Zakat Harta Rikaz Harta Galian Temuan Emas
ZAKAT GALIAN (MA’ADIN, KANZ, RIKAZ)Secara asasnya perbahasan ini berkisar tentang maadin, kanz dan rikaz. Maadin dengan kata lain adalah bahan galian berharga, yang dengan sendirinya tersimpan di dalam bumi. Manakala kanz adalah harta yang ditanam di dalam bumi oleh tangan manusia. Istilah Rikaz pula mencakupi kedua-dua maadin dan kanz. Namun, umumnya setiap harta yang tertanam di dalam bumi dipanggil sebagai rikaz
DALIL ZAKAT RIKAZYusuf al-Qaradawi menyatakan harta yang tertanam termasuklah semua benda berharga yang ditinggalkan oleh manusia terdahulu di dalam tanah seperti emas, perak, tembaga, logam dan seakan dengannya. Para fuqaha? telah menetapkan bahawa sesiapa yang terjumpa harta-harta ini diwajibkan untuk mengeluarkan zakat seperlima bahagian (20%), berdasarkan hadis yang berasal dari Abu Hurairah RA yang bermaksud:Rasulullah SAW bersabda: …harta terpendam (rikaz) (bila ditemukan seseorang) zakatnya seperlima 1/5 (20%)(HR Bukhari & Muslim)An-Nasai meriwayatkan dari Amru Ibnu Syuaib dari bapanya dari atuknya bahawa:Rasulullah pernah ditanya tentang harta yang hilang dan dijumpai (luqatah), dan Baginda bersabda, harta benda yang dijumpai dijalan umum atau di kawasan yang didiami orang ramai, hendaklah diberitakan kepada umum selama setahun. Sekiranya tuan empunya barang datang menuntut maka serahkan harta tersebut kepadanya, dan sekiranya tidak, ambillah sebagai milikmu. Tetapi harta yang dijumpai bukan pada jalan umum atau bukan di kawasan yang didiami orang, maka harta tersebut dikenakan bayaran, sebagaimana rikaz, iaitu seperlima 1/5 bahagian (20%). (HR An-Nasai)KADAR, NISAB DAN HAUL ZAKAT RIKAZKedua-dua hadis di atas menunjukkan beberapa hal, antaranya:Seperlima bahagian (20%) sebagai zakat bagi harta jumpa yang tidak dipunyai sesiapa sekalipun harta tersebut dijumpai di permukaan atau di dalam tanah. Sekiranya harta yang dijumpai itu ada pemiliknya, sama ada dia seorang muslim atau tidak, maka harta itu mesti dikembalikan kepada pemiliknya.Jumhur ulama berpandangan, rikaz meliputi semua harta yang wujud di permukaan tanah atau tertanam di dalamnya. Hal ini kerana hadis-hadis tersebut mengandungi pengertian yang lebih umum.Kedua-dua hadis di atas menunjukkan bahawa sesiapa yang menjumpai harta rikaz berkewajipan mengeluarkan seperlima (20%) dari harta yang dijumpai itu, tidak kira sama ada beliau seorang muslim atau tidak, demikian juga sama ada kanak-kanak atau dewasa. Namun, menurut al-Syafii, orang bukan Islam tidak diwajibkan seperlima (20%) kerana bayaran tersebut adalah zakat, dan orang bukan Islam tidak diharuskan zakat. PEMBAHAGIAN ZAKAT RIKAZ DAN MA'ADIN
1. Rikaz Segala harta benda (emas dan perak atau seumpamanya) yang tersimpan di dalam bumi dan mempunyai tanda-tanda bahawa ia tersimpan sebelum kedatangan Islam sebagai contoh : harta karun
2. Ma’adin
Hasil galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair diproses dan menghasilkan logam galian atau dalam bentuknya sebagai contoh emas, perak, bijih besi, dan lain lain.
Syarat tambahan:
Tidak disyaratkan haul bahkan zakat wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi secara mencukupi nisab.
1. Maadin;
Wajib dikeluarkan zakatnya bila terjumpa atau dijumpa. Tidak ada tempoh waktu (haul). Harta ini perlu menemui dengan kadar wang sebanyak 85 gram emas atau 595 gram perak dengan kadar zakat adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan harta tersebut.
2. Rikaz;
Wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 20% atas harta tersimpan atau harta karun yang dijumpai jika melebihi kadar wang sebanyak 85gram emas.
Catatan : 85gram emas, harga @ anggaran semasa RM15,000.00 Sumber : Pusat Zakat Pahang & www.zakat.com.my
akuanakpahang.blogspot.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/08/zakat-harta-rikaz-harta-galian-temuan.html