Zaman Sekarang Rakam Dulu Baru Tolong


AssalamualaikumBismillah
Malam nie saja nak sembang santai. Tadi baru ja ternampak video shopee lalu. Ada seorang wanita, I'm not sure dah berusia atau masih muda, tetapi nampak macam mak-mak gitu sedang menolak kenderaan di plaza tol

Serioulsy kesian tau. 
Yang tukang rakam pula hanya tau rakam, tetapi tak nak tolong. Memang zaman sekarang nie rakam untuk buat konten lagi penting ya? 
Dahlah rakam tak minta izin tuan punya badan. 

Wanita tu tolak kereta sorang-sorang orang langsung tak pandang dan tolong ya. Kereta lalu sebelah tak kisah. Jalan terus ja. 
Ke mana hilangnya perasaan simpati dan empati manusia sekarang

Ada netizen yang komen "Kalau perempuan lawa, cantik, kejap jer orang datang tolong". Yang ini tidak dinafikan ya. 
Teringat masa puasa tahun lalu, aku dan husband keluar nak beli juadah berbuka puasa. Tetiba pula kereta kami buat hal mati di tengah jalan. Memang langsung tak hidup ya. Mujurlah orang Pontian nie baik-baik belaka tolong tolak kereta kami. 
Nak harap aku tolak memang tak bergeraklah kereta tu. Kalau tiada nak tolong memang sesak lah. Orang nak berbuka puasa kot. 
Akhirnya kami tak sempat nak beli makanan untuk sungkai. Just pergi gerai yang terdekat dan minum air kelapa. Dah malam sikit abang ipar datang bawa kereta towing guna tali saja. Haha..

Then, tahun ni berlaku sewaktu berbuka puasa juga, selepas kami pergi bazar. Baru nak balik kereta pula tak hidup. Bayangkan nak minta tolong orang lain tak datang sebab sibuk nak sungkai. 
Akhirnya aku dan husband berbuka puasa dalam kereta. Dalam 30minit macam tu kereta masih tak hidup ya. Gerai bazar semuanya dah tutup. Orang pun takda yang lalu lalang. 
Mujurlah ada seorang pakcik cina lalu dekat kereta kami. Mungkin pakcik tu baru lepas habis joging. Dia tanya kalau perlukan bantuan. 
Pakcik tu lah yang tolong tolak kereta kami. Alhamdulillah dengan izin Allah kereta pun hidup. Mujurlah ada orang yang sudi menolong waktu susah. Pengalaman ini buat aku sedar masih ada orang yang prihatin, tak kira bangsa atau agama. Pakcik Cina yang bantu tolak kereta tu, walaupun mungkin dia sendiri ada urusan lain, tetap berhenti untuk menolong. Itu yang buat hati rasa bersyukur sangat

Momen-momen macam tu buat hati tersentuh tau. Kadang-kadang, orang yang tak kita sangka-sangka akan datang membantu. 
Memang zaman sekarang dah banyak berubah. Kadang-kadang aku hairan dengan sikap sesetengah orang yang lebih utamakan content daripada membantu sesama manusia. Bayangkan dalam situasi macam tu, orang lebih suka rakam dan post di media sosial tanpa berfikir apa kesannya pada orang yang dirakam. Rasa simpati dan empati seolah-olah semakin pudar

Semoga kita pun terus jadi orang yang ada rasa simpati dan empati, tak kira dalam situasi apa sekalipun. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua, dan moga kita sentiasa ingat untuk saling membantu tanpa mengira masa atau tempat




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.siinurul.com/2024/10/zaman-sekarang-rakam-dulu-baru-tolong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aming Coffee Pontianak Resmikan Cabang Baru Di Cikarang Bekasi

Aming Coffee Pontianak Resmikan Cabang Baru Di Cikarang Bekasi

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 180 hits
BloggerBorneo com Aming Coffee Pontianak brand kedai kopi ini sudah cukup dikenal oleh para blogger yang berasal dari Kota Pontianak dan Kabupaten Kubu Raya termasuk Blogger Borneo sendiri Mengawali bisnis kedai kopinya di kawasan Haji Abba...
Ganti Bekas Alat Tulis Baru Dan Kotak Tisu Kat Pejabat

Ganti Bekas Alat Tulis Baru Dan Kotak Tisu Kat Pejabat

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 179 hits
Bila kakak sejenis suka benda benda cantik comel terus beli tanpa was was Ceritanya k fiezz ternampak bekas alat tulis kat bilik salah seorang pegawai tempat k fiezz kerja ni Masa tu ke bilik dia Eh ternampak bekas bekas alat tulis dia Berk...
Kemas Kini Baru Dari Chatgpt Canvas Untuk Menulis Coding

Kemas Kini Baru Dari Chatgpt Canvas Untuk Menulis Coding

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 189 hits
Korang dah biasa guna ChatGPT untuk bantu tulis atau debug kod Sekarang ada cara baru yang lebih senang nama dia Canvas Dengan Canvas korang boleh buat kerja menulis dan coding bersama ChatGPT dalam satu window lain Bukan setakat chat tapi ...
Dah Teruk Kena Balun Dengan Netizen Baru Walaun Cari Alasan

Dah Teruk Kena Balun Dengan Netizen Baru Walaun Cari Alasan

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 123 hits
Dah kena balun dgn netizen baru kalut cari alasan Tapi yg lebih kenot brain ada yg nak backup dia atas alasan jgn buat Cyb r Bully ng Pi nasihat walaun jangan dok Bul Siber terhadap PMX dulu Baru adil UPDATE Viral kununnya permohonan maaf d...
Ini Cara Mudah Nak Jadi Cool Parent Baru Anak Jadi Happy

Ini Cara Mudah Nak Jadi Cool Parent Baru Anak Jadi Happy

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 187 hits
Menjadi ibu ayah yang cool bukanlah bermaksud kena jadi perfect atau ikut trend semata Sebaliknya ia lebih kepada bagaimana kita balance antara mendidik anak anak dengan cara yang santai faham emosi mereka dan pada masa yang sama stay conne...
Blog Berwajah Baru

Blog Berwajah Baru

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 171 hits
Hai Kesian blog aku ni dah lama kena tinggal Sampai bila aku search google nama blog aku bukan main lama loading nak nampak page Aku rasa blog dah berat la kotAku buang iklan2 jangat bagi banyak sangatThen aku tukar layout semua guna blogsp...
Imej Baru Nak Pulih Dah Rasa Kuat Tu Lah Dia Melayu Mudah Lupa

Imej Baru Nak Pulih Dah Rasa Kuat Tu Lah Dia Melayu Mudah Lupa

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 160 hits
Ni ada sorang lagi yang Presiden UMNO Zahid Hamidi kena tutup mulutnya Dia ni pun juga Cara politiknya Suruh je la kalau tak nak Nur Jazlan mahu kerana terhadap parti itu selama beberapa dekad Tapi Lan nak minta maaf apa halnya kalau semua ...
Selepas Marry My Husband Park Minyoung Mula Rakaman Drama Baru Confidence Man Kr

Selepas Marry My Husband Park Minyoung Mula Rakaman Drama Baru Confidence Man Kr

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 132 hits
Selepas Marry My Husband Park Min young akan kembali menemui penonton dengan drama baru Artikel Berkaitan Sebelum ini Park Min young telah disahkan untuk terajui drama baru berjudul Confidence Man KR mengikuti satu pasukan yang menggunakan ...
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue