Zamburger Burger Lebih Tebal Lebih Juicy Lebih Sedap
Hi,
Tekak asyik nak makan je. Mulut asyik nak mengunyah. Time PKP ni perut pula asyik memanggil-manggil nak makan ajerr.. Haha.. Masa dirumah lebih banyak.. so, kita buka apps Grab tengok ada makanan apa!
yahhuuu! Last-last scrool lenguh tangan jumpa lah BURGER. Kali ni special pasalnya orang kata burger ni dimiliki oleh bukan orang besher-besher. ZAMBURGER!! Burger Lebih besar, Lebih Juicy & Lebih Sedap. Saya pun kita pestime jugak nak mencuba ni. Sebelum ni, tak pernah lagi saya cuba kerana banyak outlet dia berada di negeri luar. Tak jumpa pulakk dekat rumah
Kalau citerr pasal burger, mesti semua orang suka.. Ditambah pula saiz yang lebih besar, patty daging yang juicy dan lembut serta esklusif gilerr packaging dia... Satu pencapaian yang baik bagi usahawan Melayu dengan jenama burger sendiri
Orang kata nak makan burger pun ada cara kan. Haha. Saya pun baru tahu jugakkkk.. sebelum ni main bantai je gigit. Ngap2 je dah habis! Bila mana kita pegang burger sudah tentu kita tak nak bagi sayur mahupun inti-inti serta sos dan juga daging tu terletak cantik je tanpa berjelumuihh antara roti dengan roti. Barulah elok nak mengigit. dan senang hati!
Macam Zamburger yang saya beli ni ngam-ngam lah saiz daging. Patty daging tu berlapik dengan roti. Bayang kan kalau patty daging/ayam tu oversize, tak ke susah kita nak pegang nanti apatah nak menggigit. Sudah tentu berterabur keluar habis...
Daging punyaaNak tahu ke sebab apa daun salad memang kena guna dalam burger?? Kalau takde daun salad sah-sah tak nampak mcm burger. Orang tengok pun tak terliur nak cuba. Unsur-unsur alam yang mencantikkan mata gittu. Daun salad tu nak bagi lapik antara patty dan sos supaya roti tak menyerap basahan seperti minyak terlalu cepat. Nanti burger dah kembang ... Salad bertindak sebagai penghalang antara daging basah berair dan roti.
Kalau nak nampak mewah skit, boleh je request cheese. Keju ni pun bagus jgk sbg absorber supaya jus daging tak masuk terus ke roti. Hurmm, hebat bukan?? Anda suka ke kalau burger tu letak sos banyak?? Sos cili, sos tomato, sos mustard & Mayonis .. uishh.. kalau dah banjir tu tak syokk ahh.. Sos-sos tu bersederhana lah nak bagi imbang rasa je kann
Zamburger..ini Oblong.. ni pun bagus juga. Satu ni pun dah kenyangHaa,, nak mulakan makan burger kena gigit slow-slow lah. Jgn melahap je .. Nganga luas-luas dan gigit jer lah. Sambil-sambil tu kawal lah supaya sayur dan sos-sos tidak jatuh . Bila anda menikmati burger dengan tenang, mesti habis punyer hahaha ..
Itu je la, nak cerita pasal burger je. hehe. Makan burger pun best. Oh, Zamburger tak taja tu.. Saya beli dan repeat beberapa kali dah.. oklah, sesuai dengan lidah kemelayuan saya
Anda dah cuba Zamburger? Komen kat bawah. Saya baca je
-Sekian-
Anda nak berjinak-jinak dalam dunia bisnes burger? KLIK SINI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.shafiqraduan.com/2021/07/zamburger-burger-lebih-tebal-lebih.html