Zeti Mesti Beri Penjelasan Tentang Tuduhan Keluarganya Mendapat Rasuah Dari Jho Low



ANWAR IBRAHIM
Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank-bank di negara jiran Singapura menampakkan Malaysia masih jauh dalam mencari jalan keluar dari skandal ini. Imej dan reputasi buruk kepada negara kesan dari skandal ini masih belum pulih sepenuhnya.
Mereka yang mendapat faedah dan laba dari kes 1MDB ini mesti dibawa ke muka pengadilan. Mereka yang bersekongkol mesti juga bertanggungjawab kerana tidak mungkin skandal maha dahsyat ini terwujud tanpa persetujuan dari pelbagai lembaga kewangan dan peraturan.
Kegagalan untuk menghadapkan mereka ke muka pengadilan juga akan meletakkan Malaysia dalam keadaan terdedah kepada skandal semacam 1MDB di masa hadapan. Ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai bahan gurau senda tatkala kita gah berbicara soal ketelusan. kebertanggungjawaban dan melawan rasuah.
Maklumat terkini berhubung kemungkinan keterlibatan Dr. Zeti dalam skandal 1MDB ini adalah berkait dengan pembekuan wang yang berasal dari dana haram 1MDB oleh pihak berkuasa di Singapura. Akaun-akaun luar pesisir yang berdaftar memberi petunjuk bahawa ia adalah milik ahli-ahli keluarga Dr. Zeti.
Beliau yang kini menjawat jawatan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus segera mengesahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat sebelum ini terkait pengetahuannya tentang aliran dana haram 1MDB, dan apakah atas kapasiti sebagai Gabenor BNM beliau telah dengan sedar membenarkan aliran dan transaksi masuk dan keluar dari akaun-akaun bank di Malaysia yang dimiliki oleh pemain-pemain politik.
Beliau juga mesti memberi penjelasan tentang sebarang pengetahuan yang beliau ada saat kes 1MDB terdedah, dan apakah ahli-ahli keluarganya turut mendapat manfaat kewangan hasil dari kesepakatan dengan Jho Low. Kegagalan untuk menjawab persoalan-persoalan ini akan mewujudkan prasangka dan keraguan terhadap integriti pengawal selia kewangan di negara ini.
Pemerintah Republik Singapura juga harus tampil dan memberi penjelasan kerana skandal ini akan memberi dampak buruk kepada reputasi republik itu sebagai pusat kewangan terkemuka.
Sejak penyiasatan terhadap 1MDB bermula, banyak negara telah melakukan yang sepatutnya, termasuk mengenakan denda dan penalti ke atas bank-bank dan para eksekutif kewangan yang bersekongkol dalam skandal ini. Walhal di Malaysia, tempat asal dana haram ini, masih belum berbuat apa-apa yang ketara dan meyakinkan.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/31/zeti-mesti-beri-penjelasan-tentang-tuduhan-keluarganya-mendapat-rasuah-dari-jho-low/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zeti Aziz S Family Received Millions From Jho Low

Zeti Aziz S Family Received Millions From Jho Low

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 427 hits
Senior officers of AmInvestment Bank Bhd have conspired to help two companies linked to Jho Low make millions in profit from flipping 1Malaysia Development Bhd bonds the first day it was issued The RM5 0 billion bond sale was arranged by Am...
Anwar Ibrahim Dr Zeti Mesti Memberi Penjelasan Pertuduhan Mengaitkan Ke

Anwar Ibrahim Dr Zeti Mesti Memberi Penjelasan Pertuduhan Mengaitkan Ke

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 241 hits
KENYATAAN MEDIA 31 Disember 2020 Pertuduhan terbaru mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam kes 1MDB yang melibatkan transaksi dengan Jho Low dan bank bank di negara jiran Singapura menampak...
Zeti Perlu Jawab Dakwaan Terima Dana 1mdb Jho Low Kata Patriot

Zeti Perlu Jawab Dakwaan Terima Dana 1mdb Jho Low Kata Patriot

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 224 hits
Persatuan Patriot Kebangsaan berkata bekas gabenor Bank Negara Zeti Aziz perlu menjelaskan dakwaan bahawa keluarganya pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho Presiden Mohamed Arshad Raji dalam...
Permohonan Azeez Batal 12 Tuduhan Rasuah Ubah Wang Haram Bermula 25 Jan

Permohonan Azeez Batal 12 Tuduhan Rasuah Ubah Wang Haram Bermula 25 Jan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 206 hits
December 23 2020 1 10 PMBekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim berdepan 12 pertuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram KUALA LUMPUR Permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim untuk membatalkan 12 pe...
Penjelasan Tentang Seberapa Sakit Yang Ibu Rasakan Saat Melahirkan Berjam Jam Penuh Perjuangan

Penjelasan Tentang Seberapa Sakit Yang Ibu Rasakan Saat Melahirkan Berjam Jam Penuh Perjuangan

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 278 hits
Selamat hari ibu untuk ibu ibu hebat di luar sana yang rela menahan rasa sakit yang sebegininya
Pandangan Persatuan Sejarah Kedah Tentang Polemik Air

Pandangan Persatuan Sejarah Kedah Tentang Polemik Air

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 226 hits
HARAKAH DAILY POLEMIK air antara dan Pulau Pinang kerap dibincangkan dalam pelbagai media sejak akhir akhir ini Isu ini bertambah panas apabila Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan penemuan galian berharga termasuk Rare Earth Element atau REE ...
Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda Cabaran 15 Hari Menulis Blog

Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda Cabaran 15 Hari Menulis Blog

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 320 hits
kredit siinurul com Assalamualaikum semua Malam ini Naim sambung kembali cabaran 15 Hari Menulis Blog Kali ini gambar terkini dari Naim Insha Allah Naim akan berkongsi sedikit perihal diri Naim Nama penuh adalah Muhammad Naim Bin Abdullah a...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3