Ziarah Aidilfitri Hanya Dalam Negeri Sama Maksimum 20 Orang



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini menjelaskan bahawa ziarah-menziarahi masih boleh diadakan pada Aidilfitri dengan syarat tertentu.

Jelas Muhyiddin, ziarah Aidilfitri hanya dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa

" Ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

"Jadi tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka," katanya dalam satu perutusan khas secara langsung hari ini.

Terdahulu, dalam ucapan perutusannya, Muhyiddin mengumumkan bahawa perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun.

Dalam tempoh berkenaan, kata Muhyiddin, larangan pergerakan antara negeri akan tetap berkuat kuasa menjelang perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

Umat Islam dijangka akan menyambut Aidilfitri pada 24 Mei ini dan kelaziman pada hari tersebut, rakyat akan mula ziarah-menziarahi sanak-saudara dan sahabat.

Berkenaan solat berjemaah di masjid, termasuk solat Jumaat, Muhyiddin menjelaskan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini sedang memperhalusi tatacara atau prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang boleh diamalkan oleh para jemaah.

Jelasnya, setelah mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong, kerajaan akan mengumumkan kebenaran untuk solat di masjid.

"Saya tahu ramai umat Islam rindu untuk ke masjid, terutamanya untuk mendirikan solat Jumaat, solat terawih dan solat lima waktu. Insya Allah, kita doakan keadaan akan bertambah baik.

"Tambahan pula telah banyak kawasan-kawasan hijau di seluruh negara. Dengan pelaksanaan SOP yang teratur, saya percaya masjid-masjid di kawasan ini telah bersedia untuk dibuka kepada ahli-ahli kariah.

"Berikan sedikit masa kepada pihak berkuasa agama Islam untuk memperhalusi SOP yang berkaitan. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini kita boleh menunaikan ibadat kita dengan lebih sempurna dan syiar Islam akan bersinar semula," katanya lagi.

Tambahnya, SOP tersebut juga akan dilakukan di gereja dan rumah-rumah ibadat bagi penganut agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan lain-lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad sebelum ini menjelaskan bahawa surau dan masjid di negara mungkin dibuka semula untuk aktiviti keagamaan dalam masa terdekat.

Hal itu, katanya, bakal menjadi kenyataan sekiranya kerajaan berpuas hati dengan garis panduan ibadah yang ditetapkan di samping mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kerajaan mengenakan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu bagi menangani penularan Covid-19, yang menyaksikan sektor ekonomi terhenti dan orang ramai tidak dibenarkan meninggalkan rumah tanpa alasan munasabah.

Susulan penurunan kes Covid-19, kerajaan kemudian mengumumkan PKPB pada 4 Mei lalu, yang membenarkan hampir semua sektor ekonomi dibuka semula.


MR :  Jimat duit raya he he


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/ziarah-aidilfitri-hanya-dalam-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ziarah Dalam Negeri Yang Sama Dibenarkan Tak Boleh Lebih 20 Orang

Ziarah Dalam Negeri Yang Sama Dibenarkan Tak Boleh Lebih 20 Orang

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 454 hits
Dalam beberapa khabar duka yang disebut ketika perutusan Perdana Menteri sebentar tadi masih ada sedikit berita gembira buat sesetengah individu berkaitan dengan hari perayaan yang akan disambut tidak lama lagi Walaupun perjalanan merentas ...
Tiada Ziarah Hari Raya Walau Dalam Negeri Sama

Tiada Ziarah Hari Raya Walau Dalam Negeri Sama

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 425 hits
Tiada ziarah hari raya walau dalam negeri samaRakyat Malaysia pada tahun ini tidak dapat melakukan kunjungan muhibah menziarahi satu sama lain sebagaimana kebiasaan sambutan Hari Raya Aidilfitri Ziarah ini walau pun di dalam kawasan sempada...
Anak Zahid Hamidi Tidak Kena Denda Maksimum Hanya Didenda Rm 800 Tetapi Ibu Tunggal Didenda Rm 1000

Anak Zahid Hamidi Tidak Kena Denda Maksimum Hanya Didenda Rm 800 Tetapi Ibu Tunggal Didenda Rm 1000

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 743 hits
Setelah melanggar PKP pada 20 April 2020 Nurul Zahid telah mengaku bersalah diatas pertuduhan yang dibacakan oleh Majistret Mahkamah Majistret telah mengenakan denda sebanyak RM 800 kepada setiap seorang individu yang terlibat iaitu Datuk N...
Perjalanan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Dilarang Kata Muhyiddin

Perjalanan Rentas Negeri Sambut Aidilfitri Dilarang Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 369 hits
Perjalanan rentas negeri dibenarkan untuk hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri PUTRAJAYA Perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan kecuali bagi tujuan bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri selepas terkandas di kampung atau ...
Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

Kerajaan Negeri Pahang Hanya Laksana Pkpb Di Zon Hijau

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 435 hits
KUANTAN Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Pahang hanya melibatkan premis di kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon hijau dengan pematuhan prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan negeri Setiausaha Kerajaan Pahang ...
Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

Sambutan Hari Raya Hanya Dibenar Dalam Negeri Sahaja Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 425 hits
Baru sahaja sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun Menyedari akan ada beberapa perayaan yang bakal tiba Misalnya Hari Gawai Pesta Keamatan dan Hari Raya Tan Sri Muhyiddin telah meng...
Covid 19 Hanya Pulau Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif

Covid 19 Hanya Pulau Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 493 hits
Antara negeri yang telah bebas daripada kes aktif COVID 19 setakat ini adalah Pulau Pinang Perlis Kedah Labuan dan Kelantan Covid 19 Hanya Labuan Dan 4 Negeri Yang Bebas Dari Sebarang Kes Aktif Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu c...
Terkini Ziarah Aidilfitri Anatara Daerah Tidak Dibenarkan

Terkini Ziarah Aidilfitri Anatara Daerah Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 283 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pada masa ini kerajaan memang membenarkan...
Beraya Di Rumah Pakai Kain Pelikat Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

Beraya Di Rumah Pakai Kain Pelikat Ziarah Dalam Negeri Juga Tidak Dibenarkan

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 437 hits
Sejak minggu ini kerajaan Malaysia telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakkan nbsp dengan membolehkan sektor sektor ekonomi mulai beroperasi Setelah daripada itu Menteri Kanan nbsp Datuk Seri Ismail Sabri turut memaklumkan b
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan