Zayn Rayyan Kronologi Kes Perkembangan Terkini


Zayn Rayyan : Kronologi Kes & Perkembangan Terkini
Negara digemparkan dengan kehilangan dan kematian adik Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu. Sehingga hari ini, individu yang terlibat dan bersalah menyebabkan kematian Zayn masih belum dihukum.
Polis masih meneruskan penyiasatan untuk merungkai satu demi satu bukti bagi mendakwa individu yang bersalah tersebut.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada kronologi kes pembuhan Zayn Rayyan dan perkembangan terkini yang dilaporkan secara khusus dan lengkap.
Baca juga:
Maksud Insecure Maksud Red Flag Maksud Play Victim Siapa Zayn Rayyan? Zayn Rayyan adalah seorang kanak-kanak autisme berusia enam tahun yang dilaporkan hilang dan dijumpai telah meninggal dunia pada 6 Disember 2023.
Kali terakhir ditemui dalam pakaian seragam sekolah bermain di kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai di Selangor.
Kronologi Kes Berikut adalah kronologi kes Zayn Rayyan secara lengkap dari awal kehilangan sehingga perkembangan terkini:
5 Disember, 12:30 tengah hari
Ibu kepada kanak-kanak lelaki Autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Mattin berkongsi di Facebook mengeai kehilangan anaknya. 6 Disember, 11:16 pagi
Pencarian ibu mangsa gagal menemui anak sulung daripada dua beradik itu dan meminta penduduk setempat membantu mencari kanak-kanak malang berkenaan. 6 Disember, 4:12 petang
Beberapa kanak-kanak memberitahu bahawa mereka melihat mangsa masuk ke kawasan belukar berhampiran. Mangsa turut dikatakan dilihat bermain di tingkat tiga blok kediamannya tetapi melarikan diri sebaik melihat kehadiran orang lain. 6 Disember, 4:27 petang
Operasi dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya Unit Anjing Pengesan (K9) dan bomba dijalankan di kesemua bangunan perumahan serta kawasan berhampiran namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan mangsa. 6 Disember, 9:00 malam
Polis menggerakkan operasi pencarian rumah ke rumah yang membabitkan 40 anggota bersama 60 penduduk setempat. Operasi itu memeriksa 2,482 unit kediaman di 18 blok apartment terbabit. 6 Disember, 10:00 malam
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhruddin Abd Hamid berkata, mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu ditemui di kawasan sungai. 6 Disember, 11:46 malam
Lebih memilukan apabila bapa Zayn Rayyan dilihat sukar menerima berita penemuan menyedihkan itu dan pengsan beberapa kali. 7 Disember, 12:02 tengah malam
Faizol Najib Abdul Naim, 45, tidak menyangka akan menemui kanak-kanak istimewa itu dalam keadaan tidak bernyawa. 7 Disember, 1:04 pagi
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Majid mayat mangsa akan dibedah siasat. 7 Disember, 10.36 pagi
Polis akan merakam keterengan saksi, keluarga, dan jiran. Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. 7 Disember, 3:30 petang
Bedah siasat masih dijalankan oleh pihak Forensik di Hospital Sungai Buloh dan ibu Zayn Rayyan, Ismanira menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut. 7 Disember, 5:00 petang
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 7 Disember, 6:00 petang
Jenazah Zayn Rayyan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. 7 Disember, 7:00 petang
Jenazah Zayn Rayyan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara. 8 Disember 2023
Polis melakukan mass screening (tapisan besar-besaran) melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah termasuk kumpulan yang terlibat dalam kesalahan seksual. Polis sahkan tiada kesan kecederaan lama menjurus penderaan. 9 Disember 2023
Polis menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah penduduk untuk mengumpul maklumat di Apartmen Idaman, Damansara Damai. 10 Disember 2023
Zahari Mohd Reba, Datuk Zayn Rayyan menolak kemungkinan bahawa cucunya dibunuh atas sebab dendam kerana anak dan menantunya baru sahaja berpindah di apartmen berkenaan sekitar tiga tahun lalu. Anjing K9, Gucci dan Ricks melakukan pemeriksaan sebuah stor menjadi tumpuan hari keempat operasi pencarian bahan bukti kes. Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) keluar dari apartmen blok R dengan membawa beberapa bungkusan. Polis mengambil DNA kepada 228 individu yang melibatkan 2,484 unit rumah (18 blok) dan premis perniagaan untuk membantu siasatan. 11 Disember 2023
Polis menerima beberapa rakaman dashcam dari pemilik kenderaan yang berada di apartmen. 12 Disember 2023
Polis menjumpai pergerakan dari pemeriksaan awalan rakaman dashcam penduduk. Polis mendapatkan bantuan dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat. 13 Disember 2023
Polis menemukan sehelai stokin dalam takungan air berhampiran lokasi mayat mayat Zayn Rayyan dijumpai. Tiga individu ditahan dipercayai positif dadah di apartment tersebut tetapi tidak berkait kes bunuh itu. 14 Disember 2023
Polis kesan saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang (5 Disember) 23 Disember 2023
Polis meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) dalam pencarian bukti kes pembunuhan Zayn Rayyan, yang memasuki Fasa 3. 28 Disember 2023
Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu diperoleh. 7 Januari 2024
Polis mengesahkan menerima menerima maklumat Interpol namun secara am. 6 Februari 2024
Datuk Seri A. Thaiveegan, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada individu yang membantu penahanan suspek. 23 Februari 2024
Polis memaklumkan masih tiada pihak tampil memberi maklumat berhubung kes tersebut walaupun telah ditawarkan ganjaran. 21 Mac 2024
Polis menafikan bahawa mereka lambat bertindak dalam siasatan berhubungan pembunuhan Zayn. Penyiasatan terhadap kes pembuhan tersebut masih gigih diteruskan sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang. 8 Mei 2024
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu. 31 Mei 2024
Pasangan suami isteri (ibu bapa Zayn Rayyan) ditahan sekitar Puncak Alam bagi membantu siasatan polis. 1 Jun 2024
Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan pasangan suami isteri berusia 29 tahun direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 7 Jun 2024
Tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan disambung enam hari lagi. Harian Metro [Terkini] Ibu Zayn Rayyan Diminta Melakonkan Semula Kejadian Pada 10 Jun 2024 yang lalu, ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ismanira Abdul Manaf, 29, telah dibawa ke kediaman lama mereka di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor
Ibu mangsa diarahkan untuk melakonkan semula aksi kejadian menggunakan patung kanak-kanak yang dibawa oleh pihak polis.
Suspek dibawa masuk ke kediaman dan lokasi mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman tersebut.
Sama-sama kita doakan agar kes pembunuhan adik Zayn Rayyan segera diselesaikan dan mangsa mendapat keadilan yang sepatutnya.
Sumber:
Kronologi Kes Zayn Rayyan. Harian Metro Kronologi kes pembunuhan Zayn Rayyan. Kosmo Terkini: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Dipercayai Untuk Lakonan Semula Kejadian. Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/zayn-rayyan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=zayn-rayyan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kronologi Kes Zayn Rayyan

Kronologi Kes Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 227 hits
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menjadi tumpuan ramai yang ingin mengikuti kes kanak kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin 6 yang ditemukan mati di Damansara Damai Selangor Disember tahun lepas
Motif Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai Ibu Dipercayai Orang Terakhir Ada Bersama

Motif Kes Zayn Rayyan Kian Terungkai Ibu Dipercayai Orang Terakhir Ada Bersama

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 215 hits
Motif kes Zayn Rayyan nampaknya kian terungkai hasil risikan selama 6 bulan sejak hari pertama kes berkenaan dilaporkan Memetik laporan dari Harian Metro pihak polis tidak pernah berputus asa menyiasat kes pembunuhan kanak kanak autisme nbs...
Polis Panggil 3 Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh Zayn Rayyan

Polis Panggil 3 Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 120 hits
POLIS nbsp memanggil tiga individu termasuk pengasuh untuk membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata antara yang dipanggil hari ini ialah bekas pengasuh kanak kanak itu dan dua ...
Kes Kematian Zayn Rayyan Sudah Ada Petunjuk Besar

Kes Kematian Zayn Rayyan Sudah Ada Petunjuk Besar

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 141 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com myPetaling Jaya Kes kematian kanak kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin yang menggemparkan negara dipercayai sudah menghampiri garis penamatnya Ia susulan ibu kepada kanak kanak terbabit yang ma...
Kes Zayn Rayyan Keluarga Harap 1 Malaysia Akan Gembira Dengan Keputusan Esok

Kes Zayn Rayyan Keluarga Harap 1 Malaysia Akan Gembira Dengan Keputusan Esok

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 138 hits
Kes Zayn Rayyan yang menjadi tanda tanya sehingga kini kembali mencuri perhatian apabila ibu kanak kanak tersebut Ismanira Abdul Manaf dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah Petaling Jaya bagimerekod pengakuan bersalah wanita itu di hadapan ma...
Kes Zayn Rayyan Kita Sudah Hampir Ke Penamat Namun Pengarah Jsp Bukit Aman

Kes Zayn Rayyan Kita Sudah Hampir Ke Penamat Namun Pengarah Jsp Bukit Aman

papar berkaitan - pada 14/6/2024 - jumlah : 158 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa pencapaian kes adik Zayn Rayyan tidak menghala kepada seperti yang diharapkan iaitu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membu...
Skmm Ambil Tindakan Kebocoran Media Sosial Kes Zayn Rayyan

Skmm Ambil Tindakan Kebocoran Media Sosial Kes Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 205 hits
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengenal pasti dan meminta beberapa platform media sosial untuk menghapuskan maklumat siasatan yang dikatakan bocor mengenai kes Zayn Rayyan Abdul Matiin Dalam satu kenyataan hari ini SKM...
Hiburan Keluarga Zayn Rayyan Buat Laporan Polis Penyebaran Konon Fakta Kes Dari Telegram Edisi Siasat

Hiburan Keluarga Zayn Rayyan Buat Laporan Polis Penyebaran Konon Fakta Kes Dari Telegram Edisi Siasat

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 116 hits
Keluarga kanak kanak autistik yang dibunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung penyebaran beberapa dokumen yang didakwa fakta kes berkaitan tragedi sadis itu di media sosial Peguam mewakili keluarga Zayn...
Bawa La Ramai Lagi Warga Asing Ke Malaysia

Creative Com Domain Name Ideas

Bahaya Bahan Pewarna Kimia Dalam Kehidupan Seharian

Pmx Didesak Saman Bloomberg Jika Kenyataan Salah

Trip Mengejut Ke Guangzhou China

Madrasah Terapung 6 Hari Bergambar Gisbh Seleweng

Kuetiaw Goreng

Exquisite Diamond Pendants Malaysia Diamond Talk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Salju Rindu Di Bumi Auckland Tonton

5 Kelebihan Utama Bergelar Penjawat Awam di Malaysia

8 Fakta Biodata Anna Jobling Pelakon Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Bintang Filem Lembayung Dan Juri Muzikal Lawak Superstar 2024

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Siri Mr Hiiragi s Homeroom Slot DramaVaganza Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Lembayung 2024 Adaptasi Kisah Benar Lakonan Pelakon Malaysia Anna Jobling


Resepi Ikan Singgang

Resepi Kentang Tumis Cili Api

Russians Destroy Five F16s On The Ground In Ukraine

Saturday Jokes 231

Is Dap Mis Painted Or Deserving Of Its Image

Nasi Ayam Penyet Waroeng Penyet Memenuhi Piawaian