sedia maklum insan paling rapat dengan arwah Abam adalah dua orang rakan seperjuangan iaitu Fad dan Achey daripada kumpulan Bocey Kumpulan Trio itu sentiasa mendapat tempat di hati para peminat Keserasian anta...
Diduga Dianiaya Lansia Idap Gangguan Jiwa Di Garut Meninggal Dengan Banyak Luka

Diduga Dianiaya Lansia Idap Gangguan Jiwa Di Garut Meninggal Dengan Banyak Luka

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 187 hits
Korban Aep sempat menggedor pintu rumah tetangganya dan meminta tolong pada Rabu dini hari Oleh saksi Aep dibopong dan dibawa ke Puskesmas Bagendit Namun karena kondisi lukanya yang sangat parah dirujuk ke RSUD dr Slamet Garut
Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

Isteri Sekarang Ramai Alami Tekanan Jiwa Dengan Tabiat Suami Suka Main Telefon

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 822 hits
Gambar HiasanHampir semua suami atau lelaki ralat main handphone sampai tak pandang kanan kiri Alah aku pun sama jugak cuma kita sebagai lelaki ni kena berpada pada Jangan sampai isteri dan anak anak jadi fedup dengan perangai kau Orang men...
Jiwa Murni Calon Pm November

Jiwa Murni Calon Pm November

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 405 hits
Anwar bersikap terbuka dan serahkan kepada Majlis Presiden jika mahu Tun dikekalkan sebagai Menteri di kabinet jika dia PM Anwar sangat menyanjung tinggi kuasa Majlis Presiden Dan Patuh kepada rule of law Sebelum ini Anwar JUGA tunjukan sik...
Polisi Sebut Dosen Di Tangsel Yang Tusuk Istri Mengalami Gangguan Jiwa

Polisi Sebut Dosen Di Tangsel Yang Tusuk Istri Mengalami Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 237 hits
Azwar Aditya pelaku penusukan terhadap istrinya Siska Meylani warga Cluster Viola Serpong Utara Tangerang Selatan dinyatakan mengidap gangguan jiwa
Dinas Lingkungan Hidup Indonesia Pilar Utama Pelestarian Lingkungan Negeri

Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Rumah Abang Jamil Batu Pahat

Catatan Hujung Minggu 10 11 Mei 2025

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Should You Fly Through Newark Airport Here S What You Need To Know

Mykasih Sumbangan Asas Rahmah

Donating Your Car To Charity In California Making A Difference Through Vehicle Donation


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Tutup 3 Hutang Jahat Sekaligus Hasil Tabungan Emas Kisah Benar Tuan Albert

Masak Kicap Ikan Mackerel

Aktiviti Penyerahan Memorandum Rasmi Kepada Bar Council Ppim 13 05 2025

Telefilem Omadal

Sup Dumpling Gebu Homemade Jimat Penuh Satu Periuk