Zakat Fitrah 2023 Kadar Bayaran Dan Cara Pembayaran Secara Online
Zakat fitrah 2023 terkini untuk seluruh Negeri di Malaysia | Bulan ramadhan tahun 2023 akan tiba tidak lama lagi dan aku pasti semua umat islam di Malaysia tidak sabar untuk menyambutnya tetapi kita jangan lupa menjalankan tanggungjawab yang menjadi kewajipan kepada umat Islam pada bulan ramadhan iaitu membayar zakat fitrah.
Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan beberapa maklumat berkaitan zakat fitrah bagi setiap Negeri yang ada di Malaysia seperti kadar bayaran zakat fitrah 2023 dan cara membayar zakat fitrah 2023 secara online tetapi sebelum itu kita tengok dahulu maksud zakat fitrah
Pengertian Zakat FitrahZakat fitrah adalah zakat diri yang merupakan kewajipan fardhu ain dalam bulan ramadhan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan. Ianya adalah bertujuan untuk menyucikan diri mereka yang berpuasa dari kata kata dan perbuatan yang sia sia.
Selain itu, dengan membayar zakat fitrah juga boleh membantu mereka yang tidak berkemampuan membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2023 Mengikut Negeri Di MalaysiaKadar bayaran zakat fitrah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing masing. Penentuan kadar bayaran dibuat berdasarkan harga dan gred beras semasa mengikut negeri.
Untuk pengetahuan semua, Majlis Agama Islam telah menetapkan lebih dari satu kadar bayaran untuk zakat fitrah. Jadi, sebagai pembayar zakat fitrah korang boleh memilih kadar bayaran mengikut kemampuan masing masing berdasarkan harga beras yang dimakan setiap hari.
RM7 -: Beras Super Special Tempatan (5% hancur dan ke bawah)RM10, RM13, RM14 -: Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni, Beras Wangi atau sama dengannyaRM20, RM21 -: Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah
Negeri Kadar Bayaran Zakat Fitrah Kuala Lumpur akan dikemaskini Selangor akan dikemaskini Johor akan dikemaskini Kedah akan dikemaskini Kelantan akan dikemaskini Perak akan dikemaskini Perlis akan dikemaskini Terengganu akan dikemaskini Labuan akan dikemaskini Sarawak akan dikemaskini Pahang akan dikemaskini Pulau Pinang akan dikemaskini Melaka akan dikemaskini Negeri Sembilan akan dikemaskini Putrajaya akan dikemaskini Sabah akan dikemaskini
Cara Membayar Zakat Fitrah 2023 Setiap Negeri Di MalaysiaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan Dan PutrajayaKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah RM5/RM7/RM14 dan untuk cara bayaran pula adalah seperti yang tertera dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. eBaitulmal MAIWP3. Portal Pusat Pungutan Zakat (PPZ) - www.zakat.com.my4. Kaunter PPZ - MAIWP
SelangorKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Selangor adalah RM7/RM14/RM21 dan cara bayaran pula adalah seperti berikut.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Laman sesawang Zakat Selangor - www.zakatselangor.com.my
Johor Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Johor adalah RM7/RM10 dan kaedah pembayaran adalah seperti dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Laman sesawang Majlis Agama Islam Negeri Johor - www.fitrah.maij.gov.my3. epayment.maij.gov.my
KedahKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Kedah adalah RM5/RM7/RM14/RM21 dan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya2. Laman sesawang Jom Zakat Kedah - www.jomzakatkedah.com.my
KelantanKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Kelantan adalah RM7/RM14/RM21 dan kaedah pembayaran zakat fitrah adalah seperti yang tertera dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) - www.e-maik.my3. Kaunter Baitulmal dan Pusat Mini Pungutan Zakat (PMPZ) di Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan seperti berikut :Masjid Muhammadi (Kota Bharu)Masjid As-Salam (Pengkalan Chepa)Masjid Mahmudi (Bachok)Masjid Sultan Muhammad 1 (Jeli)Masjid Ismaili (Tumpat)Masjid Ismail Petra (Tanah Merah)Masjid Bandar Sultan Muhammad lll (Pasir Mas)Masjid Tg. Muhammad Faris Petra (Kuala Krai)Masjid Tg. Muhammad Fa-iz Petra (Gua Musang)Masjid Sultan Yahya Petra (Machang)Masjid Ibrahimi (Pasir Puteh)Masjid Al Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)Masjid Sultan Muhammad ll (Kota Bharu)Masjid D'Raja Long Yunus Langgar (Kota Bharu)Masjid Bandar Sultan Mansor Kg. Sireh (Kota Bharu)Masjid Guchil (Kuala Krai)Masjid Al-Ismaili (Kota Bharu)
PerakKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Perak adalah RM7/RM14/RM21 dan cara bayaran zakat fitrah adalah seperti yang tertera dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. eZakat MAIAMP
PerlisKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Perlis adalah RM7 dan kaedah pembayaran adalah seperti dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) - www.maips.gov.my
TerengganuKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Terengganu adalah RM7 dan kaedah pembayaran adalah seperti dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - MAIDAM
SarawakKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Sarawak adalah RM7 dan cara pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Portal Pelanggan TBS - Portal Pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak
PahangKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Pahang adalah RM7 dan cara pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. eZakat MUIP
Pulau PinangKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Pulau Pinang adalah RM7/RM12/RM16 dan cara bayaran zakat fitrah adalah seperti yang tertera dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Bayaran melalui Perbankan Internet :BsnPos MalaysiaRHB BankBank RakyatAmbankAffin BankCimb IslamicMyegMaybank3. JomPay4. Portal zakatpenang2u.com5. Aplikasi GoPayz
MelakaKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Melaka adalah RM7/RM14 dan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Zakat Melaka
Negeri SembilanKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Sembilan adalah RM7 dan kaedah pembayaran adalah seperti dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Zakat Negeri Sembilan
SabahKadar bayaran zakat fitrah tahun 2023 untuk Negeri Sabah adalah RM7 dan kaedah pembayaran adalah seperti dibawah.
1. Bayaran boleh dibuat kepada amil amil yang diberi kuasa dan tauliah untuk memungutnya
2. Portal Apps Zakat Sabah
Berikut adalah Kadar bayaran zakat fitrah untuk tahun 2023 bersama dengan cara pembayaran secara atas talian/online. Bagi mereka yang tertanya tanya tentang hukum membayar zakat fitrah secara online ianya adalah Sah kerana pembayaran zakat tidak disyaratkan pada akad ijab dan kabul.
Syarat sah pemberian zakat adalah mesti berniat, mempunyai hak pemilikan terhadap harta, serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang. korang boleh klik link dibawah untuk mendapatkan jawaban yang lebih lengkap tentang hukum membayar zakat fitrah secara online.
Baca sini : Hukum membayar Zakat Fitrah secara online
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2023/02/kadar-bayaran-zakat-fitrah-online.html